Current Issues : Akak macam mana nak jadi pelajar senibina (Architecture)?

Salam 'Alaik ❤

separa dewasa ini, kalau tengok ain dapat online, dapat merepek sepam dua kat fesbuk, dapat update entry baru, dapat ain berfoya foya depan laptop adalah suatu masa lapang yang cukup indah buat ain. mungkin akan berlaku dalam kiraan dua kali dalam minggu ni -.-'


dah ramai dah cakap ain dengan upin ni adik beradik sama kiut. Terima kasih :D

kira, begitu tragis la kesibukan, kekacauan, kekusutan dan kecelaruan hidup ain nih sepanjang minggu pertama semester baru. *amaran keras : ayat ini mengandungi 50% fakta, 25% auta, 25% drama*

memandangkan tugas ain sebagai seorang pelajar semester lima, seorang blogger kudus tapi kiut, ececeh, kena lari-lari secara comel ke sana ke sini untuk kejar lecturer nak dapatkan approval itu ini, masa tu juga la idea entry baru timbul, celah tu jugak lah nak attend outdoor activities la. ni pun, lenguh lenguh kaki ain tak habis habis lagi lepas cuci mata kat The Curve sambil cuci mulut dengan lima belas ketul meatball kat IKEA siang tadi. haa. kalau Rosmah baca entry ni, beliau pasti konpius, mana satu Perdana Menteri, mana satu yang membajet Perdana Menteri. 


nah! ain share seketul dua meatball dengan korang. ain yang jamah tiga ketul pun dah cukup untuk penuhkan dua balang perut yang comel ni -.-

berbalik kepada diri sendiri. kepada isu semasa yang bergelimang dalam fikiran ain sekarang, dah ramai sangat dah adik adik lepas SPM, ASASI, DIPLOMA lepas je dapat result terus berduyun duyun whatsapp, meseh fesbuk ain tanya


dah rasa macam jadi kaunselor Ain Dzaya pulak --'

Since ain sambung diploma dan degree ni, ain bukan la pure architecture nak gebang gebang kat orang pasal  'Architecture'. Sebab, basic ain pun dari Diploma in Building, UiTM Sri Iskandar, now currently studying in Bsc (Hons) Construction Management, UiTM Shah Alam and future Master of Science (Integrated Construction Project Management). InsyaAllah!

Tapi yang jelas menampakkan yang asal usul kejadian ain ni architecture ialah nama fakulti ain sendiri Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (FSPU). Setiap orang mungkin ada pendapat sendiri nak sambung belajar kan, tapi apa yang ain nak cerita ni based on pengalaman ain as UiTM Student dan cara ain sendiri la. Mana la tau serba sikit boleh tolong adik adik yang teruja nak sambung di Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur. hiks.

Sebenarnya, apa yang ain nampak dari mata kasar yang kiut sepet ni, ramai yang tak faham skop dalam construction espesially kat adik adik ain yang comel yang nak sangat sambung belajar architecture ni. Ramai yang dorang faham, kalau nak masuk construction, kena jadi architect. Kalau minat melukis, bidang architect je yang sesuai. Kalau nak duit beriban, jadi engineer lah. Tapi bila tanya, 

'adik nak ambik architecture dalam field apa?
emmmm. emmmm
*Sama la macam ain dulu ^^. heee

Konon konon nak membajet kerja dalam industri construction. duit berkepuk kepuk. hekhekhek

Sebenarnya, ramai yang tak tahu, dalam FSPU ni ada lagi kursus kursus kecil bawah FSPU yang ditawarkan yang lebih fokus pada prospek dan sesuatu bidang tertentu. Sebab tu, sebelum nak pilih programmed, korang perlu ada intention nak belajar and the most important ni kena la tahu, minat nak belajar pasal apa. Contoh, milah suka sangat calculation tapi dia tak suka accountant sebab minat dia lebih pada construction industry, so the best suggestion for her adalah Diploma/Degree Ukur Bahan. See, kannn! dah nampak dah kan sikit sikit hala tuju.

Tapi tapi tapi, ada certain programmed yang korang kena pergi interview dulu atau lebih dikenali sebagai studio-based student. ekau inget budak musik dan seni tari lakonan jah ada studio. muehehehe! Melalui lecturers ain cakap, dorang bukan cari straight A's SPM pun. Kalau yang ASASI atau DIPLOMA paling karen pun 3.30 above. Orang yang banyak sangat A's dan 4 flat ni, lecturer lebih nasihatkan belajar yang lebih macam Medic ke..Engineering kann.kann. 

Sebab apa yang lecturer nak dari student senibina ni berfikiran kreatif, kuat dari segi mental dan fizikal, out spoken, tak pasif, determine dan self-motivated. Sebab tu lah ada interview. So nanti kalau dah interview, jangan la pulak korang tersengih-sengih, tertunduk-tunduk. Kat sini pun korang dah belajar nak jadi Architect, Project Manager, Designers, Engineers dan how to deal with clients.

hahahaha. takutkann! takutkann! 
elehh, ilek aa bro, wa baru citer pasal interview. wa tak citer lagi yang duit mengalir macam air terjun, project kene koyak, project kena hentam dan wa tak citer lagi tatkala lu orang ambik masa 4 bulan nak siapkan final projek  dengan penuh tungkus lumus tak tidur malam tetiba masa critic class lecturer kau cakap projek kau macam sampah. Istigfar. Istighfar. 

We are the builders of our own destiny. We are the creators of our own fate. We build our destiny with our thoughts. Every thought we think is a brick with which we are building our destiny, our future. We are the builders. Construction Management.

Alaa, semua ni dah asam garam dalam Construction sebab sikit sikit ajar korang camne nak handle problem, nak deal dengan client yang penting jadi lebih self motivated. So kalau tak aggresive, macam mana nak berdepan dengan ini semua? Lagi satu, kalau nak pergi site yang under construction, kau ingat boleh ke nak bajet diva atau puteri dan putera lilin? tak tahan panas, nak pakai heels bermekap tebal bagai? Sebab tu interview itu penting. Sebab tempat adalah sangat terhad, maka mereka mahu cari orang yang betul-betul mereka rasa boleh survive dalam kursus ni.

Okey, kat bawah ni ain dah siap siap listkan senarai programmed yang ada under FSPU. Dengan harapan, korang nampak la sikit hala tuju kursus yang korang ambil incase nak sambung future study ke ape. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------
1. Centre of Studies (Quantity Surveying)
DIPLOMA UKUR BAHAN
SARJANA MUDA UKUR BAHAN (KEPUJIAN) 
- psttt! for those yang nak sambung bidang construction tapi tak pandai melukis sebab minat korang lebih pada calculation, macam milah tadi boleh ceburi bidang ni.

Centre of Studies (Town & Regional Planning)
DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH (KEPUJIAN) 
- ni lebih kepada town planner, nak develop sesuatu kawasan macam tu la. Kalau korang tengok jalan raya yang bersimpang siur tak betul tu, kerja planner la. Dorang plan jalan macam tu. haisshh!

Centre of Studies (Estate Management)
DIPLOMA PENGURUSAN HARTANAH 
SARJANA MUDA PENGURUSAN HARTANAH (KEPUJIAN)
- Pengurusan hartanah ni lebih pada jual beli property, macam consultant lebih kurang la. tapi kalau belajar, LAW tu dah jadi ruji dalam hidup dorang. bagus! bagus!

Centre of Studies (Construction Management)
DIPLOMA BANGUNAN 
SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) PENGURUSAN PEMBINAAN
- haaa! ini la bidang ain. selalunya orang tak faham tau skop kerja ain ni, apa yang ain belajar. tapi sebenarnya bidang ain ni lebih kepada pengurusan dalam pembinaan. korang ingat dalam construction tak payah urus dokumen itu ini ke? hahaha. bab bab handle projek, urus dokumen project bak sini kasi sama gua! 

Centre of Studies (Building Surveying)
DIPLOMA UKUR BANGUNAN
SARJANA MUDA UKUR BANGUNAN (KEPUJIAN) 

Centre of Studies (Surveying Science and Geomatics)
DIPLOMA SAINS GEOMATIK 
SARJANA MUDA SAINS UKUR DAN GEOMATIK (KEPUJIAN) 

Centre of Studies (Park & Amenity Management)
SARJANA MUDA PENGURUSAN TAMAN DAN AMENITI (KEPUJIAN)

Interview Programmed

1. Centre of Studies (Interior Architecture)
DIPLOMA REKABENTUK DALAMAN
SARJANA MUDA SENIBINA DALAMAN (KEPUJIAN) 
-For those yang suka sangat design design rumah, ubah ubah perabot rumah, ada bakat kreatif design design sikit sikit tu boleh la ceburi bidang ni. nanti korang bukan saja ajar nak design dalaman rumah, tapi hotel, restaurant, office. haa! hebakkann! duit pun hebak masyuk.kuikui

2. Centre of Studies (Landscape Architecture)DIPLOMA SENIBINA LANDSKAP 
SARJANA MUDA SENIBINA LANDSKAP (KEPUJIAN) 
-bidang ni lebih pada landskap. belajar la sikit sikit pasal pokok-pokok macam tu la. yang penting pandai lukis dan kreatip. ain tak tahu sangat apa yang studio-based belajar, tapi jangan nak harap orang je sumbang idea je --'

3. Centre of Studies (Architecture)
SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA
- ni lah  bidang yang ramai sangat orang tanya kat ain. Actually, bidang ni tiada diploma di UiTM sebab UiTM dah upgraded and requirement juga tinggi. So, incase ada adik adik lepasan SPM yang fefeling nak sambung Degree terus, ambil la kursus ni. hahahaha. fefiling lebih sikit.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

ini semua pendapat ain, based on pengalaman sendiri lah sikit sikit kena share dengan korang kann, daripada kepam sensorang celah ketiak. sebab ain pun tak la hebat sangat nak explain pasal semua ni ye adik adik, unless iols ni pakar motivasi. muahaha

Kalau nak tanya pasal skop pekerjaan dan pembelajaran ni, dalam bidang construction, korang masuk la celah mana punya kursus, tapi last-last bila korang berkumpul satu meja even lain lain course, sebenarnya korang akan bercerita dan belajar perkara yang sama je. tak payah la nak gebang, kau ambil Town Planning tapi nak tipu orang Interior Designer. Sama juga macam kerja, lecturer ain pernah cakap 'as long as korang masih dalam construction, korang nak jadi planner je, designer ke, jual property ke semua boleh, sebab korang selama ni belajar benda yang sama je dalam satu fakulti'

Adios!

Ahli baru rumah kami, Mr.....

Salam 'Alaik ❤

Hi! Seperti biasa rutin kacau 'miaw' titow. Hiks!


Gaya yang penuh seleksi miaw tido, sambil tutup muka, konon konon comel la tido macam ni. wkwkwk


Upss! i would like to introduce ahli rumah baru. We named him "miaw". Mr. Miaw. hiks! Kenapa "miaw"? sebab 'miaw' currently used untuk gelarkan kucing. simple as that bukannn.teeehee

Actually, i never thought yang one day, ada pets dalam rumah kitorang ni since kitorang adik beradik memang sangat sangat tak suka binatang berbulu apatah lagi yang takda kaki. aww eww eww!! Plus our parents memang tak galakkan pun kitorang bela pets dalam rumah  bagai ni, sangat menserabutkan. 

Tapi tak tahulah kan apa jenis hidayah Tuhan bagi kat kitorang ni sebab sejak ain balik rumah minggu lepas, sejak habis beban otak mentelaah ilmu kat unibesiti *bajetlah ain tu --" sejak rasa dewasa ni, sejak dah masuk umur 22 ni. dan sejak i saw miaw sambut ain depan pintu sambil gesel gesel kat kaki, sayu kemahen terus dukung sambil gentel gentel perut buncit miaw. Terus je hati rasa macam nak runtuh, terharu kemahen. sempat lagi ain tanya ayah


" kucing mana ni sesat dalam rumah?" 


dalam nada macam tak puas hati, tapi sebenarnya hati dah nak jatuh, berkecai , bercamtum balik dah. ayat pun dah tunggang langgang nak gambarkan perasaan terharu gembira yang sebenar benarnya dengan harapan bila baca balik dapat meresap dalam hati secepat mungkin. tsk.tsk.


'hyeee! gua Mr. Miaw. Pinjam henpon kejap, gua nak selfie. nak upload dalam instagrem, dapat ngorat kucing comel loike gambar gua yang hensem ni'


Apa yang buat ain kagum tak tentu pasal keruan sebab bila ain tengok 4 all us adik beradik memasing selamba badak gomol gomol gentel gentel miaw sampai lemau. miaw jangan cakap la rela je digomolkan, even dah lembik pun tetap nak gesel gesel kat orang. haisssh! apsal la comel sangat perangai tu, geram je nak sepak .

kalau dulu tengok kucing lenggang lenggok lalu sebelah macam nampak singa tengah mengaum. Dah jadi kebiasaaan satu perkara, kalau nak makan kedai dengan famili, satu kemestian mesti cari kedai yang takda kucing lalu lalang dalam kedai. even kedai tu masak bistik sampai tetes tetes air liur, tapi ada sekor anak kucing tepi pintu kedai, sanggup cancel 153%. sanggup makan megi goreng kedai mamak yang takda kucing. sadis kan T_T


haiigaisss! hobi saya makan, tidur, makan, tidur,,makan, tidur, makan, tidur, makan, tidur, makan, tidur. dan sekarang saya sedang tidur -.-'


Tengok pulak respon our parents, selamba badak pulak layan miaw kehulur kehilir sambil berlenggang lenggok dalam rumah. dah rasa habis seksi sangat lah tu, jalan sambil lenggang lenggok. Menyampah tau!

Yang paling best, dapur tu memang dah jadi port kegemaran miaw melepak layan perasaan sensorang penuh seleksi tatkala larut malam, berseleksi ala ala starbuck gitew sambil minum coffee copucino. amboih! kemahen kan. So tiap kali ain atau ibu sibuk membizikan diri masak masak kat dapur, miaw dengan aksi comel behave je duduk sambil curi curi bau masakan. lepas tu, makan sesasama. hahaha


bajet menteri, tudur atas meja makan, dengan gaya yang satu.


So far miaw ni tak la cerewet pun bab makan macam kucing lain, apa yang kitorang makan itu lah yang beliau makan. so, setakakt ni toksahlah lagi membazir duit beli makanan kucing memahal, setakat friskies yang bijik bijik tu memang beliau tak hadam langsung, memang membazir je beli. sekurang kurang pun nak fancy feast. amboih! menyampah tau miaw, nak tumpang glamour kucing Hanis Zalika leteww. 



When i asked my adik, "nape nak bela kucing? tak takut ke kena cekaw?"
......"sebab comel manje sangat kucing ni!"

Sobs.
So far, banyak kena buat research nak jaga kucing. Baru ain tahu susah jugak nak bela pets dalam rumah ni, banyak do's and dont's kena praktikan. Korang yang ada tips pasal penjagaan kucing, meh la share seketol dua. kite pun tengah belajar nak bela pets ni.

We love miaw  ❤ ❤ comelkann! nahh! ain sedekah seketol gambar kat blog. ya. saya tahu saya memang tak tahu malu, nak tempek seketol gambar kat belog, mentang mentang tak hapdate belog tiga bulan T_T
tapiiiii, ada ain kisah. hahahahaha. 

haichuolsss! saya dah grade! pssttt! nanti next entri gua celita sama :D
-
Idios!
Terima kasih, sudi baca!

Piknik di Hutan Lipur Jeram Lenang, Kelantan | Entri Bergambar

Salam 'Alaik  ❤

Haiigaisss! menghabiskan masa bersama kawan kawan memang agenda utama ain minggu ini. memandangkan khamis ini ain dah nak berangkat ke Shah Alam untuk sambung degree BSc (Hons) Construction Management *haiii orang shah alam. walaupun idea ni agak kudus buat wanita awal dewasa macam ain ni. ya. akur. sekarang umur dah 21. dah tak boleh nak huha huha macam 12 tahun. dah tak boleh nak kerut dahi sikit, kalau tak jelas kedut kedut kat dahi T_T.

Jeram Linang. dah siap tulis hitam pekat tu. dah siap buat teaser tempek kat instagram. 'Jeram Linang. piknik with buddyz.lep.lep.  ❤'

Hutan Lipur Jeram Linang. memang dah tersemat hebak di otak, Jeram Linang memang menjadi kewajiban lunggukkan manusia datang setiap hari. lebih lebih lagi di hujung minggu, memang terpaksa bersumbat sumbat kalau nak masuk. tapi, hari ini nasibla bukan cuti umum, yang datang pun boleh kira dengan jari. kalau tak, sila parking kereta satu kilometer jauh dari destinasi yang nak dituju. 


http://aindzaya.blogspot.com
dah sampai terus gigih keluarkan henpong, ambil seketol dua gambar. konon konon nak bagi orang yang tak pernah datang sini dengan keindahan, kesejukan, kenyamanan hutan lipur jeram linang.ehew


http://aindzaya.blogspot.com
Jeram Linang scene. hari ni sunyi sepi sikit, maklumlah bukan musim cuti. tapi masih ada juga yang datang lepak-lepak, piknik, mandi bersama keluarga dan kawan kawan. oh.lupa. awek juga -.-'


http://aindzaya.blogspot.com
candid guna henpong je pon. image style dah macam amatur potograper sangat iols tau!

pada awalnya, kitorang tak plan pun nak datang kat sini. memandangkan kat Machang ni tak ada tempat best nak lepak lepak, nak gossip girls. makanya, terus tuju destinasi ni. 

hmmm. memang sesuai sangat untuk gossip girls. 

view yang cantik. air sejuk yang jernih. scenaries yang tak nak kalah memang buat ain pengsan seketika. memang teruja nak datang sini bukannya sebab nak air sejuk. setakat air sejuk, cedok telaga belakang rumah je. tapi Ya Allah, tempatknya kemahen cantik. budak budak laki ganas yang datang lepak kat sini tadi pun kemain seghonok mandi air terjun. yang bawa balak, awek datang sini pun celup celup air dalam sungai pun belambak.

suka i.


http://aindzaya.blogspot.com


pokok pokok balak besar ni , bukan sebarang pokok tahu! macam macam pokok jugaklah ain kenal dari sebesar tapak tangan sehingga segedabak ni. memang banyak khasiat dan memang khazanah malaysia. memanang patut pun kalau Jeram Linang ni di iktiraf sebagai destinasi cuti cuti malaysia taman rekreasi dan air terjun di Kelantan ni.


http://aindzaya.blogspot.com


permandangan hijau dengan kicauan burung macam ni dah cukup buat ain tenang. seghious takmboh balik!


http://aindzaya.blogspot.com


tengok air, jernih kann! memang sepuluh bintang la ain kasi. yang bestnya kat sini, setiap jeram tu ada stag memasing. kalau budak budak nak mandi boleh duduk kat jeram bawah sekali. yang dah dewasa sikit macam ain ni selayaknya duduk jeram atas sikit. so takda masalah lah kalau semua peringkat umur nak mandi.


http://aindzaya.blogspot.com


matahari dah cecah atas kepala. macam faham faham je suruh itew terjun dalam air sekarang.ehew!






http://aindzaya.blogspot.com


port pilihan kitorang! petang tadi memang takda orang, so kitorang concour awal awal jeram yang ni. sebab musababnya, kat sini tak dalam sangat. air pun lebih jernih berbanding jeram yang bawah. 


http://aindzaya.blogspot.com


susur jalan ke puncak bukit. next time, kitorang datang, nak hiking pulak. baru lah lebih mencabar khonn. hari ni tak sempat, pergi pun dah tengah hari. baru celup celup kaki dalam air je, tup tup dah 2 jam.sobs.sobs.


http://aindzaya.blogspot.com
malu nak tempek gambar besar tatkala sedang berjimba dalam air.



http://aindzaya.blogspot.com


mempersembahkan kawan sejak sekolah rendah, elly. kalau nak cakap dengan dia kena cakap sopan sopan, sebab dia sopan santun.hiks


http://aindzaya.blogspot.com


anis si humble. 


http://aindzaya.blogspot.com

nadia :p


nak balik saja, terus rasa sayang je nak jalan laju laju. kalau bleh nak mengesot saja,  lambat siket sampai kat kereta. bukan senang nak datang piknik bagai ni dengan buddyz ni. sebab masing masing dah besar, masing masing dah ada komitmen.

apa pun, ain harus menobatkan piknik kali ni, antara piknik yang syok. sebab musabab, seperti yang selalu, ain tak terbatas untuk jadi lupa diri dalam air. menjadi 12 tahun tanpa arahan. otometik eksaited bila dalam air ni. haish.

p/s : jemput jemput la ke Hutan Lipur Jeram Linang di Kelantan.

terima kasih sudi baca :)