Resipi Golden Honey Cornflakes dan Crunchy Honey Cococrunch Tanpa Guna Oven

Salam 'Alaik ❤

'Elleh si ain tu, setakat nak buat cornflakes madu kokokruch madu pun nak kecoh dalam belog nak tunjuk rajin leteww.podahhh!'

Hello guys! im listening --'

Nak kata ain rajin, tak lah juga. bangun pagi tu, selagi matahari tak cecah kulit, selagi tu lah asyik berseleksi atas katil. sampai mencecet dak ibu dari dapur suruh bangun (kemahen kau meng-dak-kan ibu khonn). paling sensitip time mencecet tu mesti keluar pasal kawin. 'kamon bu, kamon, umur orang baru 21 la'.... 'hey, ibu masa 21 tu dah kawen tengah branak ke kamu, ni kalau kawen ni kebulor laki'. ouchh! hati aku sakit sapa nak jaga. muehehe. wat ebers, ibu always in my heart  . lep.lep.

nak dijadikan cerita, sebelum raya lagi ain dah tabur janji kat adik adik nak buat kuih raya*konon siap beli dah barang barang nak buat kuih raya, taruk dalam peti. sampai nak melimpah sayur dalam peti tu. hiks. yela, asyik beli je, tahun ni kite buat pula khenn. 

tapi, konon konon nak buat kuih raya tu, sampai habis puasa, dah masuk raya, dah nak habis raya, dah nak sampai hujung syawal tak buat buat jugak. ha.ha.ha sampai mengungkit pulak tu adik. 'tanam tebu tepi bibir je nak buat kuih.sobs' haihh! kakak korang ni khenn mengalahkan perdana menteri. rosmah pun pening mana perdana menteri, mana satu ain -,-

Bahan bahan yang ain guna. simple sangat kan? setakat cap econjaya, celah gigi je boleh cari, harga pun tak buang lagi since beli hari tu. malas kemahenn.hahaha. tapi ain tak guna la cococrunch, honeystar versi nestle. mahal haihh! cap fanda pun boleh, asalkan hasil cair dimulut rasa golden n crunchy tu.muehehe

maka perbualan tersebut menjurus kepada penerbitan entri ini. dah buhsan sangat dengan Golden Honey Cornflakes, maka ain pun ingin mencetus resipi yang baru Crunchy Honey Cococrunch. korang hado resipi ni? homemade from Ain Dzaya. *tepuktepuk* 


Golden Honey Cornflakes dan Crunchy Honey Cococrunch
(tak payah guna oven, guna masak dalam periuk pun mampu hasilkan cornflakes dan cococrunch yang crunchy, golden, melekat)

jenuh snap banyak patploh ribu kali. mentang mentang jenama fanda je, terus tak posing maut dalam gambar. tahukah kalian yang ain nak tunjuk kat satu dunia tentang kehebatan rasa crunchy dan golden honey korang? hmppp --" 














: Bahan-bahan :
Sekotak Cococrunch (yang kecil tau bukan cococruch yang besar tu. kalau nak guna cereal milo pun ok, lagi sedap ada rasa milo)
Sekotak Cornflakes (ada orang suka hancurkan, tapi ain suka seketol seketol, dapat rasa setiap crunchy beso beso dalam mulut)
10 Sudu Besar Honey (kalau tak manis letak ikut kuantiti ni, kalau nak manis lagi jangan tambah gula tapi tambah madu. nak tuang 1 botol pun digalakkan, ikut mulut masing masing nak manis banyak mana)
5 Sudu Besar Gula (maintainkan.eh! nanti kencing manis sebab terlampau manis. ehew)
1/2 Mentega/butter


: Cara-cara :







Panaskan butter/mentega dan gula. Bila gula dah cair sebati dengan mentega masukan madu. Kacau sebati semua bahan bahan tadi dalam periuk/kuali.










periuk berkarat pun nak interframe dalam blog. Pastu, kalau dah tengok dia macam blup blup dah mengelegak sikit, cepat cepat tuangkan madu. benda ni cepat kering, pasang api kecil je sambil tu kacau la pelan pelan. nanti periuk ni jilat gula korang, tak sempat cornflakes/cococrunch nak jilat.





Semasa bahan bahan tadi sedang panas, masukan sedikit demi sedikit cornflakes/cococrunch dan gaul sehingga rata. make sure setiap kepingan cornflakes/cococrunch tu dapat hak saksama dan sama rata. jangan ada cornflakes/cococrunch yang disisihkan dari gaulan bahan bahan pertama tadi.


sebab musababnya, nanti bila mereka rasa tersisih, masa nak letak dalam cup mereka tak lekat antara satu sama lain, tak ngam, berterabur je nanti masa nak makan.


gaul sehingga jadi golden, baru la ada rasa crunchy dan garing. jangan sampai hangus pulak.







Akhir sekali, gunakan sudu kecil untuk masukkan cornflakes/cocorunch dalam paper cup. dan tinggalkan dalam suhu udara selama setengah jam, kasi dia kering. tak guna oven pun tetap melekap, melekit la. asalkan masa masak tadi acuan digaul sebati sama rata dan saksama. Kalau nak nampak cantik bolehlah tabur hiasan atas tu. 


Dah siap! dah la senang, boleh dimakan begitu saja.

dah la senang sedap je. ada orang suka yang hancur, tapi ain suka yang besar gedabak gini. bila dah masuk mulut, rasa manis madu tu bersatu padu dengan crunchy besar gedabak mengalir dalam tekak.  kalau nak sedap boleh tambah nestum dan kacang yang dihancus kan.

Ain pun bukan teror sangat, saja nak kongsi masa lapang dengan rutin peberet. paling ain suka buat kek batik. masa bulan puasa lepas, 3 kali juga buat kek batik atas permintaan adik adik. eh! korang kalau ada resepi yang simpel simpel bagi tahu la eh.

terima kasih sudi baca ^^

10 sayang Ain Dzaya ♥:

Cikgu Aini berkata...

Dapnye ain... yummy! :) pos kat akak sikit... hehe.. jom singgah blOg akak :)

Azim Aris berkata...

erm sedappppnyeee ............nk exchange bloglist ngan sy bgtau tau :)

Tak Mungkin Benar

Addin berkata...

okayyyyy boleh try ni ! hehe :D

hazanis berkata...

Sedaknyya. pos kat blog hazanis boleh?hehe

Mrs Velentine berkata...

cococrunch pun ble ek.nak try nnt

Unknown berkata...

nmpk mcm senang... hehe

LYAfrina berkata...

waa.. sungguh senang je ye...
nanti ain wak kan utk k.lya boleh???

salam aidilfitrii
maaf zahir n batin

Jie berkata...

senagn senang :) pasni boleh cubee.

Chic Na berkata...

yg simple2 mcm ni la yg sedap dik.. xmuak makan banyak2.. huhu..

salam aidilfitri ain.. ;)

Kapten Ummi's Journey berkata...

Woww..best nampak. Tq membantu, sy duduk bujang so nak try buat bawa balik kg.
Btw jom follow blog sy