Entri 'Terus Terang itu Perlu' Dalam Draft. Paling sempoi!

Assalamualaikum ♥ 
malam tadi taip kemain la pulun masa taip entri dengan harapan nak lepaskan rindu pada belog. bangun pagi gosok mata, check belog. rupanya entri tak dipublish. sangat sempoi! bravo bravo!

sejak kebelakangan ini hidup ain di landa kekurangan masa. kalau boleh beli masa  RM5.00 sekilo kat kedai Chetti. akan ain beli 15 kilo siap siap untuk menampung kekangan masa yang sangat kritikal ini. Tapi, masa tak boleh dibeli.

Masa seciput secoet malam ni bukan ain nak pulun taip entri pasal  'Masa itu Emas'. tapi sekadar nak lepaskan rindu pada belog kesayangan sambil pulun makan Burger Spicy Chicken McDeluxe dengan sopan santun. Walaupun sikap rakus ain terhadap makanan memang tak dapat dipisahkan.

Sebelu mentelaah makanan haruslah photoshut sedas dua, untuk tempek di muka belog. Meja tulis nama bajet ada orang nak curi --"

jangan kata nak berblog, nak nak taip entri untuk berblog pun tak sempat. apatah lagi, nak taip entri berlunjur atas katil sambil gosok gosok perut. kejap ada discussion la, kejap ada meeting la, kejap ada kelas la, kejap ada site visit la, kejap dating la eh! sampaikan sekarang ni, bilik ni umpama hotel tempat ain mandi dan tidur je, selain tu di studio dan kelas.

Maklumlah, semester ni, semester akhir. banyak persiapan yang perlu di buat sebelum bergelar seorang siswazah Construction Management. Boo ain boo dengan ayat yang skema kemain. orang lain semester akhir dah boleh jalan mendabik dada, sambil goyang goyang kaki, ketawa berdekah dekah ragging junior. Life ain pulak, dari semester 1 sehingga semester 6 masih lagi kehulur kehilir kelek laptop, drawing, pelan pelan kertas kerja kesana kemari.

tak habis habis sibuk dengan diri sendiri. dengan harapan, usaha keras ain di semester akhir ini berakhir dengan jayanya. InsyaAllah :)

First and foremost, kemain ain nak ucapkan terima kasih kepada korang semua kerana prihatin pada masalah dan meringankan beban kepala hotak yang ain lalui almost one week lepas di entri INI.  Even, dua kembar ain tu still tak bagi respons yang positif. orait je, berfikiran positif itu harus ye kawan kawan! terima kasih semua :')

Sebenarnya, ain tak kesah sangat jika korang nak cilok gambar ain, nak buat DP korang, buat album selagi ia tak melampau-i batas dan masih menghormati ain. yela kan, terang terangan tu sedebuk sejibik gambar sememeh ain, harus la ain mengamuk tak ketahuan hala tatkala orang aniayai ain. tapi ain tak lah mengamuk aseperti hulk, baling baling kereta, orang

sekadar ingin meluahkan ketidakpuasan hati je. Buktinya, ain masih lagi kool dan senyum dengan riang bersama kawan kawan :)



dan jutaan lemon terima kasih kepada uolls kerana sudi singgah belog ain ni. apa jelah ada kat belog ain ni :')
esok nak hapdate pasal berjimbun dengan kengkawan la. tunggu tau tau tau

Ain Dzaya 1, Ain Dzaya 2, Ain Dzaya 3, Ain Dzaya 4?! Pehh, menyirap jee! sejak bila pulak muncul faker Ain Dzaya kat facebook! makin makin menjadi pulak T_T


Assalamualaikum :(

wuuarrrrrr T_T nak nanges biar bergegar satu dunia, nak hentak hentak kaki! ayam goreng betul la! ada fakers menggunakan gambar ain di fesbuk! tak baik! potong tangan awak!

pehh...apa perasaan korang apabila korang eksaited kemain nak berpesbuk tiba tiba pesbuk kesayangan korang di itu di klon, di fakers-kan bukan diri kita sendiri? menggunakan nama kita? menggunakan gambar kita? pasti marah bukan? pasti tiba tiba rasa, terus gelabah mencari spammer, hacker pesbuk, blog serata alam kan untuk hacked fackers berkenaan kan? pasti rasa hilang selera nak berfesbuk, berblog? nak saja kita canang satu dunia tu bukan pesbuk kita kan

kan  kan kan? macam tu lah ain rasa dua tiga hari ni. sobbs. nak buka pesbuk pun takde selera, apatah lagi nak hapdate belog sambil terlentang atas katil T____T

sakit hati sangat bila nama ain, gambar ain digunakan secara tanpa kebenaran oleh orang lain, untuk dijadikan pesbuk sendiri. kira nya Faker la. Faker Pesbuk. nak je ain mencarut Faker tu jadi F****r. 
sambil gosok dada..istighfar..istighfar..

setelah muncul fakers Ain Dzaya di pesbuk. mula mula 1 faker, kendian 2 faker, kendian 3 faker..... makin menjadi jadi pulak fakers ni! yang paling menyirap bila faker tu guna nama original Ain Dzaya yang serba kiut miut ni, eceh! yang tak boleh blah semua gambar dalam fesbuk fakers sekalian kredit dari belog!

selang sehari kendian, kawan ain call kasi taw ada sorang lagi Faker Ain Dzaya. yang tak leh blah beliau jadikan gambar ain di entri sebelum ni sebagai DP beliau. Ya Allah. menyirap ja, buat darah mengelegak nak lalu nak buka kuda kuda!

pendahuluan pun dah berterabur ber ela ela, mengamuk tak tentu hala
sambil gosok dada lagi..istighfar..istighfar..

nah bukti nya! bukan main dahsat 3 fakers lagi tu! pesbuk ain pun tak sedahsat dorang ~~"
pesbuk asal Ain Dzaya hanyalah https://www.facebook.com/quenovamiyamaya

FAKER 1

asalnya ain dapat tau pasal ni, ain boleh kool lagi. mungkin faker ni nak bergurau senda la kan di samping bergedik gedik dengan ain even dalam hati masa tu adrenalin dah berterabur mengalir tak tentu hala. haisshh.

hmm...banyaknya gambar ain, kenapa amek semua gambar ain? gambar ain dengan Aaron Ajis pun beliau cekau...sobss..nasib baik gambar famili ain dan lelaki masa depan tak jadi mangsa :'(
Tapi lepas je ain check kat image beliau. pehhh! kemain berlungguk lungguk gambar ain yang almost of them faker kutip dari blog..eh, memang dari blog pun. Jelas, disitu beliau mungkin blogger / silent reader yang setia kat belog ain. tetiba perasaan umpama retis bergeledak dalam jiwa even follower baru 1k >.< berperasaan adalah satu perasaan yang wajib ye adik adik sekalian


FAKER 2

Tapi pada hari yang sama ain terjumpa pulak pesbuk faker ni, terang terangan la ain dapat rasakan faker's' nama dan gambar ain ni orang yang sama atau lain eh! sebab musababnya, ID  pesbuk faker lebih kurang sama. haishhh.. istighfar.. istighfar..

iolls tak kesah la kan jika korang nak guna gambar i olls sebagai gambar DP korang, jika korang rasa i olls ni gadis paling kiut miut abad ni, tapi tang guna nama fesbuk serta selungguk gambar ain dalam blog letak dalam facebook korang..ape hal! menyirap je ain tengok! plus, dapat tahu pulak dari member yang ada lagi 1 facebook faker, yang lagi lagi lagi tak boleh blah , fakers tersebuk kemain lagi letak gambar yang entri dua tiga hari lepas  sebagai DP pesbuk.

FAKER 3

Gambar ain, baru je letak kat belog hasil berjimbun dengan kengkawan last weekend. Kenapa amek? :(

pehhhhh!

rasa macam nak bakar rumah kak limah je! ehh. minta maaf kak limah. macam nak bakar je orang tu. ain jugak terfikir maybe faker tu orang yang sama, yang mungkin sedang mempersendakan gambar dan nama ain. sampai hati korang kan!sobbs



ni la bahana bila tangkap gambar besar gedabak, tarok watermark pun jadi salah. padan muka kau ain, oh perlu buat ape ni? perlu ke ain lari lari anak lepas tu loncat loncat kegirangan? atau perlu ain tidur terlentang sambil usap perot kekenyangan?

atau ain ugut dia, kalau ko tak delete pesbuk ko, aku majuk! mungkin dia tak kisah. hmm. apa perlu buat ni? nak bagitau kat pesbuk ke? heran pulak dia kan.

tolong lahhh~ tolonglahh! *sambil makan Uncle Bob muka tak boleh belah*

ain tak kisah sangat kalau nak jadi faker pun,  berpada pada lah kan. kalau berdendam dengan ain pun, face to face la, tunjuk kool  baru remaja, tambahan pulak duit ain tengah bertimbun dalam bank. murah rezeki dapat jamah domino's, kepsi, pizza hut sekeping sorang hasil ptptn ain. jadah. adehh. macam mana ni? nak tidur la, harap harap tuhan bagi idea macam mana nak selesai kan masalah negara ni!

minta sangat sangat jasa baik korang kali ni, merayu ni, tolong lah klik report This profile is impersonating someone or is fake. 

alaaa. tak suka nya ain. kesian la sesape yang ingatkan tu fesbuk ayen dzaya. kesian nya. sebenar nya, banyak lagi fake acc tapi guna nama Ain Dzaya, gambar ain. hanya mampu berdoa dengan punah harapan supaya fakers tu insap dan tak buat ain dalam situasi sekarang ni. nak studi pun rasa tergugat asyik fikir pasal fakers

korang. tolong la report. dan korang jangan la percaya, ain hanya guna  acc ni sahaja
facebook.com/quenovamiyamaya

p/s : takde mood. tapi mood makan tak pernah nak kalah. sigh~.

I am Totally Changed

Assalamualaikum 

Almost 2 weeks tinggalkan belog tergendala macam ni. lepas tu, tanpa perasaan serba salah, terus tempek  dua bijik gambar yang tak berkenaan. tak patut. tak patut.



tiga gadis pingitan ^^

Maklumlah, lifestyle ain yang dulu kalanya makan tidur makan makan tidur dan makan lagi amat me-lagha-kan. Gara gara praktikal lah, bajet kerja angkat batu bata, besi besi keluli, panjat bangunan setiap hari. Walhal pergi opis pun dengan kadar maksimum malas terpaksa bila dah tengah tengah semester sambil goyang goyang kali layan fesbuk bawah aircond dalam opis. hampeh!

dah dah.  sekarang i am totally changed! dah takde masa nak membebel, dah takde masa dah nak makan tidur makan tidur. dah takde masa nak ngorat junior hensem. dah takde masa nak me-lagha-kan diri dengan kawan kawan sambil cuci mata kat shopping complex. Sebab musababnya, ain kene fokus 120% demi semester akhir ini untuk memastikan kemaslahatan hidup terjamin lepas belajar ni. muahaha

Untungnya bagi ain semester last ni, jadual kelas sangat bekerjasama dengan tubuh badan tanpa perlu ain bersusah payah rasuah Ketua Department  semata mata nak tukar jadual kelas supaya lebih flexibel mengikut kehendak jiwa sebagai remaja kool --" tanpa kelas malam macam dulu dulu, sangat tak kool >.<

kaler pink tanda masa yang ohsem untuk berjimba untuk diri sendiri ^^

Eh, balik semula pada tujuan asal entri i am totally changed! pendahuluan bajet tak nak kalah dengan isi penting yang seciput secoet ^^

                

kanan : gambar 6 bulan lepas
kiri : gambar dua hari lepas

sebagai kongklusion, i olls semakin 'Gemok Gileous' selepas menternak lemak, otot otot sepanjang praktikal kan kan kan?

p/s: tak sabar nak pergi kelas awal pagi esok, dengan azam dan semangat yang baru. ^^

Preloved Dress to Let Go ❤


Assalamualaikum
Eh, apahal ain ni? apa kaitan Bantu Palaestin dengan Preloves Dress to Let Go?! wo wo wo..mohon jangan gelojah belaka, sila baca sampai habes selow selow sambil tonton Cerekarama bersama Hanis Zalikha malam ni.hekhek


Cenggini. Entri kali ni bukan la nak menaip berjela jela umpama surat cinta Edward kepada Bella. entri je jenis ilek ilek je. hanya tempek dua, tiga ketol gambar yang boleh jadi halwa mata korang tatkala minum kopi o panas.

lepas seharian berhempas pulas kemas almari. kemain gigih. habis geledah setiap ceruk almari ain. kot kot ada barang berpuaka ke yang boleh tukar baju jadi iphone. tak payah la ain bersusah payah hempas pulas kumpul duit demi seketul iphong 5.hihi

Rentetan itu, there are some dress I want to let go. kira preloved la ni. ain sayang kemain semua baju baju tu :(. namun tubuh badan ain yang sejak kebelakangan ini umpama tong dram belakang rumah nenek. maka, ain terpaksa menebal hati untuk let it go.sobbs

Dress semua still tip top condition and some are used (sekali, dua jeh! siap rendam 3 botol downy lagi :p) some are new item (never used). all of them NEW & FRESH lagi tau tau tau

All the prices are negotiable, so feel free to bargain :) to order, inbox me here. tq so much! here the list goes :

ITEM 1
AVAILABLE
The lace Schawal
Saiz : XS
Colour : Red (height : 70cm/width : 30cm) 
Real Price : RM 85.00
My Price : RM 27 + RM5 (termasuk harga pos)
* harga boleh dirunding...inbox me
p/s : real price agak mahal sebab ain beli masa awal tahun 2012. Baru pakai sekali je. Dress ni sebenarnya saiz s tapi disebabkan material lace amat stretch pada badan, so ain lebih prefer untuk yang bersaiz XS.


ITEM 2
AVAILABLE

Kemeja Peplum Style
Saiz : S
Colour : Yellow (ada lace warna hitam di tengah baju)
(height : 57cm/width : 34cm)
Real Price : RM 65.00
My Price : RM 20 + RM 5 (termasuk harga pos)
* harga boleh dirunding...inbox me

p/s : baru pakai sekali je.


ITEM 3
AVAILABLE

Landy Korean Vintage
Saiz : S/M
Colour : as shown above
(height : 66cm/width :35cm)
Real Price : RM 55.00
My Price : RM 17 + RM5 (termasuk harga pos)
*harga boleh dirunding...inbox me

p/s : baru beli 2 bulan lepas. never used.


ITEM 4
AVAILABLE

Baju Muslimah
Saiz : 38
Colour : Hitam
(height : 70cm/width : 36cm)
Real Price : RM 28.00
My Price : RM 10 (tak termasuk harga pos)

p/s: never used. sebab musabab beli ialah mengada ngada ^^

p/s lagi: ITEM IS AVAILABLE UNTIL I TULIS SOLD. only place your order after comfirm nak ok. secepat mungkin i akan pos :)

P/s lagi lagi : 1/2 hasil jualan untuk tabung ...Insyaa ALLAH...sama sama kita membantu mereka :)

Demi Kasut Crocs Dahku Bunuh Diri

Assalamualaikum 

anggap je la Assalamualaikum dan lep lep kaler merah sebagai pendahuluan. Ain dah menggelupor tak ketahuan hala ni nak taip isi penting. hikhik

Jelas sangat menunjukkan betapa rakusnya seorang bernama Ain Dzaya bukak kotak crocs 

bangun pagi pagi, celik je mata, lihat dunia, sambil gosok gosok mata dengan rakus. sekali lagi buat ain mengelupor tak ketahuan hala. Gosok gosok mata lagi dengan dabel maksima rakus dengan harapan taik taik mata tak menghalang penglihatan untuk tengok 'benda' yang ada di depan mata ain ni. Pehhh! ini bukan dusta dalam mimpi! 

Kisahnya begini, ni semua gara gara silibus pelajaran praktikal semester ni, -..-" menyebabkan ain dan lelaki masa depan terpaksa tanggung perasaan berjauhan seketika selama 8 bulan. Sorang kat Selangor, sorang kat Kelantan umpama cinta Lebuh Raya Timur-Barat wa cakap :( 8 bulan der wa terpaksa berjauhan dengan dia. memang sakit ah der wa cakap sama lu. tapi demi cinta wa sanggup.eceh!

Tapi sepanjang berjauhan ni, dia tak pernah buat hal la. Sepanjang masa dia, call, contact dan webcam untuk update dia buat apa semua. Daily routine semua dia update kat ain walaupun ain tak suruh. Dia pun minta ain update daily routine kat dia jugak. Even dia sibuk, dia akan cari option untuk contact dan tak pernah ada alasan untuk tidak contact setiap hari, setiap saat. Sebab musababnya, dia bersungguh sungguh nak kenal ain dan jadikan ain isteri dia walhal ain dah awal dewasa sekarang, tak perlu di risaukan sangat. kot!

Nak dijadikan cerita, a few months ago konon konon dia nak buat supraise kat ain. konon la kan! Tapi disebabkan ain ni jenis manusia yang rakus, maka terpaksalah dia berterus terang dengan ain untuk memastikan kesejahteraan kehidupan alam sejagat.bhahaha

Dia plan nak hadiahkan sepasang kasut mengantikan ballerina ain yang dah uzur dimamah kaki kudus ain ni. Cut punya cerita, disebabkan dia spesis manusia yang ober ek-saited, maka sebelum cuti deepavali dia poskan kasut tu ke alamat opis ibu. kenapa ofis? suka hati ain la. mumaha

Can uolls imagine, almost 3 weeks punya tunggu sampai berjambul kepala ain. tak sampai juga parcel tu. Rententan peristawa itu, ain nekad semalam, bertumbuk hambur soal jawab dengan dia pasal parcel tu, dah ghupe polis pencen pulak, cume kiut sikit --" sehingga ain ugut nak cederakan diri kalau dia tak call skynet untuk tanya pasal parcel tu. sebab ain sedia paklum, dia kan senantiasa risaukan ain khoonnnn. ihiks.

Padahal pasal parcel je kot! ain ain -.-'
Tup tap pagi tadi, parcel tu terjonjol depan mata ain. betul betul terjonjol sebelah ain. nak telan air liur macam dah takde halkum masa tu. Rupanya, parcel tu dah lama sampai, cuma tak betul betul sampai kat depan rumah ain jeh! Bila buka, memang betul supraise la, dia kata nak bagi sepasang, buka kotak ada dua pasang; white & dark brown crocs duet woman feveret ain :') measehh


kan, hari tu saya buat magic. 
sape suruh demand sangat nak yang itu ini, 
padan muka dapat dua :p
-lelaki masa depan
*:") 
Mempersembahkan! magic dari satu kotak crocs, wujudkan dua pasang kasut crocs feveret iolls ^^ lepas ni boleh la ber-jangoks ke class tanpa gusar kaki yang mulus gelecet yang ke 2423473582 kalinya.

Kemain ganas,rakus, gelojohkan iolls. Bila difikirkan semula, malu dan kesian sangat dengan lelaki masa depan dan diri sendiri sebab perasaan bertindak tak rasional tak tentu hala padahal umur dah cecah awal dewasa. terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata binasa. dah boleh kawen pun (tibatiba)

Mujur lelaki masa depan ni punya perangai chiillax, kool, humble. Selama 3 tahun kenal dia tak pernah pun berlagak dengan apa yang dia ada ke, senyap je. Kerja dia diam dan sengih je memanjang. Tak pernah look down on others. lagi satu, dia tahu yang ain ni spesis manusia terlemah adab ini, so everyday, every minute dia akan bagi semangat untuk sentiasa look for the future :')

p/s: dah dah. mana boleh nanges, dah dapat empat ketol kasut baru untuk kaki yang serba ohsem kan kan 

Pastries & Confectionery yang Membahagiakan Perut ♥

Assalamualaikum
Pehh!! tajuk pun dah mampu mengujakankan perut di pagi hari. Tak masuk lagi ke bahagian isi penting seterusnya. saje buat entri dengkikan perut korang. biar korang kecut perut, kecut usus tak boleh duduk diam.kihkihkih. 

Deligateaux, Ain Dzaya, Hanis Zalikha, Cik Epal, Yuyu Zulaikha, Dessrt, Pastries, Confectionery, Brownies, Pies, Tart, Cakes

Entry kali ni nak cerita, perihal Pastries dan Confectionery iaitu sejenis makanan manis (dessert) yang seringkali jadi halwa mulut tatkala lepas makan heavy food, kebuhsanan melanda, diet dan tonton televisyen sensorang, lebih afdhal lagi drama spesis romantis atau sedih untuk ambil feel setiap suapan makanan. ooh, enaknya, siap ada love kat mata _

cakap je apa jenis Pastries dan Confectionery yang ain tak pernah makan. Brownies? Cheese Cake? Pies & Tart? Chocolate Cake? Moist Cake? Kekbatikbuatansendiriyangfail? semua ain dah try. riak -.-' sebab ada sesuatu yang ain nak share dengan korang tempat yang selayaknya korang boleh dapat kesemua jenis Pastries dan Confectionery yang enak, lazat, soft, semurah harga RM2.50 setiap 500g seketol. Ya! RM2.50 sahaja. tak jejas duit PTPTN lah wa cakap, apatah lagi duit poket demi sesuatu yang enak seperti ini.


tengok ni sudah la. Dalam gambar pun dah terjonjol bijik halkum ni kan pulak depan mata. ^^
Deligateaux, Ain Dzaya, Hanis Zalikha, Cik Epal, Yuyu Zulaikha, Dessrt, Pastries, Confectionery, Brownies, Pies, Tart, Cakes

Brownies. Sekali pandang memang ada iras iras chocolate kek, adik beradik kuih Asyura pun ye jugak. Tapi bila dua, tiga, empat kali pandang dah mampu buat air liur melompat keluar. Brownies ni ada banyak jenis iaitu Mississippi Mud Brownie, Semolina Date Brownie dan Brownie Bar. 

yang paling ain suka Brownie Bar. Rasa brownies yang pekat cekelat dan lembut dia memang tak kedekut langsung macam jual kat kedai lain. feel umpama kat Mississippi pulak O.o Bila dah masuk dalam mulut,  pehhh.., sayang nak geget umpama telan Cadburry pulak .hikhik. 

Deligateaux, Ain Dzaya, Hanis Zalikha, Cik Epal, Yuyu Zulaikha, Dessrt, Pastries, Confectionery, Brownies, Pies, Tart, Cakes

Pies & Tart. tengok pun dah tahu sedap macam mana kan? ta payah runsing la flavor korang takde. Bayangkan je perut nak pesen yang macam mana Sweet Pie Tart atau Savoury Pies dan Quiches, tup tap tup tap terus ada depan bijik mata korang. haa, baru kebang semangkuk lubang hidung bila dapat bau aromanya yang menikam usus perut.

memang penuh seleksi dengan cara tersendiri la wa cakap. 

Cakes, boleh buat korang ternganga menetes air liur, nahhh!
Deligateaux, Ain Dzaya, Hanis Zalikha, Cik Epal, Yuyu Zulaikha, Dessrt, Pastries, Confectionery, Brownies, Pies, Tart, Cakes

Ini tak lagi seksi bagi ain demi sebiji kek yang ohsem lagi boleh dipilih sukahatimakbapak segala. Strawberry cheese cake, Tiramisu cake, Chocolate cheese cake, Creamy chocolate cake, Lemon cheese cake, Cherry ‘o’ choc cake, Blueberry cheese cake...blalala. 

See, jenis kek pun dah boleh buat perenggan lain.  Tok sah kira lagi la dengan rasa yang sweeteness, soft, milky, satu sudu kecik kepsi pun dah mampu mengerakkan wayar wayar urat seluruh badan. pehh, hebatnya penangan beliau!

Deligateaux, Ain Dzaya, Hanis Zalikha, Cik Epal, Yuyu Zulaikha, Dessrt, Pastries, Confectionery, Brownies, Pies, Tart, Cakes
Packaging Ready to eat tanpa korang perlu bersusah payah demi sesuap kek ^^

packagingnya tak menahan. boleh buat bekal pergi kelas, ofis. nak bagi bopren untuk Anniversary pun boleh. untuk besday party pun boleh, ta payah abeskan duit demi sebiji kek. besday tahun hijriah ain pun dah nak dekat. korang bagi hadiah ain ni je lah. dah boleh buat ain kenang sampai bila bila ^^ muahaha.

Eh, dah terlanjut sangat bercerita pasal Pastries dan Confectionery. 
Deligateaux, Ain Dzaya, Hanis Zalikha, Cik Epal, Yuyu Zulaikha, Dessrt, Pastries, Confectionery, Brownies, Pies, Tart, Cakes

korang nak? Boleh la korang klik kat website Deligateaux dan facebook ni dengan kadar segera, untuk buat tempahan online semaksima mungkin serendah harga RM2.50-RM5.00 untuk se-pakaging yang comel kemain tu. iloveyou nih! 

sambil cuci mata untuk banyak pilihan Pastries dan Confectionery memukau Qalbu.   nak call terus pun boleh atau pergi terus order kat kedai dia area Selangor, Sogo KL, kalau nak dengan pantas. halal pun halal.

mana sangka, at the first sight dulu cheewahh, tatkala Deligateaux buat promosi kat unibesiti ain. ain hanya jeling jeling gitu je, sebab musababnya perut ain ni agak memilih dengan makanan, nak yang sedap je. tapi bila tengok, ramai yang kata sedap, masa last last promosi baru lah perut mengada ngada minta beli. Sekali beli, terus borang satu kedai.mihmihmih.

p/s: ain jamin. korang akan sayang ain ketat ketat lepas ni.hehew

Peplum Dress inspired ♥

Assalamualaikum 


Sebelum itu picit sini, 
untuk mereka yang gwiyomi 


Kak Lela, Cik Temah, Leha sila tenangkan diri dan mendapatkan keceriaan yang maksimum hanya demi kegembiraan entry kali ni. okay okay. bertenang. jangan terkinja kinjakan diri dengan terus scroll ke bawah. rugi nanti.

nak kata ain ni buta fesyen, pernah la sekali dua selak selai dua bab fesyen kat majalah. sempat lagi meng-lagho-kan diri belek blog blog fashion dengan harapan dapat la cari seketul dua idea untuk manjakan diri dengan selai dua baju, shawl baru. keji betul perangai walhal minggu lepas baru je beli Sleeveless Long Dress. ain ain -..-"

tapi, kalau nak cakap ain jenis makhluk fashionista abad ini. malas la nak cakap. nampak sangat auta nya. tapi kira orait la. ada jugak anjakan paradigma bab bab fesyen ni. ain masih lagi berbaju kurung dan lilit lilit 'shawl' ke kelas. sebab musababnya iolls memang tak pandai pakai tudung bawal atau tudung instant, untuk pastikan ia betul2 terletak atas kepala. kui.

sejak mutakhir ni, sejak dah pandai pakai dress ni, sejak awal dewasa ni, sejak. okey dah dah. ain perhati menjadi one hit sensation on girl who love fashion trends. berkesinambungan juga dengan girl nama Ain Dzaya (sila kutuk habes habesan. muahaha)

maka, sini sini si jelita si cantik sekalian.

Maria Elena, Fatin Liyana, Ain Dzaya, Yuyu Zulaikha, Fatin Suhana

Fatin Suhana. haa tak kenal? meh, ain kisses ♥ sekor sekor. Beliau ni setanding la dengan Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha, Irene Marcello, Hazanis, Maria Elena. Kalau nak ain listkan, esok pagi pun tak sudah sudah. Sekarang dah ramai muncul para blogger yang jadi model atau idol untuk para gadis atau awal dewasa, bahkan pak cik mak cik untuk bergaya penuh sopan dan muslimah ala ala fashionista mengikut peredaran zaman. 

See guys, siapa yang cakap blogging ni hanya ngomel sensorang depan latop, forever alone, tiada jaminan masa depan meh sini ain cocok montot guna pensel stabilo. From blog, uolls akan jadi orang pertama yang dapat sesuatu ilmu, perkara yang berguna, news yang orang takde belog dapat seminggu kendian. Proud of me O.o sambil gilap kuku

Maria Elena, Fatin Liyana, Ain Dzaya, Yuyu Zulaikha, Fatin Suhana

Dulu, riuh orang kampung bercerita pasal shawl hana Tajima, style Yuna. Past a month, Joyah sebelah rumah  bergaya ala ala Fashion Trends Japan. Kendian, kecoh gossip girl yang Milah tayang tayang Sleeveless Long Dress, Maxi Skirt beliau. tup tap tup tap, dengar kampung sebelah ilhamkan Street Style. all of those things happened in 2012!

Maka, hari nie ain nak kepoh sekampung tentang the un-dying trend! the peplum madness! ya. kali ni ain terpaksa akur dengan kehendak smilan napsu yang ain gileous kan peplum walhal dah ada seketul terperosok dalam almari.buhamabuhabbuha orang tamak kebiasanya ketawa berterabur  ~.^

Maria Elena, Fatin Liyana, Ain Dzaya, Yuyu Zulaikha, Fatin Suhana

Apa yang ain kaji, siap kaji bak ang peplum ni muncul sejak renaisance lagi disebabkan peplum trend evolved to a more fitting structure. tapi, sebagai muslimah peplum di-design-kan pada struktur yang tak fix dan selesa dipakai to cover our aurah. ya ustazah :p Tapi disebabkan seluruh dunia, continuously spotted-kan peplum ni memaksa-nya fashion industry tinggalkan fesyen ini dulu kala. T__T.

and 2012, peplum trend is back! :')

Maria Elena, Fatin Liyana, Ain Dzaya, Yuyu Zulaikha, Fatin Suhana

jom jom ain tolong menjulingkan mata korang sikit jadi madness macam ain, kat sini byfatinsuhana.blogspot.com tak perlu susah payah pinjam kereta emak pergi butik buat ape kan kalau dah buleh tekan dengan jari je nak beli semua ni. sifat lagi keji. Disamping, koleksi sis fatin ni la yang paling murah dan sangat sopan santun lepas seharian mengugel ^^

Maria Elena, Fatin Liyana, Ain Dzaya, Yuyu Zulaikha, Fatin Suhana

Adeeva Maxi Dress yang tengah hot kemain pun ada disini. memang cun la pakai tika pergi dinner, konvofesyen. sebab musabab, materialnya sangat lembut, made with high quality of lycra, the material itself is so comfortable because it is not thick. memang terus laki stock Aaron Aziz bersusun mintak number talipon la kalau nampak korang pakai Adeeva Maxi Dress ni. nak ni tak? sabar.

Maria Elena, Fatin Liyana, Ain Dzaya, Yuyu Zulaikha, Fatin Suhana

Lepas ni siap la tabung ayam adik. ada gak yang kena pecah ni. selain dari tu, di By Fatin Suhana juga ada sediakan:

Pooplook
El Zahraa
dan banyak lagi la.

p/s; habesla duit korang.

Pengalaman Berkhatan

Assalamualaikum 

Ikutkan pada plan ibu dan ayah, hari ini hari adik ain, Irfan yang ke tiga tu bersunat. Lepas solat subuh, tatkala ain dengan lemah gemalai sambung dating dengan bopren dalam mimpi, adik ain yang lelaki tu pulak kemain eksaited bersiap sedia untuk dijemput ayah pergi ke klinik. Siap dengan kain pelikat di tangan sambil tunggu ayah di ruang tamu. 

si Ifan siap komplen 'apsal letak gambar ni, nanti orang panggil ifan mat bungan. hilang kehenseman kemachohan ifan --"

Maka, ain pun rakam dialog antara Irfan dan Nisa adik ain yang paling kecik ni :


Nisa  : Ifan tak takut ke nak sunat? 
Ifan : Taklah. cume berdebar je.  dengan suara kompiden dan kool 
Nisa : Tapi Mail kata, sunat tu sakit macam kene geget harimau. batu api --"
Ifan : Eh, mane ade la...ipin kata macam kene gigit nyamuk je...kalau kene geget harimau dah lama mati la.. masih tunjuk macho..muahaha


Sesungguhnya, ain amat teruja dan bangga dengan adik ain yang sorang tu. Sering kena makan lempang ain, sejenis makhluk yang pernah dibuli sidai baju, kemas rumah dan pernah kena hempas dengan buku Maths tatkala tak pandai mengira. Bahkan sejak dua tiga menjak ni, ain dah dapat terima hakikat tentang sifat manja yang tak lekang pada setiap adik-adik ain ni. ya. ain jugak. mihmihmih 

beberapa minit kendian, telefon rumah berbunyi. instinct orang nak bersunat ni lain, laju kemain je berlari nak angkat telefon.


Ibu  : Ifan dah siap ke? Ayah nak gi ambil ni...
Ifan : Dah...ifan tunggu kat luar ea... semangat kemain
....
...
...
Nisa : Nanti baca bismillah, doa banyak banyak tau tau tau 
Ifan  : Ifan berani la, ifan tak takut pun.. eh, angkuh kemain. hahaha


Sejam kendian, tatkala ain sedang leka layan cerita Upin & Ipin dengan si Nisa. Irfan pun balik sambil senyum senyum kambing..


Ain  : Eh, ifan sunat ke tak?!
Ifan : tak. Doktor cakap tak boleh sunat. Doktor suruh datang lain kali pulak. huh, nasib baik. ifan dah risau dah tadi masa masuk dalam bilik, nasib baik tak jadi. hehehe
Ain : Ceitt!


Rupanya, lepas ain dapat tahu cerita sebenar daripada ayah, konon konon si Irfan bukan takut, kemain kompiden masuk bilik kat klinik. tapi lepas doktor check rupanya adik kepada adik pulak takut. umpama siput sedut dalam cengkerang.muahahaha.

sekian. dengan harapan sebagai teladan untuk cucu cucu ain sekalian pasal pak cik kome sorang ni. entri belog yang spesis kemalasan untuk menaip berkesinambungan idea masing masing balik kampung sambut Deepavali. malangnya nasib ain T_T

Amalan & Fadhilat Awal Muharram :)

Assalamualaikum

salam maal hijrah 1434, salam tahun baru semua ye ^^. memandangkan bulan ni bulan Muharam, permulaan tahun baru 1434 bagi umat Islam serata alam. 


memandangkan ramai yang meseh, tepon, PM ain kat fesbuk, tanya itu ini pasal amalan sunat untuk bulan Muharram ni. Teruja betul ain bila tengok ramai kawan kawan, bersungguh sungguh belajar dekatkan diri pada Allah :') sedikit amalan dan fadhilat menjadi sunat yang menarik untuk di ikuti disamping ganjaran yang lumayan daripada Allah membuatkan ain terpanggil untuk berkongsi.

semua ni totally dari website ye anak anak. ada jugak pengalaman dari ustaz, ustazah. sila betulkan, jika salah.


  • Berpuasa. Maksud Hadis : Barangsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis : Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X





terima kasih. sudi baca ye :)

6 Perkara Tentang Saya

Assalamualaikum

Kira-kira, dah lama betul ain janji dengan belogger kiut sorang ni, nak join segment beliau. disebabkan idea umpama muntahan lava gunung berapi yang geliga, maka ain terpaksa postpone dan postpone, dan postpone lagi segment beliau sehingga ke hari ini.



tag : hazanis, fifie

Segment beliau sangat simple dimple. dah lama betul ain tak join segment gini. sekali sekala seronok juga bila dapat kenal sifat sifat dalaman belogger lain walaupun tak pernah jumpa. rasa umpama ukhuwah fissabilillah famili beloger ni semakin erat. sarkastik sungguh

 6 Perkara Tentang Ain Dzaya.

1. Jenis manusia yang pesen hidup sensorang. 
sape sape yang kenal ain di dunia realiti *peh..realiti la sangat, pasti korang akan kenal ain jenis manusia yang berspesis  aneh. Yak ni, manusia yang suka bersendirian, rare sekali 'bergaul' dan boleh berjimba seorang diri. tanpa rakan taulan sekalian. mungkin kerana banyak nak mammmpp... pengalaman yang beri ain kekuatan untuk berseorangan. tapi bukan sombong tau. orait je kalau ada kawan. cuma ain tak nak terlalu bergantung harap pada kawan dan kurang percayakan kawan 100% mahupun 80% atau 50%. ain kan peramah tak ketahuan hala. puji diri sendiri.

pernah dulu ain ada kawan, ingatkan kawan sayang kawan. tapi kawan makan kawan. pendek kata, kadang kadang kawan hanya ambil kesempatan kat kita bila kita buat baik dengan mereka. mungkin juga, sifat ain yang agak matang la konon, menyebabkan ada ranjang dalam perhubungan di situ. tapi, selepas ain sedar semua tu, ain cuba kuatkan diri. cuba hidup tak bergantung dengan kawan. cuba buat apa pun, ain buat sendiri. mulanya susah. sebab sekeliling nampak simpati dengan ain. macam orang pulaukan ain.

pergi kelas, balik kelas, hang out, makan. selalu lelaki masa depan yang jadi bodyguard ain even badan tak ketak ketak. ain bukan tanak berkawan, cuma bergerak solo je kemana saja macam Kyle Patrick dengan Click Five. pulak -..-"


2. Blog medium utama ekspreskan perasaan.
Ni la motif utama kenapa ain berblog. Jadikan belog sebagai medium utama untuk luahkan perasaan. ada ain kesah orang nak cakap apa. belog ain, sukahatimakbapak ain lah nak tulis apa.keh.keh. pada mulanya, just nak puaskan hati. ain spesis pemendam, sekali ain muntahkan, sebaldi umpama segelas susu everyday yang melimpah ruah. ain ain  --" 

tipu kalau ain kata tak pernah terlintas nak jadi macam Hanis Zalikha, Maria Elena, Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana dan ramai lagi la bloggers yang febeles itu bajet O.o wo wo wo! bukan kejar populariti dengan kata lain bukan gileous peymes bak ang! tapi making my own self in my own way, my identity. curlasss gituu ^^


3. Sangat berjimat-jimat, kalau boros buat buat tak nampak
Ini merupakan penyakit ain yang tak boleh nak dibawa sepakat sejak sedekad lalu. yakni, ain sangat berjimat cermat hemah hemat temat. ya, sangat berjimat cermat! dengan muka tak bersalah sikit habuk nak beli nasi sempat kira dulu, nak beli barang runcit kemain gigih buat checklist, nak keluarkan duit dengan selamber keluarkan kalketer henpon mahal. tup tap tup tap, tak sampai hujung bulan akaun bank tinggal hama je. 


4. Bukan spesis katak bawah tempurung. 
Atcerli, ain sangat fanatik gileous pada sesuatu yang expose ain pada dunia luar. sesuatu yang mengajar ain kepada sesuatu yang mencabar jasmani dan rohani supaya bekerjasama dengan tubuh badan yang sedia malas ni. supaya gigih berusaha untuk dapatkan sesuatu perkara. dan tak kenal erti putus asa (kot).

Pendek kata, ain  mesra dengan ramai orang versi humble eh, isi penting dan koklusyen tak sebati!


5. Ketagih pada susu segar dan digelar cacat oleh kawan kawan yang tak berhati perut.
Peristiwa ni bermula, masa ain praktikal lepas. Disebabkan duit yang ada tak cukup untuk tampung penghidupan ain sepanjang praktikal, nak isi perut imut yang tak henti henti lapar. sobss. maka, sebagai alternatif untuk mengeyangkan perut dengan kadar segera, ain akan minum susu segar segelas setiap hari. kalau dah gelojoh sangat, sebotol besar sehari.

nak kasi tahu jugak walaupun takde kaitan dengan huraian atas digelar cacat oleh kawan kawan yang tak berhati perut sebab musabab ain kidal. jeless leteeww kite ada kelebihan ^^.


6. Bajet ohsem, kiut, gojes, mabeles, adorabel, cun dan seangkatan dengannya.
Sila muntah segeleng dengan statement yang melampau tu. hahaha. tapi, itulah hakikatnya. Buktinya, suka puji diri sensorang ohsem, kiut, kawaii sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan.sobss. Suka tempek muka sedebuk tanpa serba salah dengan cermin tayang jerawat pasir, gian gambar sensorang sehingga penuh memori kamera, blahh la ain -..-"


Okey. okey. cukuplah sampai di sini sebelum ain melalut tak ketahuan hala. nasib kina minta 6 perkara, tapi tulis berjela jela lebih 360 patah perkataan karangan budak es pi em.  ain ain --"

sebelum lupa, ni la satu daripada patratusnamplohributigajuta gambar budak bajet ohsem, kiut, gojes, mabeles, adorabel, cun blalalala kbai.

Parody sore eyes >.<

Kisah Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Perak

Assalamualaikum ♥ 

memandangkan ain sedang dan amat sangat bosan di rumah sendiri sekarang akibat terlalu membuat rutin yang sama yakni, makan tidur makan tidur makan tidur dan terus untuk makan dan tidur, maka, untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku, ain telah membuat perkara yang berbeza untuk mengelakkan bosan iaitu menjadikan cuti semester ni sebagai bulan blogging.

ikutkan perancangan cuti semester ni, ain nak kerja sampingan dan menjadi OC untuk Minggu Destini Siswa (MDS) akan datang atau dengan kata lain, jadi pemimpin untuk junior junior yang baru mengenal alam universiti di samping membantu mereka memberi pendedahan awal tentang UiTM Campus Life. tapi malangnya tak boleh jadi OC atas sebab tertentu. siryes, memang ain sedang merajuk kat celah almari sekarang. hebatkan ain! hebatkan ain tipu.

Tapi apalah nasib ain, apa yang ain rancang kali ni semua tak menjadi T_T  

Alang alang ain cerita pasal MDS, semalam punya semalam ain dapat keywords mengenai 'Kisah Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Perak'. senang cakap minggu orientasi, lebih kool UiTM namakan sebagai Minggu Destini Siswa. Minggu new-students menapak ke unibesiti dengan harapan setinggi gunung Everest. Tapi keyword tu hanya tertumpu pada entri disini, sebab ain ada mention pasal minggu MDS. -..-"

Ain teka budak tu tengan eksaited kemain nak tau pasal lifestyle minggu MDS cemana, dan bakal jadi sebahagian daripada junior junior ain di UiTM Perak bulan doblas ni kann kann.


hai junior! jaga adab sikit ek kat sini. saya senior part 6 yang ohsem.


Adik adik junior ain yang kemain cover bila abang senior ambil gambar. malu leteeww ^^

Seringkali jadi halwa mata dan telinga ain, bila jumpa dengan bakals students (pronounce 's' tanda banyak.hihi) dimana dorang sering mempersoalkan pasal MDS ni, antaranya :


'nanti kene ragging dengan OC susun selipar, baca sifir kura-kura, menyanyi, tiup lampu sampai padam. tamooo:( ' ehemm, OC Ain Dzaya sangat baik takkan buat camtu
'senior garangggg...'
'letih la, tak cukup rehat'
'habisla muka i jadi kuda belang'
'lagi best tidur doplohpatjam kat rumah. kroh. krohhh'
'homesick. sobbsss'
'makanan tak best. omaakkk nak balik!'


yang menjadi sebab musabab kenapa dorang takut nak masuk unibesiti. Wahai adik adikku yang ain sayangi sambil usap usap kepala..penyayangnya ain :p sebenarnya, Minggu Destini Siswa will be the best week ever in your life, jika korang hayati betul betul. umpama makan cekelat vochella sambil pejam mata menghayati cekelat cair dalam mulut mengalir turun ke anak tekak dengan lembut. 'saya tak suka cekelat'  . okey. phine ~~" 

even, masa tu korang terpaksa jalan jauh untuk menuju satu tempat ke satu tempat yang memakan jarak berkilo kilo meter, how lucky for those yang spesis lemmbabses anda pasti akan makan berkilo kilo langsat even dalam UiTM je pun.hahaha UiTM Perak-ers harap paklum dengan enviroment Sri Iskandar bagai padang pasir yang luas lagi jarak padang jarak terkukur eh betul ke ayat aku 


tadek bas ke kak?


Opkoslah tak dek, 5 bijik bas belum tentu cukup nak tampung around 3000 students ke dewan profesional, dewan makan, dewan profesional, pusat islam, dewan makan, pusat islam, dewan profesional, dewan profesional dan setiap sorang yang banyak ragam untuk dikawal espesialli lelaki, nak kejar event yang schedule highly tigh, nak kejar tetamu jemputan yang datang, rasanya sangat memadai tak? 

Even kitorang letih, muka tetap cheer demi junior's'  tersayangss :')


from here la, korang kene belajar disiplinkan diri dengan Campus Life. unibesiti tak macam sekolah, pagi pagi mak bapak hantar depan pintu sekolah sambil XOXO, siap dengan bekal, duit sekolah spuloh hengget sorang, cikgu jaga kat sekolah. kat unibesiti, masing masing jaga diri masing masing. yang persen lembabses dan bergantung harap sangat perlu berubah supaya tak ketinggalan. barulah boleh enjoy dengan Campus Life. ye dak?

dan inilah yang jadi cabaran kepada kami semua para OC dalam masa seminggu yang penuh dengan havoc hectic, to ensure everything will run smoothly dan tak nak korang rasa terlalu lalu penat seperti kami. baikann kami. sobbss. 


Yeke penat jadi OC, nampak ilek je, kool je,
kitorang lagi penat, dah lah dipaksa makan dengan gelojoh,
jalan jauh, pakai baju kurung, kemeja, tak mandi,
bangun awal, tidur lambat..blalalalalalala
*tanya sorang budak 

sayangku, sebenarnya sebelum minggu MDS start lagi kitorang para OC, gagah sanubari datang ke UiTM seminggu lebih awal dari korang semua, terpaksa tinggalkan famili, kucing, ayam, zirafah, dophin, kura kura, serigala. okey itu ain tipu! untuk buat persediaan jasmani dan rohani lebih awal supaya dapat bekerjasama dengan otot otot semasa MDS berlangsung.

ain tak masukkan lagi, pasal hari pertama yang hectic nak kawal ibu bapa students yang macam kehilangan anak bagai, rushing kesana kemari, takde masa nak makan dengan sopan, setiap hari bangun seawal jam 4 pagi, malam tidur pukul 3 pagi disebabkan hantar students balik bilik, tunggu korang tidur, yang pesen degil tu, istighfar je la banyak banyak. setiap malam jugak ada malam post moterm dimana yang makan masa 2 jam, kami akan bincang sesama BIRO BIRO pasal masalah sepanjang hari dan cara mengatasinya untuk memastikan students sentiasa selesa, tak stress, tak letih sepanjang MDS berlangsung. 

baikan OC :')
Geng BIRO KEBAJIKAN ain yang berhati nurani, setelah seharian letih handle students. Setiap sorang wajib pegang dan jaga kotak First Aid kemana jua berada umpama nyawa sendiri, sehingga ain dapat gelaran sebagai akak First Aid. bravo! bravo!



kongklusinya, ain sangat bangga jawatan ain sebagai BIRO KEBAJIKAN sebab musababnya ain dapat kenal pelajar baru dengan lebih dekat, mesra pelajar, and sometimes ada pelajar yang stress, letih, demam campak, kepialu, pengsan  and i will be there, will be their shoulder to cry on and accompany them.

kongklusinya lagi, MDS even tired, but we are very happy. From here, we can get along everyone, unite as family. We understand, honor, and respect each other. We know each other deeply and enjoy being together. yang sangat me-Runtun Qalbu tatkala hari last MDS, akan sama sama pelajar sambil berpegang tangan menyanyikan lagu UiTM Dihatiku :')

Sape jumpa ain, ain bagi kisses


it is the fondest memories for ever. :') I LOVE OC


p/s: ain baru perasaan entri ni patut diberi Award Entri Terpanjang Abad ini. 
p/s lagi : tetiba ain berasa nak download lagu UiTM Dihatiku. hekhek.
p/s lagi lagi : selamat datang bakal junior ain ke UiTM :)

Blog Ain Dzaya Dianiayai :(

Assalamualaikum :(

tajuk tak boleh belah. nak bajet sedih menikam kalbu je.

tapi apakan daya, realitinya ain betul betul sedih ni. tengah betul betul sedih ni! T_T apalah nasib ain ni, lepas satu musibah, satu musibah yang datang menimpa. tak cukup ain yang kecik molek ni, belog kudus ain pun dijadikan mangsa. tsk.tskk.

apa la salah ain ni, kalau ain ada buat salah, jumpa ain depan depan ar, baru kool -..-" lagi kool kalau belanja ain makan pasta carbonara bersama kapucino panas.

untuk dijadikan sebuah entri yang pesat dengan rasa sedih ni, sabtu lepas masa ain gagah sanubari mata menepek ke belog, sambil jari jemari ain gigih meng-edit belog. bukan edit ape pun. setakat ain tukar header dan background, untuk tampilkan belog yang lebih bercirikan kawaii yang comel angat ohsem tak terkira. haktuuih!

layaklah ain berbuat demikian, lebih lebih lagi sejak usia ni mencecah hujung remaja ni. 

rentetan peristiwa itu, pada sebelah petang pula, dengan semangat yang jitu berkobar kobar nak blogwalking  segerombolan belog yang tinggal tapak kaki, kasut, lecak lecak tanah kat belog ain. tiba-tiba, 

dan secara tiba-tiba je ain dapati belog ain terus jadi begini,


wajiblah ain ain cuak kannn. tidak semena mena belog ain yang bersih dari jangkitan hama apatah lagi virus boleh jadi begini, terus terang ain katakan ain tidak pernah jalinkan ape ape hubungan tak rasmi pun dengan andyhowtt.com. apatah lagi, curi curi dating dengan beliau kat pasar malam.

tsk. tskk lagi.

dah macam macam kaedah, macam macam tutorial, untuk pulihkan belog ain ni jadi seperti sedia kala. termasuklah, ain cuba seloow talk dengan andyhowt sendiri untuk atasi masalah ni. ain juga tebalkan muka 5 inci jaja belog seantero dunia. yang ni ain tipu.

setelah dengan gigih ain kaji demi belog sekor ni, rupanya bukan belog ain sorang je yang dapat virus malware dari andyhowtt.com, tapi nisakay dan beberapa belogger yang gojess, adorabel, ohsem juga turut sama nasib dengan ain. rupa rupanya juga, belog andyhowtt.com mengalami masalah kebocoran virus malware yang disuntik dari pihak tertentu, ini mempuyai kebarangkalian yang besor pada belog lain, untuk turut jangkit virus ni. 



sadis. dan belog Ain Dzaya antara mangsanya :(

tapi yang ajaib bagi ain, bila ain scan link tak de pulak tanda tanda yang belog ain ni ada virus. dan lagi pelik bila guna firefox, virus otometik hilang, bila guna google chrome otometik segerombolan virus malware datang.


This Blog is Best Viewed With Mozilla Firefox 
maka, ada sesiapa boleh ain untuk pulihkan belog ain seperti sedia kala walaupun guna ape pun jenis medium internet, spesialli guna google chrome?


p/s: budak bajet comel yang berharap ---> Melah Sutina.

Motif Hidup - Lillahi ta'ala

Assalamualaikum 

Bersempena dah 20 tahun kelmarin, dah besar panjang, dah matang, dah masuk umur "boleh kawen" ni, ain teringin nak buat satu azam. konon konon sangat bermotivasi la di hari lahir sendiri. konon. walhal realitinya, azam tahun lepas nak jadi lebih alert dan punctual, macam harem. bukan ain tak berusaha. jasmani dan rohani dah bekerjasama dengan sifat tak punctual ni.

tapi, ain tetap nak jugak azam tahun kali ni, berikutnya
  1. Jadi lebih alert dan punctual. semestinya ain akan gigih berusaha untuk capai azam tahun lepas. tahun ni ain akan paksa sifat tak punctual ini untuk turut bekerjasama dengan jasmani dan rohani ain.
  2. Bangun pagi lebih awal daripada sediakala. tak nak dah bangun ikut waktu subuh kat Korea. ~~"
  3. nak istiqamah dengan al-Quran, supaya terus terusan jadi makanan hati .
  4. nak train supaya dapat manage masa untuk study, diri sendiri, belog, kerja dan ibadah.
  5. nak lebih jadi lebih berjimat cermat. kalau boros pun, buat tak tahu seketika.
  6. nak berjaya dalam dunia blogging, study dan masa depan. (sambil gelak kepit kepit umpama gadis paling sopan santun abad ini)
dengan harapan ain dapat laksanakan azam tahun ini dengan motif hidup yang baru - lillahi ta'ala 



ape pun, selungguk ucapan terima kasih ain ucapkan kepada yang tak putus putus wish birthday kat twitter, fesbuk, berduyun-duyun meseh, tak lupa juga kawans dunia blogging, GSF; kinaramsvalentine yang sudi pinjamkan bahu korang untuk ain selama ain kenal dunia blogging ni, walaupun kita tak pernah bersua muka dan ketawa bersama nanges bersama.tsk.tsk.

Disamping, doa kan yang baik baik untuk ain walaupun birthday ain tak se-happening birthday orang ain, 

From the bottom of my heart I would really like to thank you
for making my birthday even more special with all your splendid wishes.

motif hidup - lillahita'ala

nanti claim kiss  ♥ dari ain untuk korang ye. 

lepas ni, tak sabar nak cerita pasal kehidupan ain berbekalkan azam baru ni, di samping teman teman belog yang baru. tunggu tau tau tau.

nah, hadiah eklas dari ain sebagai makanan hati korang :)


p/s: terima kasih juga spesialli 'lelaki masa depan' dan famili yang sanggup pinjamkan ain bahu dan banyak berkorban demi ain yang pelbagai karenah ni. tsk. tskk lagi.