Bloglist 'Kami Janji Tak Benti Blog'

Assalamualaikum ^^

Mana blogger blogger yang sering hapdate tujuhratusnamplohpatribujuta entri sehari? 
Mana blogger blogger yang biskut famous amous menghilang?
Mana blogger blogger yang ada lapanjutaratusribu follower?
Kenapa banyak blog Permission Denied? 

Sedih pulak ain bila bersemangat nak blogwalking kat belog Ayeem Ayam jadi begini T_T.
Ini yang menjadi kemusykilan ain sekarang, tika mood blogwalking umpama peribahasa dalam Kamus Dewan bahasa edisi Ain Dzaya 'bagai di sorongkan bantal selepas subuh'. Tibatiba pulak hati ainsayupsayup rindu masa mulamula kenal dunia blog, dapat berkenalan dengan ramai blogger yang sempoi..hebat..sarkastik..tipikal..

mereka banyak memberiain inspirasi dalam dunia blog, tapi sekarang ain dapat rasakan dunia blog kini makin suram, sunyi sepi macam kat kubur malam Jumaat. Ain Zulaikha, Ayeemayam manakah mereka?
Jujur! Ain rindukan tulisan mereka semua.wuwuwu.nanges! eh! apakah ain sorang yang berperasan sebegini?

Oleh yang demikian, memandangkan RSS Feed URL blog ain telah kembali pulih seperti sedia kala selepas bertapa tiga bulan di Batu Cave maka, ain nak buat 1 bloglist. Bloglist 'Kami Janji Tak Benti Blog'. Bloglist ini terbuka kepada semua blogger yang mempunyai semangat fisabilillah berblogging sampai pengsan.hik.hik.hik. supaya lepas ni bila ain nak blogwalking, sejuk je hati macam air batu. kalau ada sesiapa yg sudi letak blog picisan lagi kudus dalam beloglist kalian. beliau amat mengalu alukan.hehe

mungkir janji? yokyok...dosa...masuk api neraka...mati seksa.hehew. ayat budak darjah 1 -..-"
sila tinggalkan link blog di ruangan komen. :)

Last BUT not least ^^ hehehew. budak baju kuning tu dia berspesis tipikal tapi ramai kata beliau sarkastik.demmm! 

Entri Bergambar | 6 Tips Blogging Awesome Nuffnang Blogopolis

Assalamualaikum 

Tak tahu nak mula yang mana satu dah ni. Belum pun buka New Post lagi, segerombolan idea idea berlari lari semut nak keluar meluncur dari celah celah rambut. Bukan ain tak nak curah semua jenis jenis idea yang ada, tapi sejak bulan Ramadhan ni jasmani dan hotak ain makin tak sehaluan. 

Sesuatu yang bermakna ain rembat dari Blog Yuyu Zulaikha ialah quotes ini. Quotes ini buat ain sedar betapa berbloging ni merupakan hal yang paling seronok sepanjang penghidupan ain 20 tahun ni. Terima kasih belog :').
Kadang-kadang ain kompius bila jasmani ain suka bertindak sesuka hati tanpa ikut arahan dari otak. Contohnya, hotak ain dah set 'jangan korek hidung di bulan Ramadhan'. Patloh saat kendian, jasmani selamba badak korek hidung tanpa segan silu di khalayak ramai.

tapi bukanlah pasal korek hidung ain nak cakapkan. tapi ain nak kongsi sesuatu. sesuatu yang mampu buat ain tetes air mata cecah ke tanah lepas lepak tengahari sambil kunyah cekelat daim kat blog Yuyu Zulaikha, Ariff Shah a.k.a bopreng ain. eh, daim? kantoi -..-''. 

dah. dah. bulan puasa tak digalakkan menipu.
Ciss!! Bopreng ain bergambar dengan batman. Siap dapat tiket batman lagi. Seriyeess bodi batman  berketak ketak buat usus besar ain tak keruan!

6 Tips Blogging Awesome Nuffnang Blogopolis
credit to Ariff Shah a.k.a bopreng ain

Entri yang menarik minat penduduk tempatan.
Entri jenis sebegini mengetengahkan pelbagai isu yang berlaku disekeliling kita, yang berkaitan dengan lifestyle rakyat Malaysia. Ini menjadi suatu kepentingan supaya entri kita lebih mudah diterima oleh pembaca. Contohnya, 'tips usha awek sekolah', 'kikis duit bopren di Mesra City Mall', 'Pak Ayob yang yok buka periuk di Bulan Ramadhan' dll. mengikut kreativiti penyampaian kita.

Kalau takde idea dan input tak payah update blog.

Setiap blog yang pembaca baca ada nilai expectation tersendiri. Contohnya, belog Yuyu Zulaikha lebih mengetengahkan lifestyle beliau dengan cara penulisan yang tersendiri manakala blog namee pulak bersifat isu-isu sempoi yang berlaku dari semasa ke semasa. Bila kita dah di biasakan dengan jenis penulisan kita tersendiri maka kita harus mengekalkan momentum itu supaya kita tidak kehilangan pembaca. jadi, kalau tiada idea tiada input tak payah lah yer hapdate belog sementara waktu. Nanti idea dah penat main larik-larik, segerombolan idea datang la nanti.

Yuyu Zulaikha yang comel kemain seronok beronok di Nuffnang Blogopolis ^^

Just blog for yourself and be happy
Identiti/platform diri amat penting sebagai blogger sebagai pemandu arah kita dalam dunia blogging ni. tak lah sesat di celah hiruk pikuk blogging. sebab musababnya, satu masa nanti di mana ada orang benci dengan cara penulisan kita. Ain pun pernah mengalami situasi sebegini, tapi sebagai belogger sejati waklekwakpis je! cececece Biarkan je la mereka, apa mereka nak cakap. itu menunjukkan blog kita makin jadi tarikan pembaca. yang penting keeping blogging and have fun with your blog!Chill beb! 

Segregate between good content and not so good content. 
Jadah apakah itu? Begini, jika dah menjadi tabiat kita taip belog panjang berela-ela, contohnya belog ain sendiri. dan majoriti entri-entri kita mendapat sambutan selama yang memberansangkan maka, keep it up with it! Tapi, jika tiba-tiba anda nak tukar stail blog anda jenis letak gambar patplohratusjuta sehingga pembaca kompius antara tumblr dan blog, kemungkinan pembaca blog lama anda akan hilang minat untuk terus menjadi pembaca belog anda.

#Penyelesaian : buat satu blog atau tumblr khas untuk gambar patplohratusjuta anda sehari.

Sue Anna Joe kasi talk tentang belog photographer.

If you don’t have haters, you have failed to spark interest.


FAKTA 

SEBAGAI BLOGGER YANG BERJAYA, 
ANDA PASTI MEMPUNYAI HATERS/ANON.


ini menunjukkan bahawa blog kita kini telah mendapat sambutan dan telah memberi impak kepada pembaca. Jadi, teruskan berblog, jangan pernah putus asa dengan sikap haters/anon terhadap belog kita. haters/anon memang spesis hidupan yang tidak pernah nak mengaku kalah. kita sebagai belogger yang berjaya makruh untuk melayan mereka. 


kerana kata-kata mereka mungkin makin menjatuhkan semangat kita untuk terus berbelog. kata Ariff Shah haters/anon ini spesis 'tiada integriti dan mereka boleh mencaci maki anda tanpa batasan'. tapi, jika haters ni wujud disebabkan kesilapan kita, betulkan kesilapan tersebut. 

Maria Elena gigih memotivasikan para tetamu mampu buat suasana jadi nak happening dan terusik dengan gaya penyampaian beliau.

Support each other. 
Kalau korang perasan kaedah ini sering diguna pakai oleh belogger popular seperti Ben Ashaari, Lyssa Faizureen, dan lain-lain. Iaitu link kan entri, promote blogger lain, buat segment, dan pelbagai lagi lah mengikut kreativiti masing-masing. Kena ada give and take. Nampaknya lepas ni ain kene belajar seloww seloww menggunakan kaedah give and take ni.

Nuffnang bakal berwajah baru kelak! yeyyy! lepas nie kene rajin rajin godek bodek Nuffnang ni moga-moga dapat BE lebih dari Nuffnang.hehehe.

Walaupun ain tak berkesempatan join Nuffnang Blogopolis, tips yang di share Ariff Shah sungguh berguna buat ain. Kongklusinya, ilmu yang ain dapat dari Nuffnang Blogopolis, kebanyakan  tips sedemikian telah ain cuba praktikal seloww seloww sebulan dua ni dalam belog ain. 


Dan give and  take ain perolehi daripada pembaca amatlah memberangsangkan. Ain mampu memperolehi 3000++ UV untuk bulan lepas. ooo gelakkan blog ain ye. ain nak merajuk celah almari baju la camni T_T. Terima kasih pembaca belog kudus ain belaka. Meh sini beratur, ain nak kiss sorangsorang yang baca blog ain.muahhx! Nampaknya bulan ini ain kene berusaha lebih gigih demi belog kesayangan ain ni.

P/s : Ain rentap semua gambar ni kat belog ariff shah dan yuyu. tanpa izin mereka yang pasti. ah! biarplah sape suruh buat ain cemburu kemain pergi Nuffnang Blogopolis manakala ain pulak tak dapat pegi T_T.

Ah Lan Wa Sahlan Ya Ramadhan ♥

Assalamualaikum 
Salam Ramadhan Semua.















bukanlah satu perkara aneh bagi ain memulakan tajuk entri awal Ramadhan ini menggunakan Bahasa Areebbb (hik.hik.hik. gelak selooww selooww dalam selimut). perasaan eksaited kemain ini tiba tiba datang patblas saat tadi, maklumlah dah seminggu ain terpaksa tinggalkan belog kudus kesayangan ain gara gara laptop yang tak habeshabes meng-kikis duit ain semenjak elaun masuk ini. adesssss. -..-".

Nampaknya tahun ini, terpaksalah ain mengerahkan tulang som som yang hampir rapuh, otot otot yang semakin berisi supaya lebih bekerja keras dan saling bekerjasama untuk dapatkan duit poket lebih semata mata untuk membeli laptop baru. demmmm!! ain baru nak goyang lutut sepanjang semester praktikal ni.

kalau sebelum ni sejak masuk unibesiti, ain tak berpeluang sambut ramadhan bersama keluarga, apatah lagi solat tawarikh secara berjemaah di masjid. Tatkala, orang berbuka puasa dengan makanan, ain pula berbuka dengan esaimen. Tatkala orang bersahur dengan nasi, ain bersahur dengan buku.  Tatkala orang berterawikh di mesjid, ain pula berterawih dengan classmate di studio class. Begitulah rutin ain selama 2 ramadhan lalu. Tapi ramadhan kali ni, 

Alhamdulillah. ain berpeluang merasmikan sahur pertama bersama famili. Pehhhh! Best tak ketentuan hala ain nak kata, walaupun ain hanya jamah nasi putih, daging goreng dan sayur kobis air tangan kesayangan ibu ain. Itu dah cukup bermakna buat ain. Umpama jamah, beef chop kat Tirai  Ratus pulak perasaannya. 


Ain yakin sratus duaplohpat yang jika korang pergi berbuka puasa di Tirai Ratus, nescaya korang jalan mengensot ensot nak balik rumah. Tambahan pulak sekarang Tirai Ratus sedang membuat promosi sehingga 43% yang boleh menjadikan kita raja makanan yang sedap kemain. 


Special Buka Puasa buffer hanya RM 19.95 sehingga RM35.00. Disamping, kalian boleh memilih sebanyak dan mengenketedarah pelbagai jenis makan yang disediakan dengan harga yang bersederhana. Murahkan?! daripada kalian berhabesan duit limaploh sekeping sehari di bazaar ramadhan. Ain syorkan untuk mereka yang sedang berjimat ceremat demi baju raya yang tak menahan kelak di bulan puasa  ni.

 [43% OFF] Dine Like A King During This Ramadhan! Special Buka Puasa Buffet for only RM19.95 instead of RM35 at TIRAI RATUS. Limited to 120 Vouchers Daily during the month of Ramadhan!

Mohon ain mampu tahan air liur ain dari lemah gemalai tetes ke lantai sekrang.
Dah, dah. Jangan emo sangat.

Jika sebelum ini, ain telah cuba sedaya upaya untuk menghargai bulan Rejab dan Sya'ban di mana berikut adalah bulan bulan untuk melipat gandakan amalan jariah di samping dapat jugaklah ain meng-kikis sikit demi sikit dosadosa lalu yang terpendam dalam selama penghidupan ini sebagai khalifah di bumi Allah. Insap spuloh saat.


اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan
— Hadis riwayat Ahmad dan at-Tabrani, daripada Anas

Maka, di bulan ramadhan kali ni, ain akan cuba untuk istiqamah mengenketedarah melipat gandakan amalan jariah di bulan yang penuh seribu pahala . Istiqamah kerana setan dah di ikat ketatketat oleh Allah maka lepas ni boleh la banyak beribadat :').

Jom kita hapuskan dendam, bersihkan hati untuk memnunaikan ibadat puasa :)Jangan lupa untuk luruskan niat sebagai persiapan hati untuk menjalani ibadat di bulan yang penuh hikmah. Ayuh, ramai ramai ^^













Syaitan? syaitan yang selalu hasut kita mencuri cekelat kat kedai runcit depan rumah, tidur sehingga terbabas solat, ikat badan kita dari bangun buat qiamulai, pakaikan celak kat mata kita. pssstttt....tahukah beliau yang ain sanggup tak makan tengahari semata mata nak beli Line Express® Eyeliner. kejam!

Sebelum ni ain tamak mengenketedarah depan laptop, maka bulan ini ain nak jadi tamak rebut semua ganjaran ini!
p/s: Moga ramadhan kali ini menjadi sungguh bermakna buat ain :') 
p/s lagi : orang baru berpuasa, ain dah sebok ajak member carik baju rayer -.-"

Mood se-ohsem yang disangka ❤

Assalamualaikum  

mood sekarang sangatlah tak se-ohsem yang disangka. Ramalan semalam menyatakan bahawa hari ini ain akan bangun tepat jam 6.45 pagi. Tapi bak kata pepatah Melayu 'sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari'. Ke-sejuk-kan penghawa dingin hingga mengeget tulang som som memaksa ain tarik selimut selooww selooww lalu, meneringkup terlentang dengan bahagianya. omai!omai!

semalam, entah kenapa bijik mata ni susah nak tidur sungguh. hotak pulak berperang dengan wireless yang memang tak ekhlas berkhidmat untuk ain semalam. sebenarnya bukanlah ni perkara utama yang ain nak taip di kala mood tak se-ohsem ni.

Sebenarnya lagi, tatkala otak tak sehaluan dengan jiwa. tatkala mata tak sehaluan dengan jari. tatkala rohani tak sehaluan dengan jasmani. maka, ain pun tak tahu apa yang ain tengah meraban kan sekarang ini.  






Everyone is upgrading, even the birds! 

baiklah, berbalik pada tujuan utama ain hari ni. sebelum memula kan karangan tak melebihi 1000 patah perkataan. buat kali ke 85435656 ain nak ucap 'Sanah Helwah ya Amirul 'Adha dalam hati. muehehehe.

Entah kenapa tahun ni ain hanya dapat 3.1% kekuatan sahaja nak wish Sanah Helwah kepada lelaki masa depan. ain rasakan umpama jika ain wish kepada beliau, beliau akan geget ain guna gigi beliau yang putih tersusun rapi tu.hehe.

saat ini apa yang ain mampu luahkan ialah hati ain sedang terkinja kinja nak jumpa lelaki masa depan, gedikkann!!hehew.

mempersembahkan tangan dan kasut birthday boy untuk tatapan hati!!
Alhamdulillah. Allah masih bagi peluang kepada beliau untuk mengembangkan lobang hedong untuk hirup oksigen secara hirup sekali percuma 2kali. Allah masih lagi bagi peluang untuk beliau untuk terus berbakti kepada keluarga dan masa depan. sobbbsss.

dah dewasa rupanya beliau. =..=''


semoga Allah pertambahkan usia mu, 
seiring dengan pertambahan amal ibadat mu, 
seiring dengan taqwamu, 
seiring dengan peningkatan pretasi dan kualiti ibadatmu, 
semoga ada berkat hidup di setiap amal perbuatanmu. 
amin :) 


meh-meh join segment sempoi, simple dari Ain dan Selendang Merah
CREATIVE, ARTISTIK, GEORGEOUS, ADORABLE, FASHIONABLE,OWESOME 
clik banner


Beli Sikat Baru.

Assalamualaikum  

seronoknya belum sempat nak celik bijik mata, tetiba, hujan turun mencurah curah lebat. ni la masanya untuk tarik seloww seloww selimut gebu yang ada, kendian, tutup seluruh jasmani, dan kebil kebil mata sensorang dalam selimut, lalu buat buat tanya kat diri sendiri :

ehh! aku kat mana ni? asal gelap! arghh! tolong tolong!

hikhik. gedik kan? macam tu la ain kecik kecik dulu. masa zaman main lap lap hingus hijau guna lengan baju dulu, kalau hujan turun saja, tu la nikmat menjadi kanak kanak. Cuma yang dilema ain kini ialah ain kene gagahkan diri jugak pergi ofis. awwrrr. 

Sebelum tu,


walaupun* ---> typootypootypoo errorrr






maka, dengan itu ain terus menggagahkan diri secara tidak sukarela






percaya atau tidak, timbunan sikat tersebut telah pun ada di rumah. Lepas ain beli sikat hari tu kan, adik adik ain siap bahagikan sikap tu untuk setiap sorang dalam famili ain tu.hik.hik.hik.tak terkecuali jugak termasuk ain. 

Maka dengan itu, harapan ain, lepas ni sikat kat rumah tak hilang atau cuba sembunyikan diri . Kalau tak, setiap kali nak guna sikat, cepatcepat segerombolan mereka larik menyelamatkan diri masing masing.
meh-meh join segment sempoi, simple dari Ain dan Selendang Merah
CREATIVE, ARTISTIK, GEORGEOUS, ADORABLE, FASHIONABLE,OWESOME 
clik banner




Pepper Spray

Assalamualaikum

disebabkan gaya hidup ain sekarang jauh lebih  tipikal tahap dewa mencabarnya. malah sentiasa menganggu kitaran penghidupan jasmani, rohani, fizikal dan batin ain untuk saling bekerjasama bermuafakat untuk ain.

di samping itu, jarak tempat praktikal dan rumah sewa ain umpama sekangkang kera dan maka, dengan itu, ain telah berbuat keputusan secara drastiknya untuk membeli 'pepper spray'. ini bukan sejenis makanan untuk dimakan bersama nasi goreng, burger apatah lagi roti canai. 

tapi sejenis alat yang harus digunakan untuk di sembur ke mata penjenayah, jika mereka berniat jahat kepada kita. contohnya sebegini :










mohon perkara sebegini tak berlaku dalam hidup ain. naiya, laki masa depan ain.kihkihkih.

meh-meh join segment sempoi, simple dari Ain dan Selendang Merah
CREATIVE, ARTISTIK, GEORGEOUS, ADORABLE, FASHIONABLE,OWESOME 
clik banner



Jiwa daku sedang berperanggg

Assalamualaikum 

rasa lenguh kepala hotak lutut masih lagi tak habis habis lagi. sakit sakit peha, sakit betis juga sakit hati tak reda lagi. eh! sakit hati.harap korang tak percaya sratus patploh pratos apa yang ain cakapkan ni. ya. kes lagi parah sikit. ni semua angkara kejadian sebulan dua ni. 

menyebabkan ain tak dapat hadate belog secara rasa sukacitanya selama sebulan. maklomlah, dulu ain beriya-riya hendak ambil MUET maka beginilah jadinya. disebabkan ain jenis bukan jenis spesis manusia kepam cerita sensorang celah ketiak, maka sepanjang hari ni kat opis ain bertungkus lumus nak jugak kongsi cerita ain kat korang semua. 

beginilah penghidupan ain sepanjang hari sebagai pelajar MUET.









secara jujurnya luruh dari luhur hati, sebenarnya, haku tak bersedia langsung nak lalui kenyataan kehidupan sekarang. plissss! tarik ain dari medan peraaannggg ini. hhhuuuwwaaaarrrr!!!!!!!


meh-meh join segment sempoi, simple dari Ain dan Selendang Merah

CREATIVE, ARTISTIK, GEORGEOUS, ADORABLE, FASHIONABLE,OWESOME 
clik banner