Assalamualaikum
♥
pheww --"
dah makin kurang dah nafas dalam dua balang paru paru ni. asyik mengeluh je, kejap mengeluh pasal kerja, spoloh minit kendian mengeluh pasal test, sejam kendian runsing kucing kat hostel tak de port nak beranak. kalau dihintung, sehari 43365654.345 kali mengeluh sehari. Cukup sebulan tak pasal dapat penyakit lelah.
2 Bulan
Tinggal 2 bulan je lagi sisa sisa masa ain kat unibesiti ni. lepas ni ain dah nak cepat cepat berambos dari UiTM Perak. Dulu, masa mula masuk unibesiti kemain eksaited nak rasa kehidupan kat unibesiti dengan harapan masa bergerak kuasa -14 daripada kura kura. takmo lepaskan setiap saat kehidupan di unibesiti.
 |
Lepas dua bulan ni, selamat tinggal untuk semua ni. tsk.tsk. |
Tapi sekarang, dah semester akhir, tatkala kerja segerombolan datang bergolek golek, salah faham dalam grouping discussion, dituduh macam macam, sifat hormat dah hilang, sering di'tunding jari', hasil kerja tak diappreciate dan yang terpenting sifat ego memasing tak pernah nak kalah dalam diri.
terus down, nak habiskan sisa sisa kehidupan kat Perak dengan happy ending :(
Don't worry. Allah always close in my heart ♥ .
bagi pihak ain sendiri, since awal semester, ain dah set & plan yang terbaik untuk final semester ni. lebih positive dengan harapan semua dapat make-out dengan jayanya. macam macam perihal ain buat untuk puaskan hati semua orang, cuba untuk jadi lebih profesional untuk setiap keadaan.
tapi manusia ni ada limit kesabaran. tatkala limit kesabaran tu dah tahap 8/10, ain hanya diam, mampu perhati dari jauh dan bantu apa yang perlu. Bukan dah tak nak bekerjasama, tapi if kerjasama tu makin keruhkan keadaan, better ain bekerjasama untuk kerja yang mudah. itu pendapat ain.
Sejujurnya,
pehliss ke-satu :
Jangan mengkritik hasil kerja orang lain dengan kritikan yang kasar, manusia ni semuanya tak sempurna, tiap apa yang dia buat mesti ada silap, makanya kalau ada silap terus spoke directly secara berhemah dan jangan merendah rendahkan hasil kerja orang lain, erti lain (respect | hormat ) supaya dia boleh perbaiki dan buat kerja dengan perfect lepas ni. jangan lah kepam celah ketiak sensorang, cerita aib buruk orang tu kat orang lain. tu kan namanya dah mengumpat. DOSA! yokyok.
pehlis ke-dua :
Buang sikap ego kalau nak orang hormat kita. Respect pendapat orang lain, respect hasil kerja orang lain, respect hubungan dengan orang lain, kalau nak orang respect kita dan tak layan kita macam 'kerja makan gaji buta'. Jika kita melayan orang lain dengan baik, insyaAllah mereka akan melayan kita dengan baik.
pelis ke-tiga :
please remind others of every single things. masing-masing ada komitment kerja masing masing. sometimes, bila semua perkara dia ambil notes, tak semua perkara tu jugak dia boleh ingat. Saling mengingati antara satu sama lain adalah sangat penting ye murid-murid. baik cikgu!
Treat others just like how you wants the others treat you
Hadapan
untuk tempoh dua bulan dari sekarang terus rasa macam kehidupan kat universiti ni dah tak de makna.sobss. nak cepat cepat habis study kat Perak. nak mulakan life baru di kampus lain dengan kadar segera, segera yang boleh. dengan suasana yang baru, kawan yang baru, penghidupan yang baru, dan yang paling utama nafas yang baru untuk masa depan yang lebih cerah.
Pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang kan kan kan. kadang kita tengok je orang tu macam selekeh kemain cara hidup tapi rupanya di dadanya penuh dengan ilmu. ain tak cakap yang ain bajet macho bagus. tak.tak. ini hanya pendapat ain dan apa yang ain rasa betul. ain pun tak bagus sangat macam semorang, masih lagi sedang belajar selow selow tentang kehidupan realiti daripada fantasi bajet pwinses khonnn.
eh! dah dah terlebih emo pulak entri kali ni kesat air mata dengan baju konon nak taip entri tak lebih 500 patah perkataan. hampeh betul ain -..-"
sebenarnya, kenangan yang pahit adalah kenangan yang paling manis dalam kehidupan kan?