Things-to-do

Assalamualaikum
selamat pagi semua ^^. sape tak bangun lagi, ain cocok cocok montot dengaan pensel Stabilo karang. Cepat bangun!

dah bangun pagi pagi ni. terus perut chomel ain meragam nak melantak macam macam, terutama sekali nasi lemak. nasi lemak kegemaran pagi haruslah lengkap bersama taburan kacang dan ikan bilis goreng, timun dan telur separuh yang secukup rasa. sambal pulak haruslah merah makngah kurang minyak dengan penuh secukup rasa.

kendian haruslah disertakan dengan dessert sekapit roti bakar bersama lapisan lapisan cheese yang mencair di mulut. disertakan dengan secawan kopi yang pahit pahit pekat. wahh!

yang paling ain tak suka, bila seawal pagi kemain sebal hati bercakap tentang makanan kegemaran tapi dapat rasa pun nikmatnya. sangat. sangat tak suka. bertambah tak suka bila nak kene kerah diri buat dengan air tangan sendiri. sebab musababnya memang tak akan dapat sambal nasi lemak idaman hati. terlebih minyak lah, manis lah, terlalu pedas la, itu lah, ini lah. aish. ain ain --"

pagi ni, bangun pagi terus semangat kemain buka blog. bersalah sangat dengan blog tatkala dah berjanji dan berazam dengan blog sekurang kurangnya hapdate 2 kali seminggu. T_T. Namun kebizzzzian final semester menyebabkan ain terpaksa abaikan belog sementara, hapdate pun seminggu sekali je. tu pun kalau sempat. kalau tak sempat nak jeling jeling blog pun sangat tak sempat. sangat tiada kekangan masa. sangat bizzzi hoi hoi.

dua tiga empat hari lepas ain ada tulis list "things-to-do". dengan harapan lepas ini hidup ain jadi lebih bermotivasi, blog ain juga akan jadi lebih bermotivasi. dah siap ada reminder ni, dapat lah mengingatkan ain untuk melaksanakan tugas sepanjang hari. sepanjang menganggur. sepanjang tunggu result degree. dengan harapan ain akan menjadi anak yang lebih bermotivasi. walhal, selama ni tulis je. entah baca, entah buat, entah tidak. cis!

agar entri ni tak berbaur sampah di awal pagi ni, makanya ain nak kongsi serba sedikit di blog. sekurang kurangnya, rasa lebih 'amanah' la dengan list "to-do-list" nih. ehew.



Craft Felt - Love Collection
Kalau  blogger lain-lain sibuk jual collections tudung bawal, shawls, baju muslimah, baju urban, banyak lagi lah. Alhamdulillah, sekarang ni ain sedang berjinak jinak dengan bisness craft felt, sebenarnya ain dah lama terlibat dengan craft felt ni. macam macam jenis handmade collection ain buat, bantal kecil dengan tag nama, hand bouquet, keychain, tag nama, pouch handphone pelbagai jenis dan macam-macam lagi la dengan harga yang sangt murah dan berpatutan. sekarang ni ain tengah sibuk pack semua collections yang shomel-shomel untuk dihantar ke kedai. di samping gigih menyiapkan hand bouquet untuk weeding cousin ain bulan depan. 



sape like dia kiut miut  ^^

Kerja Part Time
jelas menunjukan ain seorang anak yang ber'jurus', tatkala dengan rela hati ingin bekerja part-time sebelum sambung degree. walaupun, pekerjaan tu tidak lumayan, at least, dapat la jugak ain mengisi masa daripada bermalas-malasan atas katil. habit yang sangat tak berguna.


Umumkan nama pemenang teka pageview blog ain
Sebenarnyakan, ini perkara yang paling merunsingkan ain. sebab musababnya, terlalu ramai senarai pemenang yang ain terpaksa pilih secara random guna random.org hanya untuk mencari 12 orang pemenang untuk segment yang lepas. walaupun segment tu dibuat tanpa sengaja, tapi amanah nak agihkan hadiah tetap amanah. tak sabar betul ain nak umumkan nama pemenang di entri akan datang bersama dengan hadiah misteri yang sangat spesial tau tau tau, senarai pun dah ada >.<


Buat entri untuk portfolio 1citizen



Untuk pengetahuan umum, dua hari lepas ain telah menyertai program 1 Citizen yang diadakan di UiTM Sri Iskandar. Asalnya, memang ramai kawan-kawan yang suruh ain join event ni, di samping boleh promote blog kepada orang umum. Namun ain ni sentiasa tiada kekangan masa dulu. sibuk mengalahkan perdana menteri, sehingga kak rosmah kompius mana satu perdana menteri dan ain dzaya yang kecik moleks -..-"

di 1 Citizen, ain mempelajari tentang keburukan dan kebaikan menggunakan digital media ni. kalau dulu ain tak pernah hiraukan pun tentang keselamatan guna media digital ni, tapi sekarang lebih berilmu sikit di dada.muehe. lepas ni kene lebih berhati hati dengan digital media hatta belog pun kerana  hatter sentiasa ada dimana-mana.

korang jugak akan memperolehi sijil profesional. waahh! kalau korang nak aply kerja kat Abu Dhabi pun, guna sijil ni pun boleh. hadiah lebih RM30000+ boleh dimenangi di samping boleh promote blog  kepada orang umum. blog ain kan blog bermotivasi la sangaatt.hehew. sangat bermanfaat. tak sia sia ain join event sebegini. kalau semorang nak join boleh daftar di page 1 Citizen. sangat bermanfaat. ain mampu jamin kerat kuku. heh!


itu saja, "things-list-to-do" ain sepanjang cuti semester ni. dah dah, hand bouquet perlu disiapkan dengan segera.

selamat membaca!

12 sayang Ain Dzaya ♥:

Unknown berkata...

wahh comelnye.. ain yg buat yer? lama x singgah sini..ain pun bz semcm jek..huhu.. sihat dear?

Ayue Rejaluddin berkata...

Banyaknya nak kene buat...
Nanti nak tengok hand bouquet tu.. =D

Unknown berkata...

Comelnya craft tuuuu....

Kekzamanis berkata...

Hai Ain! Lama tak singgah sini.. Kreatif rupanya Ain ni ye.. Cute2 felt craft tu.. Nak belajar boleh ? =)

kinara kinatara berkata...

kebizian kita sama kak:)
huhu..nie pom baru berkesempatan untuk berblog balik:)

Unknown berkata...

Kena siapkan semua tue. Hehehe..

AM berkata...

Busynya... :D Wah! Dah ada bisnes sendiri sekarang. Semoga bisnes felt craft Ain bertambah maju! Dah like, dah like! Semoga segala urusan Ain berjalan dengan lancar. :)

FarhanahAdzlan berkata...

Gud lak akak :) moga dipermudahkan Allag segalanya :)

gadis loolipops berkata...

1citizen..yeahhh! same goes to me join program tue..kena buat portfolio,alahaii sgt2 lemah nk buat..=D

9n0L4 berkata...

yg froggie tu comel la. nakkkk, boleh dak. hahaha.

Sarah Mohd Saleh berkata...

Dah de bisness kan bole upah org gaji wat brekfast ari2.hehehe. Gigih btul die nk mng pegi ke abu dhabi. Goodluckkk :)

Unknown berkata...

nk adiah tomei atas tu :((