Sebenarnya tiada yang terkecuali walau apapun..

Assalamualaikum ^^Hari yang indah. 


Cepat sedut sedalamnya simpan udara segar pagi dalam dua balang biskut marrie untuk bekalan hari muda. Rugi pagi pagi ain bazirkan udara segar yang berlari depan hidung. Jenguk luar tingkap jap, nampak awan awan putih selimutkan bukit bukit depan rumah, selamat pagi matahari!! mana matahari nie..suka sorok balik awan. Malu leteww…bangun pagi tak gosok gigi..teehee. 



Burung awal pagi dah mencicit depan tingkap bilik kejutkan ain bangun. Seperti rutin biasa mereka kais pagi makan petang, kais malam makan pagi untuk isi perut anak cicit cicit mereka. Semut semut apatah lagi. Mungkin ain patut hantar proposal pada Menteri Jabatan Kerja Raya, supaya pasangkan traffic light untuk elakan kesesakan lalu lintas di awan pulak pagi pagi nie. Tumbuh tumbuhan pula bersatu tenaga dengan ceria mengerah urat urat tensi akar untuk bekerja melakukan photosynthesis *feberet ain dalam kelas biology dulu dulu dan belas ihsannya sudi bertukar oksigen dengan ain...manisnya! 



Seronoknye bila tengok haiwan, tumbuh tumbuhan, bersatu saling bantu membantu antara kami! otak ain mula berfungsi ligat menyambungkan wayar wayar neuron yang nak terputus…fikirkan kejadian semalam.. umpama cekgu mat zin muncul depan mata bagi soklan addmath jawab dalam masa 30 saat.. sila lepuk kepala ain sekarang supaya ain tak hilang ingatan pasal kejadian sebelum 24 jam.



Baru ain teringat, buat muka suspen semua.. 

9.00 malam, ibu suruh ain goreng keropok untuk isi perut imut kami seisi yang memang suke melantak bagai nak rak. Bermalas dulu, pukul 9.30 baru turun dapur. ayah pula tengah merajinkan diri buat air teh kalau dah lapo panjat pokok kelapa depan kubur pun sanggup. tunggu minyak panas, boleh pulak otak ain bermuhasabah diri tanpa sebab. Betul ke yang digembar gemburkan 2012 adalah tahun depan, bukan 20 tahun lagi ya tahun akhir untuk dunia?! Berdebar debar! Otak dah mula kusut! Hati dah gundah gulana! Sistem jantung mula tak stabil! Minyak dah meletup letup…apa nak buat ni? 


Utamakan keropok dulu…nauzubillah! Haramkan percaya hal hal cam nie..tapi kiamat itu adalah pasti. Tiada yang terkecuali. Bermusahabah diri sambil goreng keropok . 



Kehidupan manusia bermula apabila Nabi Adam dicampakan ke bumi kerana Allah murka kepadanya. Waktu itu, mulalah membiak-biak kaum manusia yang terdiri daripada pelbagai jenis, agama, bangsa dan budaya sehingga sekarang. Sehingga saatnya bumi nie terlalu tua, kiamat itu adalah pasti..kita hanya hamba ALLAH di atas muka bumi yang asal usulnya diciptakan dari segumpal tanah. Dan tuan kita adalah ALLAH. berakhir juga kehidupan kita dengan tanah. 

Pernah ke terfikir sepanjang penghidupan kita di dunia nie, berapa kali kita sujud padaNya? Masih kenal lagi kita pada MAHA PENCIPTA? taatkah pada perintah DIA? Larangan DIA? gara gara syaitan bedebah, kita boleh tersilap jalan 



Hati berkemuk tak kehaluan, lepas goreng keropok terus search pasal hari kiamat, bermula sebuah kehidupan, tanda tanda hari kiamatbila tibanya hari kiamat takut fikirkan dengan hukum ALLAH, dosa dosa yang lepas, dosa seminit tadi bermalas malasan goreng keropok sebab ibu suruh, curi curi pakai minyak wangi ibu dua minggu lepas sebelum gi keje, curi 3 hengget ibu untuk beli top up, kutuk kutuk adik adik gemok sebab ain ta mampu jadi macam mereka..huh!berdosa!berdosa!berdosa! insap 



Sebelum menyusul ke kampus ain perlu menjayakan misi lembutkan hati supaya tak keras hati untuk minta ampun maaf dengan ibu, ayah dan adik adik muncuk ain. Itu baru famili, tapi gi mana dengan rumate lama, mengayam ketupat kat library sekolah , kawan main masak masak dulu, anak pak din lagi, tipu amoi masa beli stoberi kat Cameron lagi, curi jambu rumah sebelah, jeles curi plan drawing rumate sebelah sebab dia punya cantek, tipu cekgu dalam exam lagi… Ya Allah aku insan berdosa!


Goresan hati :
Pernah aku berbisik pada diriku apakah ini yang aku mahu hidup, adab sopan, perjalanan dosa tak sehaluan. Sakaratul maut kian meghampiri tiada siapa yang terkecuali...imanku pasrah mampukah aku mencari Nur Allah untuk menerangi hati yang kelam, keluar dari jalan yang berduri penebus dosa lalu..aku insan berdosa..sedang berusaha menjejaki mardhatillah Allah, redhailah usaha ku Ya Rabbi.. insaf aku manusia berdosa..syukur dengan kasih sayangMu.. lepas kekhilafan yang lampau Engkau berikan aku ketenangan untuk mencari rahmatMu, menjejak redhaMu, kasih sayangMu yang tiada tandingNya, mendekati jiwaku denganMu. Ya Allah tetapkan jiwa di jalanMu temanilah langkahku kerana aku insan yang berdosa.
-Ain Dzaya-


JOM BERBLOGWALKING!
sini

Masih ada banyak hari lagi!
Jom rebut ramai~ramai =)

CLICK BANNER!





10 sayang Ain Dzaya ♥:

misSbLurRy berkata...

cantik nyer permandangan tue

..cik gugu.. berkata...

tiada yg terkecuali~

Scarlett O'Hara berkata...

Waktu paling indah adalah selepas solat subuh.Cuba keluar rumah.Suasananya tenang.Udaranya segar.Tapi sayang waktu yang indah itu seringkali berlalu sepi kerana penghun dunia masih lena diulit mimpi.

iMBobo berkata...

anyam ketupat dekat library?hehe

ain dzaya berkata...

@iMBobo hehew..kadang kadang lah!

Mr. Z dan Mis N berkata...

Jemputan khas singgah ke blog chegu zubirBLOG CHEGU ZUBIR

IPAD 2 FREE untuk ANDA

Jom cashout duit korang dengan

PRASEKOLAH FREE UNTUK ANAK ANDA

JAMALUDDIN ABU BAKAR berkata...

Alhamdulillah..Jamal singgah sini lihat permandangan yang menarik..

Subhanallah

♥ shaheizny ma ♥ berkata...

nice je bahas yg di guna.:D

amna berkata...

apa pun telah tercatat, that's why xda yg terkecuali :)

Ain Dzaya berkata...

terima kasih amna..hehew