Assalamualaikum ^^
walaupun menda alah ni berlaku semalam dan cerita ni dah agak agak nak basi, tapi disebabkan menda alah ni dalam sejarah ain dengan muka tebal lima inci T_T. yela, memangla memalukan, tapi ain gigihkan juga hati sebab ain rasa ini macam benda bodoh tak boleh blah berlaku dalam sejarah hidup ain. ain nak cerita jugak, kalau tak cerita ain rasa separuh jiwa ain tak tenang ketandusan nyawa.
Selepas seharian kebuhsanan duduk dalam site ofis yang memang tak de rupa macam office. nama pun site opis kan, sebab tu ain tak berkira sangat. jamban pun macam zaman 60-an. agak agak kalau ain ceret beret kat opis ni disebabkan keracunan makanan makcik foodcourt tu, sapelah agaknye ek yang sudi berhati kudus tulus mulus yang sudi bersihkan jamban tu. kalau ada, satu rupiah duit kertas tipu tipu ain kasi. hakhakhak.
Anyway back to the perenggan pertama tadi (ain kalau melencong cerita memang lama)
dengan tidak semena mena, disebabkan kebuhsanan, bergegaslah ain keluar cari tempat yang boleh ain lepak sengsorang layan jiwa, heh! nak ajak member, member pun takde lagi. jalan punya jalan, sambil pikir pasal kejadian pagi kelmarin yang kita orang kelamkelibut siapkan tender baru syarikat yang due datenya hari ni jam 12.00 tengahari. kalau lewat, mengamuk la General Manager Tuan Syed!
sangka ain, HUSM ni,
hekelleh! HUSM je kowt! kawasan dalam pagar lagi, lainlah dalam hutan yang boleh sesat entah tentu hala. =..=''
tapi, itu hanya sangka-an, tapi realitinya lepas satu bangunan ain pusing pusing tempat tang tu jugak ain jumpa.bhahahaha.
Disebabkan ain ni sangatlah tinggi sifat konfident dalam diri, ain gagahkan kaki ain carik juga tempat yang boleh ain lepak sensorang sambil isi perut ain yang berkeroncong punya la kuat. Hajat nak carik foodcourt je kot, jenuh satu HUSM pusing, rupa rupanya foodcourt tu duduk mengadap site office je cuma terlindung dengan satu bangunan je.bhahahaha. terasa dungu sangat diri ni masa tu -..-''.
dah la sesat, lepas tu bila dah sampai foodcourt. ain terpaku 42saat. gelabah tak tahu nak buat apa. lepas satu kedai satu kedai ain masuk. sehinggakan akak jual nasi ayam tu jakun tengok ain. ain pun tak paham jenis sistem apa yang foodcourt tu guna. ain tengok budak budak USM ni beli makanan guna kupon kecik ada harga. lepas tu bukan budak USM macam ain ni macam mana? jadah =..=''
Lepas patblas minit ain kaji selidik, baru la ain faham, rupanya kupon tu ambik kat kaunter bayaran. bayar dulu baru makan.bhahahaha. ini adalah ke-dungu-an ain nombor 2.muahahaha.
ain makan dan layan jiwa sengsorang sambil usha budak USM. hohohoho. ain bangga betul dengak dak dak USM ni walaupun dorang pakai skema, dorang sangat konfident macam ain, perangai cerdik, dan cantikcantik hensemhensem belaka. kalau yang Cina, India, sangat menghormati kaum lain. ain kagum dan bangga sangat dengan mereka ni. kat unibesiti ain orang macam ni boleh bilang dengan jari je, heh!
ni la projek yang kampeni ain handle. hebak tak kampeni ain ^^ |
kendian, lepas setengah jam ain makan dan layan jiwa, ain pun angkat kaki nak pergi solat zohor. bukan sebab kat site opis ain takde surau, ada. tapi takde ngupe surau pun. hajatnya nak solat kat surau USM la. Maka, ain pun cari la surau. surau?! mana?! entah, ain pun tataw kat mana, jalan ikut kaki je.muahahaha. Confident, itu yang ain pupuk dalam diri ain sejak ber-praktikal ni.
disebabkan jalan ikut kaki je kan, hahaha. habes pusing belok keluar masuk bangunan, tempat sama tang tu jugak ain jumpa. nurse, staff, students situ semua jakun tengok ain gelabah dalam konfident ni.muahaha. mungkin dorang pikir ain nak jenjalan jalan dalam HUSM kot! jadah la kan nak jenjalan pulak.
Start dari tu, ain yang gelabah tak ketentuan hala ni, barulah mula beranikan diri nak tanya orang sekeliling mana surau. nasib baik ada mamat hensem bakal doktor yang sudi tolong.hek.hek.hek. mamat ni pulak pandai buat lucuk. nanti ain cerita di entri seterusnya.
malam tadi, ain gelak sengsorang dalam bilik tak hengat dunia. betapa dungu-nya ain hari ni. malunye =..=". tu la kan. konfident terlampau sangat, sehingga sesat jalan. lepas ni nak tunjuk kat cucu entri ni, bagi cucu baca. 'tok nanny nak pesan, jangan konfident tak ketentuan hala sangat yer'.bhahahahaha.