Dalam sejarah dengan muka tebal lima inci T_T

Assalamualaikum ^^

http://aindzaya.blogspot.com

walaupun menda alah ni berlaku semalam dan cerita ni dah agak agak nak basi, tapi disebabkan menda alah ni dalam sejarah ain dengan muka tebal lima inci T_T. yela, memangla memalukan, tapi ain gigihkan juga hati sebab ain rasa ini macam benda bodoh tak boleh blah berlaku dalam sejarah hidup ain. ain nak cerita jugak, kalau tak cerita ain rasa separuh jiwa ain tak tenang ketandusan nyawa.  

Selepas seharian kebuhsanan duduk dalam site ofis yang memang tak de rupa macam office. nama pun site opis kan, sebab tu ain tak berkira sangat. jamban pun macam zaman 60-an. agak agak kalau ain ceret beret kat opis ni disebabkan keracunan makanan makcik foodcourt tu, sapelah agaknye ek yang sudi berhati kudus tulus mulus yang sudi bersihkan jamban tu. kalau ada, satu rupiah duit kertas tipu tipu ain kasi. hakhakhak.

Anyway back to the perenggan pertama tadi (ain kalau melencong cerita memang lama)
dengan tidak semena mena, disebabkan kebuhsanan, bergegaslah ain keluar cari tempat yang boleh ain lepak sengsorang layan jiwa, heh! nak ajak member, member pun takde lagi. jalan punya jalan, sambil pikir pasal kejadian pagi kelmarin yang kita orang kelamkelibut siapkan tender baru syarikat yang due datenya hari ni jam 12.00 tengahari. kalau lewat, mengamuk la General Manager Tuan Syed!

sangka ain, HUSM ni, 

hekelleh! HUSM je kowt! kawasan dalam pagar lagi, lainlah dalam hutan yang boleh sesat entah tentu hala. =..='' 

tapi, itu hanya sangka-an, tapi realitinya lepas satu bangunan ain pusing pusing tempat tang tu jugak ain jumpa.bhahahaha.

Disebabkan ain ni sangatlah tinggi sifat konfident dalam diri, ain gagahkan kaki ain carik juga tempat yang boleh ain lepak sensorang sambil isi perut ain yang berkeroncong punya la kuat. Hajat nak carik foodcourt je kot, jenuh satu HUSM pusing, rupa rupanya foodcourt tu duduk mengadap site office je cuma terlindung dengan satu bangunan je.bhahahaha.  terasa dungu sangat diri ni masa tu -..-''.

dah la sesat, lepas tu bila dah sampai foodcourt. ain terpaku 42saat. gelabah tak tahu nak buat apa. lepas satu kedai satu kedai ain masuk. sehinggakan akak jual nasi ayam tu jakun tengok ain. ain pun tak paham jenis sistem apa yang foodcourt tu guna. ain tengok budak budak USM ni beli makanan guna kupon kecik ada harga. lepas tu bukan budak USM macam ain ni macam mana? jadah =..=''

Lepas patblas minit ain kaji selidik, baru la ain faham, rupanya kupon tu ambik kat kaunter bayaran. bayar dulu baru makan.bhahahaha. ini adalah ke-dungu-an ain nombor 2.muahahaha.

ain makan dan layan jiwa sengsorang sambil usha budak USM. hohohoho. ain bangga betul dengak dak dak USM ni walaupun dorang pakai skema, dorang sangat konfident macam ain, perangai cerdik, dan cantikcantik hensemhensem belaka. kalau yang Cina, India, sangat menghormati kaum lain. ain kagum dan bangga sangat dengan mereka ni. kat unibesiti ain orang macam ni boleh bilang dengan jari je, heh!

ni la projek yang kampeni ain handle. hebak tak kampeni ain ^^

kendian, lepas setengah jam ain makan dan layan jiwa, ain pun angkat kaki nak pergi solat zohor. bukan sebab kat site opis ain takde surau, ada. tapi takde ngupe surau pun. hajatnya nak solat kat surau USM la. Maka, ain pun cari la surau. surau?! mana?! entah, ain pun tataw kat mana, jalan ikut kaki je.muahahaha. Confident, itu yang ain pupuk dalam diri ain sejak ber-praktikal ni.

disebabkan jalan ikut kaki je kan, hahaha. habes pusing belok keluar masuk bangunan, tempat sama tang tu jugak ain jumpa. nurse, staff, students situ semua jakun tengok ain gelabah dalam konfident  ni.muahaha. mungkin dorang pikir ain nak jenjalan jalan dalam HUSM kot! jadah la kan nak jenjalan pulak.

Start dari tu, ain yang gelabah tak ketentuan hala ni, barulah mula beranikan diri nak tanya orang sekeliling mana surau. nasib baik ada mamat hensem bakal doktor yang sudi tolong.hek.hek.hek. mamat ni pulak pandai buat lucuk. nanti ain cerita di entri seterusnya.

malam tadi, ain gelak sengsorang dalam bilik  tak hengat dunia. betapa dungu-nya ain hari ni. malunye =..=". tu la kan. konfident terlampau sangat, sehingga sesat jalan. lepas ni nak tunjuk kat cucu entri ni, bagi cucu baca. 'tok nanny nak pesan, jangan konfident tak ketentuan hala sangat yer'.bhahahahaha.

Alhamdulillah. ramai sebaya ain dah berkahwin seawal 20 tahun. Bangganya ain ❤

Assalamualaikum

semenjak dua tiga empat lima menjak ni, banyak pula invite kawin yang ain terima kat fesbuk, Invite pulak page bukan kemain lawa lagi dengan gambar tunang la, video pre wedding la, video merisik la bajet bajet  nak jadi kenang kenangan la. kad kawin pula tak nak kalah, macam dalam fesbuk. ada yang jenis buat postage besar gedabak, ada pulak yang bagi button, ada jugak yang buat macam cover vcd. kreatif sungguh mereka ni kan. :')

tapi ada jugak sesetengah kad pengantin tak la pulak lawa cun melecun  macam bakal pengantin pun. ta cukup bajet kot -..-"

bila ramai pakat cakap pasal kawin ni , mestilah kan siap suruh pergi kenduri kawin dorang lagi kan. Nak bagi hadiah mahal mahal ain ta mampu.srok.srok.srok. nak beli cekelat choki choki kat kedai din depan rumah pun minta dengan ibu sambil buat muka comot. ain jeles? sudah tentu lah ain jeles. sebab mereka kawen dulu daripada ain. ain pantang macam ni.bhahaha.

ain hanya mampu tumpang gembira dan berdoa agar perkahwinan mereka kekal till jannah. namun hakikatnya yang tak dapat ain bendung lagi, sebenarnya jiwa raga ain semenjak bermenjak ini tengah berperang sakan dengan batin. Sekarang ni, bila duduk dengan kawan kawan, dah dengar sikit sikit, desas desus orang tanya pasal kawin


hanim     : ain nak kahwin bila? sekarang orang pakat kawin muda la. baru kool.
ain          : hokakloh. ain tengah tunggu putera dari langit masuk minang.


tu jawapan tipu tipu je. kalau nak jawapan jujur dari ain


ain         : SEKARANG LA GILA!!!
hanim     : pergh! gila, gatal miang kau ain.

http://aindzaya.blogspot.com












jawapan yang lagik lagik jujur dari hati kudus mulus ain ni :


ain         : Allah give more barakah, dari kelek anak dara orang ke sana ke mari or perhaps we find 
               the right path. Allah give more barakah, dari kita fall in love with non mahram 
               because doesn't allow love between a non-Mahram male and non-Mahram.

hanim    : pastu kenapa ain tak kahwin sekarang?

ain         : sebab ain tak bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
               ain tak bersedia nak jaga anak teruna orang. nak jaga diri sendiri pun,
               puas habes habesan berperang dengan jiwa raga batin jasmani beras basmati lagik tahu.
               Lagipun cita cita ain zaman sekolah dulu, ain nak kawin umur 25, lepas dapat genggam 
               master degree, beli rumah, kereta dan berbakti pada ibu bapa, negara nusa dan bangsa.
              ayat penyedap hati :')


Jodoh, ajal, maut, rezeki kan semua di tangan Tuhan. ada orang yang becinta bagai nak runtuh rak buku bertahun tahun pun, last last kawin dengan orang lain. ada jugak yang pesen bercinta dengan orang lain, merisik dengan orang lain, bertunang dengan orang lain, berkawin dengan orang lain, anak dengan orang lain, anak dengan orang lain...errrkkk....

dena bahrin    
irene marcello

sweetkan mereka, semoga hubungan mereka berkekalan sampai ke syurga :)
nanti giliran ain pulak. ameen. ❤ MAA.


Blog Erti Kehidupan bertukar menjadi Blog Kucing Jantan

Assalamualaikum 

Mempersembahkan!!! 

belog Erti Kehidupan, yang kini telah bertukar wajah hasil kerja tangan ain yang begitu kreatif menjahanamkan belog orang lain! sesiapa berminat isi masa lapang menjahanamkan header belog Ujang guna pen magik dengan kreativiti korang, seperti mana ain selalu buat..................ain alu alukan ^^

hajat ain nak berblogwalking kejap, bertukar jadi kejam. maafkan ain Ujang :(srok..srok..srok..
*ain harap Ujang tak tahu, 

cak! terkejut tak? ain sangat sibuk dua tiga menjak ni. bila pegang laptop je, ingat nak buat key-in data. bila nak buka belog je ingat nak siapkan analisis. haisshh. ada saje kerja.

ain memang sibuk sangat dengan kerja office sekarang. ain akan menjadi pekerja bertauliah untuk satu dua hari ni. ini kerana minggu depan ain akan mengucapkan selamat tinggal kepada office ain sekarang dan bertukar ke office baru yang lebih mencabar jasmani, rohani ain jugak. oooh, tak lupa batin ain jugak. perlu carik kekuatan untuk berhadapan dengan mat mat bangla kat site nanti.

sepatutnya, kelmarin lagi ain dah mula praktikal. tapi disebabkan jasad dan jasmani ain tak nak berpisah dengan office dan kerja yang berjuta lemon di office sekarang, terpaksalah ain minta tangguh praktikal minggu  depan. mesti, mat mat bangla dan supervisor engineer tak sabar nak jumpa ain kan.kan.kan.

sabar ye, ain pun sedang menghintung hari. lagi 6 hari.


demi menjadi pekerja 8 jam yang berjaya, maka, dengan ini, ain terpaksa tidur dengan cukup demi mendapatkan wajah yang comel tanpa iras iras panda mata lebam. ain kena lebih bersemangat esok! kerana esok hari kedua terkahir ain di office ni. festime ain buat pengakuan jujur ni -..-''

di sini sumber duit takkala ekonomi negara rumahtangga ibu ayah jatuh menjunam. tetiba. tempat ni juga tempat ain  belajar untuk mematangkan hidup pabila berkawan dengan abang abang yang dah kahwin. mak cik mak cik yang ada anak hensem, jugak mendapat pendedahan awal pasal alam perkahwinan adalah sesuatu yang amat berharga buat ain di Perpustakaan Tengku Anis. :")

*di sini ain belajar Erti Kehidupan nampak tak motip dia
banyak kenangan ain di PTA ni. kenangan manis berjaya ain kumpul lebih banyak dari yang pahit.sebab tu sanggup datang walaupun tak di jemput. sobbsobb. ape kesah.

sila la tepek bijik mata kat gambar gambar ni 32saat. hikhik ^^

http://aindzaya.blogspot.com

http://aindzaya.blogspot.com

Ooo.macam ni rupanya lelaki...gurlish sekalian sila berhati hati!

Assalamualaikum ^^
*entri ini dikhaskan untuk perempuan sahaja. lelaki?! bolehla..bhahaha.

seorang pak cik pernah nasihat ain tentang lelaki. macam tak percayakan, pengakuan dari seorang lelaki, lelaki ye uolss.hehew. kepada seorang perempuan sekecik ain. sebab musababnya, lelaki kan ego. egonya melebih lebih pulak bila dengan awek sendiri.

selagi si awek tak tunduk sujud kat kaki dia selagi itu lah. dia tetap terus perkotak katikan golongan perempuan. bila awek tu dah larik tinggalkan dia, barulah terhegeh hegeh pulak carik awek tu. jadah betol!


Pesanan beliau kalau nak carik bakal suami yang menjamin masa depan;

1. perhatikan lelaki antara waktu solat zohor - asar dan magrib - isyak

masa ini antara waktu puncak kalau girl nak uji bopren korang yang korang sanjung kemain. se'ofsem' mana pun gaya lelaki itu, se'macho' mana pun rupa lelaki tu, se'romantik' mana pun sifat lelaki tu. tapi bila soal agama diketepikan, dia tak layak untuk jadi 'imam' kita apatah lagi famili kita.


 InsyaALLAH, dia lelaki yang memang dijamin untuk menyempurnakan masa depan kita.

2. perhatikan 'lelaki sesumpah'

sesumpah?! pelik pelik kan pak cik ni. Sesumpah adalah sejenis menatang yang boleh bertukar warna sama seperti keadaan sekelilingnya. Lelaki jadi macam ni bukan sebab mereka pernah kongsi air coke sesama seperti yang ain selalu buat dengan adik adik ain. tak sama sekali. tapi

pak cik tu cakap, mereka jadi sebegini kerana mereka ingin dilihat serupa dengan sifat yang perempuan inginkan, tiada bezanya. untuk sesuaikan diri dan selamatkan diri. bagi ain, tak kesah la kan mereka cenggini.  sebab perempuan pun sama jugak.hek.hek.hek.

tapi, yang berlari lari dalam otak perempuan tanpa boleh dibendung lagi dengan lelaki sesumpah, adalah mereka bercakap + perbuatan =  [Xtidak selari seperti apa yang diperkatakan. Sori to say lah, lelaki macam ni, tak menjamin dalam perhubungan.

3. lelaki suka bagi alasan.

sila hindarkan lelaki sebegini jika;

*ketika kita nak melintas jalan, lelaki jadikan alasan nak pimpin tangan perempuan. gentle konon konon. wekk!
*ketika hujan, lelaki jadikan alasan nak share payung. *sweet kepala otak ikan.kan.kan.kan.



p/s : kerana ini merupakan langkah pertama ke arah maksiat, bagi lelaki, bila dah dapat pegang tangan tu. kiranya, anggota kulit yang sekian sekian sekian juga boleh dipegang, disentuh, diraba. ain tak pandai nak cakap semua jenis taktik kotor ni...ngee~

dan alasan seberikut-seberikutnya.........


p/s : Ingat, wahai kaum perempuan yang gurlish gurlish sekalian, pertahankan maruah anda sebagai muslimah Islam, your heart and guys, please protect the girl you love. The man who is TRULY Worthy of your love is he who respects your dignity as a muslim girl and protects you from the straying eyes of all men. Remain faith with your iman and protect your dignity as a Muslim. Hope you all get a good soleh husband soon. Ameen.

Ain Dzaya | Tips jadi total hensem kekal selamanya.

Assalamualaikum ♥

Merasa diri terlalu merendah diri kerana terlalu hudoh? Nak mengurat awek tepi jalan tapi beliau larik sebab trauma muka lebih stylo hudoh dari katak puru. hidup kucalana gara gara tak ofsem dan hensem.

ayuh!
Jangan risau. Jangan trauma. jangan bimbang. 
ain ada jalan penyelesaian yang mudah dan pantas untuk golongan sebegini kekal  flawness, ofsem, machooh, hennsemmm, eww eww selama lamanya.

produk ini tak memerlukan golongan sebegini cuci poket setiap bulan, malah sebesar taik cicak pun tak. mekema sekalian masih berpeluang bertukar dari mirip mirip sekor katak puru kepada seorang putera kacak di kaca mata mereka yang 'bermata'. Magik bukan? ^^

gila babengg la ain!
power!power!
kebaikkan menggunakan produk magik ini :

-menenangkan jiwa yang gelisah dan menghiburkan hati
-melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk
-meningkatkan kekebalan tubuh
-meningkatkan kemampuan konsentrasi dan daya kreativiti
-mengubah cara komunikasi dan membuat keputusan dengan lebih baik
-mengurangi rasa takut dan ragu-ragu
-meningkatkan dan memperkuat kepribadian
-menyembuhkan penyakit normal seperti alergi, sakit kepala, flu, dll
-Mengubah beberapa kebiasaan buruk seperti makan berlebihan dan merokok

cara menggunakan produk magik ini;

1. Disunatkan dalam keadaan bersih.
2. Mengambil dengan tangan kanan; sebaiknya memegangnya dengan kedua belah tangan.
3. Digunakan di tempat yang bersih.
4. Disunatkan menghadap ke Qiblat dengan keadaan tenang dan khusyuk. 
5. Mulut hendaknya bersih terlebih dahulu tanpa sisa makanan.
6. Membaca ta’awwudz, yang berbunyi: a’udzubillahi minasy syaithanirrajim. Sesudah itu dibaca Bismillahirrahmanir rahim.
7. Disunatkan membaca dengan tartil


*dengan menggunakan produk magik ini juga golongan sebegini juga bakal dapat penuhi impian mereka dengan apa yang diimpikan selama ini. iaitu awek dan gadis yang bersifat

-Keanak-anakan
-Cantik - HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.
-Berakhlak Mulia
-Dari keturunan yang baik-baik.
-Bijaksana
-Tak sexi mexi pada lelaki lain kecuali suaminya.
-Memahami lelaki
-Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi
-Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka.
-Berpegang pada agama-  kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya
-Punyai kecantikan dalaman iaitu lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.

*AMARAN : tapi kalau golongan sebegini  tak pandai menjaga batas pergaulan dan tak pandai menjaga diri tak mungkin akan memperolehinya.


Mempersembahkann!!

PRODUK TOTAL HENSEM KEKAL SELAMANYA.



bukti testimonial;

 


Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

PENAJA :  ALLAH S.W.T


p/s : entri terpanjang ain abad ini.

Binatang pun pandai berkasih sayang. Manusia?

Assalamualaikum :*

"ibu, nanti bawak balik sekor orang utan sepilok. nanti ain boleh main tepuk amai amai". bhahahaha.

ain baru perasan yang mereka ini golongan yang comel ^^

kerana ain perempuan, ain punyai satu sifat yang omputih panggil (instinct) satu perasaan yang penuh dengan naluri. pendahuluan atas itu jugak merupakan salah satu instict ain. sebabnya, ain tak pernah jumpa orang utan sepilok walaupun ain asalnya pernah datang sepilok dulu, apatah lagi bersentuh jari dengan mereka. 

saya peminat Jeniper Lopes -..- sebab tu rambut kami sama.hik.hik.

bagi ain, mereka nie lebih jelas ketara comelnye bila dorang senyum sampai telinga. lebih comel lagi, dari lelaki lelaki yang berhidung tinggi. mungkin, mereka rasa diri mereka teramat lah ofsem dan chumel bila bersikap ala ala playboy. hakikatnya, begitulah .


satu perkara yang ain suka tentang mereka ini,  when them swing on ropes and they looked so cuddly even though they truly are wild animals.  Their arms are so long and it was really fun to watch them interact with each other. When the center brought out food for them, the bigger ones went first and they took the food in their mouths and feet and then swing away to eat it away from the masses. 

jadi, manusia yang berakal pun ramai dah hilang sifat macam ini. tapi, menatang yang ada otak SAHAJA pulak lelebih sifat lemah lembut dan kasih sayang sesama menatang. aihh! malunya ain. agaknya, kalau mereka boleh bercakap bahasa manusia mesti dorang akan nasihat secara berhemah, berkempen di tb, di radio supaya manusia zaman sekarang lebih bersifat saling sayang menyayangi sesama mereka kan.

ain sedih sangat. bila tengok video utube sorang ibu tu pukul bayi sepuas puas hati tanpa belas kasihan, sedangkan, orang yang rakam tu bukan nak bertindak. tapi, terus rakam perbuatan ibu kejam tersebut. sadis kan! budak umur sebegitu sepatutnya diberi lebih kasih sayang bukan dijadikan tempat lepaskan perasaan.

ain jadikan semua ini sebagai teladan , moga anak anak ain nanti dapat membesar dengan sempurna. erkk...lelebih pulak!

Ain Dzaya : Cinta Big Apple ♥

Assalamualaikum
rasa rindu pada belog bukan sikit sikit dah. membuak buak sampai tak boleh nak di bendung lagi. konon nya nak update la satu dua tiga empat lima enam tujuh entry semalam, tapi banyak benda yang lari lari dalam otak ain. ain memang takde mood sangat. kerana

*rindu bonda yang sekarang outstation kat Sabah ba :'(
*rindu lelaki masa depan.ada ape ape jadi kat beliau ke? :'( 

ya. ain memang suka buat korang leleh air liur. ^^

Terjumpa seorang gadis yang bangga dengan sikap ego dia terhadap lelaki, bukan senang ye nak curik hati gadis tersebut. Gadis yang kiut miut dengan sikap egonya, kehidupan dia hanya ada diri dia, kawan kawan, famili yang supporting dan cinta ALLAH. masa tu. Lelaki?! sori to say lah, lepas clash cinta pertama, dia memang anti lelaki. nak berkawan dengan lelaki pun memilih milih. kiranya classmate lelaki beruntungla dapat kawan dengan dia.hehew. gedik kan gadis ni. -.-"

http://aindzaya.blogspotcom

sekali pandang, gadis ni memang sombong, tapi senyuman tak lekang dari bibirnya. dia seorang yang childish yang berjiwa kental. jadi tak pelik kalau hidupnya sentiasa ceria walaupun dalam otak dia, berlari lari pelbagai jenis masalah. musim budak budak Universiti mengawan, sibuk berdating dengan bopren masing masing, gadis ni cekal hatinya. rupanya gadis ada pendirian dalam diam

"stop searching a good man, but trying be better for ALLAH"

"ada cinta adalah, takde pun takpe. cinta ALLAH dan FAMILI masih ada"

rutin dia, saban hari ialah, kertas plan bangunan, bukubuku, pen dan pensil yang sentiasa dikelek ke sana dan ke mari. sebab dia ada cita-cita, dia nak jadi Construction Manager.

http://aindzaya.blogspotcom

ada masa, hujung minggu masa enjoy bagi gadis ini, keluar hang out bersama kawan kawan girlishnya. apa lagi, shopping la. almaklumlah, gadis ni amat giler pada fashionarium. tapi dia masih lagi ingat sempadan sebagai seorang muslimah. tapi soal duit, gadis ini memang tak pandai bajet, so jangan terkejut kalau gadis ini sanggup habeskan 20O hengget demi sehelai baju maxi. untungnya gadis ini, dia seorang yang terlalu talkative dan ramai kawan girlish. kadang kadang, jimat la sikit duit poket!keh.keh.keh.

http://aindzaya.blogspotcom


namun, tanpa gadis itu sedari,  ada seorang lelaki. seorang lelaki luarannya amat sombong, jalan menunduk. jaga mata kot! kata gadis ni, lelaki ni poyo giler, bajet ofsem la tu.huh! he.he.he.sebabnya, tiap kali gadis ini jumpa lelaki ini masa kelas brassband, tepi jalan, bahkan berselisih bahu pun dia memang camtu.bhahaha. 3 semester tak pernah bertegur dan bercakap. memang wajarlahkan, gadis buat statement begitu.he.he.he. even, tak pernah nampak lagi la dia berpoya poya dengan mana mana perempuan.

http://aindzaya.blogspotcom

dan lelaki itu sebenarnya, dalam diam adalah stalker hebat gadis tu dari semester 1 hingga 3. cakaplah apa saja pasal gadis tu, baju apa yang dia pakai, apa yang dia buat, apa masalah dia, siapa kawan kawan dia, setiap tarikh dan hari yang berkaitan dengan dia dan gadis tersebut. semuanya tersemat hebak, dalam memori yang entah berapa GB lelaki tu ada dari pandangan pertama dia mengenali gadis childish yang bangga dengan sikap egonya. semangat giler kan lelaki tu!

gadis tu??! bila dia dapat tahu dia ada stalker, memang dia bengang giler. ok! dia memang tak suka ada "manusia" yang suka stalker dia camtu, lebih lebih lagi lelaki. melampau kan! tapi lelaki tu tak berputus asa, setiap hari dia bercakap perkara sama. rimas kan? macam patut bagi Award Grammy Stalker Terhebat pulak..grrrr!

dan suatu hari, bila gadis bertanya;kenapa hobi suka jadi stalker terhebak  selama 3 semester berturut turut. nak jadi paparazi ea?mm..rupa rupanya lelaki itu jatuh hati masa hari first day minggu kedua di Universiti lagi. Ooo my guccii! gadis tu terdiam, tak taw nak cakap apa sebab hati dia tak bersedia terima mana mana cinta dari seorang lelaki lepas kecewa dengan cinta pertama dulu.

http://aindzaya.blogspotcombila diselami hati lelaki ini, dia hatinya sangat tulus. ada kekuatan di situ. terlalu merendah diri sikapnya, seorang yang berusaha. setiap apa yang dia katakan, gayanya punyai makna tersirat, yang perlu didalami dan dihayati. dia lelaki yang mampu buat perempuan kagum, kerana masih ada lagi lelaki seperti dia. berlatar belakangkan famili yang sederhana. keperibadian dia jadi admire setiap perempuan, keperibadian dirinya yang menyempurnakan setiap kelemahan yang ada dalam diri dia. sumpah, boleh buat wa cair lu! dia...dia tetap menunggu gadis tu...........katanya, gadis ini istimewa...okkeh! gadis, sila perasan sekarang ^^


http://aindzaya.blogspotcom

sebabnya, gadis ni sombong. wewitt wit wit ♥ 
kerana, pada suatu hari,

malam, gadis ini dapat meseh secara tiba-tiba dari seseorang

lelaki  : | (nama member dia) tak ingat*aku ada beli big appe lebih nie. kau nak tak? |
gadis  : *errkk, asal tetiba mamat ni . tetiba kau aku. layan je la  | big apple? yummy! boleh jugak! hehe juz
              kidding |
lelaki  :  | eh! sori silap sent meseh. awak nak ke big apple nie. tadi terlebih beli. kalau
              nak,saya bagi | ooww..terlebih beli,hik.hik.
gadis  :  |eh, xpela. bagi la kawan awak tu |
lelaki  :  | awak nak amekla, nanti saya bagi yer, saya tunggu awak kat uptown sekarang |
             *foodcourt kat universiti tu

*okkeh! nampak tak helah dia kat situ. wink ^^ wink.

gadis  : errkk...lelaki ni. errkk..nak pegi ke tak nak?nanti dia tunggu pulak. nak pakai baju apa ni? seluar
             apa ni? ker pakai skirt je? tudung apa ni? kalau tutup rambut dengan selendang camtu je boleh
tak errrr...


sepuluh minit kendian,

gadis; berbaju maxi pendek kuning cair dan kardigan hitam labuh + seluar palazo + shawl hitam

lelaki : *senyum, tanpa suara terus hulurkan sekotak big apple.
gadis : erkk..terima kasih. (ok. sengaja terlebih beli ke atau sengaja beli lebih..bersih je kotak..tak bersentuh pun..banyak pulak tu..huhu)

masing masing terus blah, ew ew ew! blushingnyer! first time jumpa direct camnie. lelaki tu memang suka buat suprise yang tak dijangka jangka.

gadis : |terima kasih, rumate kata murah rezeki malam ni. ada abang big apple bagi..hehe|
lelaki : |erkk..awak tak makan ke big apple tu?|
gadis : | makanla, tapi ne boleh makan sorang sorang. kenela share..huhu|
lelaki : |owh...huhu..esok lunch sama ek?
gadis : | ok | hehehew.sumpah malu. esok nak makan camne ye, mesti dramatik sopan habes :p

solat istikarah, hanya satu jalan penyelesaian yang gadis itu buat. alhamdulillah, semoga cinta yang ALLAH beri ini tidak melebihi cinta gadis pada ALLAH. dan sehingga kini si gadis masih cekal dengan pendiriannya yang satu

"I love him till jannah, trying be better for ALLAH"

sumber : Ain Dzaya

p/s : how lovely! thank you for sharing the sweetest little momentst hroughout your day! I love it, ain dzaya nggee~