Cinta itu Futuristik


Cinta itu futururistik.Cinta itu buta. Futuristik adalah idea yang lebih membawa pada masa depan. Pada pendapat saya cinta yang buta lebih mengarahkan dan memberi idea untuk masa depan. Cinta yang buta mengarahkan untuk lebih memberi idea dalam sesuatu perhubungan yang menentukan sesuatu  hubungan. Tanpa cinta hubungan itu tidak akan ada. Tapi, jika cinta itu buta, bagaimana dia ingin memberi idea dan mengarahkan untuk masa depan sesuatu perhubungan?

Cinta

boleh buat kita bahagia
kadang kita boleh tersungkur hanya kerana cinta
Cinta unik
ada gembira
ada tawa
ada tangisan
ada kepedihan
ada juga kematian

Kenapa cinta itu buta?
Cinta boleh buat kita sukakan seseorang itu sekelip mata
Cinta juga boleh buat kita bencikan orang itu sekelip mata
Mungkin itu makna cinta sebenar untuk orang yang buta hati
Yang hanya menggunakan cinta yang buta itu untuk permainkan perasaan orang lain
untuk kesenangan diri mereka

Tapi
bagi orang yang celik hati
walaupun dia tahun cinta itu buta
dia akan jaga cinta itu sebaik mungkin
memberi sepenuh kasih sayang dan tumpuan kepadanya
sehinggalah dia merasakan cinta itu tidak lagi buta

Cinta yang buta
sama seperti orang buta
perlu dibimbing, di asuh, di beri tumpuan dan diberi sepenuh kasih sayang
dan apabila si buta itu mampu melihat realiti sebenar kehidupan
orang pertama yang dia akan cari adalah orang yang sentiasa di sisinya
namun jika si buta terus kekal buta selamanya
dia tidak akan risau kerana dia tahu ada orang yang akan sentiasa menemaninya disisinya

untunglah kepada orang yang celik hati dan orang yang memiliki cintanya
kerana akan sentiasa disayangi selamanya

Bagaimana jika cinta itu perlukan pengorbanan?
Bagaimana pula dengan cinta sejati?
Bagaimana jika orang yang kita sayang tidak menjadi milik kita?
dan
Bagaimana jika hati kita terluka lagi disebabkan cinta?

Bantulah aku mencari jawapan....

~aindzaya~

6 sayang Ain Dzaya ♥:

Puteri Iqa Izyan berkata...

cinta tu terlalu complicated.

susah nk menilai cinta kalau kita x betul2 memahami.


maaf lah. sy pun xreti sgt nk bg pndpt psl cinta. hee ^__^

Areyoudys berkata...

as salam..
bantu ain?
huhu..saya tak pernah bercinta dan mungkin takkann faham cinta seratus peratus.

tapi,sekadar dapat membantu mana yang mampu..

cinta..
sesuatu yang dilihat secara luarannya adalah damai dan mempersonakan.
tapi secara dalamannya, kejam. jika tak berhati2.

selagi mana kita tak cuba dan ingin mengenali cinta kepada-Nya,
kita takkan mampu dapat cinta yang sempurna sesama nmanusia..sebab?

itu la dia cinta nafsu.
cinta nafsu, bukan datang dari iman. ia datang dari fitrah manusia yang inginkan berpasangan.mengikut kehendak dan ciri2 manusia.

cinta yang disulami dengan iman, membawa amal jariah yang baik disisi-Nya.

cintalah kepada-Nya dulu. nescaya cinta yang wujud dalam diri antara pasangan akan lebih utuh hingga ke syurga.

tamau jadi ketua bidadari bagi suami tersayang di alam seterusnya kelak?

inilah dia cinta futuristik. futuristik ke alam Syurga-Nya yang tiada penghujung waktu

=)

Areyoudys berkata...

ain boleh datang kat

qasehdalia.com

pasal hal2 cinta.
suka baca2 kat sini


;)

moga ain jumpa jawapan tu..
jangan segan2 tanya dia

=)

Nurul Hidayah berkata...

yuyue da jawab lam entry yuyue :) http://www.pwencessyuyue.co.cc/2011/05/menjawab-pertanyaan-encik-aindzaya.html

Syiera Syahirah berkata...

erm...ok..nice one...hehe

aindzaya berkata...

cinta futuristik...nice! i never heard this words before...but i like ur post...thankz 'bernama'..