How's bobo enjoy blogging safely?

Assalamualaikum  
Entri kali ni bukan nak ajak semua orang kampung bergosip tentang bobo youtuber yang menjadi trending tahun ni. ya. ya. ain tahu dia hot, dia hensem, jambu lagi gitew. ain pun terbahak bahak jugak layan video-video beliau tatkala sedang penuh mulut makan di mekdi. mujur, orang sekeliling tak baling ain dengan  pembungkus beger dan sos. walaupun dengar desas desus, orang sebelah dah siap sedia nak baling air pepsi. nasib baik ain ni kiut, terus tak jadi -..-

upss, ain terlupa. entri kali ni dihasilkan untuk 1CITIZEN bagi memenuhi syarat-syarat program 1CITIZEN di samping berkongsi ilmu tentang BLOG. murah rezeki sikit boleh menang hadiah RM30000++.

orait. rata-rata blogger yang ain kenal memang dah expert kemain dalam mengendalikan blog. mostly blog yang ain kenal PERSONAL BLOG. bukan blog saja. dah pandai buat duit dengan blog. buat kawan dengan blog. kongsi goodness dalam blog. tapi dalam berblog ni ada SATU perkara yang 99.999% para blogger tak tahu, iaitu BERBLOG DENGAN SELAMAT. 

Blog atau “blogging” merupakan laman web sosial yang direka cipta kepada pengguna teknologi komputer yang gemar berkongsi penulisan tentang pengalaman, idea, ataupun minat mereka kepada pembaca blog mereka. Dalam erti kata lain blog juga merupakan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian web. Selain itu juga, blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog.  

Terdapat beberapa elemen yang perlu difahami untuk memastikan blogger dapat berblog secara berhemah. Untuk lebih pemahaman, ain akan  menggunakan konsep "how's bobo enjoy blogging safely?". Konsep ini mengandungi 8 kunci element yang perlu dipertimbangkan; e-access, e-care, e-enterprise, e-interaction, e-rule, e-literate, e-accountability and e-safety. yang di setiap satu akan ain terangkan secara lebih terperinci. dengan itu, sila minum seteguk neskepi, sebelum ain explain dengan lebih terperinci.

bobo's mind map "how's bobo enjoy blogging safely?"
*gigih tau kite nak siapkan demi seketul gambar*


e-care
Mengamalkan ergonomik. apa tu orgonomik kak? Ergonomik adalah langkah pengcegahan untuk mengelakan kecederaan semasa sedang online yang boleh menjejaskan rutin kehidupan kita. *Ooo..pahampaham contohnya, tak payah cari jauh, diri sendiri pun dah cukup. tengok posture apa yang korang duduk sekarang? kuak lentang, baring, mendagu, melutut. 

haaaa! yang tu pun dah jelas lagi terang salah. sebab tu lah banyak kajian menyatakan orang yang mengadap laptop/pc ni pendek umur. spesis manusia macam korang la; yang sengaja mengundang penyakit fizikal seperti Kecederaan Tekanan Berulang, Sakit Belakang, Keletihan Mata, dan Gangguan Rangka Otot (MSD) sekaligus mati cepat. maka, sekarang ain nak ajar cara posture badan yang betul;

Cara duduk posture yang betul bertujuan mengelak daripada mengundang penyakit fizikal.

e-interaction

kiyo

The richest people in the world build networks.
Everyone else looks for work.”
- Robert Kiyosaki



Build a network. Jika zaman dulu, kalau kita nak berkomunikasi dengan orang lain, kita akan berjumpa face to face sambil minum seteguk dua kopi susu di kedai kopi atau berbual di telefon atau pun melalui telegram. Kini, dengan wujudnya blog dengan menulis post di blog, pembaca boleh mengomen di kotak komen malahan mereka boleh balas antara satu sama lain. Jika mereka berminat, mereka boleh link-kan artikel blog di Facebook, Delicious, Tweet dan etc. 

Namun, disebabkan terlau banyak 'web/blog', maka ada wujudnya sesetengah blog dengan tujuan yang salah, menyebarkan kebencian, membahayakan keselamatan orang lain dan banyak lagi. Oleh yang demikian, ain menasihatkan, jika ingin mengunakan laman sosial walau di mana dan dengan sesiapa pun korang berkomunikasi, layanlah mereka sepertimana anda ingin dilayan. Gunakan laman sosial ini untuk memupuk perpaduan demi kebaikan semua :)



e-safety
not reveal the identity. Sejak 4 tahun ain berkecimpung dalam dunia blogging ni, mostly para blogger personal blog terutamanya, suka reveal real identiti di blog, kononnya untuk menjadi lebih telus dalam berblog. antaranya, nama sebenar, alamat rumah, norbor telefon, nombor ic, no acc bank kepada umum dan banyak lagi lah.

contoh jenis stalker yang sedia ada ^^

tanpa disedari, korang semua berada diambang bahaya. sebab musababnya, identiti dicuri, phishing, cracker, stalker, pembulian siber, dan banyak lagi tanda kita sedari. so, untuk memastikan keselamatan kita terjaga, bermula dari sebuah blog, adalah cara yang lebih baik dengan mengawal dan melindungi identiti sebenar daripada didedahkan untuk memastikan tiada negatif impak berlaka dalam kehidupan kita. so uols, kalau tiba-tiba korang ada hacker, stalker jangan lah 100% tunding jari ke arah mereka, sedangkan 4 jari lagi tunding jari sedang persalahkan anda :)


e-enterprise
start a new business. Dengan berblog, kita boleh memulakan 'new business', iaitu membuat duit melalui blog. cara untuk mendapatkan duit melalui blog melalui google adsense, nuffnang8share, churpchurp dan banyak lagi advertise yang memberi peluang blogger membuat duit melalui blog.

Ramai blogger telah berjaya generate income dengan advertise dari pelbagai sumber. Paling mudah untuk dapatkan duit ialah Google Adsense. Dengan cara, create blog di www.blogger.com. Dengan setiap klik daripada pengunjung ke blog kita, akan memberi pulangan yang sangat menguntungkan! yang pastinya kena jujur lah dengan adsense ni, jangan memandai je buat 'click fraud' kerana google lebih bijak dengan sistemnya berbanding korang tau tau tau. mudahkan! umpama perumpamaan 'sambil goyang kaki, duit turun dari langit'.eh!


e-rule
Copycat sering berlaku dalam dunia blogging. perkara sebegini pernah berlaku sepanjang 4 tahun ain aktif dalam dunia blogging merujuk entri ini. antara kes copycat yang sering berlaku ialah mencuri dan mengubah isi kandungan blog lain, meletakkan gambar orang lain, mewujudkan laman web palsu yang boleh menganggu hak orang lain dan mencoroboh hasil idea orang lain secara SENGAJA.

Jenayah siber sebegini sering berlaku kerana untuk mengejar glamour, sengaja membuat kacau, untuk membalas dendam, mencuri identiti orang lain dan untuk suka-suka sahaja. Oleh yang demikian, jika ingin berblog secara selamat kita harus lebih berhati hati melindungi hak blog kita dengan meletakan code 'disable right-click', 'disable highlight' pada blog (rujuk tutorial) seperti yang ain buat demi keselamatan blog dan diri ain.


e-literate
give goodness to others and build trust online. Mostly yang ain kenali PERSONAL BLOG, more literate to "online diary" atau secara tak langsung setiap penulisan blog bukan sahaja memuaskan hati para blogger tetapi kepada orang lain. 

Pelikkan! sebagai contoh, blog kisah peribadi, perkongsian ruang maklumat, ruang pekerjaan, ruang resepi makanan, ruang kesihatan boleh memberi impak positif kepada orang lain dengan cara, dengan bermulanya kita berkongsi pelbagai maklumat yang kita perolehi bersama orang lain yang membaca post kita, mereka akan mendapat pengajarannya dan kelebihan daripadanya. Bak kata orang putih "The personal is the universal , and the more personal it is, more universally it applies" 

Walaupun kita kata kita menulis hanya untuk peribadi. Tetapi lagi detailed kita menulis sesuatu artikel, lagi banyak kita berkongsi sesuatu maklumat, lagi banyak pembelajaran kepada pihak lain. Ironik kan. Kesimpulannya blogging adalah satu perkongsian. Perkongsian yang harus diguna pakai dengan wajar dan berhemah dan secara tidak langsung memberi kelebihan kepada orang lain.


e-access
learn in demand and stay knowledgeable. e-access boleh merangkumi ke semua 8 kunci element yang telah ain terangkan. kita tidak sepatutnya menyalahgunakan kemudahan laman sosial yang telah diwujudkan dengan berkongsi bahan yang bersifat 'buruk', menyebarkan maklumat palsu, mengutuk orang lain melalui blog, bersikap sensitif terhadap bangsa dan kepercayaan agama dan lain lain.

wireless joke




Secara kseluruhan, dengan memahami 8 kunci element ini, ia memberi kita keperluan untuk lebih berblog secara berhemah dan selamat serta dilindungi daripada gejala-gejala spyware, hackers, phishing, kecurian identiti dan sbagainya semasa online tanpa kita sedari. Seiring dengan menanamkan sifat-sifat murni dan positif ketika menggunakan teknogi di samping berfikiran lebih tipikal kesan daripada tingkah laku kita semasa online.






credit :
*1 Citizen*
*Muhamad Amirul Adha*


produced for:


Selamat membaca :)

Senarai Pemenang Hadiah Misteri Printscreen Pageview Blog Ain.

Assalamualaikum 


baik lahhhh! ini adalah senarai peserta Hadiah Misteri Printscreen Pageview Blog Ain yang telah berjaya membodek ain untuk menang hadiah misteri untuk mini segment yang lepas. okeys, kali ni memang ain sangat bermurah hati, nak bagi banyak anugerah sikit untuk semua yang support belog ain sehingga boleh cecah purata 6000++ per week. 

Pemenang yang printscreen nombor ohsem, febeles dan mengujakan

Pemenang yang prnitscreen no yang cantik dan manis


Hadiah misteri yang iols gempar gempurkan yang dikatakan sangat special ialah :

mempersembahkannn!

phone strip beserta dengan tag nama setiap sorang ^^

untuk semua pemenang. Sebab musababnya kenapa hadiah ni misteri kerana iols hasilkan kraft kiut miut ni dengan hasil air tangan iols sendiri, setelah berpenat lelah bersengkang mata, tercocok jarum, berhabisan tenaga demi hadiah yang chumil. walaupun ia tak seberapa tapi ain berharap korang nanti kalau dah dapat jaga lah leklok.ehew

Alhamdulillah, sekarang ain dah launched Crafty Online. macam tak percaya pulak. kalau dulu ain kemain takut untuk buat semua ni. tapi sekarang bila ain dah langkah selangkah ke hadapan, ain bersyukur sangat. banyak tempahan yang ain dapat. even, banyak perkara yang mencabar sepanjang libatkan diri dalam online bisness.



yang utama, ain harus sabar dan keeping moving dengan apa yang ain buat dan jangan pernah pandang ke belakang. dulu macam best je tengok orang berbisnes. tapi sekarang, sangat best bila ain sendiri bawa diri ain dalam bidang ni. sangat bersyukur. tak sangka sekarang ain mampu bergerak sejauh ini. memang tak reti sangat nak berbisnesw ni. tapi, Allah sentiasa membantu ain. :')

ain harap, lepas ni, ramai yang akan support ain tak saja di blog, tapi di Online Crafty ain. dan perancangan dibuat sangat teliti dengan harapan semua berjalan dengan lancar. sampai semalaman kita tak tidur pun mimpi tengah siapakan barangan order. apakah ini semua?!

opss, seperkara lagi jangan lupa LIKE page : Page Ain Dzaya, FELT Love Collections  
nanti ain cerita lebih lanjut. ni konon Teaser la khennn. 


....................................................................................


Alhamdulillahh. selesai sudah Hadiah Misteri Printscreen Pageview Blog Ain ni. syukur sangat niat ain nak kongsi hasil duit bisness dah berjaya. terim kasih semua yang sudi sokong belog ain sehingga di tahap sekarang.

ain harap sangat tak ada yang terasa ke, kecik hati ke kalau tak menang. adat permainan. ada yang tak terpilih ada yang terpilih. dan ain dah buat yang paling terbaik untuk kawan kawan belog ain. bukan undi cara pilih biasa, bukan minta buat apa apa, hanya ain pilih dengan mereka yang betul betul gigih buat yang terbaik untuk menang.

insyaAllah, kalau ain ada rezeki lebih lagi, ain pasti akan buat lagi ya. harap harap korang akan bagi sokongan macam ni la. 

Alhamdulillah. ni rezeki kita bersama ya. kepada yang tak terpilih, insyaAllah, next ain buat lagi, korang join la ye. mana tahu, ni bukan rezeki kita. wuuu T_T ain sendiri pun tak terpilih. puihh. ini saja yang mampu ain balas jasa korang yang menyokong ain selama ni.

kepada pemenang, sila bagi tahu ain yang korang menang ya. jangan senyap pulak. kang tak dapat hadiah kang. wuuuu. tahniah kepada pemenang. untunglah korang, nama ain tak terpilih pun, tak menang pun. T_T 

DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA, KORANG SANGAT HEBAKKK!

    Things-to-do

    Assalamualaikum
    selamat pagi semua ^^. sape tak bangun lagi, ain cocok cocok montot dengaan pensel Stabilo karang. Cepat bangun!

    dah bangun pagi pagi ni. terus perut chomel ain meragam nak melantak macam macam, terutama sekali nasi lemak. nasi lemak kegemaran pagi haruslah lengkap bersama taburan kacang dan ikan bilis goreng, timun dan telur separuh yang secukup rasa. sambal pulak haruslah merah makngah kurang minyak dengan penuh secukup rasa.

    kendian haruslah disertakan dengan dessert sekapit roti bakar bersama lapisan lapisan cheese yang mencair di mulut. disertakan dengan secawan kopi yang pahit pahit pekat. wahh!

    yang paling ain tak suka, bila seawal pagi kemain sebal hati bercakap tentang makanan kegemaran tapi dapat rasa pun nikmatnya. sangat. sangat tak suka. bertambah tak suka bila nak kene kerah diri buat dengan air tangan sendiri. sebab musababnya memang tak akan dapat sambal nasi lemak idaman hati. terlebih minyak lah, manis lah, terlalu pedas la, itu lah, ini lah. aish. ain ain --"

    pagi ni, bangun pagi terus semangat kemain buka blog. bersalah sangat dengan blog tatkala dah berjanji dan berazam dengan blog sekurang kurangnya hapdate 2 kali seminggu. T_T. Namun kebizzzzian final semester menyebabkan ain terpaksa abaikan belog sementara, hapdate pun seminggu sekali je. tu pun kalau sempat. kalau tak sempat nak jeling jeling blog pun sangat tak sempat. sangat tiada kekangan masa. sangat bizzzi hoi hoi.

    dua tiga empat hari lepas ain ada tulis list "things-to-do". dengan harapan lepas ini hidup ain jadi lebih bermotivasi, blog ain juga akan jadi lebih bermotivasi. dah siap ada reminder ni, dapat lah mengingatkan ain untuk melaksanakan tugas sepanjang hari. sepanjang menganggur. sepanjang tunggu result degree. dengan harapan ain akan menjadi anak yang lebih bermotivasi. walhal, selama ni tulis je. entah baca, entah buat, entah tidak. cis!

    agar entri ni tak berbaur sampah di awal pagi ni, makanya ain nak kongsi serba sedikit di blog. sekurang kurangnya, rasa lebih 'amanah' la dengan list "to-do-list" nih. ehew.



    Craft Felt - Love Collection
    Kalau  blogger lain-lain sibuk jual collections tudung bawal, shawls, baju muslimah, baju urban, banyak lagi lah. Alhamdulillah, sekarang ni ain sedang berjinak jinak dengan bisness craft felt, sebenarnya ain dah lama terlibat dengan craft felt ni. macam macam jenis handmade collection ain buat, bantal kecil dengan tag nama, hand bouquet, keychain, tag nama, pouch handphone pelbagai jenis dan macam-macam lagi la dengan harga yang sangt murah dan berpatutan. sekarang ni ain tengah sibuk pack semua collections yang shomel-shomel untuk dihantar ke kedai. di samping gigih menyiapkan hand bouquet untuk weeding cousin ain bulan depan. 



    sape like dia kiut miut  ^^

    Kerja Part Time
    jelas menunjukan ain seorang anak yang ber'jurus', tatkala dengan rela hati ingin bekerja part-time sebelum sambung degree. walaupun, pekerjaan tu tidak lumayan, at least, dapat la jugak ain mengisi masa daripada bermalas-malasan atas katil. habit yang sangat tak berguna.


    Umumkan nama pemenang teka pageview blog ain
    Sebenarnyakan, ini perkara yang paling merunsingkan ain. sebab musababnya, terlalu ramai senarai pemenang yang ain terpaksa pilih secara random guna random.org hanya untuk mencari 12 orang pemenang untuk segment yang lepas. walaupun segment tu dibuat tanpa sengaja, tapi amanah nak agihkan hadiah tetap amanah. tak sabar betul ain nak umumkan nama pemenang di entri akan datang bersama dengan hadiah misteri yang sangat spesial tau tau tau, senarai pun dah ada >.<


    Buat entri untuk portfolio 1citizen



    Untuk pengetahuan umum, dua hari lepas ain telah menyertai program 1 Citizen yang diadakan di UiTM Sri Iskandar. Asalnya, memang ramai kawan-kawan yang suruh ain join event ni, di samping boleh promote blog kepada orang umum. Namun ain ni sentiasa tiada kekangan masa dulu. sibuk mengalahkan perdana menteri, sehingga kak rosmah kompius mana satu perdana menteri dan ain dzaya yang kecik moleks -..-"

    di 1 Citizen, ain mempelajari tentang keburukan dan kebaikan menggunakan digital media ni. kalau dulu ain tak pernah hiraukan pun tentang keselamatan guna media digital ni, tapi sekarang lebih berilmu sikit di dada.muehe. lepas ni kene lebih berhati hati dengan digital media hatta belog pun kerana  hatter sentiasa ada dimana-mana.

    korang jugak akan memperolehi sijil profesional. waahh! kalau korang nak aply kerja kat Abu Dhabi pun, guna sijil ni pun boleh. hadiah lebih RM30000+ boleh dimenangi di samping boleh promote blog  kepada orang umum. blog ain kan blog bermotivasi la sangaatt.hehew. sangat bermanfaat. tak sia sia ain join event sebegini. kalau semorang nak join boleh daftar di page 1 Citizen. sangat bermanfaat. ain mampu jamin kerat kuku. heh!


    itu saja, "things-list-to-do" ain sepanjang cuti semester ni. dah dah, hand bouquet perlu disiapkan dengan segera.

    selamat membaca!