Idea Selendang Merah dan Ain Dzaya untuk pembaca belog kami . . .

Assalmualaikum ^^


Mempersembahkan, gambar ain dan kekasih gelap ain selama tiga tahun. Nampak tak gambar ain dan selendang merah tempek kat atas tu? Ada yang jeles tak..bila tengok. Kami macam pinang yang diruncing runcing haluskan. Sila percaya, yang ain sedang menipu belaka. 

kononnya, hari ni ain dan SM nak buat sesuatu untuk kawan kawan dan juga pembaca belog kami. memang idea dah ada. cuma masih tengok, idea mana yang patut digunapakai. dan masih mencari pros dan cons sesebuah idea itu sendiri. 

Disamping, kami sedang gigih menyusun strategi yang terbaik untuk pembaca belog kami nie.

hakhak. dah macam nak buat projek besar besaran modal siap pinjam bank pulak.

tak tak. ni idea biasa biasa saja untuk reward kawan kawan/pembaca belog ain dan SM. sebab musabab, bulan ni rezeki lebih, masa pun lebih juga, sebab tu la rasa nak buat semua ni.

Walaupun belog ain tak sehebak belog SM yuyu juleka, eh, Selendang Merah pun jugak yang lagi peymess amos, dengan kaedah ini dapat jugaklah ain mengenali belogger belogger yang sebenarnya hebak lagi kreatif  tapi malu malu meoww. 

Di samping belogger belogger lain yang banyak membanting tulang bersama sama memberi kami semangat untuk terus berbelog hingga ke taraf begini. Sedih syahdu. Tetiba -.-'

okay, entry ni sangat sangat simple. tengah sibuk mencari sponsor bersama sama dengan Selendang Merahmaka, sesiapa yang sudi menjadi sponsor sila terus kontek ain dan SM ke link ini

Join Churp Churp. Perghh! baru 3 jam join dah mashukk!

Assalamualaikum 

tak ku sangka! tak ku duga! baru saja 3 jam tadi ain pasang iklan Churp Churp, susun latitud iklan di tempat yang strategik supaya lebih dekat mata orang orang melihat, saat ini ain dah dapat benefit yang masyukk! lepas ni ain nak kasih Churp Churp sejuta lemon berbanding Nuffnang. tanda protes -..-''! 

sekarang ni baru lah ain tahu kehebatan Churp Churp berbanding Nuffnang ni. sangat sangat menguntungkan!


sebelum ni tengok orang je join Churp Churp ni, tempek iklan semerata belog. perggghh! berbunga bunga mata ain ni melihat. teragak agak jugak nak guna, best ke tak. tambahan pula, ain ni tiada kepakaran yang hebat nak guna iklan sebegini. tapi, bila dah guna baru lah ain taw. hehew. baru la up!



mula nya teragak agak nak guna sebab ain kudus jugakla kan hotak ni nak kenal menda alah ni, tapi, secara tuntasnya, Churp Churp lebih mudah cara penggunaan berbanding Nuffnang, sekarang ni belog ain nak dapat 1 BE dari Nuffnang pun abes berkira. ye, ain dah hantar kredit kat akak Nuffnang. tapi CREDIT jer tak masuk masuk. bhahaha.

Di samping itu juga,  selain menjana pendapatan, ia juga menjadi media sosial yang lebih kool, millinenium, yang dapat mengeratkan silaturahim sesama kita. maka, ain kene susun semula rutin ain sebagai pelajar cemerlang,  supaya ain dapat turut serta dengan pelbagai aktiviti yang disediakan. 

Lepas ni, ain dah tak teragak agak dah nak makan menelentang  menatap belog berejam jam. kalau ibu kata, ain suka membuang masa meng-hadap laptop, maka lepas ni ibu patut berbangga dengan anak beliau yang sekor ni. ^ ^ 


dengan pendekatan baru ni, ain nak cuba guna Churp Churp yang hebak ni, dengan harapan masuk la singgit dua buat bayar rumah sewa, mengenketedarah dan biayaan pengajian kat unibesiti yang tak habes habes kikis duit poket ain. haishh!


Kepada sesiapa yang tak menceburi Churp Churp ni, ayuh ramai ramai kita! i heart you Churp Churp!

seronok bukan? ye la, sambil berblog, nak la juga ada hasil nya kan. percaya atau tidak, baru 3 jam ain pasang iklan Churp Churp ni, kalau cuku seminggu ni, ain boleh cash out dah duit Churp Churp ni :"> korang pun mesti boleh la. cube ye. pasti korang pun turut teruja macam ain :"> 

kelik la untuk register :) mana la tahu, ujung tahun ni korang boleh belanja ain makan besarr! Churp Churp ni di ambil kira dengan jumlah kelik dan berapa orang yang berjaya sign up :) kalau dah berjaya sign up, ayuh, kita sama kongsi iklan Churp Churp ini, untuk pendapatan lebih lumayan dan berbaloi!

     


Gara-gara idea . . .

Assalamualaikum

7 jam lalu
betol betolkan tulang temulang rapuh akibat dah lama tak bersimpuh depan laptop demi qada' menatap belog berjam jam. gelek gelek kanan seloww seloww kendian, gelek gelek kiri seloww seloww takut jugak nanti terus bersepah tulang yang rapuh ye dak. gosok gosok laptop yang berwajah baru. ain kini telah kembali berblog seperti sedia kala.ehhee.


Patploh minit lalu

adedey,aney aney baru seminggu eh, baru je satu dua tiga empat lima enam lepas ain  terpaksa hantar laptop pergi servis gara gara laptop yang mengedik bedik. mentang mentang la kan wang saham duit kutu, duit biasiswa, duit gaji tengah berkepuk kepuk dalam bank.

Oleh yang demikian, sepanjang sepeninggalan laptop, ain terpaksa tahan gian nak berblog dengan pelbagai kaedah. antaranya mengenketedarah kokokruch terlentang atas katil. Stail ni yang ain paling suka buat, sambil meyambil gosok gosok perut imut.

Masa ni jugakalah idea curik curik mengambil kesempatan mengalir lajulaju umpama koko mencurah curah ke ladang gandum, maka jadilah koko cruch. Nampak sangat kan selama ini idea tak bermuafakat secara iklas berkerjasama dengan ain. Sedihla ain macam ni :"(

bila tekan "New post" je, terus idea larik berterabur selamatkan diri menyorok celah celah neuron, entah la, susah betul nak ajak bekerjasama sekarang ni. sungguh tak membantu langsung. hari tu bukan kemain lagi mengalir lajulaju, tengok anak kucing kais pasir tepi jalan je pun, kemain keluar idea dengan harapan nanti boleh buat satu entri "Hati ain ditawan kucing seekor" .

tak apa, dua tiga anak kucing berlari. sekali ain dapat idea, terus ain guna habis habisan. hingga ke dasar hotak pun ain tetap carik. huh! protes tak puas hati!

bagi, ain usaha nak hapdate benda yang bermanfaat untuk belog ain, walaupun  pembaca ada la seciput dua. kalau ain post benda yang entah ape ape, naharomm orang nak singgah sini. nak jeling pun apa kah ke jadah haruan lagi. oh tidak. sedih la nak mengenangkan nasib belog T_T nanges 5 saat.

macam mana la blogger lain selalu je update belog dengan idea idea yang melimpah ruah dari ladang gandum ye? selalu pulak tu. dah tu, semua nya segar lagi panas gitu.

teringat masa mula mula ain buat belog. cis, masa tu tak tahu hala tuju. yang tahu, post benda geli geli. ish. nak nak masa tu pakwe pakwe la, nak nak kalau baru clash, sedih bagai melukut di tepi gantang la sangggaatt! sigh! dasar budak budak tak mengenang dek untung!-.-'

lepas tu, belog ain ni, selalu semak dengan lagu entah ape ape. tambah pulak widget semerata alam bersepah dalam belog. dengan belog hitam gelap gelimat bila masuk belog ain, masa tu, ain bajet, ain saje yang akan hadap belog ain ni. dengan serabut nya layout  hadehh. ain ain.


Saat ini
ok, janji, tak mau dah buat macam dulu. heheh. Mesti ada yang pelik kan kenapa ain taip satu entri tak tentu masa.bhahaha. tengah menaip ni pun, masih tunggu idea datang. entah la bila nak datang ni. haish. susah sungguh. dasar otak sibuk kerah otak untuk kerja yang bertimbun betul la ni O.o

Ain jamin barang ni mampu buat orang ketagih

Assalamualaikum ♥

oooww! kucing ni buat ain geram nak geget ^^
Cakkkk! ada sesuatu yang hebakk ain nak kongsi la hari ni! well well well. Ain Dzaya. kalau benda best, takkan la nak kepam celah ketiak sorang sorang je kan. mesti la nak kongsi dengan semua orang. 

macam orang Melayu selalu cakap "makan sorang" atau maksudnya kalau Dewan Bahasa dan Pustaka teringin tepek dalam senarai kamus adalah "menikmati benda best sensorang. bapak tamak". tak tak tak. ain tak nak jadi macam tu. tapi hari ni nak kongsi benda best lagi sekali. 

eh!dahh! seperti sedia maklum. ain adalah pengemar cekelat terhebakkk sepanjang zaman. kabor je lah apa jenis cekelat, cekelat daim, cekelat dove, cekelat cadbury, kek cekelat. kalau ain senaraikan sampai hujung tahun depan pun tak habes. percayalah! Ain memang ketagih cekelat.

tak percaya tanya laki masa depan ain, masa dulu beliau pernah buat suprise bagi kotak penuh dengan cekelat kat ain. pehhh! cekelat tu buat ain sampai nak nanges je nak buka kotak tu, sampai rasa macam nak simpan bagi cucu cicit makan tau.

rasanya yang sedap dan mencair di mulut dengan penuh sopan santun *..*
Ya Allah wanginye!!
cekelat buat kita terliur dah sebelum makan. kalau yang perasa susu, bau susu yang kaya. kalau perisa cekelat, bau macam cekelat kat tengah batang hidung tau.sampai nak makan pun rasa nak teriakk kemain kan. beliau siap pesan lagi,
'kalau nak makan tu kongsi la dengan kawan-kawan sekali'

agak agak lah kan, ain nak kongsi ke cekelat yang banyak kemain tu dengan kawan kawan. huh! simpang patploh rumah timah la ain nak buat macam tu. ain siap makan cekelat, bergambar dengan cekelat depan mereka lagi. ain memang suka buat orang jeles. lagi lagi kalau jeles tu sampai tetes tetes air mata tumpah ke lantai. ain kan orang Melayu. bhahaha tapi klu sifat mazmumah melebihi sifat mahmudah apa nak buat. 

(pendahuluan pun dah merepek panjang berjela T_T) isi penting yang hendak ain perkatakan sebenarnya adalah cekelat milo. ain berani kerat kuku jari kalau ada yang cakap tak kenal milo. pehh!! apatah lagi kalau ratah milo, ain akan ketagih tegar sepanjang zaman. nasib baik milo, kalau dadah. nauzubillahsyaitonyangdirejam.


milo lah yang menjadi segala peganti cekelat dikala poket ain tengah nazak. milo juga mengandungi khasiat, zat besi yang mampu menjadikan kita badang, vitamin - otak menjadi lebih cerdas, energy - memberi tenaga secergas harimau dan lainlain lagi. 

oleh yang demikian ain nak kongsi sesuatu yang sangat hebak lagi.

ain rembat dari abdul hadi. beliau kool jer ^^












Resepi ni ain rembat dari belog abdul hadi. belog beliau memang kool, ada masa cuci la bijik mata kat sana ye :) Bahan- bahan yang diperlukan : sepaket milo, kain pelekat, ion/seterika.

1. letak milo 3 in 1 atas kain pelekat. lepas tu, lipat kain tu dua kali. tujuannya untuk elak pelastik milo tu cair kene ion. 

2. kendian, seterika kan kain yang mengandungi milo 3 in 1 tadi. ion la lama sikit, sambil balik balik kan kain tu macam buat roti canai. tujuannya, untuk sebatikan segala haba pada milo 3 in 1. tekan tekan sikit milo tu guna ion, kasi pressure. makin keras, makin ranggup untuk dimakan.

3. Lepas dah ion, sejukkan sebentar dan makan. Benda alah ni sangat sesuai untuk dimakan tika layan drama Melayu. drama Melayukan drama selooww, so bole lah nikmati milo ranggup secara selooww seloww. nak makan bersembunyi tika dalam dewan kuliah pun boleh. untuk mengelakan perut cepat lapar dengar pensyarah tabur air liur di depan. =..=''

Jimat dan sedap kan. nomnomnom. Selamat mencuba :))

Ain dah pandai buat drama sekarang.

Assalamualaikum

http://aindzaya.blogspot.com
pendahuluan entri pun dah tempek gambar besar gedabak kan

pak leman ayob dan mak melah kuih keria! apa khabar kalian? selamat pagi yang masih lekat hebak air liur basi perisa stoberi kat mulut! ada yang masih berkubang dengan bantal dan selimut ke? ishh! cepat bangun! ain cocok montot dengan pensil stabilo karang.

ain? sejak hidup berdikari ain dah pandai bangun awal sangat sangat. pukul 6.00 pagi ain dah terpacak depan pintu bilik air. dah siap buat sarapan sendiri. dah siap kemas bilik. dah siap basuh kain. dah siap main fesbuk lagik. baguskan ain *sambil kilatkan kuku*

kepada makcik pakcik yang tengah sibuk cari menantu yang bagus dan rajin macam ain, cepatlah masuk meminang ain sekarang. sementara sifat mazmumah tak bergeladak dalam hati ain. teehee =..=+
ain harap lelaki masa depan ain, sedang bergelumang dengan selimut saat ini. 

teman rumah ain? sebenarnya ain tak pernah kenal pun ahli ahli setiap bilik rumah ain ni. bukan salah ain yang terlalu sombong nak borak borak botol kosong dengan mereka kawan kawan. apatah lagi, kedekut nak kongsi cekodok dengan ain teh bunga buatan ain bersama mereka. cuma, jadual mereka bekerja siang dan malam tak sama dengan jadual opis ain ni yang siang sahaja. 

maka, bila ain bangun awal pagi sangat sangat, mereka tak bangun lagi. tu pun ada la sorang dua yang berselisih bahu nak amik wuduk kat bilik air. jalan pun macam nak merangkak. jadah la kan ain nak terkinja kinja nak berkenalan dengan mereka kan. silap hari bulan, lebamm bijik mata kanan ain.o.0

her0in_chic on Xangasekarang, bila ain duduk sensorang termenung sambil makan kerepek ikan kan, *manusia spesis perut tak pernah kenyang perut* teringat masa zaman tak matang dulu, selagi matahari yang besar gedabak tak menempek duduk atas kepala ain, selagi tu la ain masih lagi berdating dengan bopren ain dalam mimpi. itupun nak pergi ambil wuduk pagi pagi buta tu rasa nak mengensot saja. macam spongebob.

lepas tu sambung tidur balik. kesian pulak kat ibu ain yang pagi pagi lagi dah bangun mulakan rutin sebagai ibu, isteri, bekerja dan suri rumah. yang tak pernah kenal erti penah letih jemu. ain pulak, boleh pulak sebal bergembira tak ketentuan hala dating dengan bopren dalam mimpi. ain tabik spring berdouble triple super ring la kat ibu ain. ibu terbaik yang pernah ain jumpa. lepas ni ain janji ain akan jadi anak yang terrbaiikkk!

dusta.


motif nya, selepas bangun dari tidur, kita mesti selalu bermuhasabah diri, supaya kita dapat berfikir semula apa yang kita buat selama ini dalam hidup kita betul ke tak. kalau tak betul, kita perbaikinya jadi lebih baik. apa pun yang kita nak atau kita harapkan, semua nya bermula dengan diri sendiri. mulakan dengan diri sendiri dulu. kalau kita nak kawin dengan anak raja, kita gigihkan diri kita mengorat anak raja. InsyaAllah Allah sentiasa membantu kita.

pergghhhh..pagi pagi ain dah sajikan tazkirah la pulak kan. heheheh. pastikan lagi mesti korang membaca sehingga tersusuk ke tulang somsom dan hingga ke tetesan terakhir air mata darah. mula la ain terasa seperti sedang bersama tb al-hijrah. ohh. terharu :')