" Rama-rama sungguh cantik "



Assalamualaikum ^^
mood : kencutkan otot otot badan  sambil layan barang best ! 

Alhamdulillahhhhh... bersyukur kepada Sang Pencipta yang memberikan lagi peluang untuk kita terus sedut sampai habis oksigen yang berlambakan ni tanpa kena bayar. tak ke haru kalau nak sedut udara yang ada ni pun kena bayar. sedangkan nak beli sebiji cekelat daim kat kedai din pun berkira. -.-'.


syukur juga, dengan diri sendiri, celik celik saja bijik mata, ain masih lagi mampu bernyawa dalam kepenatan akibat melantak buku semalaman gara gara terpaksa menghadap test di hari ni. adoi. sungguh tidak adilkan lecturer kacau weekend kami yang begitu berharga untuk merehatkan urat urat tensi di atas katil selama 23.524241 jam. hari ni Building Science, lusa ETR, minggu depan submission progerss drawing yang lecturere reject minggu lepas, lagi submission report, lagi, lagi dan lagi. lepas nie apa lagi? pengsan ain part 4 ni. sob.sob.sob. :'(


pagi pagi ni, dah kerah otak pasal peristiwa yang berlaku berhari hari lepas. mana mana saja ain pergi mesti jadi buruan rama rama. tapi bila otak ain ligat berksperiman tentang ini


rama rama tu, cantik dan choomel kan. macam ain. menjadikan hari  kusam dan kudus bertambah suka dan ceria. kerana rama rama itu imengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena. wah, bermadah sejenak!.
rama-rama cantik macam ain -.-"

tapi cubalah tangkap dan pegang rama rama itu dengan sayapnya. pasti warna dan corak rama rama itu telah berpindah ke jari jari kan. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin.




"namun  siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi."ain .

"Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan."ain.



sama juga,

Rama-rama ibarat gadis

di umpamakan rama rama amat indah untuk dipegang dan disentuh (lelaki) tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. terutamanya,


 aset termahal yang ada pada dirinya adalah maruah.
Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Mahalkan harga diri kita gadis! Semakin sukar kita dimiliki semakin mahal nilai kita di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna kita. Setelah warna-warna itu hilang kita dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri dan akan lebih dihormati.


Nilai kita bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki kita tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai kita. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. 

cubaan pertama ain jadi rama rama..hehehew

p/s :ain sendiri tidak mahu yang terlalu sempurna..jika kita mencari yang sempurna..pasti kita akan nampak lebih banyak kelemahan..tapi,sekuranya-kurangnya..kalau dah tahu diri sendiri tidak sempurna..berusahalah untuk mencari kesempurnaan dalam diri..demi kebahagiaam masa depan dan barakah dari Allah.




Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, 
jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
wanita diberi kemuliaan yang sangat tinggi disisi Allah..
..jada "kehormatan" itu... 
tiada manusia yang sempurna..aku tahu dan cukup tahu..
manusia melakukan kesilapan...dan kita seharusnya belajar dari kesilapan..
takkan nak selamanya dalam maksiat... 
dan lelaki hargai kaum wanita umpama sebutir permata di dalam kaca.

14 sayang Ain Dzaya ♥:

Zul De Alexis berkata...

alalala....comelnya jd rama2..

nice word ain..SM suka ayat yang last tu..

byk maksud setiap patah perkatan..:D

Mr. Doctor berkata...

Assalamualaikum Ain..
Wah.. comelnya rama2 tu..
Sesuai sangat kisah wanita yg Ain gambarkan.. Lukisan macam ni ok as long as ia bukan untuk dijual dan mempersendakan agama ^____^

Chekgu Azrine berkata...

Pandai bermadah2 erk..hehe

Good luck on ur test sis..

aindzaya berkata...

@Selendang Merah thankz sm...manusia nie kene salu muhasabah diri..nty msti salu lalai tahu..D

aindzaya berkata...

@Mr. Doctor Thankz MD..selagi ia baik..ia tetap tak haram..

aindzaya berkata...

@Chekgu Azrine hehehe..thankz cgu azrin...ececece..

Rean berkata...

ai ade test? bukan semua student tgh cuti?hehe..

aindzaya berkata...

@Bobo
degree mmg cuti la..tapi diploma smpai bulan 4 la..adoi!

Syafiq Ahadin berkata...

jadilah wanita seperti emas yang berkualiti.
argh...malas nak sambung, baca kat blog saya je lah. K?
Dekat page Wanita atas tu. :)
first time datang. hehe! thaks :)

aindzaya berkata...

@Syafiq Ahadin thankz yer..sbb sudi share ;)

capt. keon alhan berkata...

menjadi peringatan buat diri ini...

aindzaya berkata...

@capt. keon alhan thanks sayang =)

Unknown berkata...

dan ksimpulannya gadis lbih berharga dari rama2 .. ehheheeh .. :D

aindzaya berkata...

@♫♪~ Naurah Nawwarah ~ ♫♪ sebenarnys, kedua duanya begitu berharga.. :)