Ain Dzaya | Tips penting bodek godek pensyarah.hik.hik.

Assalamualaikum ♥


apa perasaan sesudah bertungkus lumus, tempek dua bijik mata depan laptop berhari hari, kendian esaimen yang buat tu kene reject kering mentah mentah oleh pensyarah? kejam kan. 

kesan daripada itu, kita terpaksa lagi berganda ganda tempek bijik mata sebesar panda depan laptop. terpaksa tolak tempe goreng panas depan mata. terpaksa reject call kawan kawan ajak tengok wayang. terpaksa kecewakan bopren di hujung minggu. dan yang paling sadis sekali, terpaksa menggadai masa tidur 23.452 jam. semata mata buat semula esaimen yang kene reject tadi.

inilah realiti kehidupan Universiti dan Kolej adik adik sekolah, tadika, PASTI sekalian. jangan mudah terpengaruh dengan iklan cekedis kat tb, apatah lagi iklan sugus. Sebabnya di Universiti dan Kolej pensyarah tak suap pelajar dengan ilmu macam budak sekolah, eww!! gelilah..besar gajah pun kene suap. berdikari la beb!

tambah tambah sejak UiTM guna sistem OBE ni

kakak OBE tu makhluk spesis apa? 
tanya adik shomel 

Ooo...adik adik. OBE tu bukan sejenis makhluk tapi sejenis sistem Out-comed Base Education yang mana pelajar kene carik ilmu sendirik tanpa mengharapkan pensyarah ajar sebijik sebijik kat dalam kelas. nota pun carik sendiri taw!

Oooo...susahnya kakak masuk unibesiti ni! takmo uh belajar masuk unibesiti, pensyarah kedokut asam masin.
erkk...


dengan kaedah ini ain tak kan malas lagi untuk menghabiskan sisa sisa waktu kat library. rajin bertannya pada senior senior. pesanan ain, bagi yang perempuan rajin rajinkanlah jumpa senior laki laki kalau nak ilmu yang iklas dan lebih berguna tanpa cas sebesar taik hidong.huk.huk.

tak lupa jugak, rajin rajin bodek godek pensyarah ye. contohnya;


Pura pura minat subjek dia.

tak minat hapak nak mamposs pun, dua bijik mata wajib fokus masa pensyarah mengajar. walaupun tak paham itu tak penting, boleh suruh senior yang berkaliber ajar, member sendiri pun terkebil kebil dalam kelas. setiap patah yang keluar dari mulut pensyarah itu, kita kene selalu alert dan ulang banyak kali dalam kelas bajet kita paham. 

dan yang paling utama, pen di jari mesti salu bergerak macam kita sedang khusyuk salin apa yang pensyarah cakap. contonya, macam ain buat ni. -..-"

hahaha..sila jangan kutok...ain babap sorang sorang..
   

Aktif dalam kelas tapi jangan hyperactive


ain tak bermaksud suruh korang berlari 500m dalam kelas dan terkinja kinja tak ketentuan hala.tapi, aktif yang dimaksudkan lahirkan suasana happening dalam kelas. korang nak buat pensyarah ketawa terbahak bahak sampai nanges pun amat digalakan

dengan cara ini, pesyarah tu mesti selalu rindu dan seronok nak mengadap korang yang hipokrit ni hari hari. nak bagi markah kesian pun senanglah. setakat buat muka cipanzi fokus dalam kelas, korang memang minta pelempanglah. sila lah percaya!

kalau tiba tiba dia buat lawak, walaupun tak lawak sebenarnya, sila gelak kuat kuat sampai pensyarah boleh cam suara kita. lepas tu mesti happening satu kelas habes sebab member bukan gelakan pensyarah, tapi gelak kita yang annoying. hahahahaha.

Jadi classrep ataupun asisstant classrep

Sejak azalinya ain masuk unibesiti ni, ain terus dilantik jadi asisstant classrep class. disebabkan ain terlalu berkaliber hampir 5 semester ain jadi assistant class. hehehe. untungkan ain. sebab musababnya.

bila dah jadi classrep atau asisstant classrep, mana saja korang pergi bahkan dalam jamban pun, pensyarah sentiasa carik dan perlukan pertolongan korang. dengan pendekatan ini, senangla nak rapat dengan pensyarah. jangan merungut atau bagi alasan. hipothesisnya, semakin berganda amal jariah, semakin berganda markah.


Mesra dan hormat dengan pensyarah

Lepas kelas, salam cium la tangan lecturer tu. bau belacan pun bedal je. ambik berkat siket, moga moga Allah tolong kita nanti. tapi jangan la pulak gedik yang perempuan cium tangan pensyarah lelaki. stim abes! 

pastu, tengah pensyarah mengajar apa kata buat 'suprise pasty'. kompen sebak habes pensyarah tu. even, pensyarah lelaki. serius sampai mati dia ingat korang. ain cakap ni bersandarkan pada kenangan. lepas peristiwa ini, kami satu kelas pakat habes dapat A+ subjek tu, siap 'dean list' bagai. hahaha. usaha murni jugak amat penting ye.

The best supportive, happening lecturer ever!  ♥   

The best class we had ever  *..*
I
ni merupakan serba sedikit tips yang ain amalkan sejak jadi pelajar unibesiti. jangan lupa juga, buat group discussion, buat soklan past year, berdoa dan tawakal kepada Allah. Jangan hanya, bodek godek pensyarah aje, ape pun tak boleh.

AWAS : Jangan ponteng kelas dan suruh member member tanda tangan kehadiran korang. walaupun pensyarah tak tau, tapi ALLAH Maha Mengetahui. lagi la tak berkat.





23 sayang Ain Dzaya ♥:

Lydia Miza berkata...

Salam.. Sis dulu pura2 minat walau bosan, tak phm dan mengantuk subjek tu.. Huwaa. Lecturer suka klu kita nmpk minat.

Ps: sis dan somi bkn org gomen pun.. Hihi

Admin berkata...

Adehh ...OBE .... hmm tidak ku tahu

ⓌⒶⓉⒾⒺ ⒹⒾⓂⓅⓁⒺ berkata...

like this entry :)

puteri kasih berkata...

tips2 yang boleh menjadi ikutan student2 unibesiti..hikhik

[sutera kasih] berkata...

dulu masa belajar, konon2 salin apa yg lectrr cakap, padahal melukis haha boring

Cik Pulau berkata...

kalau study lagi .. boleh la praktikkan benda alah ni. ahaksss..

Nadia berkata...

sis mmg xde pengalaman masuk u..jadi baca entry adik2 jerk la..:D

Bloggers jom #Blogwalking dan join Segmen Miss Nadya :: Dapat Free Iklan 1 Bulan

http://www.nornadiah.com/2012/04/segmen-miss-nadya-dapat-free-iklan-1.html

ceksumolek's berkata...

boleh cuba bodek lecturer la pasni :P

Unknown berkata...

haha pandai main eh?kehkehkehhh...takpe takpe...the end will justify the mean!LOL XD

Afasz berkata...

amboi dah pandai bodek2 lecturer ye. zaman sy mana ada nk bodek2 ni...just bodek sikit je .hehe

salam singgah n follow sini

dr
http://afasz.blogspot.com

Farhan Yusuf berkata...

he.he.he
student zaman skrg nih amboii...
tapi ada 1 lg..
lecturer suka kalo student mai blk dia..dscus..siap bawak kerepek..
hahahhahaha

aindzaya berkata...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) sebab lecturer suka kita kene buat..huhu

aindzaya berkata...

@HasrulHassan [HH] mmgla..ni zaman ain punya..huhu

aindzaya berkata...

@ⓌⒶⓉⒾⒺ ⒹⒾⓂⓅⓁⒺ thankz!

aindzaya berkata...

@puteri kasih hehehe..tips jahat!

aindzaya berkata...

@[sutera kasih] hahaha..kita sma....

aindzaya berkata...

@Cik Pulau cik pulau simpan tip nie bg kat ank buah yer...huhu

aindzaya berkata...

@Nor Nadiah

pun xpela sis..huhu

aindzaya berkata...

@Aisumi Chan Kawa'i bole2!

aindzaya berkata...

@Mr.Clivehehe..yep!

aindzaya berkata...

@Cik FaRiZaM oppss! hehehe..sikit2 je..

aindzaya berkata...

@Farhan Yusuf hehe..tips baru..insyallah..ain akan praktikan segera tnpa ragu2..^^

Tanpa Nama berkata...

Best la tips tips tu semua. Rasa macam ada yang kena dengan batang hidung sendiri pun ada. :)