Apa sebenarnya hukum pakai contact lens?!

Assalamualaikum korang!
sebelum baca entri ini, jom tengok ini dulu sini ^..^


Minggu lepas, ain tolong kawan promote dia punya contact lens untuk tolong dia dapatkan pendapatan sampingan tampung kos studi yang melambung tinggi. tiba tiba kawan ain sorang ni berbisik, "ko taw tak pakai contact lens ni haram"............."erkk...haram ker?!"


memang berderau adrenalin ni, mati hidup semula tak sanggup la ain nak tolong kawan ain ni promote contact lens dia, biarlah atas belas kasihan. no!no! tapi atas kegigihan ain untuk dapatkan kepastian, Ustaz Azhar Idrus ada jawapan :)





disebabkan jawapan Ustaz Azhar Idrus dok cukup kemah keming lagi. maka, ain pun buat research lagi..........


Ustazah kata, 

takpe guna contact lens berwarna untuk tujuan perubatan jika takde sebarang kemudaratan pada mata dan tak termasuk dalam pembaziran, kerana kadangkala harga sesetengah contact lens mahal sedangkan seseorang tak memerlukannya.

Walaupun ada unsur penipuan, iaitu samada ada penglihatan yang baik atau warna matanya yang cantik maka, tak dibenarkan guna contact lens berwarna ini. tapi kalau pakai depan ahli keluarga di rumah dan tak memudaratkan serta tak berlaku pembaziran maka dibolehkan.



Tapi ustazah, kalau tujuan pakai contact lens nak berhias macam mana?

Memakai contact lens untuk tujuan berhias adalah dibolehkan,  jika tak terdapat unsur penipuan dan tak berhias di depan lelaki ajnabi, serta tak mendatangkan kemudaratan, kerana lens yang dipakai oleh seseorang yang tak perlu memakai lens boleh memudaratkan mata seseorang.

Jika dia pakai lens untuk suami, maka takpa. hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan maka dalam hal yang demikian,maka pakai lens berwarna adalah dilarang.


Takpa pakai lens berwarna selagi tak mengubah ciptaan Allah. Begitu juga dengan 'menyaluti' mata dengan lens tersebut adalah untuk mengekalkan ciptaan Allah yang asalnya.
















Terdapat 2 jenis contact lens :

1)  ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.
2)  berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias).



ustazah, batal puasa ke kalau pakai lens? wuduk camne?

lens tak batal puasa kerana tiada kaitan di antara keduanya, puasa ialah menahan perut (lapar) dan kemaluan (jima'), dan kanta sentuh tidak berkaitan. Tidak diwajibkan sampainya air hingga ke dalam mata ketika wudhu' dan mandi. Tidak perlu menanggalkannya ketika mandi atau wudhu'.



oh. macam tu rupanya ustazah, terima kasih sebab tolong leraikan urat urat tensi yang berserabut. nampakkan, Islam tu agama yang mudah dan senang malah teramatlah Allah menjaga kepentingan baik dan buruk setiap makhluk ciptaanNya. jadi, kita sebagai manusia janganlah angkuh dengan Pencipta kita taw, berdosa!

tapi, jika semua pendapat ni betul, kita elakanlah ye! setiap ciptaan ALLAH tu, cukup sempurna sebenarnya taw kawan kawan!ye tak?



p/s: I Share Because I Care..I Care Because I Love You... :)




22 sayang Ain Dzaya ♥:

profmie berkata...

ohw baru fhm skng..hehe..sy pUn sblumni pnh pkai contact lens colour n non-colour..mklumlah sy rabun jauh.,so,klu g event n dinner sy pkai contact lens je..g kuliah bru pkai spect..hihi..cer awk try tnye ustaz ape hukumnya...thnx

Diyana Ali berkata...

pernah tanya ustaz ctu dulu, dia kata tak haram . tapi yg penting niat kita pakai kan. thanks share entry ini :)

Bobo berkata...

ppuan pakai cantik, laki pakai pelik :)

aindzaya berkata...

@profmie insyaALLAH yer..t ain tanyekan..tp pendapat ain sndri boleh kot..sbb pakai bersebabkan..tapi nantilah..nak kepastian..ain tanya ustazah..

aindzaya berkata...

@Diyana Ali yup! betul tu sayang!

aindzaya berkata...

@Bobo xpesially laki metroseksual lagi la pelik...

Unknown berkata...

huhu klu leh pakai pn zuan x pakai rsanya :)

dilazfamily berkata...

thanks share tentang nie. Dilaz baru nak cuba pakai contact lens

Farah Azurah berkata...

betul ckp bobo,laki pakai PELIK! boy fara amik art and design kak.. :)

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

ada niat nak pakai contact lense utk memudahkan :) hehe

Cikrosecute berkata...

Akak tak pernah pakai contact lens nie...hehehe

NadiRah berkata...

ohh...
nad tak brani pkai..
takut mudarat kat mata..
tp kalo suami suruh boleh je.
hahhaha

aindzaya berkata...

@Muhammad Saiazuan Norhalik kenapa pulak?bukkan ke da jadi kegilaan org zaman skg pakai lens..huhu

aindzaya berkata...

@dilazfamily lepasnie..blh la kak dilaz pakai..hehe

aindzaya berkata...

@Farah Azurah owh..yeke..nty dtg la sini yer :)

aindzaya berkata...

@Nur Hawa Mohd Zin xpe...masih tak melanggar hukum :)

aindzaya berkata...

@Cik Rose Cute taknak mencuba ke akak?

aindzaya berkata...

@NadiRah amboi nad! gatai!

- pemilik tinta hati - berkata...

nice sharing:)

insta: lea_na_nur_ berkata...

nice info

tun berkata...

kalau lelaki pakai yg colour tp ada power camne pulak?

tun berkata...

test..