Andai Syurga dan Neraka Tidak Ada

Tajuk buku nie bt hati aku tertarik unruk berkongsi tentang isi kandungan buku tersebut. Buku ini membicarakan hakikat ibadah dalam kehidupan seseorang Muslim yang menguji sejauh mana kita menginginkan ganjaran syurga dan neraka. Buku ini juga memaparkan kisah ahli syurga, nikmat syurga, azab neraka serta panduan menjadi orang berakhlak mulia.
Mengapa manusia beribadah?

Pertama, takut kepada seksaan api neraka,

kedua mendapat ganjaran pahala

ketiga kerana taat dan cintakan Allah.

Golongan kecil itu kelak bukan saja mendapat syurga tertinggi (Firdaus) tetapi melihat wajah Allah yang mulia.
Allah berfirman yang bermaksud: “Pada hari akhirat itu, muka orang yang beriman berseri-seri. Melihat kepada Tuhannya.” (Surah al-Qiamah ayat 22)


Bagaimana kehidupan jika tiada syurga dan neraka?

Jannah atau syurga ialah tempat Allah sediakan untuk hamba-Nya yang beriman dan bertakwa.

Di dalam al-Quran, syurga dikenali dengan banyak nama antaranya Syurga ‘Adn (tempat tinggal yang kekal), Syurga Na’im (taman-taman kenikmatan), Syurga Ma’wa (tempat kembali), Daarul Muaqaamah (rumah yang tenang).

Nikmat bayangan bagi mereka yang bakal mendapat syurga Allah kelak tidak terjangkau oleh akal. Nikmat paling agung ialah bertemu dengan Tuhan pencipta.

Nabi mengibaratkan manusia kelak melihat Allah seperti melihat bulan purnama iaitu manusia tidak saling berasak-asakan dan Nabi mengatakan manusia nanti dapat melihat Tuhan dengan terang seperti melihat matahari yang tidak ditutupi awan.

Justeru, adakah kita layak ‘menduduki’ syurga Allah?

Selain itu kamar syurga disediakan kepada mereka yang pemurah. At Tirmidzi merekodkan, Said Ibnu Abi Waqas melaporkan, Nabi Muhammad berkata: Sesungguhnya Allah banyak memberi dan Dia suka memberi. Allah itu Maha Pemurah dan suka kepada orang yang pemurah.”

Namun bagaimana pula kehidupan di neraka?


Neraka ialah tempat seksaan yang amat pedih bagi golongan yang suka hidup mewah dan melakukan dosa besar. Mereka yang diseksa di neraka tidak sama kerana ia wujud dalam beberapa tahap, antaranya Jahanam, Jahim, Hawiyah, Wail, Sa’ir, Ladha, Saqar, Huthomah.

Sebuah hadis mengatakan keadaan di neraka jahanam itu sangat gelap, tidak bercahaya sedikit pun. Ia memiliki tujuh pintu dan setiap pintu terdapat 70,000 gunung.

Pada setiap 70,000 gunung itu pula terdapat 70,000 lereng api dan pada setiap lereng api itu terdapat 70,000 belahan tanah yang mengandungi 70,000 lembah api.

Dalam 70,000 lembah api itu terdapat 70,000 kamar api kemudian terdapat pula 70,000 ular dan 70,000 kala jengking, masing-masing mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor memiliki 70,000 ruas dan setiap ruas pula mempunyai 70,000 sengat yang berbisa.

Nabi Muhammad menerangkan pada hari kiamat Allah membuka penutup neraka jahanam dan apabila terbuka keluarlah asap yang mengepung orang kafir di kiri, di hadapan muka mereka, di kepala dan di belakang mereka.

Apabila jin dan manusia melihat asap itu, bergetarlah tubuh mereka dan berlutut sambil memanggil, “Ya Tuhan, selamatkanlah kami.”

Tajuk: Andai Syurga & Neraka Tidak Ada
Penulis: Muhammad
Hassan Basri
Penerbit: PTS Millenia Sdn Bhd
Cetakan: Pertama
Harga: RM21.90 (Semenanjung) RM24.90 (Sabah dan Sarawak)
Muka Surat: 285 muka surat

5 sayang Ain Dzaya ♥:

Ustaz Azrai berkata...

Salam.. buku ni mmg mnarik.. sya bru habis baca & skrg sdg promo buku ni kat cstmer..

Ustaz Azrai berkata...

Salam.. buku ni mmg mnarik.. sya bru habis baca & skrg sdg promo buku ni kat cstmer..

Ustaz Azrai berkata...

Salam.. buku ni mmg mnarik.. sya bru habis baca & skrg sdg promo buku ni kat cstmer..

Abang Zam berkata...

apa kata, buat review full tentang buku ini
abg yakin, review ni akan dapat buka mata muslimin & muslimat

percayalah

ain dzaya berkata...

@Abang Zam insyaALLAH la abang...buku tu pun da ilang