My Strongness.

Assalamualaikum



Wahai Allah, tak semua perkara yang aku inginkan menjadi kenyataan. bila realiti berdiri di depan mata, haruskah aku berundur atau menerima. bila hati menjadi sakit, lantas aku terima kerana aku yakin mungkin bahagia menanti dihadapan. percayalah wahai 'hati', ini adalah ujian dariNYA yang menguji keutuhan dan keikhlasan 'mu'. lalu kesabaran dan keikhlasan dalam diriku benar benar diperlukan. 
-MAA 


Wahai Tuhan, mengapa masalah ini datang ketika aku sedang melesaikannya. Aku mohon permudahkan jalan hidupku, Semakin jauh aku cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri aku. Ya Allah, aku tahu setiap apa yang baik semuanya dariMu. Ya Allah aku bersyukur setiap senyuman ataupun airmata. cuma aku pinta, 


Ya Allah berikan aku kekuatan mengatasi kesedihan dengan kegembiraan, air mata dengan senyuman
aku mohon dengan setitik air mata ini boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik. berilah aku kekuatan hati untuk menempuh semua ini dan aku harapkan satu penyelesaian yang akan selesai buat selamanya. 


Wahai Tuhan aku cuba tafsir kata-kata hati, aku cuba memahami setiap bait difikiranku namun kuatnya anasir luar membawa ku jauh pada niatku. wahai Tuhanku ampunilah aku. cucurilah hati ini ya Allah dengan Nur-Mu Ya Allah. kikiskan segala noda hitam yang melekat kuat pada dinding hati ini Ya Allah. dan juga pada fikiranku. agar hati dan fikiran ini bersatu untuk mencari jalan hakiki Ya Allah. lantas tika embun pagi jatuh kebumi memecah sunyi sepertiga malam. ku mohon Kau ampunilah aku. -MAA 


Moga moga tak jumpa douchebag.

Assalamualaikum ^ ^.

tiba tiba, perkara yang paling menggerunkan sehingga ain nyorok diam diam dalam selimut gebu yang ada. memang kecut usus usus perot. mmm.....macam mana nak praktikal ni, kalau macam ni.

Tips pertama, senior ain bagi.
bapak derr. saje je buat ain kecut usus usus perot.

Ain baru belajar jalan hidung tinggi mendadak ke langit sebab dengan jayanya meloloskan badan kecik molek ain dalam dunia construction. yang sememangnya menjadi cita cita ain sejak dalam perot ibu lagi. bukan senang woo, orang perempuan nak masuk dalam bidang construction ini atau dalam bahasa nenek moyang kita Pembinaan.

ain diumpamakan sebagai bayi kecik yang chomell putih lepuk sedang bertatih dalam dunia construction dalam usia muda. Tahniah ain! sila tepuk kuat kuat.

Lelaki dushbag?! ain nak dush.dush.dush. je kalau jumpa lagi lelaki spesis yang ke 9435385969 lepas ni. Memang tak pernah disangkal lagilah dari pengetahuan ain, yang lelaki 'dushbag' masih lagi wujud. ni cek na habaq ang no, perempuan kalau dah cair tu, memang susah la nak pejal balik bila jumpa spesis sebegini.

ciri ciri lelaki 'dushbag' dari segala sudut :

1.  lelaki tak de arah tuju penghidupan yang sah sengaja bagi masalah pada anak dara orang untuk
     terima lifestyle dia berbekalkan ayat manis dalam poket.  gurlz! kite jangan jadi bodoh ye!

2.  lelaki yang bajet TOPMAN lepak mcm budak budak tak cukup duit and kasih sayang. tak habes habes
     kejar random girls kat fesbuk. lelaki yang berumur 20 ke atas sepatutnye ada lifestyle yang lebih
     stabil rather than berpakaian poyo nak mampos. hanya girls berpendirian pikir camni.

3.  lelaki yg bercakap besar. girls! tolong lah. kalau baru kenal lelaki yg secara suka relanya
     bercerita gebang yang amat, sila berwaspada.

4.  lelaki yg jiwang  berkarat berpenipu besauu. 

5.  lelaki yang bajet bagoss kongkong habes termasuk pelajaran dan tak habes habes girl tu kononnya
     future wife dia padahal hidup dia happy as a clown je. semua tu bollshutt! to allsszz girls if a guy
     really wants to be with you forever,  he wants meet your parents and cakap je up front that dia 
     nak bawak lari anak dara diaorang.haha.


So, sebelum ain punyai sifat mazmumah yang terlebih lebih terhadap 'dushbag' original atau pelsu, lebih harus dan afdalnya ain ambik langkah precaution yang lebih efissien seperti yang dinasihatkan demi keharmonian Malaysia. hik.hik.

nasihat yang perlu dipraktikan.
errrkk.......

macam nie kot senior ain suruh buat, bila dah praktikal nanti.


hik.hik.hik

Ain Dzaya | Tips penting bodek godek pensyarah.hik.hik.

Assalamualaikum ♥


apa perasaan sesudah bertungkus lumus, tempek dua bijik mata depan laptop berhari hari, kendian esaimen yang buat tu kene reject kering mentah mentah oleh pensyarah? kejam kan. 

kesan daripada itu, kita terpaksa lagi berganda ganda tempek bijik mata sebesar panda depan laptop. terpaksa tolak tempe goreng panas depan mata. terpaksa reject call kawan kawan ajak tengok wayang. terpaksa kecewakan bopren di hujung minggu. dan yang paling sadis sekali, terpaksa menggadai masa tidur 23.452 jam. semata mata buat semula esaimen yang kene reject tadi.

inilah realiti kehidupan Universiti dan Kolej adik adik sekolah, tadika, PASTI sekalian. jangan mudah terpengaruh dengan iklan cekedis kat tb, apatah lagi iklan sugus. Sebabnya di Universiti dan Kolej pensyarah tak suap pelajar dengan ilmu macam budak sekolah, eww!! gelilah..besar gajah pun kene suap. berdikari la beb!

tambah tambah sejak UiTM guna sistem OBE ni

kakak OBE tu makhluk spesis apa? 
tanya adik shomel 

Ooo...adik adik. OBE tu bukan sejenis makhluk tapi sejenis sistem Out-comed Base Education yang mana pelajar kene carik ilmu sendirik tanpa mengharapkan pensyarah ajar sebijik sebijik kat dalam kelas. nota pun carik sendiri taw!

Oooo...susahnya kakak masuk unibesiti ni! takmo uh belajar masuk unibesiti, pensyarah kedokut asam masin.
erkk...


dengan kaedah ini ain tak kan malas lagi untuk menghabiskan sisa sisa waktu kat library. rajin bertannya pada senior senior. pesanan ain, bagi yang perempuan rajin rajinkanlah jumpa senior laki laki kalau nak ilmu yang iklas dan lebih berguna tanpa cas sebesar taik hidong.huk.huk.

tak lupa jugak, rajin rajin bodek godek pensyarah ye. contohnya;


Pura pura minat subjek dia.

tak minat hapak nak mamposs pun, dua bijik mata wajib fokus masa pensyarah mengajar. walaupun tak paham itu tak penting, boleh suruh senior yang berkaliber ajar, member sendiri pun terkebil kebil dalam kelas. setiap patah yang keluar dari mulut pensyarah itu, kita kene selalu alert dan ulang banyak kali dalam kelas bajet kita paham. 

dan yang paling utama, pen di jari mesti salu bergerak macam kita sedang khusyuk salin apa yang pensyarah cakap. contonya, macam ain buat ni. -..-"

hahaha..sila jangan kutok...ain babap sorang sorang..
   

Aktif dalam kelas tapi jangan hyperactive


ain tak bermaksud suruh korang berlari 500m dalam kelas dan terkinja kinja tak ketentuan hala.tapi, aktif yang dimaksudkan lahirkan suasana happening dalam kelas. korang nak buat pensyarah ketawa terbahak bahak sampai nanges pun amat digalakan

dengan cara ini, pesyarah tu mesti selalu rindu dan seronok nak mengadap korang yang hipokrit ni hari hari. nak bagi markah kesian pun senanglah. setakat buat muka cipanzi fokus dalam kelas, korang memang minta pelempanglah. sila lah percaya!

kalau tiba tiba dia buat lawak, walaupun tak lawak sebenarnya, sila gelak kuat kuat sampai pensyarah boleh cam suara kita. lepas tu mesti happening satu kelas habes sebab member bukan gelakan pensyarah, tapi gelak kita yang annoying. hahahahaha.

Jadi classrep ataupun asisstant classrep

Sejak azalinya ain masuk unibesiti ni, ain terus dilantik jadi asisstant classrep class. disebabkan ain terlalu berkaliber hampir 5 semester ain jadi assistant class. hehehe. untungkan ain. sebab musababnya.

bila dah jadi classrep atau asisstant classrep, mana saja korang pergi bahkan dalam jamban pun, pensyarah sentiasa carik dan perlukan pertolongan korang. dengan pendekatan ini, senangla nak rapat dengan pensyarah. jangan merungut atau bagi alasan. hipothesisnya, semakin berganda amal jariah, semakin berganda markah.


Mesra dan hormat dengan pensyarah

Lepas kelas, salam cium la tangan lecturer tu. bau belacan pun bedal je. ambik berkat siket, moga moga Allah tolong kita nanti. tapi jangan la pulak gedik yang perempuan cium tangan pensyarah lelaki. stim abes! 

pastu, tengah pensyarah mengajar apa kata buat 'suprise pasty'. kompen sebak habes pensyarah tu. even, pensyarah lelaki. serius sampai mati dia ingat korang. ain cakap ni bersandarkan pada kenangan. lepas peristiwa ini, kami satu kelas pakat habes dapat A+ subjek tu, siap 'dean list' bagai. hahaha. usaha murni jugak amat penting ye.

The best supportive, happening lecturer ever!  ♥   

The best class we had ever  *..*
I
ni merupakan serba sedikit tips yang ain amalkan sejak jadi pelajar unibesiti. jangan lupa juga, buat group discussion, buat soklan past year, berdoa dan tawakal kepada Allah. Jangan hanya, bodek godek pensyarah aje, ape pun tak boleh.

AWAS : Jangan ponteng kelas dan suruh member member tanda tangan kehadiran korang. walaupun pensyarah tak tau, tapi ALLAH Maha Mengetahui. lagi la tak berkat.





Jadi draftsman cita cita sejak azali.

Asslamualaikum ^ ^
berhari hari tak hapdet belog. rasa serba salah pulak kalau tinggal lama lama. wuuu T_T rindu.


kira hari saja nak pergi praktikal, tak cukup hintung guna spoloh jari ain + lagi spoloh jari kaki comel ain + spoloh jari kedut kedit nenek. maka, lagi 30 hari yang tinggal. 30 hari? sadisnya. 

Bagi ain sekarang, 30 hari tu umpama 30 saat. tak sempat ain nak kunyah makanan seloww seloww, tak sempat nak bermalasan, apatah lagi nak tarik selimut  gebu seloww seloww, tutup seluruh jasmani, kendian kebil kebil mata sensorang dalam selimut.

arrghh!gelap!gelap!tolong!

hik.hik. gedik kan? macam tu la ain kecik kecik dulu. walaupon, dah gajah tetap meng'gedik' jugak. sebabnya, ain tak doploh lagi.kih.kih.kih. *biar pun ain lahir bulan sbelas banding kawan kawan yang lain

dan percaya atau tak, dalam usia yang belum dewasa ini ain bakal praktikal di sebuah syarikat swasta. syarikat konsultan. syarikat konsultan yang tender berjuta juta beribu ribu *hekekleh. sebagai Draftsman. Apa tu draftsman kakak ain?*tanya adik adik tadika 

Draftsman tu adalah sejenis pekerjaan yang duduk dalam opis macam bos besar sambil mengadap laptop 25.3242 jam sehari mendesign plan plan bangunan dan structure bangunan yang bakal dibina demi keperluan rakyat Malaysia sejagat. hebak tak kakak ain? fuuu!!hebak!hebak! nak jadi macam kak ain ^ ^" 

dalam usia muda, di saat kawan kawan lain sedang bergelumang dengan esaimen, tekanan lecturer yang tak ensem, berperang pagi pagi pergi kelas macam budak skolah. bapak tak kool -..-" manakala, ain pulak umpama sedang berada di langit ke tujuh. bebas tanpa perlu pikir, ape tu peperiksaan. pastinya ain tak perlu bertepek bijik mata pada buku demi exam.hehe.gurau je. 

untuk praktikal lecturer ain yang baik hati semestinya amat risau kalau kalau ain kebuhsanan sehingga menggeletar kaki jari jemari masa praktikal, maka beliau telah menyediakan tugasan report sebijik ikut format macam thesis tahap master. kalau tak ikut dan lecturer kesayangan ain tak puas hati, maka gagal lah SEMESTER 5. kalau lulus, ain boleh sambung master terus.hahaha. main main jer.

Dengan itu, sekarang ini juga sudah tiba masanya ain memikirkan langkah langkah yang lebih efektif dan lebih moden untuk bodek lecturer. bukan lagi meseh lecturer wish semalam malam sampai habes kedit sekom.tak.tak. bukan juga blanja lecturer makan, supaya diterima report ain seadanya. tapi, ya. langkah yang lebih efektif dan moden supaya lecturer tak boleh kesan hatta guna naluri, laser.

Ain memalukan diri sendiri. Terima kasih

Assalamualaikum ^ ^

gambar berkenaan hari ini ^^


jadah. perah otak malam buta semata mata nak buat pendahuluan yang sikit cinonet. hakikatnya,ain serius sekali tidak suka subjek Bahasa Melayu zaman sekolah dulu bila cikgu haizom suruh buat karangan 560 patah perkataan . dengan blog ain tak payah lagi runsing memikirkan 5 markah akan hilang sebab gagal buat pendahuluan.


sila dermakan 10 minit korang untuk membaca entri kali ini, di tulis dengan hati dengan harapan lepas ni ain boleh tidur dengan dengkuran hebat tanpa segan silu. itulah Ain Dzaya. =..='


walaupun mende alah ni berlaku pagi tadi, dan ia dah agak agak nak basi, kalau goreng cekodok pagi tadi pun, tengah malam gini pun boleh makan lagi,


tapi, ain nak juga cerita kat korang. mulanya tak nak cerita, ye la, memalukan, tapi gagahkan juga hati ni taip entri pagi pagi buta nak cerita sebab ain rasa macam benda alah bodoh ni buat ain tak boleh tidur lena sehingga sekarang.


situasi pertama
macam ni, syukur tak keruan lagi ain bukak je bijik bijik mata pagi tadi ain masih lagi boleh menikmati macam macam keindahan Allah yang kita tak boleh dijual beli. dengan percumanya ain boleh sedut berkilo kilo udara tanpa segan silu.


kendian dengan gembira ceria tak ketentuan hala ain bersiap lah secantik yang boleh untuk pegi kerja dengan harapan riak dan sopan santun nak ngadap bos sebabnya timbunan fail yang bos bagi tiga hari lepas ain mampu siapkan dengan gigihnya. heh! betapa hebaknya ain, baru je kerja dah tunjuk pontensi jadi pekerja cemerlang gilang gemilang


sampai je kat opis, ain tengok ada ramai orang kat kaunter depan. dah lah lelaki lelaki belaka. hensem hensem belaka. taf taf belaka. ain yang sedia maklum sopan santun, pemalu, perempuan melayu terahir dan lain lain, tiba tiba jadi perhatian.  masa tu adrenalin dah tak boleh bekerjasama dah dengan anggota badan lagi dah apatah lagi otak.


dorang tak paham bahasa pulak yang ain nak lalu. mungkin interconnection otak ain dengan dorang tak berhubung secara normal. mujurlah badan kecik molek, jadi senanglah nak selit selit celah celah bodi bodi taf itu. dengan menonong masuk dalam opis tak toleh kiri kanan dah. tiba-tiba.....



pangggg!!! kaki sasa ain terlanggar pasu bunga besar depan kaunter.ohmygucci!


wakdehel. pasu besar gedabak depan ain pun boleh terlanggar. inilah akibatnya bila otak dan anggota badan tidak bekerjasama. dorang kemain gelak lagi. cinabeng betol. malu sangat. ain masih lagi tebal muka cool, terkial kial angkat pasu bunga, nasib baik tak pecah. dorang tengok je. gelak terjonjol halkum!


cissss! bukan nak tolong, harap je badan taf macam badang, muka hensem macam Amir Khan. tapi ain dah menyumpah dalam hati kot. takot -.-' bila dorang tengok ain terkial kial angkat pasu bunga besar tu, baru la dorang nak tolong ain angkat pasu bunga tu.



'lain kali tolong bagi laluan' 
*nada perlahan tanpa sopan santun untuk 'berok'thers sekalian*



terdiam dan terkesima dorang untuk minta maaf. Terus ain blah dari situ. sumpahla, ain tahan air mata nak nanes masa tu. Niat pagi tadi yang eksaited tak ketentuan hala spoil macam tu je. haihh! Nasib baik bos cuti hari ni, tak pasalpasal ngadap bos dengan muka spoil. malu sangat.


situasi kedua
adakah ain dah jatuhkan reputasi nama besar department ain bilamana lelaki lelaki yang sekian tadi sebenarnya pelawat dari Melaka melawat kawasan opis? dan disebabkan ain punyai short-term memory yang bos dah cakap minggu lepas yang hari ini merupakan hari penting opis. :'(


macam benda alah ni buat ain tak boleh tidur lena sehingga sekarang. nak simpan entri ni, nak bagi cucu cucu baca jadikan sebagai teladan supaya jadi lebih professional.


terima kasih sudi baca :)