Menyusul ke kampus dengan tanggungjawab besar ;'(

Assalamualaikum ;'(

Nie ain bukan nak buat entri pasal kumpulan yang tersingkir dalam MRLM malam tadi.tak.tak.tak. bukan juga nak bincangkan misi Amareka yang nak serang Iran..tapi dok serang serang sejak berabad lagi Amareka merancang...syuhh!syuhh! mainan dunia semata mata. dah mula melalut tanpa gosok gigi.

kembali pada mood asal. menaip belog kesayangan dengan penuh rasa dukacita. Maaf ya kesayangan ain..berhari hari ni ain loh loh nak nanges. tahan tetes tetes air mata gedik gedik mahu lompat malas malas keluar. sebelum menyusul ke kampus dengan tanggungjawab besar mulai esok. terpaksa gagahkan juga diri ain berhempas pulas mengemas barang barang hari nie. rasa macam nak kemas setiap satu barang setiap 5 jam biar lambat sampai kampus.

tanpa berfikir panjang dulu setiba di rumah dengan kadar segera ain terus memperosok beg ain tepi katil, celah almari, penghujung seisi bilik, tepi tingkap. Sungguh bahagiakan, apatah lagi jumpa Garfield kesayangan yang dah tercabut kepala disebabkan penderaan seksualiti adik adik ain sepanjang ketiadaan ain di rumah. adik adik memang tidak boleh diharap untuk menjaga khazanah terchenta ain..-.-''

waktu ini, mana pengosok gigi, mana? ubat gigi mana, syampu, sabun? cadar oren bubble bubble kesayangan ain?comforter baru,..cari bantal busuk  yang selalu kene lenyek tanpa belas kasihan perlu ke bawa sebagai peganti tempat bergedik gedik tengah malam buta nanti..

boleh bayangkan tak *plish!plish! buat olok-olok bayangkan..selama sebulan setengah ain di rumah rasa sungguh dihargai. makan terjaga dengan makanan feberet. tidur lena sampai pukul 3. bank bergerak pun ada a.k.a ibu. tiap malam lepas makan boleh gedik gedik perlahan lahan menuju ke katil untuk menlancarkan ternakan lemak besar besaran.ahh! sungguh masyuk la penghidupan ni. 

"lepas nie adik-adik makan lauk ayam pedas, goreng telur tuang kicap la gamaknye"

"mula la ikmal merungut hari hari mam ayam pedas"
untungnye bila duduk jauh nie ya...sentiasa dirindui..ehhee


rindu!rindu!rindu!
  • ta dapat la ain tido atas tilam 3 lapis,
  • tarik rambut adik ain chumel yang bergulong gulong alik bawah,
  • hadap harumnye bau peti ais tengah malam ketika seisi keluarga sedang mengayam mimpi mimpi
  • jadi bigbos pada adik adik yang degil nakal tak kehaluan
  • tadah telinga dengar bebelan ibu supaya jadi lebih rajin cuti sem ni
  • blutoot lemak sama sama dengan masakan ibu. walaupun semalam ibu goreng ikan pekasam ranggup ranggup picit limau nipis sikit..yumyumyum! tu pun sudah sedap tak kehaluan bagi ain ;'(

dasar anak yang tak habis habis lagi mengaji di negeri orang, terpaksa la ain keraskan hati bersemangat ienova waja untuk tamatkan pengajian dengan kadar segera! dengan mohamad azam sem depan berusha gigih lagi moga dapat DEANLIST lagi.ya gigih. bersama teman yang sentiasa buat usus kecil perut ain dalam kondisi kurang normal. perlulah ain lebih berhemat dalam pengurusan masa supaya belog kesayangan ain nie tidak terabai lebih daripada biasa.

dah ain dah! lebih pulak perasaan.balikampusbalikampusbalikampus!entri kali ini terlebih melalut panjang pula! kembali merangkak rangkak kemas barang masing masing ;'(

p/s : hati berkecamuk camuk! 
p/s : mood sedang berperang hebat takmboh balik kampus walaupun jasad di kampus, tapi roh ain tatap di rumah!
p/s : ..............................


JOM BERBLOGWALKING!
sini

Masih ada banyak hari lagi!
Jom rebut ramai~ramai =)

CLICK BANNER!


10 sayang Ain Dzaya ♥:

Rean berkata...

nnt lps abis blaja boleh 24jam berkepit dgn adik2 hehe

Rtp Farra Arisha berkata...

sikap manja tidak boleh dipisahkan dari kalangan anak2 dewasa zaman sekarang..and so do me :') hehehe. have fun yo in campus!

Addin berkata...

sabar ye, tanggungjawab kita :)

Falling . berkata...

sedar la diri hang tu da kat kampus.. har har har!

aindzaya berkata...

@iMBobo baek cips!

aindzaya berkata...

@Rtp Farra Arisha kene alik campus dulu la yer...hmmm

aindzaya berkata...

@Addin ye, terpaksa akur!

aindzaya berkata...

@..cik gugu.. cek kene sedar diri no!

ROSSA berkata...

sama la nasib kita.... balik kampus!!

aindzaya berkata...

balik ke kampus untuk study yer..hehew