Cinta itu futururistik.Cinta itu buta. Futuristik adalah idea yang lebih membawa pada masa depan. Pada pendapat saya cinta yang buta lebih mengarahkan dan memberi idea untuk masa depan. Cinta yang buta mengarahkan untuk lebih memberi idea dalam sesuatu perhubungan yang menentukan sesuatu hubungan. Tanpa cinta hubungan itu tidak akan ada. Tapi, jika cinta itu buta, bagaimana dia ingin memberi idea dan mengarahkan untuk masa depan sesuatu perhubungan?
Cinta
boleh buat kita bahagia
kadang kita boleh tersungkur hanya kerana cinta
Cinta unik
ada gembira
ada tawa
ada tangisan
ada kepedihan
ada juga kematian
Kenapa cinta itu buta?
Cinta boleh buat kita sukakan seseorang itu sekelip mata
Cinta juga boleh buat kita bencikan orang itu sekelip mata
Mungkin itu makna cinta sebenar untuk orang yang buta hati
Yang hanya menggunakan cinta yang buta itu untuk permainkan perasaan orang lain
untuk kesenangan diri mereka
Tapi
bagi orang yang celik hati
walaupun dia tahun cinta itu buta
dia akan jaga cinta itu sebaik mungkin
memberi sepenuh kasih sayang dan tumpuan kepadanya
sehinggalah dia merasakan cinta itu tidak lagi buta
Cinta yang buta
sama seperti orang buta
perlu dibimbing, di asuh, di beri tumpuan dan diberi sepenuh kasih sayang
dan apabila si buta itu mampu melihat realiti sebenar kehidupan
orang pertama yang dia akan cari adalah orang yang sentiasa di sisinya
namun jika si buta terus kekal buta selamanya
dia tidak akan risau kerana dia tahu ada orang yang akan sentiasa menemaninya disisinya
untunglah kepada orang yang celik hati dan orang yang memiliki cintanya
kerana akan sentiasa disayangi selamanya
Bagaimana jika cinta itu perlukan pengorbanan?
Bagaimana pula dengan cinta sejati?
Bagaimana jika orang yang kita sayang tidak menjadi milik kita?
dan
Bagaimana jika hati kita terluka lagi disebabkan cinta?
Bantulah aku mencari jawapan....
~aindzaya~







