Terselamat dari kecelakaan....

Assalamualaikum 
Alhamdulillahhh. ain hidup lagi. ain boleh hirup lagi udara sesuka hati. nak hidup udara atas pokok pun boleh, nak hirup udara celah dapur pun boleh. Alhamdulillah ain masih terselamat untuk kali ke 9.376 selepas kereta yang ain naik eksiden.

Gambar sebelum kejadian.  masih mampu buat duckface yang sangat annoying -..-"

tu lah sebenarnya nikmat Allah yang terbesar kan. Allah masih diberi peluang menikmati hidup yang tak tau di mana pengakhirannya. cuma kita je yang tak perasan, sebab musabab memasing taksub sangat dengan kehidupan dunia yang sementara. kita masih tak di tarik pun nikmat tu oleh Pemilik nya, agar kita masih lagi dapat menikmati dengan penuh syukur.

begini ceritanya, hari tu kan, cuti 5 hari, konon konon nak bajet release tension habis la. lepak melantak suka anak tekak, tengok wayang, shopping sepam dua, buat adventure activities. bab plan nak keluar serah kat ain. ain mempunyai bakat dalam membuat perancangan yang paling handal dikalangan sekalian makhluk. tapi bab nak usahakan plan tersebut, ain menobatkan diri sendiri Epic Fail. buhamuhahuhahuha. *gelak tak ikhlas selalunya bersepah*

  • tonton filem MAMA 
  • Gua Tempurung - Day Trip Rafting or Rafting, Caving , Tubing & Abseiling. RM 22 je sorang, sangat berbaloi kannn.
  • Pulau Pangkor - Snorkeling Package

antara 3 ketol idea yang plan, hanya 1 ketol je dapat di usahakan T_____T. tengok wayang cerita MAMA. bak kata yuyu zulaikha, tengok citer MAMA, sampai tak boleh tidur dua malam. jahat :'(

ain boleh kasi 12/10 bintang la cerita ni, starting je cerita terus terkedu tengok 2 pelakon budak comel gileous. memasing dalam wayang  'eeii...omeynyee' , alolo...kiutnyee..' , 'eii...nak anak macam ni..' , 'eu eu eu..gerammnye tengok budak comel ni' , 'anyonyo..moshi moshi'  bila setiap scene, setiap words yang keluar dari mulut budak kiut tu. >.<

Kejadian eksiden tu berlaku lepas berjimbun la, masa on the day balik ke rumah. phewww -.-" nyaris nyaris ain tak hapdate belog sekarang. 

Sebuah lukisan hudoh boleh mencerikan 1000 perkataan tak bermaksud tuannya hudoh

memang dasarnya kereta yang ain naik salah sebab langgar kereta kelisa tu. tapi kelisa amoi tu betol betol brek mengejut konon konon nak lintas traffic light. makanya, kereta ain pandu laju jugak la, memandangkan jalan kosong dan lampu isyarat baru nyaris nyaris bertukar kuning je. tak pasal langgar bontot kereta kelisa.  Mujur, bontot kereta kelisa, kalau bontot lori? wallahualam...

Esok hari, bangun je terus cacat tangan kiri. wah, naya! rupa rupanya tangan kebas lepas eksiden sampai hari ni. Alhamdulillah hari ni dah makin pulih. Gara gara peristiwa tu, 2 ketol plan lagi terpaksa dibatalkan dan duit umpama air paip. pantang buka beg duit, tak henti duit mengalir. nak bayar towing la, kene bayar saman la, bayar sewa kereta la, baiki kereta la, duit hospital la. haihh! macam macam la . 

Muka cacat memasing dua hari selepas eksiden ^^ konon konon nak release tension kat Tasik UTP lepas bertimbun timbun dugaan melanda.  mood : nak terjun tasikkkk

p/s satu : dugaan semester akhir semata mata. sobbsss. tapi dugaan ni la yang mematangkan kita supaya lebih berhati hati lepas ni. 

p/s dua : daripada nak kumpul banyakbanyak duit nuffnang, terus terpaksa cash out juga bulan ni. T_T lepas ni kena aktif berblog serutin, segigih dulu, nak kumpul duit nuffnang semula.

Dalam Mengejar Perkahwinan...

Assalamualaikum

kali ni kita bukak topik yang serius sikit. maka, seharusnya sila set mood serius untuk ambil efek yang lebih skema.  di samping, kesejahteraan hati kita semua. hati spesis manusia yang belum kawin lagi. ya. ain faham mood kawin semua berkobar kobar sejak menginjak awal dewasa ni tak termasuk ain.mihmih.

Even korang mengidam nak kawin, mengada ngada nak kawin, zero tak fikir langsung pasal kawin, topik ini sangat penting sebab musababnya, perkara yang bakal kita bincangkan ni penting untuk yang single untuk prepare for future life, di samping membantu untuk manage lifestyle yang lebih baik, yang lebih terurus, ohsem dan more fun.

Antaranya ;

Diri Sendiri
Ya. yang paling utama kita kene fokus pada diri kita sendiri. kita perlu letakkan lebih effort untuk diri kita sendiri bukan sahaja bila kita semua dah kawin, tapi dalam kehidupan semasa sebagai single juga. sebab musabanya, Allah tak menjadikan seseorang itu sempurna, jika kita sendiri tak usaha untuk beri kesempurnaan yang terbaik untuk diri kita sendiri. 

So, iols cadangkan jangan berusaha untuk jadi spouse after married, but start becoming spouse from NOW! It doesn't mean if uols kena jadi macam parents korang, kena ada anak angkat but, just be more matured dari usia kita dari segi dalaman. Maksud ain berubah untuk jadi lebih teliti, kemas, have future thinking, pandai manage life, time management yang bagus, jaga hubungan dengan famili, kengkawan dan sebagainya.

Secara tak langsung, from here kita dah selow selow buat persediaan sebelum perkahwinan / family leader. Mana lah tau kan, ditakdirkan korang kena kawin dengan pilihan keluarga, korang tak lah perlu gelabah tak ketahuan hala, camna nak facing future life after married an an an. at least basic tu sikit sikit dah ada. muehehe

Hablumminallah, habluminannas
ni sangat penting, menjaga hubungan sesama Allah, menjaga hubungan sesama manusia. Since zaman sekolah dulu, ain selalu pegang quote ni sebagai ubat untuk hati supaya kita selalu beringat ingat tanggungjawab kita sebagai manusia espesially sebagai Muslim. some people anggap ni hal remeh temeh je umpama cicah biskut dengan air milo, lepas tu telan kerana ke-alpa-an dengan duniawi. *even ain pun, kekadang tersyasyul jugak ~~"

In order to do this, you must come up with beberapa cara hidup yang baru untuk jadi Muslim yang berguna. Sebagai contoh, set dalam kepala 'wajib solat lima waktu, kalau tak yokyok mati seksa' macam kita set mind masa budak budak dulu. Then, setiap hari buat progres dalam satu hari berapa kali kita tunaikan solat dan sentiasa perbaiki dan remind diri sendiri setiap hari.

Kendian, yang kedua utama hubungan dengan famili dan kengkawan. Dalam sehari berapa kali kita buat baik dengan mereka? dalam sehari berapa kali kita sakitkan hati mereka? if ada jangan segan silu, hadap mereka dan minta ampun maaf kerana jujur dan terus terang itu adalah penting. 

Kehidupan ini umpama, "Take account of yourself before you are taken into account." hambek nah pepatah omputih, sila tanam dalam hati masing masing kalau nak jadi insan berguna.

Istikharah
Last but not least, petunjuk dari Allah. Allah knows the best. Allah tak kan bagi apa yang kita nak, tapi Allah akan bagi apa yang kita perlu :') .Baik kan Allah 

Kompilasi gambar bersama bestie sepanjang seumur sehidup. Bila lama tak jumpa lama lama kemain hati menagis rindu. Kalau dah kawin lagi rindu, sebab masing masing ada lifestyle tersendiri, dah tak boleh hang out macam dulu dah. T____T
*ayat bajet macam esok nak kawin..hehe*

p/s : owh terasa seperti sedang tonton Astro Oasis pulak siri Kursus Kwin pulak
p/s lagi : tapi nanti dah kawin mesti rindu kemain zaman single kan kan kan

51 Koleksi Gambar Perkahwinan Blogger Namee Roslan & Isham dari Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography | Entry Bergambar

Assalamualaikum

Sekarang ni zaman orang deret kawin berjemaah. Kejap ada jemputan sama, kejap ada yang bertunang sini, kejap orang jemput jadi pengapit, kejap ada orang ajak kawin eh! Ain je sedang menghintung hari nak kawin *hahaha, bajet esok lusa nak kawen Mentang-mentang umur dah masuk awal dewasa, makin mengada ngada bercakap pasal kawin. ain ain --" 

Bila sebut je pasal kawin memang terus bersemangat mengalahkan orang yang nak kawin. seperti yang digebangkan Namee Roslan pasal love strory, memang sangat sweet kan aw aw aw! Terus je semangat nak paksa laki masa depan masuk minang sekarang. mihmihmih. siapa yang tak baca lagi kisah Love Story Blogger Namee Roslan yang sangan ohsem, gojes dan adorable sentiasa, pehliss sangat sangat baca, supaya mood kawin anda turut berkobar kobar.

Namee Roslan Love Story

Namee Roslan Wedding Compilation Story

dah dah. tak nak merapu meraban tak ketahuan hala. Lets the picture do the talking sepanjang Solemnization Ceremony yang berlangsung dengan jayanya  Bila tengok blogger retis kawin terus bersemangat, terus nak share dengan korang hari bahagia mereka. Menjadi blogger haruslah tahu tentang kisah-kisah blogger yang lain kan. lagi-lagi retis macam Namee Roslan.hehew.


Sebelum itu picit sini, 
untuk mereka yang gwiyomi 

Lets the picture do the talking :)























































seronok kan bila tengok ramai rakan blogger yang telah mendirikan rumah tangga dan bride to be, dan sangat sweet dan meriah olemnization Namee Roslan. Hope one day, dapat buat majlis macam tu jugak. hehew