Entri 'Terus Terang itu Perlu' Dalam Draft. Paling sempoi!

Assalamualaikum ♥ 
malam tadi taip kemain la pulun masa taip entri dengan harapan nak lepaskan rindu pada belog. bangun pagi gosok mata, check belog. rupanya entri tak dipublish. sangat sempoi! bravo bravo!

sejak kebelakangan ini hidup ain di landa kekurangan masa. kalau boleh beli masa  RM5.00 sekilo kat kedai Chetti. akan ain beli 15 kilo siap siap untuk menampung kekangan masa yang sangat kritikal ini. Tapi, masa tak boleh dibeli.

Masa seciput secoet malam ni bukan ain nak pulun taip entri pasal  'Masa itu Emas'. tapi sekadar nak lepaskan rindu pada belog kesayangan sambil pulun makan Burger Spicy Chicken McDeluxe dengan sopan santun. Walaupun sikap rakus ain terhadap makanan memang tak dapat dipisahkan.

Sebelu mentelaah makanan haruslah photoshut sedas dua, untuk tempek di muka belog. Meja tulis nama bajet ada orang nak curi --"

jangan kata nak berblog, nak nak taip entri untuk berblog pun tak sempat. apatah lagi, nak taip entri berlunjur atas katil sambil gosok gosok perut. kejap ada discussion la, kejap ada meeting la, kejap ada kelas la, kejap ada site visit la, kejap dating la eh! sampaikan sekarang ni, bilik ni umpama hotel tempat ain mandi dan tidur je, selain tu di studio dan kelas.

Maklumlah, semester ni, semester akhir. banyak persiapan yang perlu di buat sebelum bergelar seorang siswazah Construction Management. Boo ain boo dengan ayat yang skema kemain. orang lain semester akhir dah boleh jalan mendabik dada, sambil goyang goyang kaki, ketawa berdekah dekah ragging junior. Life ain pulak, dari semester 1 sehingga semester 6 masih lagi kehulur kehilir kelek laptop, drawing, pelan pelan kertas kerja kesana kemari.

tak habis habis sibuk dengan diri sendiri. dengan harapan, usaha keras ain di semester akhir ini berakhir dengan jayanya. InsyaAllah :)

First and foremost, kemain ain nak ucapkan terima kasih kepada korang semua kerana prihatin pada masalah dan meringankan beban kepala hotak yang ain lalui almost one week lepas di entri INI.  Even, dua kembar ain tu still tak bagi respons yang positif. orait je, berfikiran positif itu harus ye kawan kawan! terima kasih semua :')

Sebenarnya, ain tak kesah sangat jika korang nak cilok gambar ain, nak buat DP korang, buat album selagi ia tak melampau-i batas dan masih menghormati ain. yela kan, terang terangan tu sedebuk sejibik gambar sememeh ain, harus la ain mengamuk tak ketahuan hala tatkala orang aniayai ain. tapi ain tak lah mengamuk aseperti hulk, baling baling kereta, orang

sekadar ingin meluahkan ketidakpuasan hati je. Buktinya, ain masih lagi kool dan senyum dengan riang bersama kawan kawan :)



dan jutaan lemon terima kasih kepada uolls kerana sudi singgah belog ain ni. apa jelah ada kat belog ain ni :')
esok nak hapdate pasal berjimbun dengan kengkawan la. tunggu tau tau tau

Ain Dzaya 1, Ain Dzaya 2, Ain Dzaya 3, Ain Dzaya 4?! Pehh, menyirap jee! sejak bila pulak muncul faker Ain Dzaya kat facebook! makin makin menjadi pulak T_T


Assalamualaikum :(

wuuarrrrrr T_T nak nanges biar bergegar satu dunia, nak hentak hentak kaki! ayam goreng betul la! ada fakers menggunakan gambar ain di fesbuk! tak baik! potong tangan awak!

pehh...apa perasaan korang apabila korang eksaited kemain nak berpesbuk tiba tiba pesbuk kesayangan korang di itu di klon, di fakers-kan bukan diri kita sendiri? menggunakan nama kita? menggunakan gambar kita? pasti marah bukan? pasti tiba tiba rasa, terus gelabah mencari spammer, hacker pesbuk, blog serata alam kan untuk hacked fackers berkenaan kan? pasti rasa hilang selera nak berfesbuk, berblog? nak saja kita canang satu dunia tu bukan pesbuk kita kan

kan  kan kan? macam tu lah ain rasa dua tiga hari ni. sobbs. nak buka pesbuk pun takde selera, apatah lagi nak hapdate belog sambil terlentang atas katil T____T

sakit hati sangat bila nama ain, gambar ain digunakan secara tanpa kebenaran oleh orang lain, untuk dijadikan pesbuk sendiri. kira nya Faker la. Faker Pesbuk. nak je ain mencarut Faker tu jadi F****r. 
sambil gosok dada..istighfar..istighfar..

setelah muncul fakers Ain Dzaya di pesbuk. mula mula 1 faker, kendian 2 faker, kendian 3 faker..... makin menjadi jadi pulak fakers ni! yang paling menyirap bila faker tu guna nama original Ain Dzaya yang serba kiut miut ni, eceh! yang tak boleh blah semua gambar dalam fesbuk fakers sekalian kredit dari belog!

selang sehari kendian, kawan ain call kasi taw ada sorang lagi Faker Ain Dzaya. yang tak leh blah beliau jadikan gambar ain di entri sebelum ni sebagai DP beliau. Ya Allah. menyirap ja, buat darah mengelegak nak lalu nak buka kuda kuda!

pendahuluan pun dah berterabur ber ela ela, mengamuk tak tentu hala
sambil gosok dada lagi..istighfar..istighfar..

nah bukti nya! bukan main dahsat 3 fakers lagi tu! pesbuk ain pun tak sedahsat dorang ~~"
pesbuk asal Ain Dzaya hanyalah https://www.facebook.com/quenovamiyamaya

FAKER 1

asalnya ain dapat tau pasal ni, ain boleh kool lagi. mungkin faker ni nak bergurau senda la kan di samping bergedik gedik dengan ain even dalam hati masa tu adrenalin dah berterabur mengalir tak tentu hala. haisshh.

hmm...banyaknya gambar ain, kenapa amek semua gambar ain? gambar ain dengan Aaron Ajis pun beliau cekau...sobss..nasib baik gambar famili ain dan lelaki masa depan tak jadi mangsa :'(
Tapi lepas je ain check kat image beliau. pehhh! kemain berlungguk lungguk gambar ain yang almost of them faker kutip dari blog..eh, memang dari blog pun. Jelas, disitu beliau mungkin blogger / silent reader yang setia kat belog ain. tetiba perasaan umpama retis bergeledak dalam jiwa even follower baru 1k >.< berperasaan adalah satu perasaan yang wajib ye adik adik sekalian


FAKER 2

Tapi pada hari yang sama ain terjumpa pulak pesbuk faker ni, terang terangan la ain dapat rasakan faker's' nama dan gambar ain ni orang yang sama atau lain eh! sebab musababnya, ID  pesbuk faker lebih kurang sama. haishhh.. istighfar.. istighfar..

iolls tak kesah la kan jika korang nak guna gambar i olls sebagai gambar DP korang, jika korang rasa i olls ni gadis paling kiut miut abad ni, tapi tang guna nama fesbuk serta selungguk gambar ain dalam blog letak dalam facebook korang..ape hal! menyirap je ain tengok! plus, dapat tahu pulak dari member yang ada lagi 1 facebook faker, yang lagi lagi lagi tak boleh blah , fakers tersebuk kemain lagi letak gambar yang entri dua tiga hari lepas  sebagai DP pesbuk.

FAKER 3

Gambar ain, baru je letak kat belog hasil berjimbun dengan kengkawan last weekend. Kenapa amek? :(

pehhhhh!

rasa macam nak bakar rumah kak limah je! ehh. minta maaf kak limah. macam nak bakar je orang tu. ain jugak terfikir maybe faker tu orang yang sama, yang mungkin sedang mempersendakan gambar dan nama ain. sampai hati korang kan!sobbs



ni la bahana bila tangkap gambar besar gedabak, tarok watermark pun jadi salah. padan muka kau ain, oh perlu buat ape ni? perlu ke ain lari lari anak lepas tu loncat loncat kegirangan? atau perlu ain tidur terlentang sambil usap perot kekenyangan?

atau ain ugut dia, kalau ko tak delete pesbuk ko, aku majuk! mungkin dia tak kisah. hmm. apa perlu buat ni? nak bagitau kat pesbuk ke? heran pulak dia kan.

tolong lahhh~ tolonglahh! *sambil makan Uncle Bob muka tak boleh belah*

ain tak kisah sangat kalau nak jadi faker pun,  berpada pada lah kan. kalau berdendam dengan ain pun, face to face la, tunjuk kool  baru remaja, tambahan pulak duit ain tengah bertimbun dalam bank. murah rezeki dapat jamah domino's, kepsi, pizza hut sekeping sorang hasil ptptn ain. jadah. adehh. macam mana ni? nak tidur la, harap harap tuhan bagi idea macam mana nak selesai kan masalah negara ni!

minta sangat sangat jasa baik korang kali ni, merayu ni, tolong lah klik report This profile is impersonating someone or is fake. 

alaaa. tak suka nya ain. kesian la sesape yang ingatkan tu fesbuk ayen dzaya. kesian nya. sebenar nya, banyak lagi fake acc tapi guna nama Ain Dzaya, gambar ain. hanya mampu berdoa dengan punah harapan supaya fakers tu insap dan tak buat ain dalam situasi sekarang ni. nak studi pun rasa tergugat asyik fikir pasal fakers

korang. tolong la report. dan korang jangan la percaya, ain hanya guna  acc ni sahaja
facebook.com/quenovamiyamaya

p/s : takde mood. tapi mood makan tak pernah nak kalah. sigh~.

I am Totally Changed

Assalamualaikum 

Almost 2 weeks tinggalkan belog tergendala macam ni. lepas tu, tanpa perasaan serba salah, terus tempek  dua bijik gambar yang tak berkenaan. tak patut. tak patut.



tiga gadis pingitan ^^

Maklumlah, lifestyle ain yang dulu kalanya makan tidur makan makan tidur dan makan lagi amat me-lagha-kan. Gara gara praktikal lah, bajet kerja angkat batu bata, besi besi keluli, panjat bangunan setiap hari. Walhal pergi opis pun dengan kadar maksimum malas terpaksa bila dah tengah tengah semester sambil goyang goyang kali layan fesbuk bawah aircond dalam opis. hampeh!

dah dah.  sekarang i am totally changed! dah takde masa nak membebel, dah takde masa dah nak makan tidur makan tidur. dah takde masa nak ngorat junior hensem. dah takde masa nak me-lagha-kan diri dengan kawan kawan sambil cuci mata kat shopping complex. Sebab musababnya, ain kene fokus 120% demi semester akhir ini untuk memastikan kemaslahatan hidup terjamin lepas belajar ni. muahaha

Untungnya bagi ain semester last ni, jadual kelas sangat bekerjasama dengan tubuh badan tanpa perlu ain bersusah payah rasuah Ketua Department  semata mata nak tukar jadual kelas supaya lebih flexibel mengikut kehendak jiwa sebagai remaja kool --" tanpa kelas malam macam dulu dulu, sangat tak kool >.<

kaler pink tanda masa yang ohsem untuk berjimba untuk diri sendiri ^^

Eh, balik semula pada tujuan asal entri i am totally changed! pendahuluan bajet tak nak kalah dengan isi penting yang seciput secoet ^^

                

kanan : gambar 6 bulan lepas
kiri : gambar dua hari lepas

sebagai kongklusion, i olls semakin 'Gemok Gileous' selepas menternak lemak, otot otot sepanjang praktikal kan kan kan?

p/s: tak sabar nak pergi kelas awal pagi esok, dengan azam dan semangat yang baru. ^^