Beauty Conscious | Kenapa saya makan suppliment/vitamin tak berkesan pun?

Assalamualaikum 

refer to my previous entry pasal 'Beauty Conscious | Cabaran Aura White 900 000mg'. ada sorang blogger tanya,

"kenapa kawan saya makan, dah lebih seminggu tapi takde kesan apa apa pun. ke dia salah makan?"
ain gubah sikit ayat ni . lebih kurang macam ni la Jue Derella tanya.  



obviouszleyy ini soalan yang sangat tak rare ain selalu dengar bagi mereka yang mengamalkan pengambilan vitamin/suplliment tambahan. tak kisah la apa jenis vitamin/supliment sekalipun maixara, aura white, fer white, swiss med bauty, figure up, vitamin C ratusan lagi longgokan produk kecantikan yang umpama bahulu panas yang jual tepi jalan. 

perkara macam ni pun pernah terjadi dalam penghidupan iols nak jadi dewasa ni tahu. sebab ain sedar yang kulit ain ni tak se'flawlesses' Hanis Zalikha, dahi boleh buat cermin. kau mampu? malu jugak la dekat lelaki masa depan asyik tegur ketulan jerawat kat dahi. even dia cakap penuh madah suweet, tapi sentap tau.tsk.tsk.


sebelum ain amalkan minum Aura White ain pernah mencuba Vitamin C 500mg gara gara terpengaruh dengan testimonial dalam fesbuk vitamin C 500mg ni adalah magicszz uolsszz.  konon konon kulit akan bertukar putih, halus, gebu dalam masa 7 hari. namun, cukup dua botol ain makan, effect putih yang digebang gebangkan umpama tanam tebu tepi bibir. puiih!


bekas vitamin C 500mg. dah habis pon sebulan lepas gara gara dikerjakan ain. sebab tu jerawat berani berkampung kat muka semula. mencik!

tapi tapi tapi ain akur since first day amal makan vitamin C 500mg, even probability effect spesis kulit natural asian iols untuk bertukar menjadi seputih kapas tu tak menjadi tapi ain sangat kagum kerana dalam masa dua minggu kulit ain sangat flawless, cambest main cocok kat kulit, gebu semacam je kalah baby yang baru keluar dari tummy tau! vitamin tu dah kerah tentera bebaskan jerawat yang membelenggu. terus perasaan menyesal beli dua botol vitamin C bertukar menjadi terharu. ouch T_T!

so, dalam situasi camni, memang ain tak ke-peliks-kan. anggap la soklan ni macam cicah biskut chipsmore dengan air milo panas ye adik adik.


 why ain why?
*kalau na cantik. kena usaha baca sampai habis. entri ni je. sekali je.


sebenarnya uols bukan tak berkesan. tapi  cuma lambat dia nak berhasil kepada sesuatu yang lebih awesomness untuk kecantikan dan kesihatan korang. kerana setiap individu itu berbeza struktur metabolism dalam badan. semua bergantung pada tubuh masing masing. certain orang kita ke-peliks-kan dalam masa seminggu effect dia terus nampak, tapi ada sesetengah individu pulak ambil masa yang lama nak nampak kesan dia. 

from that, lepas tanya ayam, itik, tenggiling kot kot ada rahsia dari jiran sebelah rumah. sekarang, ain dah faham kenapa effect ain nak dapat kulit seputih kapas tu lambat tapi orang lain cepat. i admit, yang metabolism ain sangat rendah dan ain tak mengharapkan dapat effect yang super maksimum daripada Aura White dalam masa 2 minggu ini.  tapi untuk dapatkan kulit yang flawless, sihat tu sangat cepat. makanya, kesabaran amat diperlukan kalau nak maintain cantik dan sihat :)

the most important things, yang ain nak kongsi kat sini. tak semua orang tahu pasal ni. Almost orang just anggap benda ni remeh temeh memeh. walhal benda ni la penguat untuk korang terus kekal beauty and healthy. sangat penting paklom maklom toklom. 


Minum air masak 2-3 liter per day. tahu tak air masak ni sangat membantu tubuh kita singkirkan toksin habis habisan dalam badan, secara tak langsung mempercepatkan proses membaiki struktur kulit. 

'malas la minum air banyak banyak, tak larat dah nak ulang alik ke tandas. 
asyik kencing je. nak buat kerja pun susah'

hipothesis: Semakin kerap kencing, semakin banyak toksin disingkirkan dari dalam badan.
haaa baguslah tu! cepat cantik, cepat sihat. kalau setakat vitamin/supplement ikut dos tapi minum air masak segelas sehari maka ain syorkan please say goodbye kat supplement mahal tu noks. clap.clap.clap. 

rutin setiap hari,  ruti wajib ain. dah siap sedia dah untuk ke kelas, ofis ke mana saja sebotol air masak 2liter demi menjaga kesihatan diri.^^ 

Pegambilan kafein dan minuman berkarbonat. Be frank, ain peminat setia neskepi. tapi demi nak sihat dan cantik terpaksa tinggalkan terus semua tu T_T. why why why? minuman begini mengakibatkan khasiat dalam supplement tu diserap oleh kafein dan minuman berkarbonat. camna nak berkesan. kalau degil nak jugak, jadi sila bagi nenek korang terus vitamin/supplement tu sebab nanti membazir je --'


Cara pengambilan sebenar dan konsistensi. certain badan tak boleh terima dos yang tinggi. sebab tu lah ada kes simptom simptom yang tak diingini wujud simptom jerawat berkampung kat muka, ruam, muntah muntah, sembelit. sebagai permulaan ain sarankan ambil separuh dari dos yang ditetapkan, kendian lepas tiga hari badan macam boleh terima ahli tentera baru, then barulah makan secara konsisten mengikut dos yang ditetapkan.

yang ni orang jarang tahu, waktu makan yang sesuai ambil supplement ni masa perut masih kosong antara sejam selepas/sebelum makan. ini kerana untuk bagi ruang vitamin/supplement untuk bertindak. kalau perut penuh camna nak bertindak, sendat, padat dengan makanan. tentera nak bergerak pun malas.

dah start makan tu make sure la konsisten lagi istiqomah *kalau hangat hangat tahi ayam.hampeh! hari pertama kemain eksited makan. kalau boleh nak buat ratah vitamin/supplement tu. kendian masuk hari tiga empat mula lah lopong lopong. 'eh terlupa la', 'tertido awal la', 'ta sempat ambil lah', 'tertinggal lah'. kemain alasan kan. kalau macam tu vitamin/supplement pun nak malas nak bertindak tau tau.

sekarang dah faham kann. hanya utamakan tiga steps sahaja. kang mula lah timbul rumors vitamins/supplement tu tak bagus lah, tak original lah, penjual penipu lah. sebelum nak sebar rumors sila buat check diri sendiri tu dulu ye. senang kann. benda bagus  kita share bersama. yang tak bagus tu kita tolak tepi. simple je kan. ladies yang nak cantik sihat jom kita praktikan sama sama!

terima kasih sudi baca ^^

Beauty Conscious | Cabaran Aura White 900 000mg ❤

Assalamualaikum

Dewasa ini, berpusu pusu lambakan produk kecantikan di pasaran. dan dewasa ini, ain sendiri heran kenapa ain harus guna ayat buku teks padahal nak buat entry je -.-'. okay. berbalik kepada entry super serius.

Motifnya di sini, kita semua sangat pentingkan kesihatan dan kecantikan. lagi lagi, kita ni yang perempuan. Beauty consciousness memang penting di sisi perempuan. even kawan kita buat proclaim 'cantik? jadi diri sendiri pun dah cukup la' , 'eh laki aku dah terima aku seadanya'. Namun, bila boypreng datang rumah tetap tabur muka dengan bedak ruam bayi. mohon, nak putih sikit.hmmpp -.-'

kalau yang lelaki toksah cakap la. terus terang ain cakap. sangat awkward bila jumpa lelaki masa depan. Setiap kali jumpa dia dan setiap kali itulah dia akan tanya

'ain rindu kat sapa ni, jerawat banyak naik ni?'
*konon konon sambil buat muka jelouz comel dia ^^


kat situ baru iols tersedar kalau sorang lelaki dah tegur, that's mean ada seribu lelaki metroseksual yang akan cakap pekara yang sama. lelaki akay! lelaki yang dulunya 'alahh, jerawat je pun tak matinya'. tapi lelaki sekarang, nampak seketul jerawat kat dahi terus gugle produk yang boleh hilangkan jerawat dalam masa patploh saat. itu lelaki sekarang. dammn!

tak puas hati lagi, balik lepas jumpa lelaki masa depan, terus tenung muka depan cermin, 'omaigad! kulit aku sangat ugleyyhhh!!!' nak dibandingkan dengan lelaki masa depan, kulit sangat bersih, umpama tak pernah wujud seketul jerawat pun kat muka, apatah lagi kumis yang mencacatkan maskulin dia. lagi lagi bab kesihatan diri dan kulit --"

inilah sebab musabab ain buat entri ini, untuk kita sama sama sedar bahawa, hanya dengan satu produk baru, boleh pulihkan kecantikan dan kesihatan kulit kita. lebih lebih lagi yang berumur 20 an ke atas. Dulu ain pakai pelembab badan dan pembersih muka saja. tapi sekarang sejak makin dah dewasa, makin kulit demand lebih. dengan kekurangan kekangan masa, nak buat banyak celah perkara dalam masa satu hari. tidur pukul 3 bangun pukul 7 pagi. really bad for health ain!


sebab itu kulit cepat kusam, wrinkle, selulit satu badan, badan cepat letih. plus, kalau yang spesis malas minum air masak 8 gelas sehari. memang sangat menganggu sistem hidrasi tubuh badan. haus, kulit kering, tapi malas nak minum. meh sini ain cocok montot dengan pensel stabilo!

ini yang ain nak kongsikan. ya, ain tau produk Aura White ni dah tak rare di mata korang. korang pergi lah di celah mana, pesbuk, twitter, keek, gugel, kedai toko jamu merata tempat produk ni dijual. pada mulanya, memang ain tak percaya dengan keberkesanannya, 'elleh, produk kecantikan asyik asyik promot kulit cerah gebu dalam masa 7 hari, pirahh'. tapi kan kan kan...


sangat sesuai pakej product Aura white ni untuk taraf student macam ain. dengan hanya harga RM150 ain mampu dapatkan kulit halus, mulus, putih, gebu dalam masa yang singkat. dengan harapan dalam masa sebulan akan datang ain mampu hilangkan bintik bintik yang jelas lagi nyata tertempek kat muka. lepas ni dah tak payah tonyoh lebih foundation untuk tutup segala cela kat muka sebelum pergi kerja. ehehew 


lepas pertama kali ain sendiri yang amalkan minuman supplement nutrisi tambahan ni dengan 5x stem cell apple, rosella, tomato, strawberry, berry kan memang ain dapat rasakan kesan yang superb lagi mabeles. baru tiga hari minum. kalau dulu kulit nak belai kulit sendiri pun sangat malas, tapi sekarang memang cambest belai kulit sendiri halus, lembut macam bayi. hihiks.

ladies pun patut cuba tau! patut pulihkan kesihatan kulit dan kecantikan diri. memang patut la kak Hanez Suraya makin gebu, cerah, halus, mulus je kulit. ingatkan buat suntikan botox. rupanya hanya dengan harga RM150 Aura White memang tak menyesal amalkan supliment nutrisi tambahan ni. memang berbaloi!



sebab tu sekarang ain lebih selesa amalkan minum suplement nutrisi tambahan Aura White. hanya dengan 1 jar white-pinkish omey, cukup hanya 2 gelas shaker setiap hari, ditambah dengan rasa berrylemon mengalir dalam tekak sudah cukup buat kita rasa kulit kita gebu, disamping perlahan lahan bertungkus lumus mencerahkan kulit dan memberi nutrisi untuk sentiasa sihatkan kulit kita. alolo senang je kan :') 

for those yang tak suka dengan perisa lemonberry, perisa coklat pun ada tau! lagi yummy >.< plus, coklat pun bagus untuk sihatkan kulit. meh sini ain nak cubit sorang sorang yang cakap coklat mengemokan!



nak selim melim dengan Aura Slim pun boleh. haissh! boleh dikatakan produk Aura White ni memang cukup pakej la dengan 23 kesan luar biasa, nak kurus, cantik, sihat, beri tenaga, complete! memang tak menyesal la kenal produk Aura White ni.


benda best mesti la kena sama sama cuba kann! tak best la kongsi sensorang untuk kesihatan dan kecantikan sendiri. 



saja nak buat korang jelous gileouss dengan 13 freegift yang ain dapat. antaranya shaker, sabun beras, naturactor, Aura White mask, Naturgo mask, Sheishedo mask, hair vitamin, lips mask dan lip tint. memang lumayan kann. bukan senang tau nak dapatkan semua yang barang kita idamkan sekaligus tau. maka kawan kawan jom cepat rebut peluang lumayan ni tau! 

cara nak minum sangat senang. masukan 1 spoon Aura dalam air 120ml. kendian shake, shake, shake! tengok gambar kiri sebelum shake, dan kanan selepas shake. nampak yummy dengan perisa lemonberry sudah cukup buat orang terliur dan sejuk je tekak tau! amalkan minum semasa perut kosong pagi dan malam. minum ni pun dah boleh buat perut ain kenyang.kui.



kalau nak produk Aura White, boleh cari di website Aura White Felinna Beauty. ada macam macam jenis produk kecantikan yang murah dengan harga, murah dengan freegift, siap ada gabungan pakej lagi. memang berbaloi. kalau nak beli tu jangan beli Aura White 900 000mg saja, beli ikut pakej. sambil nak cantik dan sihat boleh kuruskan badan jugak kann. All woman can beauty gitew. tak semena mena, terus highlight website ni. heeee ^^

kecantikan tu sangat subjektif. setiap orang ada kecantikan yang tersendiri. kita tak boleh nak cakap sesuka hati tentang kecantikan orang lain. makanya di sini, ain nak ajak semua ladies jom kita start jaga kecantikan dan kesihatan diri kita, supaya lepas ni tak ada sorang lelaki metroseksual boleh mempertikaikannya. puih! mana kita tau, kalau Bella Swan jumpa ain, dia terkinja kinja sambil hentak hentak kaki kagum dengan kecomelan ain. terus Edwar Cullen lamar ain jadi wife dia (cehh! masuk bakul angkat sendiri.ehew).

terima kasih sudi baca ^^

Moshi Moshi Crafty ♥

Assalamualaikum

Ya ALLAH. dah lama sangat cari masa untuk belog ain. kalau dulu blog sentiasa nombor satu bukan dua, tiga di hati. tapi sekarang blog dah jadi nombor lima di hati. lepas ni kena gigih kembalikan takhta blog supaya kekal nombor satu di hati ain. susah nauu sekarang. selalu plan nak update paling kurang pun tiga kali seminggu. tapi, sekali nak update je, mesti kerja bersepah, tempahan bersepah, lepas tu kena pergi banyak celah bedah punya tempat.

selama menganggur tunggu tawaran degree ni, masa kedekut sangat. siang habiskan di pejabat. malam pulak siapkan tempahan crafty. memang tak menang tangan di buatnya. kalau kaki pun boleh buat kerja, ain  dah kerah kedua dua kaki ain untuk turut bersengkang siapkan berlonggok longgok kerja. jadi, kalau ada niat untuk berbelog, mesti sia sia terkubur macam tu saja. 

tskk T_T

masa secoet yang ada ni ain nak pulun share satu perkara yang menjadi kecintaan ain selain "Edward Cullen" dan "Kawen".ihiks >.< malu ittew tak semena mena. sejak awal dewasa ni, selama tak berblog, inilah perkara yang menyerikan hidup ain, ayat nak gewd gewd je kan ittew.



dengan ini ain nak jemput semua pembaca belog ain untuk singgah ke butik online ain. untuk penggemar fashion craft untuk mendapatkan update terkini fashion craft jom like page Dzaya Collections. Alhamdulillah, hampir dua bulan ain launched Dzaya Collections sikit demi sikit ain terima tempahan dari bermacam jenis crafty seperti pillow, plushie, keychain, brooch, name tag, pouch antara yang paling femes crafty.  Jemput cuci mata dengan tempahan baru ain dan happy shopping semua :


Mini Pillow
 ini antara koleksi tempahan yang paling banyak ain terima. comelkan mini pillow ni. kalau beli kat kedai tak tentu lagi mini pillow yang mahal tu boleh puaskan hati korang dengan design yang kiut kimchi dan murah kannn. nak letak nama tempek nama korang dengan bopreng pun ain mempersilakan. apatah lagi untuk kawan-kawan dan famili tersayang kann. nak nanges tengok mini pillow comel ni ~.^



Bookmark
apa yang lagi mampu ain cakap untuk bookmark yang bervariasi bentuk dan kaler ni. dah cukup untuk buat ain bersemangat nak terus studi, lepas tu tanda muka surat yang penting dengan bookmark yang comel ni. dari malas nak studi terus segerombolan mood studi datang. tak payah dah lepas ni paksa jasmani untuk studi demi masa depan yang cerah, cukup seketul bookmark yang kiut.

 

Key-chain dan plus hie
comelkann :")

Keychain Plus hie
Moster plus hie. aummm ~~'
Hand Bouquet
seperti yang ain pernah gembar gemburkan di entri "Hand Bouquet | Preparation Before Wedding" . Inilah hand bouquet cubaan pertama ain.

nanti nak kawen boleh buat sendiri je. ehew. gendik ittew

Brooch 
memperkenalkan koleksi brooch terbaru dari ain. semua ni baru je dua tiga hari lepas ain siapkan untuk memenuhi tuntutan lahiriah yang suka kan benda benda yang comel. plus, bila digayakan sometimes tudung macam kak limah pun boleh nampak menonjol umpama nelydia senrose. nampak sangat tipu. untuk brooch yang comel ni ain hanya jual RM1.50/pcs. makin banyak beli makin murah ain bagi o.O


Sekarang ni ain tengah gigih siapkan honey brooch. kenapa honey? suka hati ain la -.-"

t-shirt
nak baju comel, tapi mahal? design tak menarik? jom cuci mata dengan koleksi tempahan terbaru. sekali pandang dah cukup manis mata memandang. apatah lagi, baju ni dipakai. terus baju yang kosong nampak ohsem dan suweet. sayang betul ain nak pakai baju yang comeian macam ni, nak je buat frame gantung depan rumah khonnn. obvious oberr tauuu!


 

ain harap, lepas ni, ramai yang akan support ain tak saja di belog ain, tapi di online boutique ain. dan perancangan dibuat sangat teliti. sampai semalam kita tidur pun mimpi tengah jahit craft. seronok pulak bila kita dapat puaskan jasmani dan lahiriah kita dengan apa yang kita minati :')

dan harap semua dapat doakan yang terbaik dan diberkati ALLAH. apa lagi yang kita nak kan dari redha ALLAH. opps. satu lagi, jangan lupa LIKE page Dzaya Collections

terima kasih sudi baca ^^