Surat Dari Kampung Halaman yang Meruntun Jiwa | Entri Bergambar

Assalamualaikum 

9 September 2017
St. Petersbug, Florida

Kehadapan belog kucinta(chewah!), 

(mood: merenung jauh tepi tingkap) Semasa daku sedang menaip surat ni, daku sedang berada di kampung ditepi sawah padi, ditemani cicip cicip burung yang sedang ilek petang dating di dahan pokok jambu depan rumah. Angin sempoi sempoi kemain meniup ngade ngade rambutku.ah, sungguh syiokk! 

Keindahan ciptaan Ilahi ni  telah meruntun jiwa. Spechless betul ain dibuatnya ^^

Sebenarnya, ain tak merancang pun nak balik kampung weeken ni tatkala bantal dan selimut sedang menanti untuk dimanjai setelah seminggu buatbuat sibuk dengan keja opis. Ewah! Namun disebabkan pujukan sayu suara ibu, ‘masa gini la bole balik kampung, pasni ain dah sibuk kompem tak balik’ ain gagahkanlah jua. 

Maka semalam jugaklah ain membawa diri dari hiruk pikuk Bandar Kota Bharu dan terus balik kampung. 

krik!krik!krik!krik! Terharu kemain ain bila sampai di kampung ain di sambut oleh bunyi cengkerik dan meriahnya kelip kelip yang masing masing pakat nak tunjuk hebat. Maklumlah orang Bandar balik kampung hik.hik.hik. Bukan setakat sambut ain datang, bahkan jadi lampu tidur bilik ain pulak tu T_T. ain dah tangkap beberapa ekor letak dalam balang, pasni boleh tunjuk kat orang bandar.hehehew. 

Comel la kat montot beliau ada lampu kelip kelip, bayangkan jika ain begitu, mesti comel kemain kan ^^


Hari kedua
Terima kasih kepada kambing kambing jiran sebelah rumah yang tolong kejutkan ain tidur subuh tadi. Kemain awal ye mereka bangun, kebiasaannya waktu seawal tu ain masih lagi dating dengan bopren dalam mimpi. Lepas solat subuh, akibat eksaited dengan suasana kampung, seawal 7 pagi ain dah bersimpuh tepi telaga. Konon konon nak nak tiru gaya puteri gunung ledang. Berperasaan sungguh ain sorang ni -..-“ 

Wahai belog kesayangan haku, 

Setiap saat yang ada di sini ain tamak kuasa smilanplohpat sensorang, umpama tak nak kasi sesiapa untuk sedut setiap persegi udara segar yang ada hatta sebesar zarah, sambil penuhkan dua balang paru paru yang ain yakin dah kotor 45%. Nikmatnya ain ada di kampung, ain menyesal sangat!

Gambar blur blur untuk efek yang lebih lembut lembut tika di waktu pagi.  Selalunya waktu pagi ni, hati ain umpama dicecah dalam air batu. Sejuk kemain. awwrrrrr.

Kalau sebelum nie ain tak ikutkan sangat napsu pada bantal dan selimut, semestinya ain dah lama kecap peluang ke-emasan yang ada depan mata ni. sesal kendian takde gunanya, sesalnya ain!tsk.tsk.tsk. ini perkara yang paling seronok sampai tetes tetes air mata ain lalui di sini.

Ni merupakan tanam tanaman sekitar rumah kat kampung. Kemain syok ain jenjalan keliling rumah, umpama setahun tak balik kampung. yang seronoknya segala jenis spesis tumbuhan dan ulam ulaman yang kita terliur nak makan, nak guna untuk masak belaka ada kat belakang rumah. Tak perlu habeskan minyak kereta satu geleng apatah lagi peluh satu baldi. hanya petik melalui tingkap rumah sambil kacau gulai je. (Kamera henpon ain cap ayam ;p)










Tetiba ain rasa setiap detik saat yang ada di sini umpama sebutir belian yang berharga patplohsmilanjutaratos pulak. tak sanggup pula ain nak bazirkan masa semata mata nak tulis surat ni lelebih perasaan. Lebih baik ain abiskan dengan bermain dengan pacat, lintah, kambing, lembu, kebau ataupun membantu mak sedara masak di dapur. Ain kan pompuan melayu terakhir.

Taranggg! donut hasil air tangan ain.tehheee. jangan disangka makanan yang tak de rupa tu tak sedap ^^

Geram betul ain. mentang mentang la ain kek moist cekelat ni sedap, jual mahal tak mahu bekerjasama dengan ain untuk ambik gambar sesaat dua --"

Ni adalah ikan bakar patin tempoyak. sedap kemain makanan feveret turun temurun generasi famili ain ni. Penangan ikan ni, mampu buat semorang tambah nasi dua tiga pinggan apatah lagi aroma bau daun kunyit menyengit nyegit lubang hedong sekalian. Jika perturunkan resipi kat mak mentua la, kompem ain kawen keesokan harinya.heheh. Jemput jemputlah datang rumah, makan masakan ain.teehee












Akhir kata, sampaikan salam ain pada semua si cantik si hensem blogger kesayangan ain. Hebat betol penangan kat kampung ni. Tak lengkap pulak entri ni jika takde setempek dua gambar sendiri :p

Tak boleh belah tempek gambar besar gedak muka sendirik. Mohon ain jadi lebih bertauliah selepas ni -..-"


sila muntah segeleng tatap gambar ain yang cun kemain *malu* 

Akhir kalam, serangkap serangkap pantun dari ain, 
Mak minah pakai inai, 
Kendian naik beskal sampai ke kedai, 
pulut lepat pulut nasi, 
lain masa kita jumpa lagi.
*sedang alami sindrom kekeliruan sama ada ni syair,gurindam atau pantun^^

25 sayang Ain Dzaya ♥:

fifie berkata...

Rasa macam nak pergi je kampung Ain tu. Huhu. Btw thank you singgah blog fie yang tak seberapa. Hukhuk*batuk.

are_lin@yu berkata...

folo sini dear..jemput singgah ke blog ayu ;-)

http://coratcoretkuini.blogspot.com/

Unknown berkata...

jatuh hati..ehh?

Admin berkata...

lapar plak perut nengok gambar donut tu

Zul De Alexis berkata...

ain mohon ang terima wa jd laki ang...

wa x sabar nk hidup di kampung ang..best wei...hahaa


gua harap IK pon sudi berabg iparkan wa..kahkahkah

CikTeddyCorner berkata...

hatiku tergoda..haha

Nyamuk Terbang berkata...

ala srnknya ad kampung

cydayf berkata...

haallluuuuuuuu
Ain, kte dtg terjah and follow sini..hehehehe

sye adalah follower bertauliah ke 1028!! :D

Nizam Ijam berkata...

x saba nak balik kg :)

Amirul Nadzri berkata...

walaupun ang kata donut tu takdak rupa, aku still terliur pasal tu la satu2nya spesies kuih feveret sanubari aku..huhu

Tanpa Nama berkata...

Surely a perfect piece of writing! We've book marked it and sent it out to all of my friends since I know they'll be intrigued, thank you very much!

Kak iman berkata...

iman suke bendang

aindzaya berkata...

@fifie mari mari..datanglah belog ain fie :)

aindzaya berkata...

@fifie mari mari..datanglah belog ain fie :)

aindzaya berkata...

@fifie mari mari..datanglah belog ain fie :)

aindzaya berkata...

@are_lin@yu ain dah singgah :)

aindzaya berkata...

@are_lin@yu ain dah singgah :)

aindzaya berkata...

@are_lin@yu ain dah singgah :)

aindzaya berkata...

@are_lin@yu ain dah singgah :)

aindzaya berkata...

@are_lin@yu ain dah singgah :)

dariilhamkehati berkata...

wah , canteknya kg , menghijau jerr , kalaw ade kawan CP kg macam ni , CP nak ikowt balek .. hehehe ~

Tanpa Nama berkata...

Very useful blog. Keep up the good work.

Unknown berkata...

nomnomnom .. sedapnya kek tu :D

Tanpa Nama berkata...

Memang best kalau berada dikampung..lawa gambar ain..:)

9n0L4 berkata...

wahwah. pandai ain buat donut ehhh. boleh la jual. hehe.