Ain memalukan diri sendiri. Terima kasih

Assalamualaikum ^ ^

gambar berkenaan hari ini ^^


jadah. perah otak malam buta semata mata nak buat pendahuluan yang sikit cinonet. hakikatnya,ain serius sekali tidak suka subjek Bahasa Melayu zaman sekolah dulu bila cikgu haizom suruh buat karangan 560 patah perkataan . dengan blog ain tak payah lagi runsing memikirkan 5 markah akan hilang sebab gagal buat pendahuluan.


sila dermakan 10 minit korang untuk membaca entri kali ini, di tulis dengan hati dengan harapan lepas ni ain boleh tidur dengan dengkuran hebat tanpa segan silu. itulah Ain Dzaya. =..='


walaupun mende alah ni berlaku pagi tadi, dan ia dah agak agak nak basi, kalau goreng cekodok pagi tadi pun, tengah malam gini pun boleh makan lagi,


tapi, ain nak juga cerita kat korang. mulanya tak nak cerita, ye la, memalukan, tapi gagahkan juga hati ni taip entri pagi pagi buta nak cerita sebab ain rasa macam benda alah bodoh ni buat ain tak boleh tidur lena sehingga sekarang.


situasi pertama
macam ni, syukur tak keruan lagi ain bukak je bijik bijik mata pagi tadi ain masih lagi boleh menikmati macam macam keindahan Allah yang kita tak boleh dijual beli. dengan percumanya ain boleh sedut berkilo kilo udara tanpa segan silu.


kendian dengan gembira ceria tak ketentuan hala ain bersiap lah secantik yang boleh untuk pegi kerja dengan harapan riak dan sopan santun nak ngadap bos sebabnya timbunan fail yang bos bagi tiga hari lepas ain mampu siapkan dengan gigihnya. heh! betapa hebaknya ain, baru je kerja dah tunjuk pontensi jadi pekerja cemerlang gilang gemilang


sampai je kat opis, ain tengok ada ramai orang kat kaunter depan. dah lah lelaki lelaki belaka. hensem hensem belaka. taf taf belaka. ain yang sedia maklum sopan santun, pemalu, perempuan melayu terahir dan lain lain, tiba tiba jadi perhatian.  masa tu adrenalin dah tak boleh bekerjasama dah dengan anggota badan lagi dah apatah lagi otak.


dorang tak paham bahasa pulak yang ain nak lalu. mungkin interconnection otak ain dengan dorang tak berhubung secara normal. mujurlah badan kecik molek, jadi senanglah nak selit selit celah celah bodi bodi taf itu. dengan menonong masuk dalam opis tak toleh kiri kanan dah. tiba-tiba.....



pangggg!!! kaki sasa ain terlanggar pasu bunga besar depan kaunter.ohmygucci!


wakdehel. pasu besar gedabak depan ain pun boleh terlanggar. inilah akibatnya bila otak dan anggota badan tidak bekerjasama. dorang kemain gelak lagi. cinabeng betol. malu sangat. ain masih lagi tebal muka cool, terkial kial angkat pasu bunga, nasib baik tak pecah. dorang tengok je. gelak terjonjol halkum!


cissss! bukan nak tolong, harap je badan taf macam badang, muka hensem macam Amir Khan. tapi ain dah menyumpah dalam hati kot. takot -.-' bila dorang tengok ain terkial kial angkat pasu bunga besar tu, baru la dorang nak tolong ain angkat pasu bunga tu.



'lain kali tolong bagi laluan' 
*nada perlahan tanpa sopan santun untuk 'berok'thers sekalian*



terdiam dan terkesima dorang untuk minta maaf. Terus ain blah dari situ. sumpahla, ain tahan air mata nak nanes masa tu. Niat pagi tadi yang eksaited tak ketentuan hala spoil macam tu je. haihh! Nasib baik bos cuti hari ni, tak pasalpasal ngadap bos dengan muka spoil. malu sangat.


situasi kedua
adakah ain dah jatuhkan reputasi nama besar department ain bilamana lelaki lelaki yang sekian tadi sebenarnya pelawat dari Melaka melawat kawasan opis? dan disebabkan ain punyai short-term memory yang bos dah cakap minggu lepas yang hari ini merupakan hari penting opis. :'(


macam benda alah ni buat ain tak boleh tidur lena sehingga sekarang. nak simpan entri ni, nak bagi cucu cucu baca jadikan sebagai teladan supaya jadi lebih professional.


terima kasih sudi baca :)

22 sayang Ain Dzaya ♥:

Unknown berkata...

:) hehehee.....kesian berok thers tu......

Falling . berkata...

unutng la . even memalukan , tp msti dorg egt ain lau jmpe lg kan ;) mcm dlm novel2 tu ......

peAceStarZ berkata...

SALAM...singgah sini...
thanz for visit my blog..:)

Mishter Izwän berkata...

haha cinabeng, ayat zaman skolah dulu hahhh . .

agak memalukan jugak lah , org buta pun tak penah langgar pasu bunga. kihkihkih

Sandra Azwan berkata...

standart la Ain..saya pun pernah mengalami nasib yang sama! haha

p/s: Bukan terlanggar pasu, tapi terlanggar pintu!;-P

teyn teyn berkata...

tutup muka dgn pasu cepat. malu ...haha

sorarasyido berkata...

err *merah padam bla dipanggil syg*

apasal x ambil pasu tu hentak kepala sorg2 mamat tu...hahaha

GincoMerahJambu berkata...

hehehe..ain2..tgk brader hensem2 terus langgar pasu erk

cik sakura berkata...

singgah baca ini entry..opsss..

aindzaya berkata...

@azam hehe..pastu ain kesian pulak kat dorang sebab buat camtu..ihiks

aindzaya berkata...

@..cik gugu.. hahaha..rasa cam puteri raja pulak..

aindzaya berkata...

@iera athira welkem!

aindzaya berkata...

@Mishter Izwän haha..kalau da mara..memang habes kene sumpah2..

aindzaya berkata...

@Sandra Azwan mesti pintu lutsinar...lek arr beb!..haha

aindzaya berkata...

@teyn teyn ahahaa..guna pasu bunga pulak...

aindzaya berkata...

@Sora Rasyido erkk..sori! ain hengat perempuan..na angkat pasu bunga pun tak larat,,ni kan pulak nak hempuk pasu bunga tu sorang2..haih..

aindzaya berkata...

@GincoMerahJambu errr....ne de! ;p

aindzaya berkata...

@cik sakura terima kasih !

whitecappuccino berkata...

ala kesiannya..nak buat macamana..bukan kita nak pun jadi begitu..WC pun penah langgar dinding cermin yg mana semua lelaki ada kat situ. sakit dan malu sama banyak.

Tanpa Nama berkata...

Lainkali berhati-hati..saya penah jatuh longkang masa tgh jalan kaki..masa tu mmg tak berhati-hati..:)

aindzaya berkata...

@whitecappuccino hehe..macam kes sandra la pulak..

aindzaya berkata...

@afiqazizan lagi dahsyat! jatuh longkang..