Assalamualaikum ❤
13 Syawal 1435.
eh dah 13 Syawal kann. eh, oh bukan baru raya kedua ke? baru ingat nak kutip duit raya lagi --'
Selca hari raya kedua! |
selalu macam ni kan. orang lain dah siap hapdate pasal raya yang ke tujuh lapan ketul entri, siap dah nak buat entri pasal raya haji, ain ni masih lagi terkedek kedek terketar ketar nak taip pasal entri raya. siyes. macam dah lupa diri sikit, lupa yang diri ni ada belog.
ni semua gara gara Kevin Systrom lah yang pergi cipta instagram pasaipa, yang buat ain hazabedah punya malasnya nak hapdate belog ni. Gambar semua dalam tepon saje, boleh katakan setiap saat nak hapdate gambar raya dalam instagram (http://instagram.com/aindzaya), lepas tu terus dah lupa yang diri ni ada belog seketul.tsk.tsk.
Alhamdulillah. Sekarang dapatlah curik masa sikit nak sembang pasal raya dengan engkorang semua semui. cuma nak curik sikit masa untuk ganti balik puasa yang wajib kena tinggal tu. kalau boleh, nak juga buat puasa enam. InsyaALLAH.
Raya tahun ni ain boleh katakan "hurmm, bolehlaa", mood raya pun dah tak sehaluan seperti raya tahun tahun lepas. Sebabnya, sebabnya yang utama, sejak meningkat umur and still counting, sejak hormon remaja dah hilang satu persatu, sejak dah rasa dewasa sikit tapi tak mau mengaku dewasa, sejak itulah ain rasa, ain ni dah taraf mak mak dah, walhal umur baru 21 tahun 9 bulan -.-
Tapi nak cerita jugak ni, sebenarnya ain rindu nak raya macam dulu dulu. Tapi ni ain nak cerita raya rumah atok je, sebab yang tu ain paling rindu sesangat lepas arwah atok dengan wan dah meninggal lepas spoloh tahun dulu. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan
Balik Kampung Tok Wan & Atok
Zaman zaman kecik dondeng dulu tiap tahun ibu ayah dah set dah, kalau tahun lepas dah balik rumah tok wan belah ibu so, tahun ni balik rumah arwah atok belah ayah. Tapi lepas arwah atok meninggal masa ain lima tahun, kendian arwah wan pulak masa ain darjah 3. terus dah fefeling raya kat kampung belah ayah hilang serta merta T_T. terus dah raya tahun yang mendatang sampai sekarang kalau balik kampung je, balik rumah tok wan. Alhamdulillah lah, ain pun masih lagi ada kampung macam orang lain kann. sobs. sobs.
Kalau dulu tiap kali balik raya rumah atok mesti awkward dia rasa lain semacam je, seghonok pun ada. tehee. yang awkward tu maklumlah, adik beradik ayah ada patblas orang, dengan cucu limaploh lebih yang dari jauh pelusuk tempat semua berkumpul dalam satu rumah, dah rasa cukup sesak nak penuh satu rumah tu. masa tu wan sejuk je hati nengok semua anak cucu cicit ada depan mata. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan
Famili belah ibu rumah nenek dan tok wan. ni baru sesuku ahli famili, pun dah tak cukup frame gambar. |
yang seghonok tu bila masa nak berbuka, even ain ni baru cecah umur 8 tahun itu dah dikira umur 'anak dara'. Masa tu la mak mak dah ajak ain serta geng geng 'anak dara' masuk dapur, serba sikit tolong hidang makanan dari tangga dapur sampailah hujung dapur nak cecah tanah luar rumah. itu tak campur lagi yang budak budak kecik baya ain ni, memang semua takda hak sekumis pun nak fefeling buka puasa kat dapur dengan geng orang tua. Cehh! So, yang geng budak budak ni, membawa lah diri bawa pinggan memasing yang penuh dengan nasi, penuh lauk pauk keliling pinggan dengan buah pencuci mulut buka puasa kat beranda depan rumah. Masa tu ya Allah, feling berbuka puasa ramai ramai memang terkesan sangat kat hati sampai sekarang. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan
Persiapan Raya
Memang kalau dah kat kampung, tak sempat nak tidur, sebab ingat dua hari lagi nak raya, tapi ain yang golongan kecil ni watlekwatkol je tidur membongkang tak hengat dunia tengah laman rumah. Sebelum tidur tu memasing berebut rebut cari bantal tilam memasing atur tengah laman rumah. ain pulak dah memang peel sorok bantal feveret dengan selimut feveret bawah katil sebelum kene kebas. muahaha. kendian cepat cepat je cop nak tidur tengah bawah kipas. kihkihs.
macam ni rupanya suasana tidur kat kampung. yang tengah tu ain la.Ihsan bubblynotes. Terima kasih bubblynotes atas lukisan orang lidi yang comel kemahen ni. hikss. |
Maklumlah, masa sesi petang kitorang dah habiskan tenaga pergi cari kayu api, daun ketupat palas, daun pisang, jalan kaki pergi kedai beli barang dapur yang tak cukup, tak lupa jugak main pondok masak masak, panjat pokok rambutan jambu, main kawin kawin kat depan laman rumah.hehehew
dah tak tahu kenapa tiap kali main kawin kawin mesti ain terpaksa jadi mak orang yang sarat mengandung -..-' kalau dah main masak masak, tak nak kalah nak masak betul betul, siap rembat pisau, periuk, pinggan mangkuk kat dapur, tak lupa jugak memasing gigih gesel gesel batu nak nyalakan api. curlass kau kiahh! Rindu *lap air mata dengan hujung lengan
Masa tu golongan mak mak pun tak nak kalah kerah tenaga buat lemang, ketupat, rendang, lontong, kuih raya, tukar langsir, decorate rumah, macam macam lagi lah. Sesi malam pulak, tatkala kitorang ni sedang membongkang yang golongan lelaki dewasa, membizikan diri kat luar rumah bergilir gilir bakar lemang yang berbakul bakul sampai ke pagi.
Kat kampung setiap peringkat umur ada tugas memasing. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan
Mercun & Bunga Api
Walaupun ain adalah manusia paling berjurus abad ini, tapi setiap kali raya, mercun wa tak leh tinggal der, makanan gua der. boleh cacar air tak main mercun. sampai sampai je rumah atok, sepupu sepapat ni dah keluarkan seplastik senjata mercun mercun memasing. siap sorok celah atap kat beranda rumah takut kena rembat. bunga apa? puihh! budak kecil boleh la main -..-'
tepat malam raya, kat kampung ain macam ada satu perlawanan tembak bunga api besao gedabak tu. rumah ni tembak. rumah tu tembak. rumah ain? wajib la tembak setiap kali raya. punya penat kusyuk biji mata tengok bunga api, tapi tak snap sekor pun bunga api. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan
tapi Alhamdulillah, tak ada kes kudong jari kaki mahupun ibu jari atau rumah terbakar akibat leka bermain mercun. selamat lagi. cuma raya tahun ni berlaku kemalangan jiwa akibat tahun ni tak banyak pilihan mercun yang ada. hmm. tak best.
Hari Raya
Bila tiba hari raya, seroghonok ghasenye! Bangun kemain awal, kemain paksa tonyoh bijik mata berebut tunggu giliran mandi depan pintu bilik air. Duit raya tok sah cakap la. setiap tahun bertanding mengumpul duit raya terbanyak dengan sepupu sepapat. rumah terbuka pun berselerak la kampung ain, sana buat situ buat. terus bawa geng jalan raya serata kampung semata mata nak kumpul duit raya. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan
masa raya tu lah perut adalah organ paling gembira hari tu, mengentedarah je dari pagi sampai malam. beraya rumah sedara mara pulak dapat makanan paling enak didunia memang balik rumah, perut pusat terjonjol la tak tahu nak kata apa dah.
Tapi sekarang pun ain seghonok je lagi menikmati raya, raya kat kampung tok wan pun seghonok juga! Cuma tak senghonoknya umur remaja dah hilang sikit sikit, beraya sebagai umur dewasa bukan sesuatu yang syok bagi ain T___T. Raya pertama dah kena sinsing lengan masuk dapur, aca acah jadi dewasa depan tetamu. cehh!
Inilah adik beradik ain. dah tua bangka semua. yang sebelah ain tu blogger ik, adik beradik blogger nan hado. kuikui. tapi tapi tapi ain lah yang paling maintain kiut. chewwahh! |
Pape pun, alhamdulillah ain masih ada kampung belah ibu, dapatlah jugak ain rasa secebis perasan gembira berhari raya. alfatihah juga buat arwah tok dan wan. semoga Allah tempatkan arwah atoh dan wan di sisi-Nya. tsk.tsk. selamat hari raya engkorang semua. kosong kosong ye.
engkorang pulak macam mana?
seronok raya kat kampung? meh la share seketul dua cerita dengan ain. hiks.
Adios!
Terima kasih kerana membaca!
3 sayang Ain Dzaya ♥:
Singgah sini kejap, hai :)
Al-Quran comel ni tinggal 4 corak je~~~
http://nadyabubble.blogspot.com/2014/08/rainbow-al-quran-madina.html
bila mningkatdewasa mud raya tu sikit2 mkin hilang ehe
Seronoknya kan raya zaman kanak-kanak dulu dulu :-)
Catat Ulasan