Assalamualaikum ♥
Pagi yang indah, ain masih lagi duduk bersimpuh dalam selimut. sebab musabab nak elak bayu pagi kiss kulit pepagi ni.eh! ain bukan spesis anak dara macam ni *dusta ain baru lepas solat subuh, tolong ibu kemas dapur, terus mengada ngada mengadap belog.
dah lama sangatkan ain tak cerita perihal hidup ain ni, asyik beauty conscious je, macam la beauty conscious sangat -.- walhal parut jerawat atas dahi pun dah sebulan masih comel kat situ. memang tak reti reti bahasa nak blah dari muka ain ni. tahu tak beliau yang raya tinggal lagi lima hari. lima hari je lagi!tsk.tsk.tsk.
pendahuluan macam ada orang ambil kesah pula pasal life ain. mehehe. kesah apa gua!
tahukah korang yang ain ada fobia yang sangat pelik?
MEMPERSEMBAHKAN KISAH FOBIA AIN YANG SANGAT PELIK!!!
ini menunjukkan kerajinan ain tahap dewa nak kaji selidik asal usul fobia yang sangat pelik ni. okey. mari ain cerita. tumpukan perhatian. apa yang ain takut ya? ain ada banyak perkara yang ain takut. banyak sangat. antaranya longkang. bagi orang lain longkang ni perkara yang sangat kool, sikit pun tak lekat celah otak pasal longkang ni, tapi bagi ain longkang ni sangat woahohahaaa.....
ain sangat takut nak langkah longkang uols. even, longkang tu besar gajah je, longkang kecik ke ain sangat takut nak langkah. kadang kadang, hampir tua ain tunggu tepi longkang. terpaksa kerah otak. perlu ke langkah longkang, atau lebih baik jalan jauh?
maka, dengan rajinnya ain pilih jalan jauh. walhal tempat nak tuju tu depan mata je -.-' bayangkan, masa kat UiTM Perak dulu, tiap kali nak pergi kelas ain sanggup pusing jauh 20 meter, walhal fakulti lima langkah melepasi longkang je .
tapi disebabkan ain rasa longkang tu umpama lohong gelap. seram, sangat luas, tak sampai kaki ain nak jejak longkang. maka, jalan jauh menjadi pilihan. melainkan longkang tu dah sediakan jambatan, itu pun was was lagi nak langkah, kalau tiba tiba kaki terrrjerlus ke bawah cemana? kan padah namanya tu, tak pasal pasal timbul masalah lain. haishh!
memang takut nak langkah longkang. lepas ain pernah jatuh longkang dulu masa kecik, tengok longkang je, terus rasa macam nak pitam. unless jalan ramai ramai, siap suruh kawan pimpin tangan, tapi dalam hati ain, ain berjampi serapah. dengan harapan, cepatcepat langkah.
biar penat, jalan jauh pun. asalnya ain rasa selamat. kawan ain pun kemaghen tergelak gelak tengok ain jalan sanggup jalan jauh. hahahaha kelakarnyaa (tau tak aku tengah maki maki kau!)
sekian sahaja cerita ain.
bagi ain benda ni memalukan, dah cuba nak atasi, tapi makin menjadi jadi.hehew. dari itu, ain mula fikir, kalau ain dah kerja nanti ain nak construct plan bangunan nak pastikan semua tempat takda longkang, buat sistem saliran ain bawah bangunan, buat tertutup. kalau kena buat juga mengikut spesifikasi, ain akan letak jambatan setiap longkang.
kesah apa. zaman moden ni ,orang tak buat longkang dah la, orang pakat buat sistem saliran bawah bangunan, lepas ni orang yang sama spesis fobia macam ain pun akan rasa selamat nak pergi mana mana tau tau tau!
ni lah budak yang takut longkang tu kalau korang nak kenal. bajet kool bila camwhore, tapi depan longkang woahahohaa.. |
he.he.he. ada kawan ain fobia bunyi plastik bergesel. pernah hari tu, masa pergi kedai, mak cik tu gesel gesel kan plastik nak bukak. kawan ain ni terus tutup telinga.hahahaha. plastik bergesel pun takut. poodahhh ~ ( begitu la kot aksi beliau bila dapat tahu ain takut longkang)
jadi, pagi pagi hening yang suram ni, ain mula rajinkan jari jemari gugel pasal phobia longkang. rupanya bukan ain sorang yang fobia longkang, ramai lagi. kite gengg!
korang pulak fobia apa? jom la share sama sama ain, psstt! ini rahsia kite je tau (simpan dalam balang biskut).xoxo. publish!
terima kasih sudi baca ^^
12 sayang Ain Dzaya ♥:
hehehe,fobia longkang.. semua orang kan ada fobia masingII. kalau macam sheila, fobia tengok lori. if lori tu masih jauh lagi. tapi, bila lori tu lalu kat sebelah je, dah rasa macam nak pitam. tak kira laa lori kecik ke besar. kalau lori yang besar tu lari sebelah dan bunyikan fon.. pergghh, pitam duniaku... :)
ok longkang ..
agak pelik ..
tapi cool..
atasi fobia longkang itu secepat mungkin,
sebab xada makna pun nak takut longkang huhuh
pestaim pcl tgk org fobia teramat dgn longkqng..serius. ok xpe. tak sama fobia seorang kan. Kalau pcl plk fobia.. eh xde kot.
lor, ada kisah disebalik longkang ke apa ni.. hehe kot2 pernh terjatuh ke..
Hana xkira dah longkang besar ke apa ka.. janji cepat sampai ke destinasi
hahahaha.. mmg pelik jugak fobia ain tu.. longkang je kot.. tp deqla phm perasaan ain.. sbb deqla kalo nk langkah longkang pun takot2 jugak..tp cuba la jgk langkah luas2.. kalo agak2 tak cukop langkah, terpaksa la ikot jln jauh..huhu..
Akak fobia ngan keta yg mcm laju je bila kita sdg laju ke dpn, dia dari sisi sebelah kiri. Ni mungkin kesan dari accident kali ke 3 awal tahun baru ni kowt... huhu... Serious giler fobianya sampai jantung berdegup kencang n dada rasa mcm nk pecah. Tak tau bila ntah nk ilang fobia tu. huhu... fobia longkang tu, ok je la lagi rsnya... tabahkan je la hati...
ade je yang fobia longkang ni.. jauh pun xpela, asal tak terrrrjatuh dlm longkng tu,
hanya orang yg pernah alami apa yg kita alami jee yg akan paham kenapa kita fobia sesuatuu kann..
fobia apa? entah. HAHA!
#soalanseriuskenetanye.
SM mana? (selendangmerah)
singgah baca artikel di sini
Akak fobia dengan tempat tinggi, bangunan DLL... janji tinggi. Gayat yg teramat
addin pernah jatuh longkang kat kampus dulu, sampai dah habis belajar memang kat longkang port addin jatuh tu addin tak berani nak lau. hahaha
Catat Ulasan