Ain Dzaya

Telling Story Raya Saya.

Assalamualaikum 

13 Syawal 1435. 
eh dah 13 Syawal kann. eh, oh bukan baru raya kedua ke? baru ingat nak kutip duit raya lagi --'

http://aindzaya.blogspot.com
Selca hari raya kedua!
selalu macam ni kan. orang lain dah siap hapdate pasal raya yang ke tujuh lapan ketul entri, siap dah nak buat entri pasal raya haji, ain ni masih lagi terkedek kedek terketar ketar nak taip pasal entri raya. siyes. macam dah lupa diri sikit, lupa yang diri ni ada belog. 

ni semua gara gara Kevin Systrom lah yang pergi cipta instagram pasaipa, yang buat ain hazabedah punya malasnya nak hapdate belog ni. Gambar semua dalam tepon saje, boleh katakan setiap saat nak hapdate gambar raya dalam instagram (http://instagram.com/aindzaya), lepas tu terus dah lupa yang diri ni ada belog seketul.tsk.tsk.

Alhamdulillah. Sekarang dapatlah curik masa sikit nak sembang pasal raya dengan engkorang semua semui. cuma nak curik sikit masa untuk ganti balik puasa yang wajib kena tinggal tu. kalau boleh, nak juga buat puasa enam. InsyaALLAH.

Raya tahun ni ain boleh katakan "hurmm, bolehlaa", mood raya pun dah tak sehaluan seperti raya tahun tahun lepas. Sebabnya, sebabnya yang utama, sejak meningkat umur and still counting, sejak hormon remaja dah hilang satu persatu, sejak dah rasa dewasa sikit tapi tak mau mengaku dewasa, sejak itulah ain rasa, ain ni dah taraf mak mak dah, walhal umur baru 21 tahun 9 bulan -.-

Tapi nak cerita jugak ni, sebenarnya ain rindu nak raya macam dulu dulu. Tapi ni ain nak cerita raya rumah atok je, sebab yang tu ain paling rindu sesangat lepas arwah atok dengan wan dah meninggal lepas spoloh tahun dulu. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan 


Balik Kampung Tok Wan & Atok
Zaman zaman kecik dondeng dulu tiap tahun ibu ayah dah set dah, kalau tahun lepas dah balik rumah tok wan belah ibu so, tahun ni balik rumah arwah atok belah ayah. Tapi lepas arwah atok meninggal masa ain lima tahun, kendian arwah wan pulak masa ain darjah 3. terus dah fefeling raya kat kampung belah ayah hilang serta merta T_T. terus dah raya tahun yang mendatang sampai sekarang kalau balik kampung je, balik rumah tok wan. Alhamdulillah lah, ain pun masih lagi ada kampung macam orang lain kann. sobs. sobs.

Kalau dulu tiap kali balik raya rumah atok mesti awkward dia rasa lain semacam je, seghonok pun ada. tehee. yang awkward tu maklumlah, adik beradik ayah ada patblas orang, dengan cucu limaploh lebih yang dari jauh pelusuk tempat semua berkumpul dalam satu rumah, dah rasa cukup sesak nak penuh satu rumah tu. masa tu wan sejuk je hati nengok semua anak cucu cicit ada depan mata. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan 

Famili belah ibu rumah nenek dan tok wan. ni baru sesuku ahli famili, pun dah tak cukup frame gambar.

yang seghonok tu bila masa nak berbuka, even ain ni baru cecah umur 8 tahun itu dah dikira umur 'anak dara'. Masa tu la mak mak dah ajak ain serta geng geng 'anak dara' masuk dapur, serba sikit tolong hidang makanan dari tangga dapur sampailah hujung dapur nak cecah tanah luar rumah. itu tak campur lagi yang budak budak kecik baya ain ni, memang semua takda hak sekumis pun nak fefeling buka puasa kat dapur dengan geng orang tua. Cehh! So, yang geng budak budak ni, membawa lah diri bawa pinggan memasing yang penuh dengan nasi, penuh lauk pauk keliling pinggan dengan buah pencuci mulut buka puasa kat beranda depan rumah. Masa tu ya Allah, feling berbuka puasa ramai ramai memang terkesan sangat kat hati sampai sekarang. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan 


Persiapan Raya
Memang kalau dah kat kampung, tak sempat nak tidur, sebab ingat dua hari lagi nak raya, tapi ain yang golongan kecil ni watlekwatkol je tidur membongkang tak hengat dunia tengah laman rumah. Sebelum tidur tu memasing berebut rebut cari bantal tilam memasing atur tengah laman rumah. ain pulak dah memang peel sorok bantal feveret dengan selimut feveret bawah katil sebelum kene kebas. muahaha. kendian cepat cepat je cop nak tidur tengah bawah kipas. kihkihs. 

macam ni rupanya suasana tidur kat kampung. yang tengah tu ain la.Ihsan bubblynotes. Terima kasih bubblynotes atas lukisan orang lidi yang comel kemahen ni. hikss.

Maklumlah, masa sesi petang kitorang dah habiskan tenaga pergi cari kayu api, daun ketupat palas, daun pisang, jalan kaki pergi kedai beli barang dapur yang tak cukup, tak lupa jugak main pondok masak masak, panjat pokok rambutan jambu, main kawin kawin kat depan laman rumah.hehehew 

dah tak tahu kenapa tiap kali main kawin kawin mesti ain terpaksa jadi mak orang yang sarat mengandung -..-' kalau dah main masak masak, tak nak kalah nak masak betul betul, siap rembat pisau, periuk, pinggan mangkuk kat dapur, tak lupa jugak memasing gigih gesel gesel batu nak nyalakan api. curlass kau kiahh! Rindu *lap air mata dengan hujung lengan 

Masa tu golongan mak mak pun tak nak kalah kerah tenaga buat lemang, ketupat, rendang, lontong, kuih raya, tukar langsir, decorate rumah, macam macam lagi lah. Sesi malam pulak, tatkala kitorang ni sedang membongkang yang golongan lelaki dewasa, membizikan diri kat luar rumah bergilir gilir bakar lemang yang berbakul bakul sampai ke pagi. 

Kat kampung setiap peringkat umur ada tugas memasing. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan 


Mercun & Bunga Api
Walaupun ain adalah manusia paling berjurus abad ini, tapi setiap kali raya, mercun wa tak leh tinggal der, makanan gua der. boleh cacar air tak main mercun. sampai sampai je rumah atok, sepupu sepapat ni dah keluarkan seplastik senjata mercun mercun memasing. siap sorok celah atap kat beranda rumah takut kena rembat. bunga apa? puihh! budak kecil boleh la main -..-'


tepat malam raya, kat kampung ain macam ada satu perlawanan tembak bunga api besao gedabak tu. rumah ni tembak. rumah tu tembak. rumah ain? wajib la tembak setiap kali raya. punya penat kusyuk biji mata tengok bunga api, tapi tak snap sekor pun bunga api. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan 

tapi Alhamdulillah, tak ada kes kudong jari kaki mahupun ibu jari atau rumah terbakar akibat leka bermain mercun. selamat lagi. cuma raya tahun ni berlaku kemalangan jiwa akibat tahun ni tak banyak pilihan mercun yang ada. hmm. tak best.


Hari Raya
Bila tiba hari raya, seroghonok ghasenye! Bangun kemain awal, kemain paksa tonyoh bijik mata berebut tunggu giliran mandi depan pintu bilik air. Duit raya tok sah cakap la. setiap tahun bertanding mengumpul duit raya terbanyak dengan sepupu sepapat. rumah terbuka pun berselerak la kampung ain, sana buat situ buat. terus bawa geng jalan raya serata kampung semata mata nak kumpul duit raya. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan 

masa raya tu lah perut adalah organ paling gembira hari tu, mengentedarah je dari pagi sampai malam. beraya rumah sedara mara pulak dapat makanan paling enak didunia memang balik rumah, perut pusat terjonjol la tak tahu nak kata apa dah.

Tapi sekarang pun ain seghonok je lagi menikmati raya, raya kat kampung tok wan pun seghonok juga! Cuma tak senghonoknya umur remaja dah hilang sikit sikit, beraya sebagai umur dewasa bukan sesuatu yang syok bagi ain T___T. Raya pertama dah kena sinsing lengan masuk dapur, aca acah jadi dewasa depan tetamu. cehh! 

http://aindzaya.blogspot.com
Inilah adik beradik ain. dah tua bangka semua. yang sebelah ain tu blogger ik, adik beradik blogger nan hado. kuikui. tapi tapi tapi ain lah yang paling maintain kiut. chewwahh!

Pape pun, alhamdulillah ain masih ada kampung belah ibu, dapatlah jugak ain rasa secebis perasan gembira berhari raya. alfatihah juga buat arwah tok dan wan. semoga Allah tempatkan arwah atoh dan wan di sisi-Nya. tsk.tsk. selamat hari raya engkorang semua. kosong kosong ye. 

engkorang pulak macam mana? 
seronok raya kat kampung? meh la share seketul dua cerita dengan ain. hiks.

Adios!
Terima kasih kerana membaca!

Kosong-kosong.

Assalamualaikum ❤

Speechless.

muka dah bajet habis dah tu tanpa segan silu nak tempek gambar hapdate dekat blog. kosong kosong ye semua. rasanya dah genap 4 bulan semua ilmu berbelong menerewang diiup angin begitu saje. Mohon ajarlah ain yang kudus ni berblog semula, nak kutip idea semula. ni semua gara gara masa la ni, selalu je tak bagi ain peluang nak taip seketul dua entry -.-

Kososng kosong ye semua sekali lagi.
belog pun sama, kosong kosong juga. Nanti ain touch up belog cecantik kendian kita aktive semula.tskkk.

http://aindzaya.blogspot.com

Makanya, genaplah entri yang ke-200 setelah 4 tahun berblog. *tepuktepuktangan
*Chehh! padahal orang lain dah buat 2000++ dah sepanjang 4 tahun berblog. pirahhh!

Dengan harapan, entri ke-200 ni jadi penyemat semangat untuk ain terus berblog lepas ni. At least pun, 2 entry setiap minggu. yeayyyy!

Current Issues : Akak macam mana nak jadi pelajar senibina (Architecture)?

Salam 'Alaik 

separa dewasa ini, kalau tengok ain dapat online, dapat merepek sepam dua kat fesbuk, dapat update entry baru, dapat ain berfoya foya depan laptop adalah suatu masa lapang yang cukup indah buat ain. mungkin akan berlaku dalam kiraan dua kali dalam minggu ni -.-'


dah ramai dah cakap ain dengan upin ni adik beradik sama kiut. Terima kasih :D

kira, begitu tragis la kesibukan, kekacauan, kekusutan dan kecelaruan hidup ain nih sepanjang minggu pertama semester baru. *amaran keras : ayat ini mengandungi 50% fakta, 25% auta, 25% drama*

memandangkan tugas ain sebagai seorang pelajar semester lima, seorang blogger kudus tapi kiut, ececeh, kena lari-lari secara comel ke sana ke sini untuk kejar lecturer nak dapatkan approval itu ini, masa tu juga la idea entry baru timbul, celah tu jugak lah nak attend outdoor activities la. ni pun, lenguh lenguh kaki ain tak habis habis lagi lepas cuci mata kat The Curve sambil cuci mulut dengan lima belas ketul meatball kat IKEA siang tadi. haa. kalau Rosmah baca entry ni, beliau pasti konpius, mana satu Perdana Menteri, mana satu yang membajet Perdana Menteri. 


nah! ain share seketul dua meatball dengan korang. ain yang jamah tiga ketul pun dah cukup untuk penuhkan dua balang perut yang comel ni -.-

berbalik kepada diri sendiri. kepada isu semasa yang bergelimang dalam fikiran ain sekarang, dah ramai sangat dah adik adik lepas SPM, ASASI, DIPLOMA lepas je dapat result terus berduyun duyun whatsapp, meseh fesbuk ain tanya


dah rasa macam jadi kaunselor Ain Dzaya pulak --'

Since ain sambung diploma dan degree ni, ain bukan la pure architecture nak gebang gebang kat orang pasal  'Architecture'. Sebab, basic ain pun dari Diploma in Building, UiTM Sri Iskandar, now currently studying in Bsc (Hons) Construction Management, UiTM Shah Alam and future Master of Science (Integrated Construction Project Management). InsyaAllah!

Tapi yang jelas menampakkan yang asal usul kejadian ain ni architecture ialah nama fakulti ain sendiri Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (FSPU). Setiap orang mungkin ada pendapat sendiri nak sambung belajar kan, tapi apa yang ain nak cerita ni based on pengalaman ain as UiTM Student dan cara ain sendiri la. Mana la tau serba sikit boleh tolong adik adik yang teruja nak sambung di Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur. hiks.

Sebenarnya, apa yang ain nampak dari mata kasar yang kiut sepet ni, ramai yang tak faham skop dalam construction espesially kat adik adik ain yang comel yang nak sangat sambung belajar architecture ni. Ramai yang dorang faham, kalau nak masuk construction, kena jadi architect. Kalau minat melukis, bidang architect je yang sesuai. Kalau nak duit beriban, jadi engineer lah. Tapi bila tanya, 

'adik nak ambik architecture dalam field apa?
emmmm. emmmm
*Sama la macam ain dulu ^^. heee

Konon konon nak membajet kerja dalam industri construction. duit berkepuk kepuk. hekhekhek

Sebenarnya, ramai yang tak tahu, dalam FSPU ni ada lagi kursus kursus kecil bawah FSPU yang ditawarkan yang lebih fokus pada prospek dan sesuatu bidang tertentu. Sebab tu, sebelum nak pilih programmed, korang perlu ada intention nak belajar and the most important ni kena la tahu, minat nak belajar pasal apa. Contoh, milah suka sangat calculation tapi dia tak suka accountant sebab minat dia lebih pada construction industry, so the best suggestion for her adalah Diploma/Degree Ukur Bahan. See, kannn! dah nampak dah kan sikit sikit hala tuju.

Tapi tapi tapi, ada certain programmed yang korang kena pergi interview dulu atau lebih dikenali sebagai studio-based student. ekau inget budak musik dan seni tari lakonan jah ada studio. muehehehe! Melalui lecturers ain cakap, dorang bukan cari straight A's SPM pun. Kalau yang ASASI atau DIPLOMA paling karen pun 3.30 above. Orang yang banyak sangat A's dan 4 flat ni, lecturer lebih nasihatkan belajar yang lebih macam Medic ke..Engineering kann.kann. 

Sebab apa yang lecturer nak dari student senibina ni berfikiran kreatif, kuat dari segi mental dan fizikal, out spoken, tak pasif, determine dan self-motivated. Sebab tu lah ada interview. So nanti kalau dah interview, jangan la pulak korang tersengih-sengih, tertunduk-tunduk. Kat sini pun korang dah belajar nak jadi Architect, Project Manager, Designers, Engineers dan how to deal with clients.

hahahaha. takutkann! takutkann! 
elehh, ilek aa bro, wa baru citer pasal interview. wa tak citer lagi yang duit mengalir macam air terjun, project kene koyak, project kena hentam dan wa tak citer lagi tatkala lu orang ambik masa 4 bulan nak siapkan final projek  dengan penuh tungkus lumus tak tidur malam tetiba masa critic class lecturer kau cakap projek kau macam sampah. Istigfar. Istighfar. 

We are the builders of our own destiny. We are the creators of our own fate. We build our destiny with our thoughts. Every thought we think is a brick with which we are building our destiny, our future. We are the builders. Construction Management.

Alaa, semua ni dah asam garam dalam Construction sebab sikit sikit ajar korang camne nak handle problem, nak deal dengan client yang penting jadi lebih self motivated. So kalau tak aggresive, macam mana nak berdepan dengan ini semua? Lagi satu, kalau nak pergi site yang under construction, kau ingat boleh ke nak bajet diva atau puteri dan putera lilin? tak tahan panas, nak pakai heels bermekap tebal bagai? Sebab tu interview itu penting. Sebab tempat adalah sangat terhad, maka mereka mahu cari orang yang betul-betul mereka rasa boleh survive dalam kursus ni.

Okey, kat bawah ni ain dah siap siap listkan senarai programmed yang ada under FSPU. Dengan harapan, korang nampak la sikit hala tuju kursus yang korang ambil incase nak sambung future study ke ape. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------
1. Centre of Studies (Quantity Surveying)
DIPLOMA UKUR BAHAN
SARJANA MUDA UKUR BAHAN (KEPUJIAN) 
- psttt! for those yang nak sambung bidang construction tapi tak pandai melukis sebab minat korang lebih pada calculation, macam milah tadi boleh ceburi bidang ni.

Centre of Studies (Town & Regional Planning)
DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH (KEPUJIAN) 
- ni lebih kepada town planner, nak develop sesuatu kawasan macam tu la. Kalau korang tengok jalan raya yang bersimpang siur tak betul tu, kerja planner la. Dorang plan jalan macam tu. haisshh!

Centre of Studies (Estate Management)
DIPLOMA PENGURUSAN HARTANAH 
SARJANA MUDA PENGURUSAN HARTANAH (KEPUJIAN)
- Pengurusan hartanah ni lebih pada jual beli property, macam consultant lebih kurang la. tapi kalau belajar, LAW tu dah jadi ruji dalam hidup dorang. bagus! bagus!

Centre of Studies (Construction Management)
DIPLOMA BANGUNAN 
SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) PENGURUSAN PEMBINAAN
- haaa! ini la bidang ain. selalunya orang tak faham tau skop kerja ain ni, apa yang ain belajar. tapi sebenarnya bidang ain ni lebih kepada pengurusan dalam pembinaan. korang ingat dalam construction tak payah urus dokumen itu ini ke? hahaha. bab bab handle projek, urus dokumen project bak sini kasi sama gua! 

Centre of Studies (Building Surveying)
DIPLOMA UKUR BANGUNAN
SARJANA MUDA UKUR BANGUNAN (KEPUJIAN) 

Centre of Studies (Surveying Science and Geomatics)
DIPLOMA SAINS GEOMATIK 
SARJANA MUDA SAINS UKUR DAN GEOMATIK (KEPUJIAN) 

Centre of Studies (Park & Amenity Management)
SARJANA MUDA PENGURUSAN TAMAN DAN AMENITI (KEPUJIAN)

Interview Programmed

1. Centre of Studies (Interior Architecture)
DIPLOMA REKABENTUK DALAMAN
SARJANA MUDA SENIBINA DALAMAN (KEPUJIAN) 
-For those yang suka sangat design design rumah, ubah ubah perabot rumah, ada bakat kreatif design design sikit sikit tu boleh la ceburi bidang ni. nanti korang bukan saja ajar nak design dalaman rumah, tapi hotel, restaurant, office. haa! hebakkann! duit pun hebak masyuk.kuikui

2. Centre of Studies (Landscape Architecture)DIPLOMA SENIBINA LANDSKAP 
SARJANA MUDA SENIBINA LANDSKAP (KEPUJIAN) 
-bidang ni lebih pada landskap. belajar la sikit sikit pasal pokok-pokok macam tu la. yang penting pandai lukis dan kreatip. ain tak tahu sangat apa yang studio-based belajar, tapi jangan nak harap orang je sumbang idea je --'

3. Centre of Studies (Architecture)
SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA
- ni lah  bidang yang ramai sangat orang tanya kat ain. Actually, bidang ni tiada diploma di UiTM sebab UiTM dah upgraded and requirement juga tinggi. So, incase ada adik adik lepasan SPM yang fefeling nak sambung Degree terus, ambil la kursus ni. hahahaha. fefiling lebih sikit.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

ini semua pendapat ain, based on pengalaman sendiri lah sikit sikit kena share dengan korang kann, daripada kepam sensorang celah ketiak. sebab ain pun tak la hebat sangat nak explain pasal semua ni ye adik adik, unless iols ni pakar motivasi. muahaha

Kalau nak tanya pasal skop pekerjaan dan pembelajaran ni, dalam bidang construction, korang masuk la celah mana punya kursus, tapi last-last bila korang berkumpul satu meja even lain lain course, sebenarnya korang akan bercerita dan belajar perkara yang sama je. tak payah la nak gebang, kau ambil Town Planning tapi nak tipu orang Interior Designer. Sama juga macam kerja, lecturer ain pernah cakap 'as long as korang masih dalam construction, korang nak jadi planner je, designer ke, jual property ke semua boleh, sebab korang selama ni belajar benda yang sama je dalam satu fakulti'

Adios!