Assalamualaikum ♥
Masuk je entri baru terus tempek muka sendiri besar gedabak. Untuk entri kali ni, jari mengada ngada nak menaip, tapi tak tau nak taip pasal apa. ain nak korang tau, ain sayang korang semua. *tetibe
Alhamdulillah, sedar tak sedar dah melangkah ke lembaran baru, tahun 2013 dah. umpama mimpi, macam semalam je ain baru habis tamat zaman persekolahan dengan bangganya, walhal umur dah makin tua membangka. tup tap tup tap, hari ni umur ain dah cecah 21 tahun. Ikutkan pemikiran semasa, tatkala berumur 21 tahun ni amat sesuailah kan untuk mendirikan rumah tangga. ihiks.
bila ain tenung dalam dalam hingga ke lantai hati diri ain ni, selama penghidupan ini kadang kadang kita gembira dengan apa yang kita dapat, kita bersyukur kemain dengan apa yang kita terima, kita melompat lompat kuda takkala kegembiraan menyusul dalam kehidupan kita, tapi, kita perlu sedia, dengan sesuatu yang tak di duga.
Dalam selow selow kita selusuri kehidupan ni, sedang kita dengan gagahnya berjalan di jalan yang lurus, tiba tiba ada gunung yang perlu kita daki dan ada selut, pasir jerlus, kayu ranting yang perlu kita lalui. Even sesusah mana pun, kita harus gigih menjalani semua tu dengan tabah sehingga kita tiba ke destinasi yang kita tujui.
Jangan nak berputus asa masa sedang berusaha, rugi teramat dowh! umpama korang dah belajar 4 tahun kat unibesiti, tiba tiba final semester, korang fail satu paper then terus decide nak quit...for me itu satu pekerjaan yang mensia sia-kan dalam kehidupan. Hidup hanya sekali, so kita enjoy dan hayati sebaik mungkin!
*pesanan khas untuk kawan kawan ain yang sedang give up kemain
Sebab musababnya, dalam kegembiraan tu mesti akan disusuli dengan kepahitan. umpama pepatah, bergembira gembira dahulu, bersedih sedih kendian, dan beronok ronok kembali. *muahaha begitulah, hidup ni kan umpama roda. kejap kejap ada kat bawah atas tar, kejap kejap ada kat atas goyang kaki sambil makan cekelat cadbury.
tapi, satu benda yang ain lebih dari korang adalah, takkala kesusahan melanda dan hidup ain bermuram durjana, ain masih lagi mampu buat "peace". ain masih lagi ada orang orang yang ain sayang yang sentiasa tolak ain selow selow dari belakang ke depan. tsktsk.
plus, kini ain sedang seronok dengan pencapaian blog hari ni, sikit sebanyak mampu bagi ain kekuatan untuk teruskan kehidupan realiti ain. terima kasih semua :)
Mensyukuri Nikmat yang Allah Beri ♥







