Lyssa Faizureen bersama kecintaan Ain ;')

Assalamualaikum ^^
 tengok sini dulu .

http://aindzaya.blogspot.com
gambar ini adalah bermotif di sini ....hehehew
p/s : gambar ini hanya untuk tempoh 24 sahaja!


Hari yang indah. Sekembalinya ain dapat semula sedut udara segar pagi hari dalam dua balang biskut marrie sebagai bekalan hari muda. Sadiskan, untuk beberapa hari ni ain tak mampu menikmati  kesedapan sedut setiap inci udara segar yang lalu lalang depan hidup ain kerana blokage yang berlaku dalam salur lubang hidung. Dr. Ozame kata, salur lubang hidung ain  bengkak sebab panas dalam kadar maksimum menyebabkan pendarahan berlaku. 

Maka, selama beberapa hari terpaksalah ain terkemut kemut lubang tekak telan ubat sememangnya tak sebati dengan tekak ain. T_T.






Burung awal pagi dah mencicit depan tingkap bilik kejutkan ain bangun. Seperti rutin biasa mereka kais pagi makan petang, kais malam makan pagi untuk isi perut anak cicit cicit mereka. Semut semut apatah lagi. Mungkin ain patut hantar proposal pada Menteri Jabatan Kerja Raya, supaya pasangkan traffic light untuk elakan kesesakan lalu lintas di awan pulak pagi pagi nie. Tumbuh tumbuhan pula bersatu tenaga dengan ceria mengerah urat urat tensi akar untuk bekerja melakukan photosynthesis *feberet ain dalam kelas biology dulu dulu dan belas ihsannya sudi bertukar oksigen dengan ain...manisnya! 



Seronoknye bila tengok haiwan, tumbuh tumbuhan, bersatu saling bantu membantu antara kami! Sebenarnya, bukan ni yang ain nak cakapkan untuk entri kali ni, tapi sebenarnya pasal ini....

tarannngggg!!!


eh....bukan yang ni...ni kisah  Yuyu Zulaikha bersama kecintaan ain :')


tapi yang ni la..




blogger Lyssa Faizureen bersama kecintaan ain ;')
kenal tak beliau?!!
kalau tak kenal meh nak babap sorangsorang...ceeiitt!!
Terima kasih Lyssa Faizureen, ain cuma kipas Lyssa guna kipas tangan jerk, tak sangka pulak econ yang Lyssa balas .hehehehe. terima kasih jugak, kerana sudi singgah belog sadis ain ni, sumpah!malam ni tidur mimpi sampai ke bintang ♥♥.





maka, dengan bangganya ain nak mempersembahkan koleksi gambar sengal beliau yang tersemmarrtt pada abad ini :





sengal tak?!!

tapi sebelum korang LIKE yang cik Lyssa punya pic..korang kenalah LIKE pic ain dulu..hehehehew



nak tahu siapa lagi ahli GBS yang juin??!!



Lambang kelakian dan kekuatan lelaki 'tulen' ~cewaah!

 Assalamualaikum : (
harap maaf. akibat belajar dengan gegeh tanpa kesiankan badan, terpaksa ain lepak awal seketol ketol di katil saja, dah rehat dengan banyak sambil sumbat tisu banyakbanyak dalam hidong. doakan ain cepat sembuh ye. InsyaALLAH, bila dah berkesempatan sembuh, ain akan balas komen komen korang yang lepas.


tetiba rasa macam demam ain dah sembuh bila tatap janggut robbert pattinson lelaki masa depan ^^


Baginda Rasulullah SAW bersabda :-

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” 
(Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” 
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” 
(Hadith Riwayat Muslim)



Percaya atau tidak, jujurnya ain sukakan lelaki berjanggut. sebab yang munasabab ialah :


  • Menampakkan lebih kelelakian
  • Kelihatan lebih ‘macho’ dan seksi..awww!!
  • Lebih hensem dan berkarisma
  • Nampak soleh je..sejuk mata memandang..theethee..
  • Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
  • Lebih diminati wanita 
  • Mempunyai manfaat kesihatan
  • Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu


tambah pulak bila janggut tu sejemput dan kemas.awww!!! tapi idok ler janggut berjambang kusut masai macam penyapu tu. sanggup taw merajuk setahun kalau lelaki masa depan silap trim then cukur terus janggut tu..errgghh! geli gelinya *..*



kata hati :
Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya kamu akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan kamu atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.
Wahai lelaki, berjanggutlah.


psstt...janji ALLAH untuk orang bakal berkahwin ♥

Assalamualaikum ♥
mulakan dengan basmallah :)
ohh hari ni ain nak kongsi lagi sesuatu yang hebakk! yeahh! ia sangat hebakk sebenar nya. ia memenuhi keinginan seluruh wanita, lelaki dan remaja. sangat sangat sesuai  dijadikan sebagai tiket utama untuk remaja ber'couple' pada abad ini!

http://aindzaya.blogspot.com

Bila seorang lelaki muslim atau wanita muslim yang bakal berkahwin, satu kewajiban lah kan akan timbul perasaan gundah gulana, resah, sasau, bimbang..cecece..memang sikit meremang bulu roma ain bila dengan gigihnya cakap pasal kahwin atau nikah...cheewaah! apatah lagi umur ain sekarang ni, maka tak heranla kan. hukhukhuk.

Maka, inilah merupakan janji Allah untuk orang bakal berkahwin .......

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. 

(Ar Ruum : 21)

but, seriously, Alhamdulillah! apa yang ain tengok sekarang yang berlaku di sekeliling ain, ramai remaja umur linkungan ain yang dah bertunang dan bakal berkahwin .daripada dok bercinta yang tak ketentuan hala tuju lagi, better bercinta secara halal dengan suami/isteri sendiri. semuanya tak terbatas. kan kan kan? wuwuwuwu..jelezz!..cop!cop!cop! I desire marriage, but I'm not desperate, for now, live is life! =.='. yeaah!


janji Allah lagi....

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32) 

Ramai lelaki nak sanggatt sangaatt kahwin, tapi perasaan takut mula berkecamuk dalam jiwa bila pikir pasal kewangan apatah lagi pekerjaan tetap. dengan sebab musabab mereka berfikir “cukup ke gaji nak sara anak bini aku nanti?"


“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160) 
Wahai bidadari dan bidadara sekalian, sesungguhnya Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.


“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

kenapa Allah janjikan sebegini? sebabnya sape saje yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian diri, maka berhak keatasnya mendapatkan pertolongan dari Allah . dan pertolongan Allah itu pasti datang. bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang baik!
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Kata hati :
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. 
Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar. 
Kekadang, bagi kita jodoh yang dinanti terasa sulit sangat untuk kita. 
Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah 
dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. 




Apa sebenarnya hukum pakai contact lens?!

Assalamualaikum korang!
sebelum baca entri ini, jom tengok ini dulu sini ^..^


Minggu lepas, ain tolong kawan promote dia punya contact lens untuk tolong dia dapatkan pendapatan sampingan tampung kos studi yang melambung tinggi. tiba tiba kawan ain sorang ni berbisik, "ko taw tak pakai contact lens ni haram"............."erkk...haram ker?!"


memang berderau adrenalin ni, mati hidup semula tak sanggup la ain nak tolong kawan ain ni promote contact lens dia, biarlah atas belas kasihan. no!no! tapi atas kegigihan ain untuk dapatkan kepastian, Ustaz Azhar Idrus ada jawapan :)





disebabkan jawapan Ustaz Azhar Idrus dok cukup kemah keming lagi. maka, ain pun buat research lagi..........


Ustazah kata, 

takpe guna contact lens berwarna untuk tujuan perubatan jika takde sebarang kemudaratan pada mata dan tak termasuk dalam pembaziran, kerana kadangkala harga sesetengah contact lens mahal sedangkan seseorang tak memerlukannya.

Walaupun ada unsur penipuan, iaitu samada ada penglihatan yang baik atau warna matanya yang cantik maka, tak dibenarkan guna contact lens berwarna ini. tapi kalau pakai depan ahli keluarga di rumah dan tak memudaratkan serta tak berlaku pembaziran maka dibolehkan.



Tapi ustazah, kalau tujuan pakai contact lens nak berhias macam mana?

Memakai contact lens untuk tujuan berhias adalah dibolehkan,  jika tak terdapat unsur penipuan dan tak berhias di depan lelaki ajnabi, serta tak mendatangkan kemudaratan, kerana lens yang dipakai oleh seseorang yang tak perlu memakai lens boleh memudaratkan mata seseorang.

Jika dia pakai lens untuk suami, maka takpa. hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan maka dalam hal yang demikian,maka pakai lens berwarna adalah dilarang.


Takpa pakai lens berwarna selagi tak mengubah ciptaan Allah. Begitu juga dengan 'menyaluti' mata dengan lens tersebut adalah untuk mengekalkan ciptaan Allah yang asalnya.
















Terdapat 2 jenis contact lens :

1)  ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.
2)  berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias).



ustazah, batal puasa ke kalau pakai lens? wuduk camne?

lens tak batal puasa kerana tiada kaitan di antara keduanya, puasa ialah menahan perut (lapar) dan kemaluan (jima'), dan kanta sentuh tidak berkaitan. Tidak diwajibkan sampainya air hingga ke dalam mata ketika wudhu' dan mandi. Tidak perlu menanggalkannya ketika mandi atau wudhu'.



oh. macam tu rupanya ustazah, terima kasih sebab tolong leraikan urat urat tensi yang berserabut. nampakkan, Islam tu agama yang mudah dan senang malah teramatlah Allah menjaga kepentingan baik dan buruk setiap makhluk ciptaanNya. jadi, kita sebagai manusia janganlah angkuh dengan Pencipta kita taw, berdosa!

tapi, jika semua pendapat ni betul, kita elakanlah ye! setiap ciptaan ALLAH tu, cukup sempurna sebenarnya taw kawan kawan!ye tak?



p/s: I Share Because I Care..I Care Because I Love You... :)




Pernah main permainan ni tak?!



Assalamualaikum ^^
Ini adalah entry mengisi masa lapang..sila ambil mood kool tapi sakai dalam kepala anda.

Ini merupakan mainan feveret ain masa choomel choomel dulu...hikhikhik..setakat 20sen tu tak jadi masalah besar lah untuk ain sedekahkan kat makcik kedai runcit tiap tiap lepas abes kelas semata mata nak main benda alah ini.


Namanya ialah belon hingus...kenapakah? sebab belon ni macam hingus lah..kehkehkeh. bagi ain, budak budak zaman sekarang amatlah sengsara penghidupan zaman mereka, kerana tak pernah rasa nikmat semua ni yang bagi ain inilah nikmat terhebakk sepanjang kecik kecik dulu. kalau tunjuk kat dorang, mesti dorang akan set mind benda alah ini, adalah sebagai ubat gigi...-..-"


korang pernah main tak?




Selain belon hingus, apa lagi permainan feveret korang?



p/s : baru lepas dengar ceramah kahwin muda "Bahagia atau Derita" dari Al-Fadzil Ustaz Mohammmad Kazim Elias, sungguh mencuit jiwa la sampai berbunga bunga perut ain ni, rasa macam mood dah kelaaauuuttttt nak kawin muda...0.o...dengan sebab munasabab...nantikan next entri dari ain..;)




Apa petanda dia jodoh kita? ♥

Assalamualaikum ^^
Psssttt!!hari ini cakap pasal jodoh nak tak?hikhikhik. macam tak percayakan je kan ain nak cakap pasal jodoh. ayat minta pelempang. saja je ain buat entri geli geli di pagi hari, sebagai halwa mulut di pagi hari sebab ain tengok semua belogger buat muka ketat hari nie. siyes! ain masuk belog dorang pun terpaksa dengan muka ketat untuk hambek feel lebih. -.-'..mungkin hari ini angin pasang kott!
jelez urrgghh! aku ngn bopren pun tak camnie -..-

Memang tak dapat tipu, jodoh merupakan perkara yang ditetapkan Allah yang Maha Esa. tapi macam mane nak tahu dia memang jodoh kita? Allah dah kurniakan kita telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. jadi, kita gunakanlah kelebihan yang ada untuk mengungkap rahsia cinta. Bila hidup bersama, ikatan emosi, spiritual, fizikal menyebabkan pasangan dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain..teehee..dah macam Dr. Cinta pulak dah ^^'

bukanlah ain nak cerita pasal lelaki masa depan yang geli geli sampai muntah hijau, yang ain terrrsannngggaaatttlah bahagia dengan apa yang ain ada sekarang. tak tak. ain pun tak tahu lagi kan sape jodoh ain. oleh itu, ain nak share beberapa petanda yang dia jodoh kita :-


1. Bersahaja 

Dia tu mesti bersikap bersahaja dan tak berlakon. tapi kalau pasangan korang tu rettiss yang masuk tibi, jangan la pulak awal awal dah reject dia sampai masuk longkang.tak tak. cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara dia ketawa, cara makan dan minum dia.

contohnya : masa keluar makan dengan dia, kita makan guna sudu, dan dia pun makan guna sudu, walhal pada hakikatnya sepanjang penghidupan dia, dia tak pernah kenal pun apa tu sudu. camne nak guna sudu.


Kalau gayanya tak selesa dengan diri dia, sah sah la dia sedang berlakon. Sebab musababnya bila dia bersahaja dengan kita , dats mean dia dah bersedia untuk orang lain terima diri dia seadanya, maka, dengan itu dia jodoh yang sesuai untuk kita.


2. Senang Bersama 


Walaupun kita selalu bersama dia, kita tak pernah rasa buhsan, jemu, tertekan ,stress bila berhadapan dengan dia. walaupun dia sibuk dengan kerja dia sampai tak angkat tepon, tak balas meseh, tak berhari hari jumpa...memangla stress kan, sebab rindu tapi makin hari makin sayang kat dia. Tak kira siang ataupun malam, bila dia takde rasa sedikit kehilangan. 

sebab musababnya, dia buat semua itu untuk masa depan kita jugak kan. Kita mesti rasa tenang, gembira dan jugak jadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. dia rasa senang sekali bila tatap muka kita yang choomel 4657543 kali pun takpe. tapi bila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. 

ain nak bopren sweet macamnie ^^

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tak kisah siapa kita sebelum ini. 

contoh yang lain : kita merupakan anak orang kaya yang mak bapak berlambakan harta, manakala dia pula mak bapak penoreh getah kat kampung. dia ajak kita pegi Pavilion sebab dia tahu ni sajelah syurga shopping kita kan kan kan? tapi ,hampir 2 jam  kat Pavilion last last, dia blanja kita makan tutti frutti je kat Pavilion -..-''sebab tu je yang dia mampu. kita pun tak kisah.

Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah ada 2435325 exbopren sebelum dia, dia tak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya tanpa kepam celah gigi rahsia sebab sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur  

Dia tak pernah kisah apa yang kita buat asalkan tak menyalahi hukum agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita sampai jadi cair. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita pasti dapat syak jika dia tipu kita. Apabila berjauhan, memang payah untuk dia curang kat kita sebab dalam hati dia ada kita aje.hehehe. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Susah senang bersama sama 

contoh seterusnya : kita ada masalah kewangan sampai kita rasa perut kita kene ikat ketatketat dengan tali lembu. pada masa yang sama, dia berlambakan duit dalam bank, jadi serba sedikit dia tolong kita.

contoh lagi : semalam dia bagitau kita yang dia kena buang kerja sebab musabab hasil kerja dia kene sabotaj dengan kawan baik. dengan itu, dia amat stress giler, so kita jadilah pendengar setia dia biarpun jadi bahan habuan dan maki hamun dia kerana dia tak niat pun nak cakap kat kita macam tu..bagi dia kool dan tolong dia selesaikan masalah yang berkecamuk dalam otak.

Kita dan dia mesti saling bekerjasama dalam penghidupan walaupun perkara tu remeh temeh ataupun terlalu sukar tanpa memerlukan bantuan orang lain dan kita senang sekali bekerjasama bersama.

nak bopren macam dalam citer sweet relationship..nak!nak!nak!

6. Tampilkan Kelemahan 

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. termasuklah ain yang berhati kudus ini. Tipulah ada orang yang mengaku dia insan yang tersempurna tak ketentuan hala daripada segala sudut pada abad ini. dia yang bersedia jadi teman hidup kita, tak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang  kan nak mengakui kelemahan di hadapan kekasih. runtuhlah market derr! Malah, dia tak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. 

Misalnya : apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



 ada yang membantah tak..meh sini nak tarik hidung...hehe..tak der la...sekadar berkongsi ;)


Sebelum itu picit sini, 
untuk mereka yang gwiyomi 


kata hati : 
manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Dihimpit lelaki lelaki. Dilema!

Assalamualaikum ^^
Kalau baca tajuk, mesti cakap ain bajet retis dengan bopren bopren sekelilingkan? umpama ain dalam dilemmma nak pilih antara Robert Pattinson dan Taylor Lautner -..-'.pheewww! sungguh pening dalam dilema. dilema.dilema. tak tak. kali ni ain gigihkan diri taip entri bukan nak cakap pasal bopren bopren ain tu.

sumpah mata dia seksi macam MAA  ♥ ♥   
grrrr!!!

pernahkah mengalami cinta bersegi segi segi? pelik kan bunyinya. ain pun tak tau la dari celah gigi mana ayat ni boleh terkeluar. Mungkin jugakla betul akal kata ain dalam dilema. ya.ya.ya.ya eh!


cinta bersegi-segi ni murid murid diibaratkan lebih kurang macam cinta tiga segi la tetapi cinta bersegi segi ni melibatkan lebih banyak pihak. alah! macam dalam cerita Ayat ayat Cinta tu, fahri kan ramai yang nak kat dia, tapi dia tetap cintakan isteri dia yang satu je..hehehew...tapi ain takmo cerita pasal fahri, sebagai contoh je.


Kalau terjadi kat korang, ain mampu potong jari kuku malam Jumaat la yang sememangnya korang pun kemain la dalam dileemma. mesti agaknya korang dengan muka kool bajet ofsem pening tak ketentuan hala nak pilih yang mana satu. ataupun kalau korang berhajat nak memilih pun, mesti korang macam kupu kupu dalam perut, berbarai barai perasaan dalam hati. dan yang dah kawen pula bajet single konon konon ramai admire. 
kan kan kan?


sila pejam mata dan bayangkan sambil dengar lagu ombak rindu untuk hambek feeling lebih santai. 

Tipah ada seorang kekasih nama, Zack dan Tipah sangat mencintai Zack, memang tahap dewa la. Namun , tanpa dijangka dan di duga, tidak semena mena kawan baik Tipah, Mansor meluahkan perasaan cinta pada Tipah. Tak lama lepas tu, jiran sebelah rumah Tipah, Meon tak tidur malam macam ulat gonggok kesejukan lepas luah perasaan kat Tipah. Tambah lagi ex-bopren Tipah menangis nangis nak Tipah kembali dia..........Tipah mengalami kemurungan berpanjangan gara gara mereka semua memiliki kriteria yang hebakk belaka walaupun berbeza karekter.....ha, so sekarang apa patut Tipah buat? Tipah dalam dilema ni..


pendapat mereka :

orang kebanyakan kat planet bumi, masalah semua sama cuba kau orang berlagak hero macam aku, walaupun kau orang tak layak sekalipun. walaupun aku dilahirkan sebagai hero tapi aku kesian kat kau orang...sebab rata rata kau orang hanya alat manipulasi manusia yang jauh lebih bijak dari kau........aku hero apa......kita mesti tahu apa yang kita buat


puterarindu
tak yah ok kelam kabut kita wat jer macam putera ni pagi pagi pegi toreh getah petang jual sup belut liar

baiklah. memang sayang kekasih tapi dalam masa yang sama rasa bersalah sangat sebab takut nak kecewakan hati hati yang mengharapkan cinta kita.pffffttt. tambah lagi mereka mereka mereka mereka semua tu keras kepala batu, bersemangat vios waja nak jugak kat kita. dan lagi lagi lagi lagi lagi rumit kalau kia pun ada perasaan sikit sikit skit kat dorang. haiiisssshhh!! giler laaaaa.... memang relationship incomplicated jadinya.

dilemmaama.dilemmmaa.dilemmmaa.
nak bagitau kekasih hati pasal dilema ni pun serba salah, kang cemburu tak tentu pasal, kepercayaan dia makin kurang, tak ke haru..terpaksalah kepam dilema celah ketiak sorang sorang. kalau bagitau kawan kawan nanti mesti dorang pandang serong sampai juling juling kat kita, kononkonon kita bajet rettiss banyak skandal. sedangkan hati dah berkecamuk bergelora dengan air gigihnya pikir pasal dilema.


Maka,dengan ini, secara tuntasnya, sungguh bodoh dan tak wajarlah jika kita putuskan hubungan yang sedia ada tanpa pikirkan orang lain yang jadi virus perhubungan semata mata mereka mereka mereka mereka KECUALI kita memang tak semena mena tak bahagia langsung dengan kekasih kita sekarang. pendek kata, tiputipu cintakan Zack. sadis kan kan kan?

so, macam mane?


Nyawa ain benar benar dihujung tanduk!

Assalamualaikum ^^.



Ain rasa penghidupan ain semester ni antara hidup dan koma teramattt la sangggaaat. tanpa ain mampu sedut seluruh oksigen dengan sempurna untuk mampatkan dua balang biskut marrie dalam badan ain nie. dan ain rasa jugak, kitaran penghidupan ain semester ini teramat lah dasssattt sebab terpaksa menahan batiniah, fizikalniah dan rohaniah ain tak lupa jugak sembilan nafsu yang ada dalam diri nie demi semester ini.


maka, dengan itu terpaksa lah ain berlagak kool di khalayak ramai, di hadapan rakan taulan sekalian, di depan abang kedai print kat kiosk apatah lagi supaya abang printer bagi ain discount -..-.bahkan di hadapan seekor semut sekalipun, supaya tiada secebis habuk pun terserlah segala kucalana gundah gulana yang ain rasa berada di tahap 99.999999%. supaya jugak mereka semua pikir ain lah manusia yang paling kool, hebakk sambil guling guling dengan penghidupan di UiTM semester ini dengan harapan yang hipokrit.

-.-'
huh!

mungkin kerana Allah hendak menguji ain sejauh mana tahap kesabaran ain untuk menghadapi segala dugaan-Nya. Moga ain mampu menghadapi segalanya dengan tenang dan lagi kooolll yang tak tiputipu.ya. tak tiputipu.amin.


ain cuba tak bergantung dengan orang sekeliling bila ain berhadapan dengan masalah kerana masalah yang ain hadapi penuh kerumitan di tahap kronik macam orang koma yang tak tahu mampu teruskan hidup lagi atau kembali menghadap-Nya. Tapi kadang kala ain tak mampu jugak sebab, taulan sekeliling la sebagai api semangat ain untuk teruskan semester ini, semoga hari hari mendatang ain mampu hadapi penuh membara.


tapi bukan ain sajasaja jadi macam ni. pengalaman buat ain jadi macam ni. menyebabkan ain tak percayakan kawan 60% dan turut jugak tak percaya orang yang hilangkan kepercayaan ain pada mereka 40%. kalau dulu, bagi ain kawan adalah segalanya, tapi semester ini sebesar tahik hidong pun tak.ya. sangat yakin!

dan pengakuan ain yang kudus ini, ain mengaku semester ini walaupun ain ada ramai kawan tapi ain tak jumpa pun teman dan sahabat. sebab 'dia' yang selama 4 semester selalu berkepit celah ketiak ain pun nak pentingkan diri sendiri jugak, lantas memaksa jiwa raga ain untuk berkepentingan diri jugak!!


masing masing dah semester 4, pentingkan diri sendiri adalah sifat semester ini
kalau dulu semua kerja buat sesama, bincang sama sama tapi sekarang semua dah tak tak ketentuan hala dengan sifat pentingkan diri sendiri. kalau yang dah overrrshhoot pandai, terus ego pandainya, kalau yang jenis bermalasan terus galak layan tak ketentuan hala.haiisshh!!


kalau selama ni, kami sentiasa bersatu pada dalam satu kumpulan untuk semua subjek, 
maka semester ini, masingmasing pada awal semester dulu dengan angkuhnya ikut haluan masing masing. sekarang, bila penghidupan dah jadi rumit macam kupu kupu dalam perut, mulalah gagahnya semua orang 
ketepikan ego menyesali kesilapan dulu. 
huh! terlajak sampan boleh di undur, terlajak perbuatan tanggung la sendiri..
ain dah merajuk sejuta bahasa taw! sob.sob.sob.



dan banyak nak maammmpp lagi.....



pendek kata, masing masing mengamalkan sifat pentingkan diri sendiri demi kepentingan masing masing. tapi, selepas ain sedar semua itu, ain kuatkan diri. sebab ain tak sorang sorang, Allah kan ada temankan ain. ain cuba hidup tak bergantung kepada kawan lagi. cuba buat apa pun, ain buat sendiri. mulanya susah. sebab sekeliling nampak simpati dengan kita.

malu kan. tapi ain terus kan juga semester ni. maka sekarang, ain dah terbiasa dengan hidup sorang. ain berkawan dengan semua. cuma bergerak solo macam Fergie dengan Black Eyed Peas. pulak dah -..-'

sekarang ini ain tak kisah orang nak pandang serong sampai juling pun kat ain. orang nak kata ain pun pentingkan diri sendiri. mana yang bagus? pikir pasal orang yang tak pernah pikir pasal kita atau pikir diri sendiri? kalau orang hormat ain, ain akan hormat orang tu, tapi kalau orang tu suka buat najis dekat hidung ain, secara atometiknya ain benci. siyes! muka ketat!

kucing buat najis depan bilik ain pun, ain baling dengan selipar rumate lantas, lari najis berciciran apatah lagi manusia. watch out!

http://aindzaya.blogspot.com

sorry to say, sekali ain dengan muka ketat buat sesuatu keputusan, tuntasnya, ia adalah muktamad!


p/s : dah la...panjang la pulak. ni gara gara ain kene siapkan report Construction Health & Safety last minit la nie..sempat ke ain siapkan dalam masa 6 jam ni? hmmm....sedangkan menatang ni dah terperap celah ketiak ahli kumpulan lain dari awal sem lagi. kalau bagi awal awal kan boleh la ain siapkan awal awal lagi. Rindunya group discussion yang dulu, buat sama sama, siap keje awal, pastu kembang hedong semangkok 6 inci bila assigment siap 7 kali ganda lebih awal daripada group lain.T_T.


Rindu perasaan sakit yang indah ♥

Assalamualaikum ♥
Si jelita dan gojes SAHAJA.

selamat malam semua. malam ni, ain akan tak dapat lagi tidur awal sangat sangat seperti sedia kala. sejurus entri ini dipublishkan, maka, dengan itu, ain akan membalas komen di entri sebelum ini. tak sempat tadi, sibuk dengan pelan pelan lukisan untuk disubmit esok . malam ini, betul betul buat mata ain tak tidur. 

-.-'

dan tak disangka jugak malam ni hati ain umpama sarung bantal yang dirobek robek dengan pisau cukur. lalu keluarlah bunga bungaan yang cantik lagi harum berterbangan di udara. sakit! tapi indah!


hmm..11.23 p.m tadi ibu tepon tapi ain tak sempat nak angkat. disebabkan ain  yang bertuah ni ketandusan kedit selkom dan digi gara gara kawan kawan ain yang ketagih guna line meksi dan main miskol , maka , ain jugaklah terpaksa korbankan kedit ain untuk mereka. dengan itu, ain hanya mampu menangguk di air yang keriuh di depan enset. kesian ibu ;'(.

dengan gagahnya ain hanya mampu tunggu, tunggu, tunggu dan tunggu. sampai sekarang.  tapi ibu tak tepon jugak. kesian ibu.


dan tidak semena mena juga magrib tadi, adik demok ain yang berusia 7 tahun meseh. baru remaja!



untungla 6 tahun da dapat enset......ain saat seusia 7 tahun, nak guna tepon umah pun kene sorok sorok celah pintu semata mata nak tanya kawan 


'anis, apa kabar? awak sihat?' 


walhal baru je 24353.23353 saat tadi main masak masak bersama. Pun sama jugak. ain tak mampu balas meseh adik demok ain yang sungguh kudus hatinya sedang merindui ain. siyes terharu giler. sob.sob.sob. nak cium seket. emmuuahhxx! 

apatah lagi, MAA yang kesibukan tahap dewa minggu ni, terus memaksa jiwa raga ain untuk tahan rindu tahap cipan yang gelabah ekor bila keracunan makanan


Konklusinya ; disebabkan rindu itu perasaan yang sakit telah memaksa ain untuk seketol ketol atas katil selama 8 jam semata mata nak ubat sakit dihati. ini merupakan musabab utama kenapa ain terpaksa mengengkang mata 6 inci malam ni mengenketedarah lukisan pelan pelan yang sengaja tertangguh.


p/s : rindu itu adalah satu perasaan yang sakit sanggaatt tapi indah yang terbit dari hati yang iklas mencintai bila kita berjauhan dengan orang yang kita sayang walaupun sesaat.  seronok merindui seseorang walaupun sakit dan lebih seronok apabila rindu itu berbalas...teehee.

sesetengah orang yang tidak boleh mengawal rindu ni akan lakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya..tapi alhamdulillah, hanya dengan ayat al-Quran je yang mampu bagi ain ketenangan saat rindu berkucalana dalam jiwa. 


Syukran, Ya Allah, kerana bagi ain perasaan rindu! =)