Telling Story Raya Saya.

Assalamualaikum ❤

13 Syawal 1435. 
eh dah 13 Syawal kann. eh, oh bukan baru raya kedua ke? baru ingat nak kutip duit raya lagi --'

http://aindzaya.blogspot.com
Selca hari raya kedua!
selalu macam ni kan. orang lain dah siap hapdate pasal raya yang ke tujuh lapan ketul entri, siap dah nak buat entri pasal raya haji, ain ni masih lagi terkedek kedek terketar ketar nak taip pasal entri raya. siyes. macam dah lupa diri sikit, lupa yang diri ni ada belog. 

ni semua gara gara Kevin Systrom lah yang pergi cipta instagram pasaipa, yang buat ain hazabedah punya malasnya nak hapdate belog ni. Gambar semua dalam tepon saje, boleh katakan setiap saat nak hapdate gambar raya dalam instagram (http://instagram.com/aindzaya), lepas tu terus dah lupa yang diri ni ada belog seketul.tsk.tsk.

Alhamdulillah. Sekarang dapatlah curik masa sikit nak sembang pasal raya dengan engkorang semua semui. cuma nak curik sikit masa untuk ganti balik puasa yang wajib kena tinggal tu. kalau boleh, nak juga buat puasa enam. InsyaALLAH.

Raya tahun ni ain boleh katakan "hurmm, bolehlaa", mood raya pun dah tak sehaluan seperti raya tahun tahun lepas. Sebabnya, sebabnya yang utama, sejak meningkat umur and still counting, sejak hormon remaja dah hilang satu persatu, sejak dah rasa dewasa sikit tapi tak mau mengaku dewasa, sejak itulah ain rasa, ain ni dah taraf mak mak dah, walhal umur baru 21 tahun 9 bulan -.-

Tapi nak cerita jugak ni, sebenarnya ain rindu nak raya macam dulu dulu. Tapi ni ain nak cerita raya rumah atok je, sebab yang tu ain paling rindu sesangat lepas arwah atok dengan wan dah meninggal lepas spoloh tahun dulu. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan 


Balik Kampung Tok Wan & Atok
Zaman zaman kecik dondeng dulu tiap tahun ibu ayah dah set dah, kalau tahun lepas dah balik rumah tok wan belah ibu so, tahun ni balik rumah arwah atok belah ayah. Tapi lepas arwah atok meninggal masa ain lima tahun, kendian arwah wan pulak masa ain darjah 3. terus dah fefeling raya kat kampung belah ayah hilang serta merta T_T. terus dah raya tahun yang mendatang sampai sekarang kalau balik kampung je, balik rumah tok wan. Alhamdulillah lah, ain pun masih lagi ada kampung macam orang lain kann. sobs. sobs.

Kalau dulu tiap kali balik raya rumah atok mesti awkward dia rasa lain semacam je, seghonok pun ada. tehee. yang awkward tu maklumlah, adik beradik ayah ada patblas orang, dengan cucu limaploh lebih yang dari jauh pelusuk tempat semua berkumpul dalam satu rumah, dah rasa cukup sesak nak penuh satu rumah tu. masa tu wan sejuk je hati nengok semua anak cucu cicit ada depan mata. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan 

Famili belah ibu rumah nenek dan tok wan. ni baru sesuku ahli famili, pun dah tak cukup frame gambar.

yang seghonok tu bila masa nak berbuka, even ain ni baru cecah umur 8 tahun itu dah dikira umur 'anak dara'. Masa tu la mak mak dah ajak ain serta geng geng 'anak dara' masuk dapur, serba sikit tolong hidang makanan dari tangga dapur sampailah hujung dapur nak cecah tanah luar rumah. itu tak campur lagi yang budak budak kecik baya ain ni, memang semua takda hak sekumis pun nak fefeling buka puasa kat dapur dengan geng orang tua. Cehh! So, yang geng budak budak ni, membawa lah diri bawa pinggan memasing yang penuh dengan nasi, penuh lauk pauk keliling pinggan dengan buah pencuci mulut buka puasa kat beranda depan rumah. Masa tu ya Allah, feling berbuka puasa ramai ramai memang terkesan sangat kat hati sampai sekarang. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan 


Persiapan Raya
Memang kalau dah kat kampung, tak sempat nak tidur, sebab ingat dua hari lagi nak raya, tapi ain yang golongan kecil ni watlekwatkol je tidur membongkang tak hengat dunia tengah laman rumah. Sebelum tidur tu memasing berebut rebut cari bantal tilam memasing atur tengah laman rumah. ain pulak dah memang peel sorok bantal feveret dengan selimut feveret bawah katil sebelum kene kebas. muahaha. kendian cepat cepat je cop nak tidur tengah bawah kipas. kihkihs. 

macam ni rupanya suasana tidur kat kampung. yang tengah tu ain la.Ihsan bubblynotes. Terima kasih bubblynotes atas lukisan orang lidi yang comel kemahen ni. hikss.

Maklumlah, masa sesi petang kitorang dah habiskan tenaga pergi cari kayu api, daun ketupat palas, daun pisang, jalan kaki pergi kedai beli barang dapur yang tak cukup, tak lupa jugak main pondok masak masak, panjat pokok rambutan jambu, main kawin kawin kat depan laman rumah.hehehew 

dah tak tahu kenapa tiap kali main kawin kawin mesti ain terpaksa jadi mak orang yang sarat mengandung -..-' kalau dah main masak masak, tak nak kalah nak masak betul betul, siap rembat pisau, periuk, pinggan mangkuk kat dapur, tak lupa jugak memasing gigih gesel gesel batu nak nyalakan api. curlass kau kiahh! Rindu *lap air mata dengan hujung lengan 

Masa tu golongan mak mak pun tak nak kalah kerah tenaga buat lemang, ketupat, rendang, lontong, kuih raya, tukar langsir, decorate rumah, macam macam lagi lah. Sesi malam pulak, tatkala kitorang ni sedang membongkang yang golongan lelaki dewasa, membizikan diri kat luar rumah bergilir gilir bakar lemang yang berbakul bakul sampai ke pagi. 

Kat kampung setiap peringkat umur ada tugas memasing. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan 


Mercun & Bunga Api
Walaupun ain adalah manusia paling berjurus abad ini, tapi setiap kali raya, mercun wa tak leh tinggal der, makanan gua der. boleh cacar air tak main mercun. sampai sampai je rumah atok, sepupu sepapat ni dah keluarkan seplastik senjata mercun mercun memasing. siap sorok celah atap kat beranda rumah takut kena rembat. bunga apa? puihh! budak kecil boleh la main -..-'


tepat malam raya, kat kampung ain macam ada satu perlawanan tembak bunga api besao gedabak tu. rumah ni tembak. rumah tu tembak. rumah ain? wajib la tembak setiap kali raya. punya penat kusyuk biji mata tengok bunga api, tapi tak snap sekor pun bunga api. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan 

tapi Alhamdulillah, tak ada kes kudong jari kaki mahupun ibu jari atau rumah terbakar akibat leka bermain mercun. selamat lagi. cuma raya tahun ni berlaku kemalangan jiwa akibat tahun ni tak banyak pilihan mercun yang ada. hmm. tak best.


Hari Raya
Bila tiba hari raya, seroghonok ghasenye! Bangun kemain awal, kemain paksa tonyoh bijik mata berebut tunggu giliran mandi depan pintu bilik air. Duit raya tok sah cakap la. setiap tahun bertanding mengumpul duit raya terbanyak dengan sepupu sepapat. rumah terbuka pun berselerak la kampung ain, sana buat situ buat. terus bawa geng jalan raya serata kampung semata mata nak kumpul duit raya. Rindu *lap air mata dengan hujung lengan 

masa raya tu lah perut adalah organ paling gembira hari tu, mengentedarah je dari pagi sampai malam. beraya rumah sedara mara pulak dapat makanan paling enak didunia memang balik rumah, perut pusat terjonjol la tak tahu nak kata apa dah.

Tapi sekarang pun ain seghonok je lagi menikmati raya, raya kat kampung tok wan pun seghonok juga! Cuma tak senghonoknya umur remaja dah hilang sikit sikit, beraya sebagai umur dewasa bukan sesuatu yang syok bagi ain T___T. Raya pertama dah kena sinsing lengan masuk dapur, aca acah jadi dewasa depan tetamu. cehh! 

http://aindzaya.blogspot.com
Inilah adik beradik ain. dah tua bangka semua. yang sebelah ain tu blogger ik, adik beradik blogger nan hado. kuikui. tapi tapi tapi ain lah yang paling maintain kiut. chewwahh!

Pape pun, alhamdulillah ain masih ada kampung belah ibu, dapatlah jugak ain rasa secebis perasan gembira berhari raya. alfatihah juga buat arwah tok dan wan. semoga Allah tempatkan arwah atoh dan wan di sisi-Nya. tsk.tsk. selamat hari raya engkorang semua. kosong kosong ye. 

engkorang pulak macam mana? 
seronok raya kat kampung? meh la share seketul dua cerita dengan ain. hiks.

Adios!
Terima kasih kerana membaca!

Kosong-kosong.

Assalamualaikum ❤

Speechless.

muka dah bajet habis dah tu tanpa segan silu nak tempek gambar hapdate dekat blog. kosong kosong ye semua. rasanya dah genap 4 bulan semua ilmu berbelong menerewang diiup angin begitu saje. Mohon ajarlah ain yang kudus ni berblog semula, nak kutip idea semula. ni semua gara gara masa la ni, selalu je tak bagi ain peluang nak taip seketul dua entry -.-

Kososng kosong ye semua sekali lagi.
belog pun sama, kosong kosong juga. Nanti ain touch up belog cecantik kendian kita aktive semula.tskkk.

http://aindzaya.blogspot.com

Makanya, genaplah entri yang ke-200 setelah 4 tahun berblog. *tepuktepuktangan
*Chehh! padahal orang lain dah buat 2000++ dah sepanjang 4 tahun berblog. pirahhh!

Dengan harapan, entri ke-200 ni jadi penyemat semangat untuk ain terus berblog lepas ni. At least pun, 2 entry setiap minggu. yeayyyy!

Current Issues : Akak macam mana nak jadi pelajar senibina (Architecture)?

Salam 'Alaik ❤

separa dewasa ini, kalau tengok ain dapat online, dapat merepek sepam dua kat fesbuk, dapat update entry baru, dapat ain berfoya foya depan laptop adalah suatu masa lapang yang cukup indah buat ain. mungkin akan berlaku dalam kiraan dua kali dalam minggu ni -.-'


dah ramai dah cakap ain dengan upin ni adik beradik sama kiut. Terima kasih :D

kira, begitu tragis la kesibukan, kekacauan, kekusutan dan kecelaruan hidup ain nih sepanjang minggu pertama semester baru. *amaran keras : ayat ini mengandungi 50% fakta, 25% auta, 25% drama*

memandangkan tugas ain sebagai seorang pelajar semester lima, seorang blogger kudus tapi kiut, ececeh, kena lari-lari secara comel ke sana ke sini untuk kejar lecturer nak dapatkan approval itu ini, masa tu juga la idea entry baru timbul, celah tu jugak lah nak attend outdoor activities la. ni pun, lenguh lenguh kaki ain tak habis habis lagi lepas cuci mata kat The Curve sambil cuci mulut dengan lima belas ketul meatball kat IKEA siang tadi. haa. kalau Rosmah baca entry ni, beliau pasti konpius, mana satu Perdana Menteri, mana satu yang membajet Perdana Menteri. 


nah! ain share seketul dua meatball dengan korang. ain yang jamah tiga ketul pun dah cukup untuk penuhkan dua balang perut yang comel ni -.-

berbalik kepada diri sendiri. kepada isu semasa yang bergelimang dalam fikiran ain sekarang, dah ramai sangat dah adik adik lepas SPM, ASASI, DIPLOMA lepas je dapat result terus berduyun duyun whatsapp, meseh fesbuk ain tanya


dah rasa macam jadi kaunselor Ain Dzaya pulak --'

Since ain sambung diploma dan degree ni, ain bukan la pure architecture nak gebang gebang kat orang pasal  'Architecture'. Sebab, basic ain pun dari Diploma in Building, UiTM Sri Iskandar, now currently studying in Bsc (Hons) Construction Management, UiTM Shah Alam and future Master of Science (Integrated Construction Project Management). InsyaAllah!

Tapi yang jelas menampakkan yang asal usul kejadian ain ni architecture ialah nama fakulti ain sendiri Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (FSPU). Setiap orang mungkin ada pendapat sendiri nak sambung belajar kan, tapi apa yang ain nak cerita ni based on pengalaman ain as UiTM Student dan cara ain sendiri la. Mana la tau serba sikit boleh tolong adik adik yang teruja nak sambung di Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur. hiks.

Sebenarnya, apa yang ain nampak dari mata kasar yang kiut sepet ni, ramai yang tak faham skop dalam construction espesially kat adik adik ain yang comel yang nak sangat sambung belajar architecture ni. Ramai yang dorang faham, kalau nak masuk construction, kena jadi architect. Kalau minat melukis, bidang architect je yang sesuai. Kalau nak duit beriban, jadi engineer lah. Tapi bila tanya, 

'adik nak ambik architecture dalam field apa?
emmmm. emmmm
*Sama la macam ain dulu ^^. heee

Konon konon nak membajet kerja dalam industri construction. duit berkepuk kepuk. hekhekhek

Sebenarnya, ramai yang tak tahu, dalam FSPU ni ada lagi kursus kursus kecil bawah FSPU yang ditawarkan yang lebih fokus pada prospek dan sesuatu bidang tertentu. Sebab tu, sebelum nak pilih programmed, korang perlu ada intention nak belajar and the most important ni kena la tahu, minat nak belajar pasal apa. Contoh, milah suka sangat calculation tapi dia tak suka accountant sebab minat dia lebih pada construction industry, so the best suggestion for her adalah Diploma/Degree Ukur Bahan. See, kannn! dah nampak dah kan sikit sikit hala tuju.

Tapi tapi tapi, ada certain programmed yang korang kena pergi interview dulu atau lebih dikenali sebagai studio-based student. ekau inget budak musik dan seni tari lakonan jah ada studio. muehehehe! Melalui lecturers ain cakap, dorang bukan cari straight A's SPM pun. Kalau yang ASASI atau DIPLOMA paling karen pun 3.30 above. Orang yang banyak sangat A's dan 4 flat ni, lecturer lebih nasihatkan belajar yang lebih macam Medic ke..Engineering kann.kann. 

Sebab apa yang lecturer nak dari student senibina ni berfikiran kreatif, kuat dari segi mental dan fizikal, out spoken, tak pasif, determine dan self-motivated. Sebab tu lah ada interview. So nanti kalau dah interview, jangan la pulak korang tersengih-sengih, tertunduk-tunduk. Kat sini pun korang dah belajar nak jadi Architect, Project Manager, Designers, Engineers dan how to deal with clients.

hahahaha. takutkann! takutkann! 
elehh, ilek aa bro, wa baru citer pasal interview. wa tak citer lagi yang duit mengalir macam air terjun, project kene koyak, project kena hentam dan wa tak citer lagi tatkala lu orang ambik masa 4 bulan nak siapkan final projek  dengan penuh tungkus lumus tak tidur malam tetiba masa critic class lecturer kau cakap projek kau macam sampah. Istigfar. Istighfar. 

We are the builders of our own destiny. We are the creators of our own fate. We build our destiny with our thoughts. Every thought we think is a brick with which we are building our destiny, our future. We are the builders. Construction Management.

Alaa, semua ni dah asam garam dalam Construction sebab sikit sikit ajar korang camne nak handle problem, nak deal dengan client yang penting jadi lebih self motivated. So kalau tak aggresive, macam mana nak berdepan dengan ini semua? Lagi satu, kalau nak pergi site yang under construction, kau ingat boleh ke nak bajet diva atau puteri dan putera lilin? tak tahan panas, nak pakai heels bermekap tebal bagai? Sebab tu interview itu penting. Sebab tempat adalah sangat terhad, maka mereka mahu cari orang yang betul-betul mereka rasa boleh survive dalam kursus ni.

Okey, kat bawah ni ain dah siap siap listkan senarai programmed yang ada under FSPU. Dengan harapan, korang nampak la sikit hala tuju kursus yang korang ambil incase nak sambung future study ke ape. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------
1. Centre of Studies (Quantity Surveying)
DIPLOMA UKUR BAHAN
SARJANA MUDA UKUR BAHAN (KEPUJIAN) 
- psttt! for those yang nak sambung bidang construction tapi tak pandai melukis sebab minat korang lebih pada calculation, macam milah tadi boleh ceburi bidang ni.

Centre of Studies (Town & Regional Planning)
DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH (KEPUJIAN) 
- ni lebih kepada town planner, nak develop sesuatu kawasan macam tu la. Kalau korang tengok jalan raya yang bersimpang siur tak betul tu, kerja planner la. Dorang plan jalan macam tu. haisshh!

Centre of Studies (Estate Management)
DIPLOMA PENGURUSAN HARTANAH 
SARJANA MUDA PENGURUSAN HARTANAH (KEPUJIAN)
- Pengurusan hartanah ni lebih pada jual beli property, macam consultant lebih kurang la. tapi kalau belajar, LAW tu dah jadi ruji dalam hidup dorang. bagus! bagus!

Centre of Studies (Construction Management)
DIPLOMA BANGUNAN 
SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) PENGURUSAN PEMBINAAN
- haaa! ini la bidang ain. selalunya orang tak faham tau skop kerja ain ni, apa yang ain belajar. tapi sebenarnya bidang ain ni lebih kepada pengurusan dalam pembinaan. korang ingat dalam construction tak payah urus dokumen itu ini ke? hahaha. bab bab handle projek, urus dokumen project bak sini kasi sama gua! 

Centre of Studies (Building Surveying)
DIPLOMA UKUR BANGUNAN
SARJANA MUDA UKUR BANGUNAN (KEPUJIAN) 

Centre of Studies (Surveying Science and Geomatics)
DIPLOMA SAINS GEOMATIK 
SARJANA MUDA SAINS UKUR DAN GEOMATIK (KEPUJIAN) 

Centre of Studies (Park & Amenity Management)
SARJANA MUDA PENGURUSAN TAMAN DAN AMENITI (KEPUJIAN)

Interview Programmed

1. Centre of Studies (Interior Architecture)
DIPLOMA REKABENTUK DALAMAN
SARJANA MUDA SENIBINA DALAMAN (KEPUJIAN) 
-For those yang suka sangat design design rumah, ubah ubah perabot rumah, ada bakat kreatif design design sikit sikit tu boleh la ceburi bidang ni. nanti korang bukan saja ajar nak design dalaman rumah, tapi hotel, restaurant, office. haa! hebakkann! duit pun hebak masyuk.kuikui

2. Centre of Studies (Landscape Architecture)DIPLOMA SENIBINA LANDSKAP 
SARJANA MUDA SENIBINA LANDSKAP (KEPUJIAN) 
-bidang ni lebih pada landskap. belajar la sikit sikit pasal pokok-pokok macam tu la. yang penting pandai lukis dan kreatip. ain tak tahu sangat apa yang studio-based belajar, tapi jangan nak harap orang je sumbang idea je --'

3. Centre of Studies (Architecture)
SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA
- ni lah  bidang yang ramai sangat orang tanya kat ain. Actually, bidang ni tiada diploma di UiTM sebab UiTM dah upgraded and requirement juga tinggi. So, incase ada adik adik lepasan SPM yang fefeling nak sambung Degree terus, ambil la kursus ni. hahahaha. fefiling lebih sikit.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

ini semua pendapat ain, based on pengalaman sendiri lah sikit sikit kena share dengan korang kann, daripada kepam sensorang celah ketiak. sebab ain pun tak la hebat sangat nak explain pasal semua ni ye adik adik, unless iols ni pakar motivasi. muahaha

Kalau nak tanya pasal skop pekerjaan dan pembelajaran ni, dalam bidang construction, korang masuk la celah mana punya kursus, tapi last-last bila korang berkumpul satu meja even lain lain course, sebenarnya korang akan bercerita dan belajar perkara yang sama je. tak payah la nak gebang, kau ambil Town Planning tapi nak tipu orang Interior Designer. Sama juga macam kerja, lecturer ain pernah cakap 'as long as korang masih dalam construction, korang nak jadi planner je, designer ke, jual property ke semua boleh, sebab korang selama ni belajar benda yang sama je dalam satu fakulti'

Adios!

Ahli baru rumah kami, Mr.....

Salam 'Alaik ❤

Hi! Seperti biasa rutin kacau 'miaw' titow. Hiks!


Gaya yang penuh seleksi miaw tido, sambil tutup muka, konon konon comel la tido macam ni. wkwkwk


Upss! i would like to introduce ahli rumah baru. We named him "miaw". Mr. Miaw. hiks! Kenapa "miaw"? sebab 'miaw' currently used untuk gelarkan kucing. simple as that bukannn.teeehee

Actually, i never thought yang one day, ada pets dalam rumah kitorang ni since kitorang adik beradik memang sangat sangat tak suka binatang berbulu apatah lagi yang takda kaki. aww eww eww!! Plus our parents memang tak galakkan pun kitorang bela pets dalam rumah  bagai ni, sangat menserabutkan. 

Tapi tak tahulah kan apa jenis hidayah Tuhan bagi kat kitorang ni sebab sejak ain balik rumah minggu lepas, sejak habis beban otak mentelaah ilmu kat unibesiti *bajetlah ain tu --" sejak rasa dewasa ni, sejak dah masuk umur 22 ni. dan sejak i saw miaw sambut ain depan pintu sambil gesel gesel kat kaki, sayu kemahen terus dukung sambil gentel gentel perut buncit miaw. Terus je hati rasa macam nak runtuh, terharu kemahen. sempat lagi ain tanya ayah


" kucing mana ni sesat dalam rumah?" 


dalam nada macam tak puas hati, tapi sebenarnya hati dah nak jatuh, berkecai , bercamtum balik dah. ayat pun dah tunggang langgang nak gambarkan perasaan terharu gembira yang sebenar benarnya dengan harapan bila baca balik dapat meresap dalam hati secepat mungkin. tsk.tsk.


'hyeee! gua Mr. Miaw. Pinjam henpon kejap, gua nak selfie. nak upload dalam instagrem, dapat ngorat kucing comel loike gambar gua yang hensem ni'


Apa yang buat ain kagum tak tentu pasal keruan sebab bila ain tengok 4 all us adik beradik memasing selamba badak gomol gomol gentel gentel miaw sampai lemau. miaw jangan cakap la rela je digomolkan, even dah lembik pun tetap nak gesel gesel kat orang. haisssh! apsal la comel sangat perangai tu, geram je nak sepak .

kalau dulu tengok kucing lenggang lenggok lalu sebelah macam nampak singa tengah mengaum. Dah jadi kebiasaaan satu perkara, kalau nak makan kedai dengan famili, satu kemestian mesti cari kedai yang takda kucing lalu lalang dalam kedai. even kedai tu masak bistik sampai tetes tetes air liur, tapi ada sekor anak kucing tepi pintu kedai, sanggup cancel 153%. sanggup makan megi goreng kedai mamak yang takda kucing. sadis kan T_T


haiigaisss! hobi saya makan, tidur, makan, tidur,,makan, tidur, makan, tidur, makan, tidur, makan, tidur. dan sekarang saya sedang tidur -.-'


Tengok pulak respon our parents, selamba badak pulak layan miaw kehulur kehilir sambil berlenggang lenggok dalam rumah. dah rasa habis seksi sangat lah tu, jalan sambil lenggang lenggok. Menyampah tau!

Yang paling best, dapur tu memang dah jadi port kegemaran miaw melepak layan perasaan sensorang penuh seleksi tatkala larut malam, berseleksi ala ala starbuck gitew sambil minum coffee copucino. amboih! kemahen kan. So tiap kali ain atau ibu sibuk membizikan diri masak masak kat dapur, miaw dengan aksi comel behave je duduk sambil curi curi bau masakan. lepas tu, makan sesasama. hahaha


bajet menteri, tudur atas meja makan, dengan gaya yang satu.


So far miaw ni tak la cerewet pun bab makan macam kucing lain, apa yang kitorang makan itu lah yang beliau makan. so, setakakt ni toksahlah lagi membazir duit beli makanan kucing memahal, setakat friskies yang bijik bijik tu memang beliau tak hadam langsung, memang membazir je beli. sekurang kurang pun nak fancy feast. amboih! menyampah tau miaw, nak tumpang glamour kucing Hanis Zalika leteww. 



When i asked my adik, "nape nak bela kucing? tak takut ke kena cekaw?"
......"sebab comel manje sangat kucing ni!"

Sobs.
So far, banyak kena buat research nak jaga kucing. Baru ain tahu susah jugak nak bela pets dalam rumah ni, banyak do's and dont's kena praktikan. Korang yang ada tips pasal penjagaan kucing, meh la share seketol dua. kite pun tengah belajar nak bela pets ni.

We love miaw  ❤ ❤ comelkann! nahh! ain sedekah seketol gambar kat blog. ya. saya tahu saya memang tak tahu malu, nak tempek seketol gambar kat belog, mentang mentang tak hapdate belog tiga bulan T_T
tapiiiii, ada ain kisah. hahahahaha. 

haichuolsss! saya dah grade! pssttt! nanti next entri gua celita sama :D
-
Idios!
Terima kasih, sudi baca!

Piknik di Hutan Lipur Jeram Lenang, Kelantan | Entri Bergambar

Salam 'Alaik  ❤

Haiigaisss! menghabiskan masa bersama kawan kawan memang agenda utama ain minggu ini. memandangkan khamis ini ain dah nak berangkat ke Shah Alam untuk sambung degree BSc (Hons) Construction Management *haiii orang shah alam. walaupun idea ni agak kudus buat wanita awal dewasa macam ain ni. ya. akur. sekarang umur dah 21. dah tak boleh nak huha huha macam 12 tahun. dah tak boleh nak kerut dahi sikit, kalau tak jelas kedut kedut kat dahi T_T.

Jeram Linang. dah siap tulis hitam pekat tu. dah siap buat teaser tempek kat instagram. 'Jeram Linang. piknik with buddyz.lep.lep.  ❤'

Hutan Lipur Jeram Linang. memang dah tersemat hebak di otak, Jeram Linang memang menjadi kewajiban lunggukkan manusia datang setiap hari. lebih lebih lagi di hujung minggu, memang terpaksa bersumbat sumbat kalau nak masuk. tapi, hari ini nasibla bukan cuti umum, yang datang pun boleh kira dengan jari. kalau tak, sila parking kereta satu kilometer jauh dari destinasi yang nak dituju. 


http://aindzaya.blogspot.com
dah sampai terus gigih keluarkan henpong, ambil seketol dua gambar. konon konon nak bagi orang yang tak pernah datang sini dengan keindahan, kesejukan, kenyamanan hutan lipur jeram linang.ehew


http://aindzaya.blogspot.com
Jeram Linang scene. hari ni sunyi sepi sikit, maklumlah bukan musim cuti. tapi masih ada juga yang datang lepak-lepak, piknik, mandi bersama keluarga dan kawan kawan. oh.lupa. awek juga -.-'


http://aindzaya.blogspot.com
candid guna henpong je pon. image style dah macam amatur potograper sangat iols tau!

pada awalnya, kitorang tak plan pun nak datang kat sini. memandangkan kat Machang ni tak ada tempat best nak lepak lepak, nak gossip girls. makanya, terus tuju destinasi ni. 

hmmm. memang sesuai sangat untuk gossip girls. 

view yang cantik. air sejuk yang jernih. scenaries yang tak nak kalah memang buat ain pengsan seketika. memang teruja nak datang sini bukannya sebab nak air sejuk. setakat air sejuk, cedok telaga belakang rumah je. tapi Ya Allah, tempatknya kemahen cantik. budak budak laki ganas yang datang lepak kat sini tadi pun kemain seghonok mandi air terjun. yang bawa balak, awek datang sini pun celup celup air dalam sungai pun belambak.

suka i.


http://aindzaya.blogspot.com


pokok pokok balak besar ni , bukan sebarang pokok tahu! macam macam pokok jugaklah ain kenal dari sebesar tapak tangan sehingga segedabak ni. memang banyak khasiat dan memang khazanah malaysia. memanang patut pun kalau Jeram Linang ni di iktiraf sebagai destinasi cuti cuti malaysia taman rekreasi dan air terjun di Kelantan ni.


http://aindzaya.blogspot.com


permandangan hijau dengan kicauan burung macam ni dah cukup buat ain tenang. seghious takmboh balik!


http://aindzaya.blogspot.com


tengok air, jernih kann! memang sepuluh bintang la ain kasi. yang bestnya kat sini, setiap jeram tu ada stag memasing. kalau budak budak nak mandi boleh duduk kat jeram bawah sekali. yang dah dewasa sikit macam ain ni selayaknya duduk jeram atas sikit. so takda masalah lah kalau semua peringkat umur nak mandi.


http://aindzaya.blogspot.com


matahari dah cecah atas kepala. macam faham faham je suruh itew terjun dalam air sekarang.ehew!






http://aindzaya.blogspot.com


port pilihan kitorang! petang tadi memang takda orang, so kitorang concour awal awal jeram yang ni. sebab musababnya, kat sini tak dalam sangat. air pun lebih jernih berbanding jeram yang bawah. 


http://aindzaya.blogspot.com


susur jalan ke puncak bukit. next time, kitorang datang, nak hiking pulak. baru lah lebih mencabar khonn. hari ni tak sempat, pergi pun dah tengah hari. baru celup celup kaki dalam air je, tup tup dah 2 jam.sobs.sobs.


http://aindzaya.blogspot.com
malu nak tempek gambar besar tatkala sedang berjimba dalam air.



http://aindzaya.blogspot.com


mempersembahkan kawan sejak sekolah rendah, elly. kalau nak cakap dengan dia kena cakap sopan sopan, sebab dia sopan santun.hiks


http://aindzaya.blogspot.com


anis si humble. 


http://aindzaya.blogspot.com

nadia :p


nak balik saja, terus rasa sayang je nak jalan laju laju. kalau bleh nak mengesot saja,  lambat siket sampai kat kereta. bukan senang nak datang piknik bagai ni dengan buddyz ni. sebab masing masing dah besar, masing masing dah ada komitmen.

apa pun, ain harus menobatkan piknik kali ni, antara piknik yang syok. sebab musabab, seperti yang selalu, ain tak terbatas untuk jadi lupa diri dalam air. menjadi 12 tahun tanpa arahan. otometik eksaited bila dalam air ni. haish.

p/s : jemput jemput la ke Hutan Lipur Jeram Linang di Kelantan.

terima kasih sudi baca :)

Tempat-tempat Shopping Murah & Design Best Kecintaan Ramai Setiap Bulan!

Salam Alaik  ❤

I'm gonna pop some tags
Only got twenty dollars in my pocket

I, I, I'm hunting

wah wah wah kemahen ain. even dah ada Dzaya Collections pun, memang tak jadi halangan langsung bagi ain nak shopping online tempat lain ni.kui.kui. maklumlah, sejak umur awal dewasa dah tak relevent sangat bagi ain nak bazirkan masa berjam jam nak jalan jalan window shopping. apatah lagi, nak shopping bagai kat butik butik baju, masuk fitting room semata mata nak cari baju baru yang adorable, design yang cantik, kain yang comfortable, jatuh molek kat badan dan yang paling penting murah. ya, ain ulang sekali lagi MURAH! 

memang tak boleh blah kalau tak membeli belah sekali sebulan. setiap bulan wajib ada je baju baru, kasut baru, shawl baru, kain baru maximum 2 tiga pasang. kalau tak ain rasa macam gatal tak ketahuan hala je tapak tangan ni. muahaha. boleh dikatakan rutin ain setiap bulan wajib terjah semua blogshop/pageshop feveret nak cari barang baru. yang paling best sekali, blogshop/pageshop kecintaan ain ni memang menyediakan koleksi pakaian muslimah yang mengikut trending, adorable, sangat membantu kalau nak tutup aurat dengan pelbagai design yang updated!

sangat sesuai kalau nak buat basahan ke kelas, tempat kerja. memang tak nampak sangat macam mak jemah pun. yang paling best sangat blogshop/pageshop buah hati ain ni memang rajin sangat buat sale, promotion, half price bagai ni. kalau setakat wideshawl yang designnya RARE dan GORGEOUS RM30 je. memang tak rasa sangat kalau duit mengalir demi sehelai wideshawl untuk daily shawl.

kalau korang tengok senarai blogshop/pageshop ni agak agak terutama orang pompuan ni, boleh buta mata tak? sebab musababnya, dah la design mereka lain dari yang lain, murah pulak tu. memang geget jari la kalau tak shopping kat butik-butik mereka tau tau tau!





yang ni ain nak cakap serious best dengan butik online ni. kalau setakat nak cari baju yang bersaiz S- XXXL++ memang ain galakkan korang singgah ni. tak paksa beli pun, korang cuci mata je dah cukup dengan design pakaian yang adorable, simple aja khas dibuat dari kilang mereka. eh! korang tak payah risau la tang saiz tu, kat online butik ni dah siap sedia kasi saiz setiap dress yang mereka jual. so korang jangan risau la kalau baju tu tak muat ke hape, ketat ke, longgar ke, sebelum beli tu boleh ukur kat badan sendiri.

pssst! harga tu jangan risau, apa yang dijual kat sini memang berbaloi baloi sangat dengan harga yang ditetapkan. tak menangis punya kalau duit tu terpaksa keluar lebih sikit demi sehelai dress yang best sangat!




tengok cover page pun dah tahu apa yang tersirat dalam butik ni khonn. percaya atau tak dress, kain shawl, top, blouse, seluar semua yang jual kat sini mostly serendah RM50. haa, nak cakap apa lagi. memang kalau petang petang bosan tak tahu nak buat apa, selalu jugak la window shopping kat sini.  korang pun sama, kalau dah lahabau malas sangat boleh window shopping sini, shopping sekali pun boleh. ain jamin lah kalau korang pakai dress yang beli kat sini mesti ramai orang jeleouzz.eheww


 ye la kan, kat mana je la nak dapatkan apa yang mereka jual ni selain beli kat sini. lepas ni korang kalau dah singgah sini, pomot pomot la kat kawan kawan tau! 






Nama pun dah Chantek Dress  sesuai sangat dengan jenis dress yang mereka sediakan. chantek je, kalau pakai semuanya terletak molek kat tubuh. sopan je macam model kat bawah. tehee. harga? alah kak temah, setakat RM120 satu set kain, dress, shawl takkan tu pun nak berkira sangat kann. hiks. nak tengok banyak lagi koleksi chantek dress, boleh pergi terus kat sini Chantek Dress, yang pasti korang akan sangat berterima kasih kat ain tau tau!




Menyediakan pelbagai jenis shawl yang trendy, ringkas dan sangat selesa. nak tengok koleksi shawl, tudung lain, cepat cepat tekan sini Scarfsweethoney  tau! stock sangat limited. lepas ni boleh la korang bergaya dengan shawls baru.heee








sesuai sangat dengan tagline mereka, 'Your Labuh & Longgar Specialist'. lepas ni tak payah gusar ea, kalau nak cari pakaian yang labuh dan longgar kat  Muslim Clothing dah sediakan semua. tambahan pula, sekarang ni banyak sangat new arrival tau! kalau nak kene cepat, sebab limited stock sangat.


psstt! saja je nak letak link ni last sekali.he.he.he. dalam banyak banyak online shop yang jual scarf/shawl Zora Scarf yang ter- best, yang paling ter-suka, yang ain mampu bagi semua bintang dilangit *konon* sebab musababnya scarf/shawl yang disediakan semuanya wideshawl, best pulak tu material. 




kalau korang tengok jenis shawls/scarf yang hadoo memang terjonjol jugaklah bijik mata, takut nak beli tapi berkenan di hati, sebab tengok macam beratus ratusan je sehelai, walhal semua scarf/shawl yang dijual kat sini hanya RM30/sehelai je kottt! alaaa, nak nanes tau nak beli, rambang mata punya pasal, banyak sangat stock yang hebat tahu! meh la shopping sini jugak. ehee


Last but not least,


Haruslah kan promote pageshop kite sendiri.muahaha. asyik promote yang orang je. For those yang nak rasa menikmati 11% sale from Dzaya Collections  cepat cepat lah tekan sini. sales ni dibuat sehingga 31 ogos 2013 je. Untuk cuci mata dengan koleksi lain, boleh tengok kat sini Dzaya Collections . 




Alhamdulillah, lepas launched these items kat entri ni , macam goreng pisang panas je, sekarang ni dalam proses nak restock balik all the items atas permintaan customers. Jangan lupa for those yang nak dapatkan Janna Cotton Long Dress (best seller) sejak dijual since bulan ramadhan hari tu. Alhadulillah, tak putus putus rezeki di Dzaya Collections, serba sedikit boleh la kasi duit poket nak sambung belajar :')

Ramai je kan yang tak tahu ain ada pageshop.tehee. actually, bukan nak berahsia sangat. ain baru je buka page shop ni April lepas. tapi masa tu active dengan felt crafty. so, yang boleh yang betul serius start upload dress, shawls, tudung bawal collections ni since bulan puasa lepas. so, kira kira dah masuk sebulan setengah ain aktif dengan  Dzaya Collections . 


sambutan hasil penat lelah dengan  Dzaya Collections sejak aktif ramadhan lepas :')




sebarang pertanya /order/wholesale/dropship :

pm page : Dzaya Collections

whatsapp/wechat/line : 0165436511


mentang mentag ada Dzaya Collections, semuanya main pakai free je kan. muahaha. im waeing Janna Cotton Long Dress :p









bulan depan ni nak sambung Bsc (Hons) Construction Management kat Shah Alan dua tahun. wahh! tak sabar tau nak sambung belajar semula, rindu sangat nak nakal nakal dalam kelas. nak siapkan assigment secara grouping, hang out dengan kawan kawan. rindu! rindu! rindu!

terima kasih sudi baca ^^

So Dengar Cerita Ada 55 Promotion NEW Wideshawls Untuk Shawls Lover?

Salam 'Alaik ❤

ehem. hyee belog.tehee. dah berbelah hati sangat dengan belog sekarang. bukan terpaksa berbelah hati saja, ain jugak terpaksa belah kasih sayang antara cinta hati "Dzaya Collections" dengan "Blog Ain Dzaya". Memandangkan keduanya kecintaan hati ain, menjadi ke-harusan-lah untuk ain kongsi sikit sikit koleksi terbaru Dzaya Collections yang menjadi hot seller sekarang. hari raya kan tak habis lagi, baru raya ke-12 kot! "ilek bro, ilek, rumah gua pun lu tak latang lalan laya lagi" . habis bulan Syawal raya haji pula. 

Alhamdulillah, sambutan di Dzaya Collections amat memuaskan. mihmihmih. untuk uols yang tak usha lagi hot-item Jannah Long Dress cepat-cepat usha. sekarang dah batch yang ke 4 dah. tak sabar pulak nak launch new collections dress and shawls yang tengah dalam prosess penghantaran. 

Nak tahu bila akan launch, boleh like Dzaya Collections supaya tak terlepas pandang sebarang update pun tau. Alaah usha je kak temah, bukan paksa beli pun. sambil cuci mata petang petang boleh la tengok koleksi baru, daripada buat mesyorat tangga. mana tahu lepas ni berkenan nak start bisness shawls/dress. boleh beli wholesale/retail dengan Dzaya Collections.mihmihmih.

So, kali ni ain nak bawakan korang Wideshawls Collections by HannaHHilal to shawl lover to cover aurah, chest and covering back and follow sunnah. hishh! tak payah risau sangat pasal harga tu, tak payah menabung pun demi sehelai adorable wideshawl. Do love with our sensational offer tau tau tau :) boleh mix jenis wideshawls. kalau pembelian lebih 2 helai, jangan risau sangat sebab 2 helai ke atas akan dapat diskaun. buy more, save more. hehehehew :)


AFRINA SHAWL


wholesale price/retail/dropship : RM15 (min 10pcs)

1 piece : only RM25
2 pieces : only RM48 (free postage)
3 pieces : only RM67 (discount 10%)




AFR 1 : Blue 
AFR 2 : Peach
AFR 3 : light pink
AFR 4 : orange




AFR 5 : Orange
AFR 6 : Yellow
AFR 7 : Light blue
AFR 8 : Light orange




AFR 9 : Rose
AFR 10 : Gray
AFR 11 : Navy
AFR 12 : Light purple


AZRAA SHAWL


wholesale price/retail/dropship : RM15 (min 10pcs)

1 piece : only RM25
2 pieces : only RM48 (free postage)
3 pieces : only RM67 (discount 10%)




AZR 1 : Green + piping pink
AZR 2 : Mustard + piping purple
AZR 3 : Lightblue + piping black
AZR 4 : Navy + piping Gold




AZR 5 : red heart + piping blue
AZR 6 : Green + piping mustard
AZR 7 : Black + piping dark red
AZR 8 : Dark red + piping light blue




AZR 9 : Brown + piping light blue
AZR 10 : Mustard + piping purple
AZR 11 : Black + piping purple
AZR 12 : Light blue + piping purple





AZR 13 : Ocean + piping pink
AZR 14 : Light pink + piping yellow
AZR 15 : Mustard + piping pink
AZR 16 : Purple + piping purple




AZR 17 : Green + piping pink
AZR 18 : Light Yellow + piping light blue


SARAA SHAWL


wholesale price/retail/dropship : RM15 (min 10pcs)

1 piece : only RM25
2 pieces : only RM48 (free postage)
3 pieces : only RM67 (discount 10%)




SAR 1
SAR 2
SAR 3
SAR 4




SAR 5
SAR 6
SAR 7
SAR 8




SAR 9
SAR 10
SAR 11
SAR 12




SAR 13
SAR 14
SAR 15
SAR 16




SAR 17
SAR 18
SAR 19
SAR 20




SAR 21
SAR 22
SAR 23
SAR 24




SAR 25


Sebarang pertanyaan/order boleh dilakukan :

Order
1. Nama Penuh
2. Alamat Penuh
3. Nombor Telefon
4. No kod/Link gambar


*Untuk pembayaran : nombor akaun akan diberikan sewaktu pembelian.
*Bukti pembayaran sangat penting, jika tidak item yang di order tidak boleh diposkan.
*Reserve/booking hanya boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam, sekiranya melebihi tempoh tersebut item yang di order akan dibuka jualan untuk orang lain.
*Untuk sebarang pertanyaan  untuk dropship/retailer/wholesale, sila inbox di page Dzaya Collections.
*Warna : Warna di dalam gambar mungkin sedikit berbeza berbanding warna sebenar produk disebabkan lighting dan monitor display.


hantarkan butiran di atas di :

SMS/WHATSAPP : 0165436511 


Jemput LIKE page ni Dzaya Collections untuk dapatkan koleksi shawls dan dress fesyen terkini. Insyaallah akan di upload dari masa ke semasa. mudah dan cepatkan!


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Last but not least, ain nak tanya, ada tak kakak-kakak yang berminat nak buat bisness dengan Dzaya Collections?  Jadi pengedar orang kata. Sebabnya Dzaya Collections ada menyediakan package bisnes untuk semua. Tak kiralah university students, yang dah bekerja ataupun yang dah ada bisnes sendiri. Boleh buat income lebih uolls, tambah tambah nak raya haji ni khonn, haruslah semua nak baru. So kena ada extra money la nak beli kasut baru, baju baru, langsir baru dan apa-apa yang baru. Jadi start la bisnes dari sekarang!!!

Happy Shopping ♥

Terima kasih sudi baca ^^