Terselamat dari kecelakaan....

Assalamualaikum 
Alhamdulillahhh. ain hidup lagi. ain boleh hirup lagi udara sesuka hati. nak hidup udara atas pokok pun boleh, nak hirup udara celah dapur pun boleh. Alhamdulillah ain masih terselamat untuk kali ke 9.376 selepas kereta yang ain naik eksiden.

Gambar sebelum kejadian.  masih mampu buat duckface yang sangat annoying -..-"

tu lah sebenarnya nikmat Allah yang terbesar kan. Allah masih diberi peluang menikmati hidup yang tak tau di mana pengakhirannya. cuma kita je yang tak perasan, sebab musabab memasing taksub sangat dengan kehidupan dunia yang sementara. kita masih tak di tarik pun nikmat tu oleh Pemilik nya, agar kita masih lagi dapat menikmati dengan penuh syukur.

begini ceritanya, hari tu kan, cuti 5 hari, konon konon nak bajet release tension habis la. lepak melantak suka anak tekak, tengok wayang, shopping sepam dua, buat adventure activities. bab plan nak keluar serah kat ain. ain mempunyai bakat dalam membuat perancangan yang paling handal dikalangan sekalian makhluk. tapi bab nak usahakan plan tersebut, ain menobatkan diri sendiri Epic Fail. buhamuhahuhahuha. *gelak tak ikhlas selalunya bersepah*

  • tonton filem MAMA 
  • Gua Tempurung - Day Trip Rafting or Rafting, Caving , Tubing & Abseiling. RM 22 je sorang, sangat berbaloi kannn.
  • Pulau Pangkor - Snorkeling Package

antara 3 ketol idea yang plan, hanya 1 ketol je dapat di usahakan T_____T. tengok wayang cerita MAMA. bak kata yuyu zulaikha, tengok citer MAMA, sampai tak boleh tidur dua malam. jahat :'(

ain boleh kasi 12/10 bintang la cerita ni, starting je cerita terus terkedu tengok 2 pelakon budak comel gileous. memasing dalam wayang  'eeii...omeynyee' , alolo...kiutnyee..' , 'eii...nak anak macam ni..' , 'eu eu eu..gerammnye tengok budak comel ni' , 'anyonyo..moshi moshi'  bila setiap scene, setiap words yang keluar dari mulut budak kiut tu. >.<

Kejadian eksiden tu berlaku lepas berjimbun la, masa on the day balik ke rumah. phewww -.-" nyaris nyaris ain tak hapdate belog sekarang. 

Sebuah lukisan hudoh boleh mencerikan 1000 perkataan tak bermaksud tuannya hudoh

memang dasarnya kereta yang ain naik salah sebab langgar kereta kelisa tu. tapi kelisa amoi tu betol betol brek mengejut konon konon nak lintas traffic light. makanya, kereta ain pandu laju jugak la, memandangkan jalan kosong dan lampu isyarat baru nyaris nyaris bertukar kuning je. tak pasal langgar bontot kereta kelisa.  Mujur, bontot kereta kelisa, kalau bontot lori? wallahualam...

Esok hari, bangun je terus cacat tangan kiri. wah, naya! rupa rupanya tangan kebas lepas eksiden sampai hari ni. Alhamdulillah hari ni dah makin pulih. Gara gara peristiwa tu, 2 ketol plan lagi terpaksa dibatalkan dan duit umpama air paip. pantang buka beg duit, tak henti duit mengalir. nak bayar towing la, kene bayar saman la, bayar sewa kereta la, baiki kereta la, duit hospital la. haihh! macam macam la . 

Muka cacat memasing dua hari selepas eksiden ^^ konon konon nak release tension kat Tasik UTP lepas bertimbun timbun dugaan melanda.  mood : nak terjun tasikkkk

p/s satu : dugaan semester akhir semata mata. sobbsss. tapi dugaan ni la yang mematangkan kita supaya lebih berhati hati lepas ni. 

p/s dua : daripada nak kumpul banyakbanyak duit nuffnang, terus terpaksa cash out juga bulan ni. T_T lepas ni kena aktif berblog serutin, segigih dulu, nak kumpul duit nuffnang semula.

40 sayang Ain Dzaya ♥:

THE AUTHOR berkata...

Yang penting awak selamat..
Siap gambar lagi..heheheheh
Baru faham situasi sebenar..

Gambar last tu menarik ..2 situasi yang berbeza..nice..

Anis Samik berkata...

alhamdulillah.. nasib baik selamat.. hati2 tau ain lepas ni.. :)

Unknown berkata...

hati-hati next time..malang xberbau...

Unknown berkata...

slmt la xde ape2 berlaku kan..
alhamdulillah syukur :)

najihahfara berkata...

nasib baik x de ape2 kan. amoi tu marah x

FarhanahAdzlan berkata...

alhamdulillah selamat :) muqadimahnye panjang makaih mainpoint di gitu je hahaha*just kidding*
senior2 selalu ckap kat saya bila dah kat U apatah lg sem akhir memey tenshion naktaknak sabaqq jee laa dan kuatkan hati :)

Chic Na berkata...

Alhamdulillah selamat. lain kali hati2 tau. malang tak berbau. ;)

ANISRAHIM berkata...

Allah...alhamdulillah semua selamat.

MeiNa berkata...

ingat la orang tersayang . ta sempat kawen t . ayokkk :D

cantek sgt pic last tu ! background dia

RIZZNA berkata...

moral: jgn cuba nk kejar trafic light

Carlos Santiago berkata...

woooo...nasib baik kelisa...

by the way, u hav comment to my 2nd blog...mandimayat...blog tu just for forex traders...hehe..my 1st blog was bankami

Unknown berkata...

teringat kejadian masa gathering kat melaka hari tu.. apapun, alhamdulillah selmt..

Unknown berkata...

mcm seram je nk tgok cite mama eh tp naseb baik selamat tau..kita pon byk kali nyaris2...Allah masih syg kite utk tobat dulu kot sobss

Amalina Lee berkata...

Alhamdulillah tiada apa2 yg berlaku. Seram tak cerita MAMA tu? :0

Keknis berkata...

Anis tak sanggup tengok cite MAMA, takut >_< dah semester akhir? Waa.. Bestnye dah nak grad. Good luck k and be safe too :)

Mrs Velentine berkata...

lain kali hati2 tau ain..

Unknown berkata...

haha , kemain lagikk dahh jadik mcm2 smpat dok posing splohjutakali yea . hehe . btw , len kali hatyhhaty kak oiii !

Unknown berkata...

ish akak ni nasib tak jadi apa apa seraya boleh menaip entry bak makan kacang rebus. selamba rock je. haha semester akhir eh? untunglah untunglah. hihi

aindzaya berkata...

@Hanif Idrus alhamdulillah selamat, gigih taw nak lukih satu lukisan taw..

aindzaya berkata...

@Hanif Idrus alhamdulillah selamat, gigih taw nak lukih satu lukisan taw..

aindzaya berkata...

@Niswatus Solikah Samik lepas nie takut dah nak keluar merata rata dengan kawan kawan..

aindzaya berkata...

@Cik Ain insyallah...

aindzaya berkata...

@Cik Ain insyallah...

aindzaya berkata...

@nur azian mujur kereta je yang teruk..kami semua masih selamat..trauma betoll...

aindzaya berkata...

@nur azian mujur kereta je yang teruk..kami semua masih selamat..trauma betoll...

aindzaya berkata...

@najihahfara amoi tu pada awalnya tak marah..siap gelak2 lagi..tapi bila bopren dia..terus bopren dia yang ober terlebih...

aindzaya berkata...

@FarhanahAdzlan tu lah namanya dugaan...walaupun sakit tetap kene hadapi...

aindzaya berkata...

@FarhanahAdzlan tu lah namanya dugaan...walaupun sakit tetap kene hadapi...

aindzaya berkata...

@Chic Na ye kak, lepas nie tamau keluar dengan depa dah...

aindzaya berkata...

@Farina Hunny eh2..kite nak awen...

aindzaya berkata...

@Farina Hunny eh2..kite nak awen...

aindzaya berkata...

@Cinta Misteri okey lepas nie kite kejar orang jual eskem je..tak kejar traffic light dah..

aindzaya berkata...

@Carlos Santiago patutlah pelik kemain je..hehew..nama belog pun seram jeh...

aindzaya berkata...

@Carlos Santiago patutlah pelik kemain je..hehew..nama belog pun seram jeh...

aindzaya berkata...

@Deqla manjew masa gathering hari tue hampir eksiden jugak ke kak?

aindzaya berkata...

@Deqla manjew masa gathering hari tue hampir eksiden jugak ke kak?

aindzaya berkata...

@xila dot lepas peristiwa tu..masing2 terus diam ta byak cakap..takut barangkali..

aindzaya berkata...

@AmalinaLee seram la jugak..banyak terkejut terkejut...tp ada budak comel dua orang..terus tengok hantu pun waklekwakpis je..

aindzaya berkata...

@Anis Athia yup dah last semm..tapi cerita dia best la..ain penggemar cerita hantu abad ni taw!

Izzati Liyana Sabri berkata...

ada hikmah jadi semua tu :)