Current Issues : Akak macam mana nak jadi pelajar senibina (Architecture)?

Salam 'Alaik 

separa dewasa ini, kalau tengok ain dapat online, dapat merepek sepam dua kat fesbuk, dapat update entry baru, dapat ain berfoya foya depan laptop adalah suatu masa lapang yang cukup indah buat ain. mungkin akan berlaku dalam kiraan dua kali dalam minggu ni -.-'


dah ramai dah cakap ain dengan upin ni adik beradik sama kiut. Terima kasih :D

kira, begitu tragis la kesibukan, kekacauan, kekusutan dan kecelaruan hidup ain nih sepanjang minggu pertama semester baru. *amaran keras : ayat ini mengandungi 50% fakta, 25% auta, 25% drama*

memandangkan tugas ain sebagai seorang pelajar semester lima, seorang blogger kudus tapi kiut, ececeh, kena lari-lari secara comel ke sana ke sini untuk kejar lecturer nak dapatkan approval itu ini, masa tu juga la idea entry baru timbul, celah tu jugak lah nak attend outdoor activities la. ni pun, lenguh lenguh kaki ain tak habis habis lagi lepas cuci mata kat The Curve sambil cuci mulut dengan lima belas ketul meatball kat IKEA siang tadi. haa. kalau Rosmah baca entry ni, beliau pasti konpius, mana satu Perdana Menteri, mana satu yang membajet Perdana Menteri. 


nah! ain share seketul dua meatball dengan korang. ain yang jamah tiga ketul pun dah cukup untuk penuhkan dua balang perut yang comel ni -.-

berbalik kepada diri sendiri. kepada isu semasa yang bergelimang dalam fikiran ain sekarang, dah ramai sangat dah adik adik lepas SPM, ASASI, DIPLOMA lepas je dapat result terus berduyun duyun whatsapp, meseh fesbuk ain tanya


dah rasa macam jadi kaunselor Ain Dzaya pulak --'

Since ain sambung diploma dan degree ni, ain bukan la pure architecture nak gebang gebang kat orang pasal  'Architecture'. Sebab, basic ain pun dari Diploma in Building, UiTM Sri Iskandar, now currently studying in Bsc (Hons) Construction Management, UiTM Shah Alam and future Master of Science (Integrated Construction Project Management). InsyaAllah!

Tapi yang jelas menampakkan yang asal usul kejadian ain ni architecture ialah nama fakulti ain sendiri Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (FSPU). Setiap orang mungkin ada pendapat sendiri nak sambung belajar kan, tapi apa yang ain nak cerita ni based on pengalaman ain as UiTM Student dan cara ain sendiri la. Mana la tau serba sikit boleh tolong adik adik yang teruja nak sambung di Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur. hiks.

Sebenarnya, apa yang ain nampak dari mata kasar yang kiut sepet ni, ramai yang tak faham skop dalam construction espesially kat adik adik ain yang comel yang nak sangat sambung belajar architecture ni. Ramai yang dorang faham, kalau nak masuk construction, kena jadi architect. Kalau minat melukis, bidang architect je yang sesuai. Kalau nak duit beriban, jadi engineer lah. Tapi bila tanya, 

'adik nak ambik architecture dalam field apa?
emmmm. emmmm
*Sama la macam ain dulu ^^. heee

Konon konon nak membajet kerja dalam industri construction. duit berkepuk kepuk. hekhekhek

Sebenarnya, ramai yang tak tahu, dalam FSPU ni ada lagi kursus kursus kecil bawah FSPU yang ditawarkan yang lebih fokus pada prospek dan sesuatu bidang tertentu. Sebab tu, sebelum nak pilih programmed, korang perlu ada intention nak belajar and the most important ni kena la tahu, minat nak belajar pasal apa. Contoh, milah suka sangat calculation tapi dia tak suka accountant sebab minat dia lebih pada construction industry, so the best suggestion for her adalah Diploma/Degree Ukur Bahan. See, kannn! dah nampak dah kan sikit sikit hala tuju.

Tapi tapi tapi, ada certain programmed yang korang kena pergi interview dulu atau lebih dikenali sebagai studio-based student. ekau inget budak musik dan seni tari lakonan jah ada studio. muehehehe! Melalui lecturers ain cakap, dorang bukan cari straight A's SPM pun. Kalau yang ASASI atau DIPLOMA paling karen pun 3.30 above. Orang yang banyak sangat A's dan 4 flat ni, lecturer lebih nasihatkan belajar yang lebih macam Medic ke..Engineering kann.kann. 

Sebab apa yang lecturer nak dari student senibina ni berfikiran kreatif, kuat dari segi mental dan fizikal, out spoken, tak pasif, determine dan self-motivated. Sebab tu lah ada interview. So nanti kalau dah interview, jangan la pulak korang tersengih-sengih, tertunduk-tunduk. Kat sini pun korang dah belajar nak jadi Architect, Project Manager, Designers, Engineers dan how to deal with clients.

hahahaha. takutkann! takutkann! 
elehh, ilek aa bro, wa baru citer pasal interview. wa tak citer lagi yang duit mengalir macam air terjun, project kene koyak, project kena hentam dan wa tak citer lagi tatkala lu orang ambik masa 4 bulan nak siapkan final projek  dengan penuh tungkus lumus tak tidur malam tetiba masa critic class lecturer kau cakap projek kau macam sampah. Istigfar. Istighfar. 

We are the builders of our own destiny. We are the creators of our own fate. We build our destiny with our thoughts. Every thought we think is a brick with which we are building our destiny, our future. We are the builders. Construction Management.

Alaa, semua ni dah asam garam dalam Construction sebab sikit sikit ajar korang camne nak handle problem, nak deal dengan client yang penting jadi lebih self motivated. So kalau tak aggresive, macam mana nak berdepan dengan ini semua? Lagi satu, kalau nak pergi site yang under construction, kau ingat boleh ke nak bajet diva atau puteri dan putera lilin? tak tahan panas, nak pakai heels bermekap tebal bagai? Sebab tu interview itu penting. Sebab tempat adalah sangat terhad, maka mereka mahu cari orang yang betul-betul mereka rasa boleh survive dalam kursus ni.

Okey, kat bawah ni ain dah siap siap listkan senarai programmed yang ada under FSPU. Dengan harapan, korang nampak la sikit hala tuju kursus yang korang ambil incase nak sambung future study ke ape. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------
1. Centre of Studies (Quantity Surveying)
DIPLOMA UKUR BAHAN
SARJANA MUDA UKUR BAHAN (KEPUJIAN) 
- psttt! for those yang nak sambung bidang construction tapi tak pandai melukis sebab minat korang lebih pada calculation, macam milah tadi boleh ceburi bidang ni.

Centre of Studies (Town & Regional Planning)
DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH (KEPUJIAN) 
- ni lebih kepada town planner, nak develop sesuatu kawasan macam tu la. Kalau korang tengok jalan raya yang bersimpang siur tak betul tu, kerja planner la. Dorang plan jalan macam tu. haisshh!

Centre of Studies (Estate Management)
DIPLOMA PENGURUSAN HARTANAH 
SARJANA MUDA PENGURUSAN HARTANAH (KEPUJIAN)
- Pengurusan hartanah ni lebih pada jual beli property, macam consultant lebih kurang la. tapi kalau belajar, LAW tu dah jadi ruji dalam hidup dorang. bagus! bagus!

Centre of Studies (Construction Management)
DIPLOMA BANGUNAN 
SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) PENGURUSAN PEMBINAAN
- haaa! ini la bidang ain. selalunya orang tak faham tau skop kerja ain ni, apa yang ain belajar. tapi sebenarnya bidang ain ni lebih kepada pengurusan dalam pembinaan. korang ingat dalam construction tak payah urus dokumen itu ini ke? hahaha. bab bab handle projek, urus dokumen project bak sini kasi sama gua! 

Centre of Studies (Building Surveying)
DIPLOMA UKUR BANGUNAN
SARJANA MUDA UKUR BANGUNAN (KEPUJIAN) 

Centre of Studies (Surveying Science and Geomatics)
DIPLOMA SAINS GEOMATIK 
SARJANA MUDA SAINS UKUR DAN GEOMATIK (KEPUJIAN) 

Centre of Studies (Park & Amenity Management)
SARJANA MUDA PENGURUSAN TAMAN DAN AMENITI (KEPUJIAN)

Interview Programmed

1. Centre of Studies (Interior Architecture)
DIPLOMA REKABENTUK DALAMAN
SARJANA MUDA SENIBINA DALAMAN (KEPUJIAN) 
-For those yang suka sangat design design rumah, ubah ubah perabot rumah, ada bakat kreatif design design sikit sikit tu boleh la ceburi bidang ni. nanti korang bukan saja ajar nak design dalaman rumah, tapi hotel, restaurant, office. haa! hebakkann! duit pun hebak masyuk.kuikui

2. Centre of Studies (Landscape Architecture)DIPLOMA SENIBINA LANDSKAP 
SARJANA MUDA SENIBINA LANDSKAP (KEPUJIAN) 
-bidang ni lebih pada landskap. belajar la sikit sikit pasal pokok-pokok macam tu la. yang penting pandai lukis dan kreatip. ain tak tahu sangat apa yang studio-based belajar, tapi jangan nak harap orang je sumbang idea je --'

3. Centre of Studies (Architecture)
SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA
- ni lah  bidang yang ramai sangat orang tanya kat ain. Actually, bidang ni tiada diploma di UiTM sebab UiTM dah upgraded and requirement juga tinggi. So, incase ada adik adik lepasan SPM yang fefeling nak sambung Degree terus, ambil la kursus ni. hahahaha. fefiling lebih sikit.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

ini semua pendapat ain, based on pengalaman sendiri lah sikit sikit kena share dengan korang kann, daripada kepam sensorang celah ketiak. sebab ain pun tak la hebat sangat nak explain pasal semua ni ye adik adik, unless iols ni pakar motivasi. muahaha

Kalau nak tanya pasal skop pekerjaan dan pembelajaran ni, dalam bidang construction, korang masuk la celah mana punya kursus, tapi last-last bila korang berkumpul satu meja even lain lain course, sebenarnya korang akan bercerita dan belajar perkara yang sama je. tak payah la nak gebang, kau ambil Town Planning tapi nak tipu orang Interior Designer. Sama juga macam kerja, lecturer ain pernah cakap 'as long as korang masih dalam construction, korang nak jadi planner je, designer ke, jual property ke semua boleh, sebab korang selama ni belajar benda yang sama je dalam satu fakulti'

Adios!

16 sayang Ain Dzaya ♥:

Hafiza AizZawa berkata...

terbaik la entry nie.. comel2.. sedara ngn upin ipin ke? hehe..

ieedaz @ mama_isha berkata...

hi ain..maaf lame tak singgah ni :)

Ezad Skytech berkata...

minat juga nak jadi arkitek ni dulu tapi entah macam mana boleh tercampak dalam bidang engineering pun tak tahu la...hee

Ain Dzaya berkata...

@Hafiza AizZawa eh, macam mana tau ni..heee

Ain Dzaya berkata...

@ieedaz @ mama_isha ain pun lama tak singgah blog akak dah..

Ain Dzaya berkata...

@Ezad Skytech
maksudnya rezeki ke arah engineering leteww..

Tanpa Nama berkata...

Wah sampai hati tak explain pasal parks and amenity lolol

Anyway, for those who care
Parks and Amenity Management ni basically landscape management. Not much on design, but more towards creating/managing recreational/community based programs untuk mengimarahkan taman2 haha

PAM's basically untuk parks' planner cum manager. It's a fun course and jangan risau, ada peluang kerja salam Malaysia or even overseas (especially overseas)

Sincerely,
Park Manager of PBT (nama dirahsiakan haha)

kesyommelan berkata...

course yg kak ain ambik ni kena lukis2 bangunan semua tu ke?

Ekmal Hisyam berkata...

aslm kak, saya nak tanya, tentang yuran dia mcm mana ye. saya nak mohon biasiswa, tapi saya tak beberapa pndi dalam hal ni. boleh akak terangkan mcm mana ? pls reply!

Ekmal Hisyam berkata...

aslm kak, saya nak tanya, kalau amik course architecture, macam mana dengan pembayaran dia ye? kalau nak mohon biasiswa mcm mana, kdg2 nak mohon biasiswa hanya utk beberapa course sahaja. boleh akak terangkan? pls reply

Tyra Ali berkata...

Nak tau lbh lanjut pasal taman dan imineti tu .nak contact akak private boleh? Camne eh?

Tyra Ali berkata...

Wah mcm best je .berat tak subjek ni?

Tanpa Nama berkata...

Huwa ase nk amek semula course je..nk amek yg FSPU pnye course. Semua lbih kat situ..even da 3thun grade Degree in business..blh x nk amek dip/degree semula? O.O

Tanpa Nama berkata...

Huwa ase nk amek semula course je..nk amek yg FSPU pnye course. Semua lbih kat situ..even da 3thun grade Degree in business..blh x nk amek dip/degree semula? O.O

hIrAmAtSu cLyNe berkata...

Salam akak. Saya nk tanya apa beza interior design dengan interior architecture ehh?? SBb haritu sy pergi iv di usm kos ID but esok sy ada iv uitm kos IA. So nk tahu jgk la beza nyaa . Sy lepasan stpm 14 nk smbung deg kos interior 😊😊

Khairin Najiha berkata...

Akak. Saya dapat ijazah sarjana muda sains pengurusan pembinaan. Hmm. Tapi saya masih tak clear dgn course ni sebenarnya. Macam mana ni kak. 😭😭😭