umpama cinta sejati Edward Cullen ♥

Assalamualaikum ^^
Samsung Galaxy Ace, come here babe!. intro tanpa motif yang sahih.
http://farm7.staticflickr.com/6126/5983106910_73a89d4c3a.jpg

gumbira jiwa tak terkata bila mana konon, jumpa Edward Cullen tiup ayat cinta dalam balang hati sambil makan biskut marry.ya. tiada sape yang alami mimpi camni.ain sorang je.

puiihh!ceiit! berangan la kau esah.

sungguh mustahillah sangatlahkan untuk ain ikat ketat ketat cinta Edward Cullen guna tali lembu pak cik sameon untuk ikat cinta Edward Cullen dalam taman hati ain. apatah lagi nak tambat cinta si Edward.

gamaknya kalau ain terjun laut hidup semula Edward Cullen akan datang tiup roh baru tak untuk hidup sratos tahun lagi bersamanya.hak.hak.hak. ketawa tersopan abad 2011.

Setelah segenap abad ain berpijak atas tanah ni, berhadapan dengan pelbagai ragam manusia termasuk ragam ain sendiri umpama budak kecik comel yang merengek nak cekelat lolipop stoberi  -.-" otak ain sering bereksperimen,



kenapa kita perlu bersusah payah berusha jika semuanya telah pun ditakdirkan? 


kenapa perlu nanes sampai lelehleleh sedut hingus macam yoyo je pk comel la tu =.=" kalau tak bersedia hadapi musibah hidup apatah lagi cinta? 


perlu ke seksa diri jika cinta yang didamba pergi? 


kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? 


kenapa perlu jadi desperate mencari 'si dia'?


sayang cinta sebenarnya tak perlu dicari sayang, kerana suatu hati nanti cinta tu sendiri akan hadir dalam hati kita. usah khuatir jika cinta yang didamba tidak singgah di perhentian hati. Bukan ke setiap manusia telah ditetapkan jodoh masing masing di Luh Mahfuz, hanya kita perlu belajar untuk sabar menanti kehadiran cinta tersebut.


Usah bazirkan masa mudamu dengan bermain cinta yang palsu,


'joyah sayang leman sebab leman hensemlah,aww!'........annoying lah!errggghh!

'jijoi pelezz jadi partner kiah, kiah single lagi.pelez!pelez!pelez!' ......0.o....lalalalalala

'peos kawan kawan jeje sume dah ada boyfie, peos jadi boyfie jeje je lah'......pak ajis bagi ain air asid segeleng.sanggup simbah!

'mail kapel jum!'....bluek!bluek!bluek!

'awak saya sunyila'.....babap maw?


kadang kadang kita tak sedar sebenarnya  cinta sejati tu ada depan mata kita. tapi, sila bayangkan sebuah bilik yang dipenuhi kepolan kepolan kabus sehingga menenggelamkan ain yang kecik molek nie meraba raba mencari gugusan cekelat. sedangkan cekelat tu ada di depan mata je. itu kerana kepolan kepolan kabus tebal telah menghalang pemandangan ain. Namun janganlah berputus asa, berusaha la mencari kesempurnaan dalam diri dahulu sebelum cinta datang mencari kita.

Rasulullah bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?” Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” 

Jelas di situ ye anak anak, beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.
Kata hati :
Jangan ditanya, 
“kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” 
sebaliknya tanyalah diri sendiri 
“apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”


1 sayang Ain Dzaya ♥:

Unknown berkata...

aah jangan sbb cinte kite bute

life must go on