Assalamualaikum ♥
Alhamdulillahhh. ain hidup lagi. ain boleh hirup lagi udara sesuka hati. nak hidup udara atas pokok pun boleh, nak hirup udara celah dapur pun boleh. Alhamdulillah ain masih terselamat untuk kali ke 9.376 selepas kereta yang ain naik eksiden.
![]() |
Gambar sebelum kejadian. masih mampu buat duckface yang sangat annoying -..-" |
tu lah sebenarnya nikmat Allah yang terbesar kan. Allah masih diberi peluang menikmati hidup yang tak tau di mana pengakhirannya. cuma kita je yang tak perasan, sebab musabab memasing taksub sangat dengan kehidupan dunia yang sementara. kita masih tak di tarik pun nikmat tu oleh Pemilik nya, agar kita masih lagi dapat menikmati dengan penuh syukur.
begini ceritanya, hari tu kan, cuti 5 hari, konon konon nak bajet release tension habis la. lepak melantak suka anak tekak, tengok wayang, shopping sepam dua, buat adventure activities. bab plan nak keluar serah kat ain. ain mempunyai bakat dalam membuat perancangan yang paling handal dikalangan sekalian makhluk. tapi bab nak usahakan plan tersebut, ain menobatkan diri sendiri Epic Fail. buhamuhahuhahuha. *gelak tak ikhlas selalunya bersepah*
- tonton filem MAMA
- Gua Tempurung - Day Trip Rafting or Rafting, Caving , Tubing & Abseiling. RM 22 je sorang, sangat berbaloi kannn.
- Pulau Pangkor - Snorkeling Package
antara 3 ketol idea yang plan, hanya 1 ketol je dapat di usahakan T_____T. tengok wayang cerita MAMA. bak kata yuyu zulaikha, tengok citer MAMA, sampai tak boleh tidur dua malam. jahat :'( .
ain boleh kasi 12/10 bintang la cerita ni, starting je cerita terus terkedu tengok 2 pelakon budak comel gileous. memasing dalam wayang 'eeii...omeynyee' , alolo...kiutnyee..' , 'eii...nak anak macam ni..' , 'eu eu eu..gerammnye tengok budak comel ni' , 'anyonyo..moshi moshi' bila setiap scene, setiap words yang keluar dari mulut budak kiut tu. >.<
Kejadian eksiden tu berlaku lepas berjimbun la, masa on the day balik ke rumah. phewww -.-" nyaris nyaris ain tak hapdate belog sekarang.
![]() |
Sebuah lukisan hudoh boleh mencerikan 1000 perkataan tak bermaksud tuannya hudoh |
memang dasarnya kereta yang ain naik salah sebab langgar kereta kelisa tu. tapi kelisa amoi tu betol betol brek mengejut konon konon nak lintas traffic light. makanya, kereta ain pandu laju jugak la, memandangkan jalan kosong dan lampu isyarat baru nyaris nyaris bertukar kuning je. tak pasal langgar bontot kereta kelisa. Mujur, bontot kereta kelisa, kalau bontot lori? wallahualam...
Esok hari, bangun je terus cacat tangan kiri. wah, naya! rupa rupanya tangan kebas lepas eksiden sampai hari ni. Alhamdulillah hari ni dah makin pulih. Gara gara peristiwa tu, 2 ketol plan lagi terpaksa dibatalkan dan duit umpama air paip. pantang buka beg duit, tak henti duit mengalir. nak bayar towing la, kene bayar saman la, bayar sewa kereta la, baiki kereta la, duit hospital la. haihh! macam macam la .
![]() |
Muka cacat memasing dua hari selepas eksiden ^^ konon konon nak release tension kat Tasik UTP lepas bertimbun timbun dugaan melanda. mood : nak terjun tasikkkk |
p/s satu : dugaan semester akhir semata mata. sobbsss. tapi dugaan ni la yang mematangkan kita supaya lebih berhati hati lepas ni.
p/s dua : daripada nak kumpul banyakbanyak duit nuffnang, terus terpaksa cash out juga bulan ni. T_T lepas ni kena aktif berblog serutin, segigih dulu, nak kumpul duit nuffnang semula.