Ain jamin barang ni mampu buat orang ketagih

Assalamualaikum ♥

oooww! kucing ni buat ain geram nak geget ^^
Cakkkk! ada sesuatu yang hebakk ain nak kongsi la hari ni! well well well. Ain Dzaya. kalau benda best, takkan la nak kepam celah ketiak sorang sorang je kan. mesti la nak kongsi dengan semua orang. 

macam orang Melayu selalu cakap "makan sorang" atau maksudnya kalau Dewan Bahasa dan Pustaka teringin tepek dalam senarai kamus adalah "menikmati benda best sensorang. bapak tamak". tak tak tak. ain tak nak jadi macam tu. tapi hari ni nak kongsi benda best lagi sekali. 

eh!dahh! seperti sedia maklum. ain adalah pengemar cekelat terhebakkk sepanjang zaman. kabor je lah apa jenis cekelat, cekelat daim, cekelat dove, cekelat cadbury, kek cekelat. kalau ain senaraikan sampai hujung tahun depan pun tak habes. percayalah! Ain memang ketagih cekelat.

tak percaya tanya laki masa depan ain, masa dulu beliau pernah buat suprise bagi kotak penuh dengan cekelat kat ain. pehhh! cekelat tu buat ain sampai nak nanges je nak buka kotak tu, sampai rasa macam nak simpan bagi cucu cicit makan tau.

rasanya yang sedap dan mencair di mulut dengan penuh sopan santun *..*
Ya Allah wanginye!!
cekelat buat kita terliur dah sebelum makan. kalau yang perasa susu, bau susu yang kaya. kalau perisa cekelat, bau macam cekelat kat tengah batang hidung tau.sampai nak makan pun rasa nak teriakk kemain kan. beliau siap pesan lagi,
'kalau nak makan tu kongsi la dengan kawan-kawan sekali'

agak agak lah kan, ain nak kongsi ke cekelat yang banyak kemain tu dengan kawan kawan. huh! simpang patploh rumah timah la ain nak buat macam tu. ain siap makan cekelat, bergambar dengan cekelat depan mereka lagi. ain memang suka buat orang jeles. lagi lagi kalau jeles tu sampai tetes tetes air mata tumpah ke lantai. ain kan orang Melayu. bhahaha tapi klu sifat mazmumah melebihi sifat mahmudah apa nak buat. 

(pendahuluan pun dah merepek panjang berjela T_T) isi penting yang hendak ain perkatakan sebenarnya adalah cekelat milo. ain berani kerat kuku jari kalau ada yang cakap tak kenal milo. pehh!! apatah lagi kalau ratah milo, ain akan ketagih tegar sepanjang zaman. nasib baik milo, kalau dadah. nauzubillahsyaitonyangdirejam.


milo lah yang menjadi segala peganti cekelat dikala poket ain tengah nazak. milo juga mengandungi khasiat, zat besi yang mampu menjadikan kita badang, vitamin - otak menjadi lebih cerdas, energy - memberi tenaga secergas harimau dan lainlain lagi. 

oleh yang demikian ain nak kongsi sesuatu yang sangat hebak lagi.

ain rembat dari abdul hadi. beliau kool jer ^^












Resepi ni ain rembat dari belog abdul hadi. belog beliau memang kool, ada masa cuci la bijik mata kat sana ye :) Bahan- bahan yang diperlukan : sepaket milo, kain pelekat, ion/seterika.

1. letak milo 3 in 1 atas kain pelekat. lepas tu, lipat kain tu dua kali. tujuannya untuk elak pelastik milo tu cair kene ion. 

2. kendian, seterika kan kain yang mengandungi milo 3 in 1 tadi. ion la lama sikit, sambil balik balik kan kain tu macam buat roti canai. tujuannya, untuk sebatikan segala haba pada milo 3 in 1. tekan tekan sikit milo tu guna ion, kasi pressure. makin keras, makin ranggup untuk dimakan.

3. Lepas dah ion, sejukkan sebentar dan makan. Benda alah ni sangat sesuai untuk dimakan tika layan drama Melayu. drama Melayukan drama selooww, so bole lah nikmati milo ranggup secara selooww seloww. nak makan bersembunyi tika dalam dewan kuliah pun boleh. untuk mengelakan perut cepat lapar dengar pensyarah tabur air liur di depan. =..=''

Jimat dan sedap kan. nomnomnom. Selamat mencuba :))

33 sayang Ain Dzaya ♥:

aswadz berkata...

errr... milo tu pe?

Anisa Anuar berkata...

owh pernah try time sekolah asrama dlu...alternatif lain kalau lapaq sgt... agak la...leh ketagih

Unknown berkata...

Belum pernah try lagi. hehe :D Nice! ^.^

x berkata...

haha. snek bebudak asrama. terbaek.

lady-D berkata...

wahhh! setail lah encek abdul hadi pnye idea..ni yg rs nk try gak ni..dla ni time tertentu je suke cekelat..hehe..time dysmenorrhea mmg carik ahh cekelat ni

Unknown berkata...

ahaks mase skola asrama dlu layan gak

tue2 ni xpndang da sume tu

Unknown berkata...

ahaks mase skola asrama dlu layan gak

tue2 ni xpndang da sume tu

Zai Zamree berkata...

hebak sungguh ain ungkapkan kenikmatan rasa coklat...mmg penggemar coklat terhebak la

Falling . berkata...

mcm best .. nk try lahh / heheh

aindzaya berkata...

@aswadz milo tu sejenis kuih bro!

aindzaya berkata...

@Anisa Anuar nie barang2 top bebudak asrama :">

aindzaya berkata...

@Sally Yatiey sila teria segera..nanti anda takan menyesal :">

aindzaya berkata...

@farr rugikan bebudak yg tak duduk asrama nie..hekhekhek

aindzaya berkata...

@d_LA sejenis penyakit kah itu..blur~

aindzaya berkata...

@Iffah Afeefah yela..dulu nak singgit nak ada dlm poket puas berjanggut..sekarang, singgit siap kedut kedit lagi dlam poket :">

aindzaya berkata...

@Cik Z@i Pen@nG tu maknanya ain iklas dari jiwa ba :">

aindzaya berkata...

@..cik gugu.. sila try segera cik gugu!

Aimacomel berkata...

kita ada cokelat daim, awak nak tukar x ;)

Bunga berkata...

hahaha..adik bunga suka buat...hehee

Kancil 8349 berkata...

sedapnya...nak cubalah

nabilah_2908 berkata...

gelak sorang2 bila baca entri ni..

nostalgia betul tau...masa bergelar student dulu..ini la snack kami..huhu..

dok kat bilik tv..time tu layan hidustan...sambil tu ngap2 milo.. Ya Allah..rindunya dgn zaman itu..huhu..

opsss.....rasa macam dah tua sangat lak diri ini...haha.. (^_^)

Cik Pulau berkata...

da 2 tahun x minum milo.. huuuu~

Kancil 8349 berkata...

singgah ke sini lagi...memang sedap kalau makan coklat time tension

[sutera kasih] berkata...

masa zaman sekolah dulu2, selalu buat haha eeee rindunya :(

aindzaya berkata...

@babycomel eh..nak3!!

aindzaya berkata...

@bungabunga tak cuba ker?

aindzaya berkata...

@nabilah_2908 skg pun bole mkn jugak la sis..hehe

aindzaya berkata...

@Cik Pulau rugi!rugi! cik pulau :p

aindzaya berkata...

@Kancil 8349semestinya..sekelip mata jer..tension tu akan hilang..ajaib!

aindzaya berkata...

@[sutera kasih] sekarang kan ade cekelat mahal..milo pun tak pandang dah ..huhu

FarhanahAdzlan berkata...

selalu buat macam tu kat asrama dulu..hahaha~
kat rumah dah jarang sbab slalu beli peket yg besar tu...takkkan nak iron trus kan peket yg besar tu..hhahaha..

but coklat yg atas tu memang nmpak sedap..hohoho~

- abdul hadi abdul muti - berkata...

haha.dah baca dah.ambil je.takde copyright pun. huhu=)

Zul De Alexis berkata...

mohon buatkn untuk i satu milo tu syg!...eh! :P HAHAHA