Nyawa ain benar benar dihujung tanduk!

Assalamualaikum ^^.



Ain rasa penghidupan ain semester ni antara hidup dan koma teramattt la sangggaaat. tanpa ain mampu sedut seluruh oksigen dengan sempurna untuk mampatkan dua balang biskut marrie dalam badan ain nie. dan ain rasa jugak, kitaran penghidupan ain semester ini teramat lah dasssattt sebab terpaksa menahan batiniah, fizikalniah dan rohaniah ain tak lupa jugak sembilan nafsu yang ada dalam diri nie demi semester ini.


maka, dengan itu terpaksa lah ain berlagak kool di khalayak ramai, di hadapan rakan taulan sekalian, di depan abang kedai print kat kiosk apatah lagi supaya abang printer bagi ain discount -..-.bahkan di hadapan seekor semut sekalipun, supaya tiada secebis habuk pun terserlah segala kucalana gundah gulana yang ain rasa berada di tahap 99.999999%. supaya jugak mereka semua pikir ain lah manusia yang paling kool, hebakk sambil guling guling dengan penghidupan di UiTM semester ini dengan harapan yang hipokrit.

-.-'
huh!

mungkin kerana Allah hendak menguji ain sejauh mana tahap kesabaran ain untuk menghadapi segala dugaan-Nya. Moga ain mampu menghadapi segalanya dengan tenang dan lagi kooolll yang tak tiputipu.ya. tak tiputipu.amin.


ain cuba tak bergantung dengan orang sekeliling bila ain berhadapan dengan masalah kerana masalah yang ain hadapi penuh kerumitan di tahap kronik macam orang koma yang tak tahu mampu teruskan hidup lagi atau kembali menghadap-Nya. Tapi kadang kala ain tak mampu jugak sebab, taulan sekeliling la sebagai api semangat ain untuk teruskan semester ini, semoga hari hari mendatang ain mampu hadapi penuh membara.


tapi bukan ain sajasaja jadi macam ni. pengalaman buat ain jadi macam ni. menyebabkan ain tak percayakan kawan 60% dan turut jugak tak percaya orang yang hilangkan kepercayaan ain pada mereka 40%. kalau dulu, bagi ain kawan adalah segalanya, tapi semester ini sebesar tahik hidong pun tak.ya. sangat yakin!

dan pengakuan ain yang kudus ini, ain mengaku semester ini walaupun ain ada ramai kawan tapi ain tak jumpa pun teman dan sahabat. sebab 'dia' yang selama 4 semester selalu berkepit celah ketiak ain pun nak pentingkan diri sendiri jugak, lantas memaksa jiwa raga ain untuk berkepentingan diri jugak!!


masing masing dah semester 4, pentingkan diri sendiri adalah sifat semester ini
kalau dulu semua kerja buat sesama, bincang sama sama tapi sekarang semua dah tak tak ketentuan hala dengan sifat pentingkan diri sendiri. kalau yang dah overrrshhoot pandai, terus ego pandainya, kalau yang jenis bermalasan terus galak layan tak ketentuan hala.haiisshh!!


kalau selama ni, kami sentiasa bersatu pada dalam satu kumpulan untuk semua subjek, 
maka semester ini, masingmasing pada awal semester dulu dengan angkuhnya ikut haluan masing masing. sekarang, bila penghidupan dah jadi rumit macam kupu kupu dalam perut, mulalah gagahnya semua orang 
ketepikan ego menyesali kesilapan dulu. 
huh! terlajak sampan boleh di undur, terlajak perbuatan tanggung la sendiri..
ain dah merajuk sejuta bahasa taw! sob.sob.sob.



dan banyak nak maammmpp lagi.....



pendek kata, masing masing mengamalkan sifat pentingkan diri sendiri demi kepentingan masing masing. tapi, selepas ain sedar semua itu, ain kuatkan diri. sebab ain tak sorang sorang, Allah kan ada temankan ain. ain cuba hidup tak bergantung kepada kawan lagi. cuba buat apa pun, ain buat sendiri. mulanya susah. sebab sekeliling nampak simpati dengan kita.

malu kan. tapi ain terus kan juga semester ni. maka sekarang, ain dah terbiasa dengan hidup sorang. ain berkawan dengan semua. cuma bergerak solo macam Fergie dengan Black Eyed Peas. pulak dah -..-'

sekarang ini ain tak kisah orang nak pandang serong sampai juling pun kat ain. orang nak kata ain pun pentingkan diri sendiri. mana yang bagus? pikir pasal orang yang tak pernah pikir pasal kita atau pikir diri sendiri? kalau orang hormat ain, ain akan hormat orang tu, tapi kalau orang tu suka buat najis dekat hidung ain, secara atometiknya ain benci. siyes! muka ketat!

kucing buat najis depan bilik ain pun, ain baling dengan selipar rumate lantas, lari najis berciciran apatah lagi manusia. watch out!

http://aindzaya.blogspot.com

sorry to say, sekali ain dengan muka ketat buat sesuatu keputusan, tuntasnya, ia adalah muktamad!


p/s : dah la...panjang la pulak. ni gara gara ain kene siapkan report Construction Health & Safety last minit la nie..sempat ke ain siapkan dalam masa 6 jam ni? hmmm....sedangkan menatang ni dah terperap celah ketiak ahli kumpulan lain dari awal sem lagi. kalau bagi awal awal kan boleh la ain siapkan awal awal lagi. Rindunya group discussion yang dulu, buat sama sama, siap keje awal, pastu kembang hedong semangkok 6 inci bila assigment siap 7 kali ganda lebih awal daripada group lain.T_T.


14 sayang Ain Dzaya ♥:

Unknown berkata...

Life is too short indeed :)

Falling . berkata...

sabar ain ~~

aindzaya berkata...

@Mr.Clive thats true =)

aindzaya berkata...

@..cik gugu.. ye gugu :(

Mishter Izwän berkata...

sedihnya ain, knpa smpai mcm tuh skali, then keje grouping buat macam mana tuh,?tak kan masih nk penting kan diri sndri jugak, nnti keje tak siap acaneh!!!!hope ain sabar lah ngan ujian Allah ni okeeee . . .

Chegu berkata...

La tahzan innAllah ha ma'a na... ( jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama dgn kita)

Anggap je kwn ni sbg pemangkin dlm kite nak berjaya, biase la manusia, sentiasa berubah, mgkin kite pun ade tersilap tnp kite sedar kan. Yg penting buat sehabis baik, macam motto pengakap muda plak

Heheh, gud luck ye sis...

aindzaya berkata...

@Mishter Izwän ntahla wan..semalaman ain kene siapkan sorang..hmmm...alhamdulillah semapt siap ..klu tak mmg jatuh merundum la result ain sem nie..

aindzaya berkata...

@Chegu terima kasih..tp perasaan marah..na nanges ttp ada..huhuhu

Juliet_iRa~" berkata...

sbr yea ain..

Allah menduga..ada hikmahnya..:)

Mishter Izwän berkata...

rajin kan ain, kalau sy keje grouping kene wat sorang3, mmg sy tak wat lahhh, bia same2 kene,

aindzaya berkata...

@Juliet_iRa~" insyaALLAH syg =)

aindzaya berkata...

@Juliet_iRa~" insyaALLAH syg =)

aindzaya berkata...

@Juliet_iRa~" insyaALLAH syg =)

aindzaya berkata...

@Mishter Izwän huhuhuhu..mmgla..klu ain tak buat alamatnyer hancus la result ain sem nie..tak ke naya...haissh!