Gadis Magribi Pilihan Jejaka Tempatan


Gadis Magribi yang dikatakan cantik dan tidak 'tercemar'..it is true??

Sejak akhir-akhir ini tajuk Akhbar berkaitan Gadis Magribi sering menjadi topik ‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan dalam media massa..*ngee..cmne la nsib gdis tmpatan... Gadis yang berasal dari benua Afrika Utara, bukan sahaja  memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ d malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000. Semua yang diperkatakan ini bukan sahaja omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan.Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada  kulit..Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik. Plus, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat dan suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana. Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami .

Di Magribi, tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka. Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami.

Hal ini berlaku kerana  ramai jejaka Malaysia memberi reaksi berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana  pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.
Jejaa tempatan yang mengahwini gadis Magribi
Namun , ‘Trend’ baru ini bakal menimbulkan ‘ancaman’ baru kepada gadis tempatan yang kini semakin ramai sukar bertemu jodoh. Pakar Motivasi dan Kaunseling, Klinik Hushim Motivation and Counselling Consultantsy, Hushim Salleh berkata, jika lelaki di negara ini, terutama yang tergolong dalam kategori ‘berkualiti’, memilih jodoh gadis dari negara luar, tempiasnya pasti terkena kepada gadis tempatan.

Realitinya, hari ini semakin ramai wanita negara ini yang semakin lanjut usianya belum berkahwin gara-gara sukar mendapat pilihan lelaki yang serasi dan bersesuaian dengan mereka.Pada masa sama, faktor lain seperti belanja hantaran dan kahwin semakin tinggi turut menjadi penghalang kepada ikatan perkahwinan. Hal ini menyebabkan sebelum kahwin pasangan terpaksa buat pinjaman bank untuk hantaran dan belanja kahwin. Selepas kahwin setiap bulan kena bayar pinjaman bank. Kos hidup pula semakin meningkat, menyebabkan perbelanjaan juga meningkat. Bayar pinjaman bank, bayar itu dan ini, lama kelamaan tak cukup wang lalu membuatkan suami isteri bergaduh sampai bercerai.

Sumber: Harian Metro, 12 Disember 2010
PS:cmnela nsib gadis Mlayu yang semakin rosak.....lu pk la sniri??