#1 To speak Manglish or English?

Assalamualaikum ^^
Disebabkan cuti sem yang masih berbaki setengah bulan, dengan sukacitanya ain maklumkan kali nie ain buka kelas bahasa.........nope!nope!nope! bukan class bahasa Mandarin, bukan jugak bahasa Keling tidak terkecuali bahasa orang buta.....tapi...

Class bahasa Manglish and English ....imma not Cekgu Shida wokke! yang setarr giler miming sambil  terkinja kinja tepi pintu jamban.  So, you all kene fokus wokke!


ENGLISH



YA. Ya. Ya. Ain taw uolls memang expert dalam pengajian English selama bertahun tahun, termasuk ain yang dah GRADE 15 KALI...dabik dada tapi kenapa masih lagi ada dude yang broken speking Engelish dan canut speking Engelish fluently ha? canut go lah ...hewhewhew....dude yang speking mesti uolls akan bunyi camnie,


ablava ablava abha yayayaya,
lu ingat cakap ngan dayak ke?  

Pheww!! berpeluh dibuatnye just to comprehend what they trying to put across. Tak per la, at least  uolls belajar cakap omputih ....walaupun kekadang tersembur air liur,

"....How to go international dude, setakat market Malaysia.....Hendon je la paling jauh. Anyway, upgrade dude! go and brush your Engelish.......very dissapointing lah!" ~ ceeiitt!kwangjaw tul =.="


Kalau uolls dengar dude yang accent irish dari northen ireland...not UK speking Engelish fluently,

"ba i kaina lai haiss an, you know"
ditranslatekan ke bahasa English original
"but, i kinda like how its done, you know"


Apa yang ain faham  ....you know..................................................'errkk... sorry?'
Padahal words yang mereka guna, memang dah ada dalam kamus otak kita...hewhew..*insap*



Akur, ain memang tak faham kekadang bila mereka yang fluent speking Engelish dan bila mereka broken Engelish...tolong fikirkan?!



To-be-continued.................'MANGLISH'













Soalan cepu mas antara blogger.




Assalamualaikum ^^

Selamat subuh! Di pagi kota ALASKA nie membuatkan ain rasa sungguh cergas tatkala mendengar rintik rintik hujan bermain di luar................ceitt! ALASKA...atcerli ain telah di tag oleh 

 DI TAG CIKGU FAIZ
maklumlah setakat punya rupa macam Neelofa memang sentiasa menjadi buruan ramai para blogger
pheww!!!
 Tak emboh cakap manyak manyak..
Ain, mula jawab yob!

PERATURAN

1) You must post these rules.

2) Each person must posts 11 things about themselves in their journal.

3) Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.

4) You have to choose 11 people to tag and link them on the post.

5) Go to their page and tell them you have tagged him/her.

6) No tag back!

No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

Eleven thing about me.
  1. Nama sebenar sama macam Hana Tajima. So, panggil Ain Dzaya je la..chill ok!
  2. 19 tahun pada 3 November kalau ta tegok paras rupa.......=.=''........hadiah bagi weii............
  3. Single but available............stealer heart is MAA since 2010 (based on sweet history la).
  4. Tempat tinggal : bukan kat Johor. Insya ALLAH bakal jadi anak jati Klang pula....hewhewhew
  5. Tempat belajar : Merentas 2 benua dari Alaska.
  6. Jujurnya cita cita nak anak putih melepak macam Mia Sara. Comel kan?!
  7. Makanan & minuman kegemaran : anti makanan berunsurkan kari, keling, dan seangkatan dengannya. Turut juga anti air yang terlebih gula....
  8. Hobi? Suke kelip kelip mata sambil makan chokichoki. Di samping tu dulu-dulu....waktu tu ain buhsan...ngadap komputer net sufring jer kerja ain. Walaupun kadang-kadang ada jugaklah tersesat untuk 1.435 saat ke web yang tak senonoh......sial kan......nauzubillah!
  9. ANTI PINK KALER............HARAP MAKLUM!!
  10. Misi dan visi : Menjadi Construction Manager pada tahun 2015 yang dedikasi, tidak mengamalkan rasuah, tidak terlalu tipikal dan berjaya. Disamping, menziarahi kota Makkah bersama keluarga terchenta. *insap*

Eleven question from Cikgu Faiz.

1. Subjek yang best kat skolah. Kenapa?
2. Cikgu favourite. Sebab?
3. Pernah fail dalam subjek apa?
4. Markah tertinggi yang korang pernah dapat. Subjek apa?
5. Cikgu yang garang kat skolah.
6. Pernah kena denda tak masa kat skolah dulu? Kes apa?
7. Berapa ringgit duit belanja sekolah?
8. Selalu beli apa kat kantin sekolah?
9. Pergi sekolah naik apa?
10. Acara sukan yang pernah disertai masa zaman sekolah.
11. Kawan baik zaman sekolah. Kenapa?


Answer :


1. Addmath sebab masa nie je otak ain berfungsi pada tahap normal.
2. Cikgu Haizom kerana dia ajar subjek persediaan alam rumah tangga dan tips dengan bini tiap kali kelas      Bahasa Melayu.
3. Uhh! akur bahawa Addmath dan Chemistry =.=''
4. 99% Pendidikan Agama Islam Trial SPM 2009.....nampakkan permainan dia?
5. Semua baek baek belaka dengan ain...maklumlah hottest....
6. Haruslah! sebab menjadi habit tak siap keje sekolah tatabahasa Bahasa Malaysia...
7. RM3 SAHAJA. sobsobsob.....
8. Tak beli...sebab ralik usha abang lepasan spm yang keje lap meja kat kantin sekolah...hokakloh demo!
9. Datin Sri, opkoslah ada driver......hewhewhew.. sengkeh kang! 
10. Ain jaguh merentas desa kampung peringkat negeri wokke! harap maklum.
11. Miqde, Buja, Niknor, Mimie.......sebab hottest zaman sekolah di mana sering dapat undian tertinggi untuk pegang jawatan tertinggi .

Eleven Question from me. Jika anda sempoi sila jawab. WAJIB! dan terbuka kepada semua blogger yang sempoi untuk menjawab. 
1. Adakah anda rasa anda hot?

2. Nama panggilan anda yang anda rasa hot selain nama sekarang? bagi 5...

2. Wallpaper henset yang anda guna sekarang? Kenapa?

3. Apa yang anda buat sekarang selain jawab cepu mas fodoh nie?

4. Tag 5 orang yang anda suka...

5. Apa yang anda rasa hot tentang orang no. 4 dan no. 3?

6. Kata-kata cinta untuk orang no. 1 supaya orang no. 5 jelez buta?

7. Pesanan untuk orang no. 2?

8. Sifat-sifat orang no. 3 yang anda nampak?

9. Apakah beza orang no. 3 dan no. 5?

10. Anda rasa bodoh tak bila jawab soklan nie?

11. Adakah anda rasa Ain Dzaya sengal dan banyak tanya ?Huraikan.

11 orang yang terpilih untuk jawab cepu mas : 

Bella bell

Azrin

Arif

Puteri Katek

IEB

Belog MTT

Gugu Supercerdik

Abang Zam

Si Tapit

Nanad Itik Kuning

Qaseh Dahlia

*argghh!! sumpah tataw nak tag sape*

p/s : hanya untuk untuk suka suka, berkaitan antara yang hidup dan mati, tidak termasuk haiwan peliharaan. Dah jawab, tell me yaw! untuk masukan dalam buku rekod blogger sempoi....hakhakhak...as-salam~


#2 Tulis doa cinta dalam lipatan kertas




sambungan......
 
Hasil daripada kerahan otak yang sungguh genius semasa minggu peperiksaan itu menjadikan ain seorang pendamba cinta boipren sejati selama 8 tahun....arrgghhh! gila babas la....7 tahun ya sebagai pedamba cinta boipren sejati. 7 tahun. Selama 7 tahun itulah ain tulis doa cinta dalam lipatan kertas dengan harapan setinggi gunung Everest agar doa ain si dia dapat mendengar.

Hampir setiap patah perkataan dalam buku diari yang memang menjadi habit sejak dajah 5 di mana wajib ditukar setiap tahun ikut tarikh bepday 3 November terkandung nama si dia. Tak jadi rahsia dah bila ibu selalu aja mentelaah buku diari tu sambil perli perli  'syok sendiri sejibik macam ayah dia'...zzzzzzzz~ abaikan.

Kini umur ain bakal menginjak tepat 19 tahun...habit tersebut masih lagi diteruskan.......satu kejayaan yang patut dibanggakan kerana penantian ain tidak sia sia selama ini, tenyata si dia memang mendengar doa ain selama ini......tak sia-sia lah kumpul duit dalam tabung buatan sendiri untuk beli diari cantek blink blink serta pen mahal yang boleh pusing pusing beharga enam hinggit tiap tiap tahun.....hekhekhek....

Mission is complete.


Namun, ia sesuatu yang mendukacitakan kerana si dia bagi respon bila ain dah lama berasa putus asa untuk meneruskan misi mencari boipren sejati.....sighh!!........

Umur ain pun makin menginjak matang seperti sudah bersiap siap menjadi muslimah seperti Wardina..eceh!! Seperti dah lapok meneruskan misi mencari boipren sejati.......dengan cara pemikiran yang futuristik ain sudah membina misi baru dengan plan yang wajib dicapai iaitu Misi Mencari Suami Sejati.....hihihihi....cukup gedik dgn usia yang baru menginjak 19 tahun.  Habit menulis doa cinta dalam lipatan kertas wajib diteruskan dengan semangat yang kental misi 220% tercapai.

Kali nie ain tak perlu bertapa lagi untuk menuntut ilmu sebagai trick untuk mencari calon, kerana calon dah ada. Hanya perlu menyiapkan diri untuk menjadi Isteri mithali sejati rohani dan jasmani. Dengan harapan hubungan akan kekal hingga akhir hayat bersama dengan anak-anak yang muntel, chumil, lebih hebakk macam ibu dan ayah mereka......hewhewhew.....

Kongklusinya, jika anda mencintai seseorang berdoa lah......agar DIA memakbulkan doa anda....jika dia yang terbaik untuk anda...hewhew

Semoga berjaya.





#1 Tulis doa cinta dalam lipatan kertas ;)



Assalamualaikum ^^
Pencinta wanita dan lelaki....ppsstt!! dengan sukacita dan dukacitanya ain nak revealed satu rahsia ain turun temurun selama ini......takkan ain nak pendam sorang-sorangkannn....sharing is sexy, right?


Sudah menjadi satu habit turun temurun untuk tulis doa cinta dalam lipatan kertas...hewhewhew....kerana akur bahawa ain tidak punyai rupa seperti Cloepatran Strata sewaktu kecik kecik dahulu...cukuplah sekadar klon Mia Sara Nasuha sudah mampu membuat hati ain belajar  teknik teknik mencari boipren sejati. Dengan harapan berkekalan hingga hujung nyawa. =.=''

Disebabkan zaman sekolah menengah dulukala teman teman seangkatan dengan ain sudah ramai berjinak jinak dengan cinta monyet. Waktu rehat makan bersama sama, gurau senda, balik kayuh basikal bersama sama dan termasuk kene denda bersama sebab tak siap keje sekolah.......ain berasa sungguh tercabar!! Oleh itu, selama empatploh malam berturut-turut ain menuntut ilmu mencari boipren sejati, dengan segala tekad di dada moga berjumpa dengan boipren sejati idaman....

Beberapa minggu kemudian usaha ain tidak sia sia, segala teknik teknik yang dipelajari ain praktikan secara tipikal di sekolah mahupun di kedai runcit depan rumah dengan basikal. Ain bukanlah jenis yang terlalu memilih, cukuplah sekadar punya rupa seperti Kim Hyun Jong dan berkeperibadian seperti Sheikh Mishary Al-afasy. Sejuk mata kemamakan ain nanti bila kenal dengan calon bakal suami. ok! sila abaikan,

Namun usaha ain hanya 80% sahaja kerana semua calon tidak memenuhi tuntutan rohani ain kerana ain anti-lelaki merokok, apatah lagi yang kaki ayam, perempuan. Sungguh annoyinglah mereka tu!

Kerana ain bukan jenis perempuan yang mudah putus asa terutamanya dalam misi mencari boipren sejati, tiba-tiba ain mendapat idea hasil kerahan otak semasa exam pertengahan tahun tingkatan 2...bahawasanya ain haruslah tulis doa cinta ain dalam lipatan kertas dengan harapan calon boipren sejati akan mendengar rintihan hati kecil... gedik kan...hewhewhew...



Terpaksa to-be-continued la....makhluk strimix nie memang suka menganggu ain tika syok bercerita....
tata~




Berjinak-jinak dengan alam rumahtangga.

Assalamualaikum!
Selamat pagi ^^ walaupun matahari meyorok disebalik awan dah mencanak atas kepala.
Sungguh redup ye cuaca hari ini.

Beginilah kot ain cuba bayangkan cuaca hari ini...sighh!!

Hari Jumaat merupakan hari minggu di negeri Kelantan. Memberi peluang rakyat jelata negeri Kelantan untuk beristirehat di rumah dan beriadah bersama keluarga, kucing kesayangan, mek, atok, dan pakwe jugak. Ya. Untuk itu ain tidak mensia-siakan hari agung ini untuk merehatkan tubuh badan ain yang sentiasa kekurangan tenaga terutama sekali mata yang tidak pernah lekang mengadap pc-lappy-pc-lappy selama 25 jam sehari dengan bangun tidur lewat. Untuk memastikan ain mendapat tidur yang mencukupi.


Maklumlah sejak ain mula berjinak-jinak beberapa bulan ini dengan alam pekerjaan, boleh dikatakan ain merupakan pekerja terbaik tahun ini. Harap maklum. Dengan harapan bos ain akan me-respect budak yang perasan hebakk ini untuk menaikan lagi gaji 2 kali ganda  =.=" sebagai hadiah hari jadi ke-19 bulan depan.


Ain juga mula berjinak-jinak di dapur walaupun hanya mencuci sebutir pinggan di samping memdalami ilmu masak-memasak sebagai persediaan di alam rumah tangga kelak. Rupanya sungguh tidak rumit menjadi seorang isteri, phewww!! ternyata kerjaya menjadi seorang  isteri dan ibu kepada 4 orang anak yang tidak ketahuan hala karenahnya boleh mengelarkan ibu sebagai 'ibu mithali sedunia' . Mampukah ain untuk merangkul gelaran sedemikian?

Motif gambar supaya anak ain secomel ini kelak.. =.=''

Ain juga turut membuang masa bersama adik adik ain yang muntel, dengan mengisi perut mereka dengan buah betik yang dibeli ibu di pasar pagi tadi supaya semakin muntel. Kata orang khasiat buah betik nie banyak, oleh itu ain jugak takmo ketinggalan daripada menikmati khasiat buah betik. Agar nanti bila ain melabur saham hygenic lubang jamban tu tinggi. So, tak perlulah ain menghabiskan tenaga berjam-jam dalam jamban. tak senonoh sunggoh statment nie.





Ain pun tataw apa motif entri pagi ini, sungguh skema....ooowh!!mungkin penangan cuaca redup yang mampu bikin otak berfikiran lancar........papepun selamat berjumba jimbun rakyat jelata Kelantan, Kedah dan Terenggau.......errkk? betul ke?

Silalah menangis wahai perempuan yang ditinggalkan kekasih!

Assalamualaikum!
Salam sejahtera!


Please take note kepada perempuan seusai membaca tajuk entri yang mampu bikin anda semput. Ya. *Perempuan yang tulen 100% perempuan ya, bukan 99% kebawah ataupun 99.999...%....

 Mamat , " tak emboh kawan dengan ain la..nak main jauh jauh sorang sorang...huh...sebab perempuan jep..sobsobsob"..............

anononyonyo.....mamat pun boleh take note jugak! (bajet ada lelaki prihatin dengan entri ini)


'Silalah menangis wahai perempuan yang ditinggalkan kekasih!'

Silalah menangis wahai perempuan yang betul-betul kecundang bila ditinggalkan kekasih hati. Kalau benar cinta anda itu hanya berlandaskan ini selama ini, anda wajib meninggalkan cinta tersebut! Apa yang ain nak sampaikan nie...eh, jap berbelit belit ayat.... wokkeeyyh!! Apa guna kamu masih lagi mengharapkan cinta yang bukan berlandaskan keimanan, jika cinta itu hanya untuk berfoya-foya.

Cinta sejati akan mendengar apa yang tidak dikatakan mengerti apa yang tidak dijelaskan sebab cinta tidak datang dari bibir, lidah atau fikiran melainkan HATI. Cinta itu bukanlah bagaimana kita dapat mencintai, meyayangi dan menerima dengan sempurna tetapi cinta itu adalah bagaimana kita belajar untuk mempelajari ketidak sempurnaan dalam diri seseorang dan membuat ia sempurna dimata kita.

Apa barang der nanges kena tinggal dengan pakwe *hati wa kebal..



TAPI, tak semua perempuan sebegini kerana itu Allah ciptakan air mata untuk perempuan  agar perempuan dapat mencurahkan segala perasaannya melalui air mata. Khas buat perempuan, bukan sebagai kelemahan  perempuan tapi adalah sebagai pemberi kekuatan kepada mereka, kerana air mata itu adalah 'air mata kehidupan'.


So, kepada para perempuan silalah menangis jika ditinggalkan kekasih agar kekusutan di dalam hati kamu dapat dibuang melalui air mata, dan kamu carilah agar suatu hari nanti kamu dipertemukan dengan lelaki pilihan Allah yan tellah ditentukan untukmu di Luh Mahfuz.

Ada sesiapa maw challange?!hewhewhew.


p/s: Cinta juga memerlukan kesabaran untuk membuktikan kesungguhannya pada waktu yang berputar. Belajarlah untuk mengenali cinta sejati dengan tepat agar kamu tahu dengan jelas bila waktu yang sesuai untuk kamu mengenalinya...Cinta sejati itu hanya satu dan cinta itu tidak pernah akan mati walau mengelilingi putaran bumi.


Kenapa anonymous?!

Assalamualaikum KEPADA SEMUA BLOGGER!
Salam sejahtera!

Assalamualaikum juga pada ANONYMOUS!!


Ehem..ehem...dengan kekentalan di dada mulai minggu ini ain mula aktivekan komen untuk anonymous, supaya non-blogger ataupun hacker, fucker, hatter, yang segala jenis -er , boleh memberi pendapat, luahan hati, luahan perasaan, perdebatan, surat aduan tentang segala isi dalam tentang blog.


Namun begitu, usaha tidak sia-sia, minggu nie kerana sebab yang musabab ain dapat lebih daripada jangkaan, komen daripada anonymous. Bagus ada peningkatan!! Good job..thankz sudi menziarahi blog yang tidak seberapa gah ini sebagai anonymous. Tidak menyangkan rupanya selama ini ada udang bermain gunting main sorok-sorok di dalam selimut sebab cara penulisan anon semuanya sama. Sungguh terharu mata bersinar.



Berbalik pada persoalan.
Harus perlu!



At least, mereka tidak kesempitan ruang untuk berhujah, berdebat  panjang lebar, tanpa noktah bertindih, berserta koma di samping perlu menarik nafas sedalam 4346578 meter sebelum membacanya. Berdebatlah bagai nak menang parti, topeng 'anonymous' yang diberikan  mampu memberi mereka bendera hijau berkuasa mutlak untuk berkata apa sahaja walaupun tanpa perlu berfikir panjang atau berfikir sensitiviti orang lain...walaupun sesetengah pendapat yang diberikan itu tidak memberansangkan untuk dipraktikan secara tipikal dalam kehidupan. Sebab itu dia diberi gelaran 'anonymous'. At the end, sila muntah lintah bila baca komen mereka yang kebudak budakan berebut  kuasa  bagai 'main polis entri'.



Kenapa perlu jadi anonymous?

Anda seorang yang pemalu ye?! wink wink*
Yang bukan blogger, boleh diterima.

p/s : Do't go hiding behind the bush. Aku bergelar blogger menulis tanpa ada rasa takut, kerana setiap unsur dalam blog ini hanya pendapat peribadi dan aku sendiri mengizinkan sesiapa sahaja menberi pendapat. Dont being anonymity. 

Awas, blogger sentiasa berada di ambang!

Assalamualaikum!
Salam sejahtera!
Kali nie ain jatuh cinta untuk bercakap tentang ini......sila fokus ok!!.....nada paksa...


kadabra!!.......menipu bebenor...


Apa yang kamu perkara yang bermain di minda blogger ?


Sakit otak memikirkan tajuk ke 252353 untuk buat entry hari ini?

Bermalas malasan atas katil sambil blogwalking?
huaarrggghhh!! mengantoknyeeeee....

Sedang ke-eksaited-an kerana jumlah follower mencanak canak meningkat?


Gedebor traffic blog anda jem sampai tersangkut-sangkut loading?


Jumlah pengomen tegar dan prihatin blogger bisu arif lagi bijaksana semakin  celik minda tentang entri anda?


Runsing masa depan blog yang 'tak tahu mana hala nak tuju'....cinta muka buku... kerana anda ke-sibuk-an dengan hal di dunia realiti?


Tidak kisah tentang jumlah trafik, follower, asalkan anda puas berblogging?


Mesti ada perkara di atas yang selalu menerewang  di kepala otak para blogger....tipulah kalau tiada. So, kepada para blogger sekalian sama ada anda blogger otai, newbies, blogger yang sedang merangkak naik...jangan selalu berharap bahawa follower yang ramai mampu sentiasa berganding bahu bersama anda untuk berblogging, malah jangan berharap bahawasanya entri anda yang semakk dan hebakk belaka mampu menarik jumlah pengunjung ke blog anda.


Kerana blogger sekarang semakin berfikiran matang dan maju kehadapan. Mereka akan mengutamakan citarasa mereka DAN apa yang terbaik untuk mereka. Bukan berdasarkan pengalaman anda berbloging, jumlah follower anda (jika ada dalam jumlah yang sedikit), ataupun jumlah ke-beriban entri anda,

tetapi based on cara pemikiran mereka. That's why, para blogger sentiasa berada di ambang untuk sentiasa berfikir apa yang terbaik untuk masa depan blog. 


PENDAPAT ANDA?!


Hujung minggu.

Assalamualaikum!
Salam sejahtera!
Selamat hari hujung minggu semua! Apa aktiviti anda sekalian hari ini?!

Setiap kali hujung minggu, ain mesti merancang banyak perkara!!

Nak tau?!
JOM TONTON.

Photobucket

P/s : Jangan jadi jangan budak diatas tu ye....selamat berhujung minggu :).


Sebagai blogger kita perlu berani, hati kena tabah beb!

Assalamualaikum!
Salam sejahtera!
Ain masih lagi bersenyum lembut di sini....sambil menguyah mengunyah jem Nutella....sebab nak tulis entri panjang  nie...anda wajib baca....hohohohoho

ain dah besarkan ,so korang ta payah la gedik gedik nak cubit cubit, picit picit manje disini.

Rasa sesak nafas sesangat bila tak cakap nie......


Firstly, ain nak ucap terima kasih sesangat kepada semua blogger yang sudi  menjadi follower blog cikai, gonjeng, hijau taik seperti yang dinyatakan cik wawa diatas. Wahaa....


HIJAU TAIK???!! 


camnie ea kaler dia......untuk pengetahuan umum, ini seperti pertama kalinya la ain bercakap HIJAU TAIK dalam blog cikai ain nie dan...blog ain nie ada kaler HIJAU TAIK ke? Entahlah ,ain tak rabun warna lagi, sebab ain rasa warna hitam adalah...huhuhu.... 

MAAF TERKASAR BAHASA, SESAK NAFAS SANGAT!!

Hampir setengah tahun ain berbloging, bagaikan tidak sia-sia sebab ain dapat kenal ramai member member  yang hebakk hebakk belaka dalam penulisan...ambo boleh bagi A++ la pada demo...komfem korang korang nie expert BAHASA MELAYU ...kehkehkeh...samela kita! siapa nak mengata segeleng ain silakan. 


Selama menyelam dalam medium dunia blog nie, ain tak pernah mengamalkan konsep 'i follow u, you follow me' pekejadah tu. Sebab ain tak suka memaksa, bahkan berfikran negetif pada orang lain. Setiap manusia nie kan ada konsep masing masing...pendirian masing masing, cukuplah sekadar kita menghargai diri mereka. Lagipun, ain tidak pernah memaksa sesiapa untuk follow blog ain...setiap orang ada pendapat masing masing follow blog ain....Idok ye gitu??!

MAAF SAYA BUKAB GADIS YANG TIPIKAL.
TAPI SAYA GADIS KIDAL.
(SKEMA SEBENTAR)


Seterusnya, khas untuk Nuffnang....wa sayang sama lu beb sebab kasi wa elaun der....at least boleh la wa tampung duit untuk berjimba jimbun...kehkehkehkeh...psstt! sebenarnye ain baru cek Nuffnang....wa dapat lagi der BE ke 8...toce! toce! toce! Nuffnang...errmm.....nie mesti ganjaran wa dapat lepas kene kritik tadi.........so sesape, please KRITIK lagi....ain nak print screen...lappy lak buat hal! Tape tape..tunggu nanti nanti ye.... 

kunyah Nutella lagi.

lagi..........



SETAKAT INI SAHAJA KOT..
AIN TAK PANDAI LAH BUAT KARANGAN BERJELA LELA LELA
rasanya dah cukup 6 perenggan
kalau dalam exam da lulus nie...
kehkehkeh..
loyar buruk kat makamah la!!

Message nie khas untuk cik wawa @ (bukan nama sebenar) : 

Cik wawa, mula mula mula sekali, ain nak ucap terima kasih sangat sebab sudi la datang menonong mengadap, memerhati, mengkaji, mengkritik setiap inci blog ain nie. Serius ain cakap cik wawa manusia yang first time datang blog ain yang buat sebegitu. Walhal ain tak minta pun cik wawa bersusah payah berbuat demikian. Sungguh terharu lah....ada orang macam nie!! toce,toce,toce! ermm...kene kasi hadiah nie sebagai tanda penghargaan, bukan senang lorh..bagi ain nak jumpa orang camnie taw! nanti bila-bila cik wawa free nak buang masa kat blog ain ...intro la dulu siket siket pasal diri cik wawa.....taw!

TERIMA KASIH KERANA MENJADI PRIHATIN.

So, ada sesiapa lagi nak MEMERHATI, MENGKAJI, MENGKRITIK setiap inci tentang blog ain??!
ain akan pertimbangkan komen anda.


Ayuh ramai ramai yob......ain tengah free meratah jem Nutella nie....

Terima kasih kerana menjadi blogger prihatin. Dah mengkritik hebaakkk jangan la malu malu menyamar sebagai anonymous @ tak nak publish diri

c'mon

sebagai blogger kita perlu berani tampil ke hadapan, berkongsi pendapat

awok nie la...nge sayo pom nop malu....chill la beb! sayo dok make ore, sayo make Nutella jah..


Hidup ini indah jika kita menghargai orang yang meyayangi kita.

Assalamualaikum
Salam sejahtera ^^.
Mana jejaka sakai?!
Mana si jelita yang suka mencicit?!

Gedebor-gedebor dada before nak hupdate ni. Tarik nafas dalam dalam 35.75634 saat. Maklumlah, template baru...kene la membiasakan diri selow selow....kehkehkeh......Nanti jari jemari yang gemar menari ballet di atas keyboard ini tersilap langkah lagi, merana seyh kalau jatuh terjelopok kedebuk. Wa tak emboh kene set up semula semua lagi, lagi, lagi, lagi, lagi dan lagi template nie. 

Tempoh masa 172800 minit ini terlalu lama untuk Ain berjauhan, disebabkan ada belogger belogger yang bisu dan suka main kelip kelip mata depan lappy komplain bila dorang datang sini. bajet empati perasan ada orang menyinggah main kelip kelip mata di sini...haktuuiiihh!!



"This blog is open to invited readers only?"


Usah diungkit kisah dulu.

Scroll bawah ini adalah animated gift format yang ain baru belajar, setelah satu hari menuntut ilmu nak buat semua nie. Dengan ini, ambo nok praktikal berbekalkan ilmu di dada Kepada sesiapa yang pingginn banggaatt sampai menjelejer air liur nak belajar buat animated gif format nie. Habaq kat cek no, nanti ain dengan murah hati akan buat tutorial. So, kepada mekema mekema sekalian

sila stay kejap untuk tonton.

Photobucket
Hidup ini akan menjadi indah kan jika kita menghargai orang yang menyayangi kita. Terima kasih  famili,  awak, awak lagi, awak lagi, awakkkkk..........Hukakloh.....ke guane deme?

DEDICATED TO : MUHAMAD AMIRUL ADHA 

Kenapa kita ditemukan dengan orang yang salah?

Assalamualaikum cinta...

Bila tiba hati terpanggil untuk berbicara tentang cinta, itulah sebenarnya yang sering kita fikirkan. Memang sakit bila cinta yang didambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja. Kita di ibaratkan umpama barangan, dicari bila perlu, di tinggalkan bila menjumpai sesuatu yang lebih baru, dirabak bila dianggap langsung tidak punyai nilai.


Tapi usah bersedih, hanya kerana cinta yang kita berikan tidak dihiraukan. Usah menjadi seperti anak kecil yang merengek teresak esak hanya kerana perginya sang kekasih yang tak telus menghargai cinta.Tapi perginya cinta itulah petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah......

Supaya kita belajar terlebih dahulu mengenali ertinya cinta sebenar. Apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

.....supaya kita dapat menjadi penilai yang baik. 


.....supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

.....supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.

.....supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH dan PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

.....supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

.....supaya kita mempunyai manusia yang mempunyai jiwanya yang hebat.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah.....supaya kita belajar untuk mencinta ALLAH sepenuhnya dan memiliki cintaNYA kerana CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH sebelum kita bersedia memberi cinta kepada seorang lelaki yang bergelar SUAMI bukan KEKASIH.

Sayangku yang sedang menderita dek cinta, kecewa hingga berasa terlalu putus asa dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Kita tidak pasti sama ada hari esok masih lagikah menjadi milik kita. Berusahalah untuk mengapai keredhaan ALLAH dengan melaksanakAn suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA. 

Hukum ALLAH MAHA SEMPURNA tanda ada apapun dapat menandingiNYA, maka dahulukanlah dengan sematkan jiwamu dengan cinta ALLAH. Sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.


P/s : Cinta itu sesuatu yang sungguh suci dan murni, lebih baik jika di sirami dengan keredhaan ALLAH dan cinta dari ALLAH. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui tentang perihal diri, maka cintailah dia hanya kerana keredhaan dari ALLAH. Andai sudah tertulis di Luh Mahfuz dia bukan milikmu, bahagiakanlah hati yang sedih sesungguhNYA cinta dari ALLAH tidak pernah terlebih dan terkurang. M.A.A   .

Yes, I am left handed!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Awak si hensem, si jelita...^^


Bukan susah pun nak revealed tajuk entry ini kan...*sambil menjengkelkan kening. Bukan hape pun, sebab ramai yang interbiu ain bila dapat tahu kebenaran yang ain nie left handed. 


"Engko nie cacat ek?"
"Engko kidal ek?" 
"Habes tu engko makan tangan kiri?"
"Basuh berak tangan ape?"


zzzzzzzzzzzz~
Meka nih..
Ta payah la interbiu jerit kuat kuat tanya soklan tak senonoh...Kasi cepuk sebaldi taw la tanya soalan kejam bertubi tubi camtu. Memanglah korang jakun macam jumpa ain soranglah kat alam nie yang LEFT HANDED.Wokke, terima kasih sebab perasan kehadiran Ain!


Zaman purbakala dulu, setiap perkara yang Ain nak buat, ini lah yang menjadi masalah dunia sampai sanggup tak tido bermalam malam fikirkan ini ....tu la penangan si kidal. Walhal dalam famili Ain hanya nenek Ain je yang LEFT HANDED....ada jugaklah genetik tuh...


Bila nak masuk sekolah menengah, orang lain pakat dok pikiaq dengan azam baru nak studi rajin rajin, ke-eksited-an nak masuk sekolah baharu, dapat member baru, tapi yang ain fikirkan....'Camna nak guna tangan kanan bila dah masuk sekolah menengah nanti'. Setiap hari dok prektis nak tulis tangan kanan, makan guna sudu tangan kanan, segala jadah perkara guna tangan kanan...Wokkey! Di situ sumpah nampak cacat kalah budak OKU. Kerana, mesti nanti ramai orang jakun pandang dan interbiu ain macam retis yang femes amous macam masa sekolah rendah dulu.....zzzzzzz~


TAPI, bila dah matang 15/115 peratoss cara pemikiran sekarang, baru Ain tahu bahawasanya saya ini sungguh istimewa....kehkehkeh! KERANA

  1. Si kidal cenderung menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa. Bahasa Arab itukan bahasa Syurga..hehe 
  2. Si kidal seorang yang kreatif. Si kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Ain pandai melukis, take note di situ!
  3. Penggunaan kamera dengan lebih mudah. Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

Selain itu,
Ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Pendapat  Ain, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima, tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya.


Note penting untuk mereka yang pandang sengket serong juling pada si kidal ::
Makan tangan kiri
Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)

Pasal isu makan guna tangan kiri. Ain rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.

Ada sesiapa lagi yang nak mengaku dia kidal?!

Ain Dzaya menuntut ilmu membuat header transparent

Assalamualaikum ^^...sila klik iklan bawah, kalau anda hensem dan comel....

Dua harian tak menghapdate belog ini....rasa macam nak tarik muka lama lama sorok bawah bantal gara gara disebabkan tuh....tu la....tengok atas belog ain tuh....dua hari nie ain mengadap pejadah tu je la.....

Disebabkan perasaan hasad dengki berkecamuk setiap kali blogwalking bila tengok belog belog yang ada transparent header, semuanya santek santek siap berblink blink sakit mata bila melihat, ain pun nak jugak! Makanya, ain pun cuba mencari inisatif inisiatif berikut dengan tanya Google camne nak buat header transparent, keluar masuk  75645243 belog yang ada tutorial pasal membuat header tu. 

Mungkin juga patut akur, Ain sememangnya tak pandai guna photoshop, gimp 2.6.


maap ler, tak minta izin ...ain pakai grab jer header-header transparent nie....




semua header transparent nie ain grab tanpa minta izin pada belog belog yang hebak dan semart belaka, tolong jangan saman ain yer. Walaupun tak boleh jadi blogger yang memang kena bagi tabik springg pun tak pe lah...asal belog ain pun ada header transparent macam mereka....hekhekhek =) rasa rasa nak bagi penampo tak?

Tapi setelah bertungkus lumus dari pagi ke petang ke malam, berpusing hari pagi, petang,  malam.... tak cukup makan, tak cukup tidur, mandi tak seberapa basah, ini la hasilnya.....Walaupun header transparent hasil titik peluh ain selama dua hari berturut-turut nie tak canthek, tak blink blink macam belog belog yang semart dan hebak hebak belaka, tapi bila dah diadaptasikan *ain dah lama tak belajar Bahasa Melayu pada belog ain, nampak comel pulak macam tuan belog....hehehehe.....sila cepuk saya sekarang  =.="

Cubaan 1

Guna Gimp 2.6. Tersengguk senggup depan laptop menghadap Gimp 2.6 nie saje.

Cubaan 2 

Guna photoshop pulak...nampak messy dan hudoh sesangat kan?

Cubaan 3 

Last sekali petang tadi ain guna photoshop...dah expert dah seket...hihihihi........Walaupun tak chantek dan masih lagi hudoh, comel pun takpe lah....tapi comelkah?! okkeee! sila mengata saya sebaldi..

Papepun sekarang ain dah expert 5/120 peratus setelah dua harian menuntut ilmu membuat header transparent...terima kasih 75254354 blogger yang membantu =)

p/s : setiap usaha pasti ada hasilnya, janji usaha itu iklas .Ain nak qada' tido yang tertinggal....tataaa~

Nuffnang godek godek Ain #2 .:: Belajarlah dari kehidupan ::.


Assalamulaikum dan salam sejahtera ^^

Si gonjeng yang hensem dan si chantek yang chumil yang begitu eksited sesangat sedang menghapdate belog kesayang korang tu kan, Good Evening lah dalam bahase omputeh kepada semua bloggies, pada jam 9.00 p.m. 

Sepanjang seharian ini, ain tak tau kenapa hati ain meloncat-loncat toink!toink! dengan kelajuan seratosnamploh kilometer/sejam. 
Pertama,
Mungkihkah kerana terlalu eksited bagai nak rak sebab dapat spend time dengan abang tersayang, Nikhaz walaupun berpeloh peloh merembes-rembes hari nie tolong Abg Yie kemas barang2 hasil kerja dia kat studio dengan kerenah dia yang memang havoz hectic sampai ain pun jadi pening. Sumpah! penat . Sebagai upah, Abg Yie bawa ain lunch kat warong depan masjid tu.....walaweii! dah bertahun tahun stay kat Machang nie, pestime taw makan kat sini....sedap!nie tempat feveret Abg Yie makan taw....mumumu..okkeyh! ain memang tak berkembang dan sombong di situ!..... 

Bila lagi dapat buat kerja amal macam tu dengan abang Yie, sumpah rasa sayang nak menangis kuat-kuat sebab maybe lepas grade nie Abg Yie, akan sambung belajar kat Bandung atau UiTM Perak, kalau Abg Yie tanya Ain....

"Nik sambung kat UiTM Perak je la...t hari-hari ley ain belanja nik air kotak, ley teman nik buat keje kat studio hari hari...theeethee..." ah! trik air kotak bagai, macam budak kecik....
Nik terus pintas " kan nie dah banyak kali dah pergi Bandung.......mungkin kat Perak je"........wokeeyhh! aku senyum sampai ke hujung telinga......

Sini la tempat ain bertungkus lumus merembes peluh yang leleh, tolong kemaskan artwork2 tu....ini baru sebahagian taw..............muka tensen yang berlagak hensem la tu.......!!
Nik Hazri semasa di Padang, Indonesia dengan muka eksaited duk tengah sawah...Qlate kan tak de sawah cantek hijau macam nie....





















kata hati :
Nik Mohd Hazri nie.....sebab dia seorang manusia yang tak pernah kenal erti penat lelah dan putus asa mencari ilmu dalam kehidupan, seorang yang terlalu merendah diri, tidak tamak dengan apa yang dia miliki, seorang yang berpandangan jauh tentang masa depan dan yang paling terbaik sekali dia banyak mengajar ain tentang erti sebuah kehidupan yang sebenar. Terima Kasih, Nikhaz, ain doakan suatu hari nanti nik jadi seorang artist yang dikenali dan berjaya taw!!sob!sob!sob! dah duduk tinggi, jangan lupa pula kat ain kat bawah nie taw!



Kedua,

Tengok bawah nie,

taranggggg!!

Berdebar-debar sebab dapat hadiah dari Nuffnang rupanya....

BE LAGI DARI NUFFNANG

nak nanges guling-guling boleh ta?
hehehe...
Terima kasih =))))
picit, cubit gambar tu kasi besar

Ketiga,
Alhamdulillah, Mr. Lullaby ain baru je contect dia dah dapat kerja yang bersesuaian selepas merata tempat cari kerja yang setimpaldengan gaji untuk spend time masa selama cuti sem nie....bukan choossy wookeyhh! duit ptptipu tak cukup untuk  student macam kami untuk study..so kena la workhard siket...nak berjaya kan......

p/s: Selagi hati terdaya, selagi bahu mampu memikul, akan aku terus berusaha untuk mendapat yang terbaik. Jatuh tak bererti lemah, berdiri tidak bererti kuat. Setiap perbuatan pasti ada jawapan yang kelebihan dan kekurangan...janganlah pandang pada kelebihan, tapi pandanglah pada kekurangan yang ada, agar kita sentiasa cuba berusaha yang terbaik dalam hidup kita. Belajarlah dari pengalaman, supaya kita tidak mengulangi kesilapan dahulu.

Terima kasih tolong click :)