Lelaki peng 'komplen' nombor satu. Setuju ?

Assalamualaikum  ♥

 

Yaa! dengan ini saya Temah Sutina binti Melan -..-" ingin meluahkan rasa ketidakpuasan hati kepada belogger Faizal Fredley -Dunia Network Lelaki tentang stetement beliau yang mampu bikin kaum lelaki panas punggung tak ketahuan hala sambil mengembangkan dua biji lubang hidung.

Tujuan ain menempek gambar jejaka yang keharuan berperasaan  hensem ini, bukanlah semata mata untuk mencari publisiti supaya beliau menghack ain dari dunia belog, tetapi untuk mempertahankan kaum adam sendiri. so, ada sesiapa yang jelita nak isi borang? hik.hik.hik. tenang Faizal Fredley.

ah! ape kejadah kau ain, kaum sendiri pun bersepah sepah yang panas punggung baca statement kau!

Rilek rilek. ain bukan nak pertahankan kaum adam tetapi sekadar ingin merungkai fakta sebenar yang lelaki dan wanita patut tahu tentang kaum lelaki yang senantiasa berperasaan diri mereka hebakk lagi mabeles.







"Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita.."




lelaki suka meng 'komplen' wanita masak




Ekceli, pada hakikatnya lelaki memang suka sangat bila wanita masak spesially wanita yang dia sayang sebab lelaki tahu wanita mampu masak 17.66576 kali ganda lagi lebih sedap berbanding dorang. ceeiit! cuma ego je yang membatasi lelaki dari puji wanita.

sebab tu la lelaki kuat komplen. masin sikit komplen, manis sikit komplen, pahit sikit komplen.......betul tak?!




Seperkara lagi yang merungkai fakta, lelaki tak kan komplen masakan lelaki sebab bila lelaki masak dia tahu bakat kaum mereka sama je… another words…takkan nak maki dan kutuk masakan kaum sendiri kowt..agak2 la dowh!hek.hek.hek.



lelaki suka meng 'komplen' wanita berpakaian






Lelaki yang budiman sering komplen cara pemakain wanita. pakai ketat komplen, pakai sengkat komplen, tak cukup kain komplen, terdedah komplen. baguslah, lelaki macam ni la yang layak jadi suami masa depan dunia akhirat.

Tapi, kalau wanita tu pakai tudung labuh komplen, baju labuh komplen, seluar labuh komplen..tu pun komplen...ain tataw nak kata pa dah. adoi!




Namun begitu, sebelum beliau kaum lelaki nak komplen macam macam kat kaum wanita, hadap la cermin 64454.45352 minit kejap cermin. sebab kaum wanita bila mereka da komplen 24.54565 jam pun mampu lagi. =.="


haish! tak leh jadi ni...

Apa lagi lelaki suka meng 'komplen' pasal wanita ye?




Kawan.


Assalamualaikum  
mood : betulkan segala tulang temulang sambil dengar video untuk ambil feel lebih dasattt.

Tertarik magnet di sudut hati, sekadar bekalan balang hati sebagai santapan rohaniah dan batiniah ain di masa depan,
 


setiap orang mempunyai pendapat masing masing tentang kawan...ini adalah diantaranya setelah ain men-interbiu mereka..











Kata adik

Kawan macam biskut
Sekejap ada sekejap tak ada,




konklusinya ; walau sesiapa yang kita kenal di sekeliling kita..sebenarnya mereka semua adalah kawan kita =)..dan hargailah mereka setiap masa kerana suatu masa nanti kita amat memerlukan mereka...


" Rama-rama sungguh cantik "



Assalamualaikum ^^
mood : kencutkan otot otot badan  sambil layan barang best ! 

Alhamdulillahhhhh... bersyukur kepada Sang Pencipta yang memberikan lagi peluang untuk kita terus sedut sampai habis oksigen yang berlambakan ni tanpa kena bayar. tak ke haru kalau nak sedut udara yang ada ni pun kena bayar. sedangkan nak beli sebiji cekelat daim kat kedai din pun berkira. -.-'.


syukur juga, dengan diri sendiri, celik celik saja bijik mata, ain masih lagi mampu bernyawa dalam kepenatan akibat melantak buku semalaman gara gara terpaksa menghadap test di hari ni. adoi. sungguh tidak adilkan lecturer kacau weekend kami yang begitu berharga untuk merehatkan urat urat tensi di atas katil selama 23.524241 jam. hari ni Building Science, lusa ETR, minggu depan submission progerss drawing yang lecturere reject minggu lepas, lagi submission report, lagi, lagi dan lagi. lepas nie apa lagi? pengsan ain part 4 ni. sob.sob.sob. :'(


pagi pagi ni, dah kerah otak pasal peristiwa yang berlaku berhari hari lepas. mana mana saja ain pergi mesti jadi buruan rama rama. tapi bila otak ain ligat berksperiman tentang ini


rama rama tu, cantik dan choomel kan. macam ain. menjadikan hari  kusam dan kudus bertambah suka dan ceria. kerana rama rama itu imengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena. wah, bermadah sejenak!.
rama-rama cantik macam ain -.-"

tapi cubalah tangkap dan pegang rama rama itu dengan sayapnya. pasti warna dan corak rama rama itu telah berpindah ke jari jari kan. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin.




"namun  siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi."ain .

"Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan."ain.



sama juga,

Rama-rama ibarat gadis

di umpamakan rama rama amat indah untuk dipegang dan disentuh (lelaki) tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. terutamanya,


 aset termahal yang ada pada dirinya adalah maruah.
Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Mahalkan harga diri kita gadis! Semakin sukar kita dimiliki semakin mahal nilai kita di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna kita. Setelah warna-warna itu hilang kita dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri dan akan lebih dihormati.


Nilai kita bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki kita tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai kita. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. 

cubaan pertama ain jadi rama rama..hehehew

p/s :ain sendiri tidak mahu yang terlalu sempurna..jika kita mencari yang sempurna..pasti kita akan nampak lebih banyak kelemahan..tapi,sekuranya-kurangnya..kalau dah tahu diri sendiri tidak sempurna..berusahalah untuk mencari kesempurnaan dalam diri..demi kebahagiaam masa depan dan barakah dari Allah.




Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, 
jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
wanita diberi kemuliaan yang sangat tinggi disisi Allah..
..jada "kehormatan" itu... 
tiada manusia yang sempurna..aku tahu dan cukup tahu..
manusia melakukan kesilapan...dan kita seharusnya belajar dari kesilapan..
takkan nak selamanya dalam maksiat... 
dan lelaki hargai kaum wanita umpama sebutir permata di dalam kaca.

Ku tulis namamu dalam setiap doaku ;')


Assalamualaikum....
siapa sangka, nangka yang cantik munggil bentuknya tidak mempunyai isi yang munggil. dan siapa yang mampu terjangka juga memek muka ain yang berspesis mata panda abad 2012 ini ter 'sangggggaaaattt' lah comel untuk menjadi santapan jiran sebelah bilik untuk di cuitcuit hatinya.


harus menjadi satu kebenciaan di satu sudut hati bahawasanya untuk kali pertama tahun ini..hati ain dirisik risik dengan pisau lipat dengan harapan yang angkuh ada air jernih kaler merah mengalir perlahan lahan tanpa henti. dan dengan itu ain akan jatuh dan rebah.

apalah salah ain. sedangkan ain tak pernah pun menganggu ketemnteraman orang lain apatah lagi ketenteraman anak kucing yang selalu lalu lalang depan bilik. kenapa ain yang harus dikorbankan.


oleh yang demikian, demi kepentingan diri sendiri, hati ain yang mulus ini diperdayakan.... sob.sob.sob.

Ya Allah berikanlah ain kekuatan untuk menghadapi segala rentetan kehidupan ini dengan tenang dan jayanya...

dengan sukacitanya ain mampu buat intro dengan hati yang sebak. =.='..hoyeeaahh!


Orang kata, kalau kita sebut sesuatu benda tu banyak-banyak kali, mungkin boleh menjadi doa dan benda tu tak mustahil akan betul-betul terjadi satu hari nanti. Sebagai seorang penulis diari tegar sepenuh masa sejak lapanploh tahun memang menjadi kecintaan zahiriah dan batiniah untuk menyenaraikan every single moment happen in life.hik.hik.hik.

Dari sudut pembacaan ain yang sememangnya menjadikan Tuah Iskandar sebagai bapa motivasi.

tulis doa kita dalam sekeping kertas, tulis banyak-banyak pun takpe, kemudian lipat dan simpan, jangan bukak bila belum tiba masanya. Di samping tu, doalah untuk apa yang kita tulis tu. Bila tiba masa nanti, buka balik kertas tu, dan check balik, apa je permintaan kita yang ALLAH tak makbulkan? DIA tetap akan makbulkan samada cepat atau lambat je. Yang penting sabar dan jangan berputus asa dan juga sentiasa bersangka baik pada DIA. 


Haruskah ain memintal senyum sorang-sorang dengan rasa syukur bila mana apa yang ain impikan selama ini ain dah pun miliki dengan rasa kasih sayang dan penuh rasa cinta sepenuhnya dalam hatikan? hehew.

p/s : dengan segunung Everest ain berharapan...mampu bahagiakan orang yang ain sayang sebaik baiknya. Alhamdulillah. MA❤.

Lelaki selalu cakap, perempuan pun boleh cakap jugak la!

Assalamualaikum.....


Motif utama yang penuh barakah entri pagi ini adalah untuk mencari kelemahan lelaki..
(hik.hik.hik.) ketawa dalam kelambu.

( supaya para kaum adam sedar di mana kesempurnaan diri perlu dicari dalam membentuk peribadi diri)


JANGAN asyik nak tunding jari cari kelemahan kaum hawa aje, sedangkan 4 jari lagi menyorok malu mengaku kelemahan diri sendiri.

insap.




masak vs imam.
 Lelaki selalu cakap : kalau perempuan tak reti masak , memang tak boleh di bawa kahwin taw ! sebab itu !!! perempuan pun boleh jugak cakap : kalau lelaki tak reti jadi IMAM , memang tak boleh di bawa kahwin tau~~ heee :)






gedik ayam vs gedik itik
 Lelaki selalu cakap : perempuan suka menggedik dengan jantan, camtu nak jadi bini! sebab itu !!! 
perempuan pun boleh jugak cakap : kau pun sama la, entah bape banyak perempuan kau uli, layak ke nak jadi suami!





renung-renungkan....



kata hati :

bila cinta datang, 
cinta memujuk hati, 
bila hati dah bertemu cinta, 
ada saja yang tak kene, 
bila hati mula menangis, 
pasti aliran air mata perit terkena jahitan luka lama, 
terasa siksa, 
sedangkan hati tak bersalah..
tapi mereka pemberi cinta itu yang patut dihukum...




Isu hangat Amalina Che Bakri - Ain jadikan sebagai iktibar.

Assalamualaikum...
baru balik rumah jiran, lauknya sedap, nasinya hangit .....0.o....

Fitrah manusia, 
sekali dia baik 
tidak selama dia akan kekal baik.
Sekali dia jahat 
tidak selamanya dia akan kekal jahat.

Amalina Che Bakri. 

Selayaknya, beliau merupakan pemangkin zahiriah dan batiniah dalam pelajaran ain meski pun masa tu tengah bergelut menghadapi Ujian Penilaian Menengah Rendah (UPSR). masa tu, dinding, almari baju, buku sekolah, beg sekolah, beg duit hello kitty merupakan spot utama untuk ain tempek tempek guna dable tap, gam gajah gambar kejayaan beliau yang gah tersebar di semua buah dada akhbar dengan azam berbola bola di jiwa :



ceeiit! suatu hari nanti aku pun nak jadi macam kak amalina.
(nada serius masa chomelchomel dulu)



sungguh kuat kan penangan beliau, hingga budak hengusan UPSR pun masa tu sudah pandai nak ber'idola'kan beliau. walhal, zaman tu uk uk pun ibu tolong basuhkan. hebakkan beliau!! wa tabik sama lu...

menjadi satu kewajipan jugak buku beliau wajib ada dalam poket beg senantiasa walaupun lunyai kes tertinggal kat busstop, sanggup renyairenyai ajak ibu cari buku tu, agar bahang beliau sentiasa mengalir di saluran darah berspesis O.



8 tahun kemudian...







Namun kini, walaupun keputusan SPM ain tak se'hensem' beliau, tapi masih di tahap cemerlang ....dan dengan barakah-Nya, even tempat sambung blaja nie bukan kat obersee...bayangkan umpama pepatah Melayu gajah depan mata tak nampak, kuman seberang sungai nampak 


begitulah penghidupan ain sekarang. Alhamdulillah tahun baru nie,  merupakan tahun pengakhiran diploma ain sebelum ain mendabik dada sebagai Construction Manager dengan lulusan master 5 tahun lagi.hik.hik.hik. amin.

Renung-renungkan............

hopefully Allah bukakan pintu hatinya untuk kembali semula ke jalan-Nya
 semoga fitrah ain sebagai gadis Melayu beragama Islam 
terus kekal merekah
 dalam sanubari hingga ke pelosok dada.





Edisi Khas Penghujung 2011

Assalamualaikumwarahmatullah  (wajib jawab penuh wahai anak anak)

pejam celik pejam celik, 2011 sudah pun berlalu. sehari umpama 27.44364 saat. konklusinya, setahun umpama 18.2644 minit sahaja.  

kenapa masa berlari terlalu pantas? 

mejadikan ain seorang gadis sopan melayu terkelamkalibut terbaik tahun ini yang dapat melayakan diri ke grammy award 2011. sehingga tak sempat ain berjalan jalan menghirup dan memampatkan jiwa dan raga basikal baru mail tanpa tertinggal secebis bebola zarah pun berterbangan di angkasa. 

dengan harapan setinggi gunung Everest ada tinkerbel comel kaler biru muda datang duduk di bahu sasa ain yang berhati kudus ini, ain akan membuat permintaan supaya memberhentikan masa seketika. 

sebagai belas ihsan untuk ain merasai nikmat kehidupan yang tak terhingga ini bersama famili yang senantiasa terpaksa tahan nafsu amarah melayan kaletah anak anak yang annoying tak ketentuan hala. 

=.='


makin hari makin badan berketak ketak disebabkan mendapat lebihan sumber zat dari lembu punya susu sejak azali lagi. maka dengan itu otak juga makin berketak ketak. apatah lagi masing masing sedang kuat seteguh badang merangkak membilang usia untuk menjadi lebih taf cara pemikirannya seperti kakaknya.ehhehew.

Selayaknya, dalam kehidupan ini ain merasa diri ini umpama cebisan cebisan habuk yang berterbangan di udara untuk menjadi contoh terbaik kepada adik adik yang bijak. sedangkan ain sendiri juga sering salah laku korek hidung di khalayak umum, tinggal barang merata rata

mengamalkan gaya hidup yang sihat ; memblutut lemak sambil tidur...blalalalalala kalau perlu disenaraikan, dua entri belum tentu mencakupi kehendak jari jari yang sedang ghairah menari ballet ni. walhal usia ain kini sudah layak untuk menjadi contoh ibu mithali yang penuh kasih sayang abad ini.hik.hik.hik. standard la kan orang umur 20 =.='


Namun di sebalik asam masin lima posen kat kedai din , masih lagi terasa gulanya. 0.o...


(sila baca intonasi serius tanpa syak wasangka dan memek muka kening terangkat)

walaupun azam 2011 masih tersisa di celah gigi, ain akan korek semula untuk dilaksanakan pada tahun ini.ya.saya pasti. Hari ini 1.1.12 berdirinya ain di tempat tumpahnya darah, akan berusaha untuk membina pelan perancangan dan manyusun strategi bermula dari pengorekan di dasar otak terlebih dahulu supaya azam tahun ini lebih terlaksana sepenuhnya daripada tahun tahun lepas terutamaya untuk dapat dean list lagi semester 4 ini.

sekian, Terima kasih.

yang benar -> melah sutina -_____-"