How's bobo enjoy blogging safely?

Assalamualaikum  
Entri kali ni bukan nak ajak semua orang kampung bergosip tentang bobo youtuber yang menjadi trending tahun ni. ya. ya. ain tahu dia hot, dia hensem, jambu lagi gitew. ain pun terbahak bahak jugak layan video-video beliau tatkala sedang penuh mulut makan di mekdi. mujur, orang sekeliling tak baling ain dengan  pembungkus beger dan sos. walaupun dengar desas desus, orang sebelah dah siap sedia nak baling air pepsi. nasib baik ain ni kiut, terus tak jadi -..-

upss, ain terlupa. entri kali ni dihasilkan untuk 1CITIZEN bagi memenuhi syarat-syarat program 1CITIZEN di samping berkongsi ilmu tentang BLOG. murah rezeki sikit boleh menang hadiah RM30000++.

orait. rata-rata blogger yang ain kenal memang dah expert kemain dalam mengendalikan blog. mostly blog yang ain kenal PERSONAL BLOG. bukan blog saja. dah pandai buat duit dengan blog. buat kawan dengan blog. kongsi goodness dalam blog. tapi dalam berblog ni ada SATU perkara yang 99.999% para blogger tak tahu, iaitu BERBLOG DENGAN SELAMAT. 

Blog atau “blogging” merupakan laman web sosial yang direka cipta kepada pengguna teknologi komputer yang gemar berkongsi penulisan tentang pengalaman, idea, ataupun minat mereka kepada pembaca blog mereka. Dalam erti kata lain blog juga merupakan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian web. Selain itu juga, blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog.  

Terdapat beberapa elemen yang perlu difahami untuk memastikan blogger dapat berblog secara berhemah. Untuk lebih pemahaman, ain akan  menggunakan konsep "how's bobo enjoy blogging safely?". Konsep ini mengandungi 8 kunci element yang perlu dipertimbangkan; e-access, e-care, e-enterprise, e-interaction, e-rule, e-literate, e-accountability and e-safety. yang di setiap satu akan ain terangkan secara lebih terperinci. dengan itu, sila minum seteguk neskepi, sebelum ain explain dengan lebih terperinci.

bobo's mind map "how's bobo enjoy blogging safely?"
*gigih tau kite nak siapkan demi seketul gambar*


e-care
Mengamalkan ergonomik. apa tu orgonomik kak? Ergonomik adalah langkah pengcegahan untuk mengelakan kecederaan semasa sedang online yang boleh menjejaskan rutin kehidupan kita. *Ooo..pahampaham contohnya, tak payah cari jauh, diri sendiri pun dah cukup. tengok posture apa yang korang duduk sekarang? kuak lentang, baring, mendagu, melutut. 

haaaa! yang tu pun dah jelas lagi terang salah. sebab tu lah banyak kajian menyatakan orang yang mengadap laptop/pc ni pendek umur. spesis manusia macam korang la; yang sengaja mengundang penyakit fizikal seperti Kecederaan Tekanan Berulang, Sakit Belakang, Keletihan Mata, dan Gangguan Rangka Otot (MSD) sekaligus mati cepat. maka, sekarang ain nak ajar cara posture badan yang betul;

Cara duduk posture yang betul bertujuan mengelak daripada mengundang penyakit fizikal.

e-interaction

kiyo

The richest people in the world build networks.
Everyone else looks for work.”
- Robert Kiyosaki



Build a network. Jika zaman dulu, kalau kita nak berkomunikasi dengan orang lain, kita akan berjumpa face to face sambil minum seteguk dua kopi susu di kedai kopi atau berbual di telefon atau pun melalui telegram. Kini, dengan wujudnya blog dengan menulis post di blog, pembaca boleh mengomen di kotak komen malahan mereka boleh balas antara satu sama lain. Jika mereka berminat, mereka boleh link-kan artikel blog di Facebook, Delicious, Tweet dan etc. 

Namun, disebabkan terlau banyak 'web/blog', maka ada wujudnya sesetengah blog dengan tujuan yang salah, menyebarkan kebencian, membahayakan keselamatan orang lain dan banyak lagi. Oleh yang demikian, ain menasihatkan, jika ingin mengunakan laman sosial walau di mana dan dengan sesiapa pun korang berkomunikasi, layanlah mereka sepertimana anda ingin dilayan. Gunakan laman sosial ini untuk memupuk perpaduan demi kebaikan semua :)



e-safety
not reveal the identity. Sejak 4 tahun ain berkecimpung dalam dunia blogging ni, mostly para blogger personal blog terutamanya, suka reveal real identiti di blog, kononnya untuk menjadi lebih telus dalam berblog. antaranya, nama sebenar, alamat rumah, norbor telefon, nombor ic, no acc bank kepada umum dan banyak lagi lah.

contoh jenis stalker yang sedia ada ^^

tanpa disedari, korang semua berada diambang bahaya. sebab musababnya, identiti dicuri, phishing, cracker, stalker, pembulian siber, dan banyak lagi tanda kita sedari. so, untuk memastikan keselamatan kita terjaga, bermula dari sebuah blog, adalah cara yang lebih baik dengan mengawal dan melindungi identiti sebenar daripada didedahkan untuk memastikan tiada negatif impak berlaka dalam kehidupan kita. so uols, kalau tiba-tiba korang ada hacker, stalker jangan lah 100% tunding jari ke arah mereka, sedangkan 4 jari lagi tunding jari sedang persalahkan anda :)


e-enterprise
start a new business. Dengan berblog, kita boleh memulakan 'new business', iaitu membuat duit melalui blog. cara untuk mendapatkan duit melalui blog melalui google adsense, nuffnang8share, churpchurp dan banyak lagi advertise yang memberi peluang blogger membuat duit melalui blog.

Ramai blogger telah berjaya generate income dengan advertise dari pelbagai sumber. Paling mudah untuk dapatkan duit ialah Google Adsense. Dengan cara, create blog di www.blogger.com. Dengan setiap klik daripada pengunjung ke blog kita, akan memberi pulangan yang sangat menguntungkan! yang pastinya kena jujur lah dengan adsense ni, jangan memandai je buat 'click fraud' kerana google lebih bijak dengan sistemnya berbanding korang tau tau tau. mudahkan! umpama perumpamaan 'sambil goyang kaki, duit turun dari langit'.eh!


e-rule
Copycat sering berlaku dalam dunia blogging. perkara sebegini pernah berlaku sepanjang 4 tahun ain aktif dalam dunia blogging merujuk entri ini. antara kes copycat yang sering berlaku ialah mencuri dan mengubah isi kandungan blog lain, meletakkan gambar orang lain, mewujudkan laman web palsu yang boleh menganggu hak orang lain dan mencoroboh hasil idea orang lain secara SENGAJA.

Jenayah siber sebegini sering berlaku kerana untuk mengejar glamour, sengaja membuat kacau, untuk membalas dendam, mencuri identiti orang lain dan untuk suka-suka sahaja. Oleh yang demikian, jika ingin berblog secara selamat kita harus lebih berhati hati melindungi hak blog kita dengan meletakan code 'disable right-click', 'disable highlight' pada blog (rujuk tutorial) seperti yang ain buat demi keselamatan blog dan diri ain.


e-literate
give goodness to others and build trust online. Mostly yang ain kenali PERSONAL BLOG, more literate to "online diary" atau secara tak langsung setiap penulisan blog bukan sahaja memuaskan hati para blogger tetapi kepada orang lain. 

Pelikkan! sebagai contoh, blog kisah peribadi, perkongsian ruang maklumat, ruang pekerjaan, ruang resepi makanan, ruang kesihatan boleh memberi impak positif kepada orang lain dengan cara, dengan bermulanya kita berkongsi pelbagai maklumat yang kita perolehi bersama orang lain yang membaca post kita, mereka akan mendapat pengajarannya dan kelebihan daripadanya. Bak kata orang putih "The personal is the universal , and the more personal it is, more universally it applies" 

Walaupun kita kata kita menulis hanya untuk peribadi. Tetapi lagi detailed kita menulis sesuatu artikel, lagi banyak kita berkongsi sesuatu maklumat, lagi banyak pembelajaran kepada pihak lain. Ironik kan. Kesimpulannya blogging adalah satu perkongsian. Perkongsian yang harus diguna pakai dengan wajar dan berhemah dan secara tidak langsung memberi kelebihan kepada orang lain.


e-access
learn in demand and stay knowledgeable. e-access boleh merangkumi ke semua 8 kunci element yang telah ain terangkan. kita tidak sepatutnya menyalahgunakan kemudahan laman sosial yang telah diwujudkan dengan berkongsi bahan yang bersifat 'buruk', menyebarkan maklumat palsu, mengutuk orang lain melalui blog, bersikap sensitif terhadap bangsa dan kepercayaan agama dan lain lain.

wireless joke




Secara kseluruhan, dengan memahami 8 kunci element ini, ia memberi kita keperluan untuk lebih berblog secara berhemah dan selamat serta dilindungi daripada gejala-gejala spyware, hackers, phishing, kecurian identiti dan sbagainya semasa online tanpa kita sedari. Seiring dengan menanamkan sifat-sifat murni dan positif ketika menggunakan teknogi di samping berfikiran lebih tipikal kesan daripada tingkah laku kita semasa online.






credit :
*1 Citizen*
*Muhamad Amirul Adha*


produced for:


Selamat membaca :)

31 sayang Ain Dzaya ♥:

awie berkata...

ain...semua ni ain buat sendiri ke?
erk...sangat rajin...respek la usaha ain ni...aish...kalo sy da malas da ni nak wat2 camni...mmg terbaik ain...terus hasilkan entri2 yang menarik sperti ini...sangat2 membantu :D terima kasih

nice blog too :D

Eiqa azra berkata...

wow!! lengkap! :)
teruskan berblogging...

Diari Si Froggie berkata...

Wasalam Ain.. fuh dengan panjang lebarnya dia punya entry dan dengan gagahnya aida baca satu persatu sampai habis.. terbaik lah idea ain untuk 1CITIZEN nie.. semua yang ain senaraikan tu semuanya demi keselematan dan keselesaan kaki online or kaki blogger :) Good Luck Ain..

my notes berkata...

assalamualaikum ... rajin wat paper work ... good luck babeh

Kekzamanis berkata...

Nice info to share! Good job Ain! ^^,

ARJUNA.Inc berkata...

waa...bru tau caranya..ingat blog men boleh skati pkai je..hahha.

9n0L4 berkata...

very good tips. ain nmpk matang dlm entri ni. :)

budakvanilla berkata...

wah. .sgt details n terbaek. . :) ska baca yg nie. . :)

Sarah Mohd Saleh berkata...

Ohh pandai gak melukis doddle er,comel. Psl 1 citizen ni, mest nak dpt markah lulus kan,sbab ni dikire projek wajib,sara mase tu wat gmbo jek. Simple dan cpt

Unknown berkata...

perkongsian yg menarik ain... :)

Si Matatajam berkata...

Happy blogging Ain...

aindzaya berkata...

@impreza awie ; buat sendiri laa..dengan harapan nak menang. ambuii cita2 tinggi menggunugkann..

aindzaya berkata...

@eiqa azra sikit sebanyak dapat share dengan orang luar kelebihan berblogging kann...

aindzaya berkata...

@eiqa azra sikit sebanyak dapat share dengan orang luar kelebihan berblogging kann...

aindzaya berkata...

@Diari Si Froggie betul2! supaya orang luar patut tahu jugak apa kebaikan dan keburukan berblog ni kann..

aindzaya berkata...

@my notes : sebab nak menang hadiah kut..hehe

aindzaya berkata...

@my notes : sebab nak menang hadiah kut..hehe

aindzaya berkata...

@Rosmiza Ali : sama sama miza :p

aindzaya berkata...

@Rosmiza Ali : sama sama miza :p

aindzaya berkata...

@ARJUNA.Inc ; ambui! ang..

aindzaya berkata...

@9n0L4 ; try be meyself as much :)

aindzaya berkata...

@9n0L4 ; try be meyself as much :)

aindzaya berkata...

@❤ Si Budak Vanilla ❤ : ^^

aindzaya berkata...

@❤ Si Budak Vanilla ❤ : ^^

aindzaya berkata...

@Sarah Mohd Saleh ; mestilah, ain paling lambat hantar kot! gara gara nak perah otak, untuk keluarkan idea..

aindzaya berkata...

@Sarah Mohd Saleh ; mestilah, ain paling lambat hantar kot! gara gara nak perah otak, untuk keluarkan idea..

aindzaya berkata...

@Hatimi Tahirruddin : just make nice sharing ^^

aindzaya berkata...

@Hatimi Tahirruddin : just make nice sharing ^^

aindzaya berkata...

@Si Matatajam : keeping blogging jugak!

aindzaya berkata...

@Si Matatajam : keeping blogging jugak!

Bunda_nora berkata...

wah! rajinnyer dia...nice info..