Berjinak-jinak dengan alam rumahtangga.

Assalamualaikum!
Selamat pagi ^^ walaupun matahari meyorok disebalik awan dah mencanak atas kepala.
Sungguh redup ye cuaca hari ini.

Beginilah kot ain cuba bayangkan cuaca hari ini...sighh!!

Hari Jumaat merupakan hari minggu di negeri Kelantan. Memberi peluang rakyat jelata negeri Kelantan untuk beristirehat di rumah dan beriadah bersama keluarga, kucing kesayangan, mek, atok, dan pakwe jugak. Ya. Untuk itu ain tidak mensia-siakan hari agung ini untuk merehatkan tubuh badan ain yang sentiasa kekurangan tenaga terutama sekali mata yang tidak pernah lekang mengadap pc-lappy-pc-lappy selama 25 jam sehari dengan bangun tidur lewat. Untuk memastikan ain mendapat tidur yang mencukupi.


Maklumlah sejak ain mula berjinak-jinak beberapa bulan ini dengan alam pekerjaan, boleh dikatakan ain merupakan pekerja terbaik tahun ini. Harap maklum. Dengan harapan bos ain akan me-respect budak yang perasan hebakk ini untuk menaikan lagi gaji 2 kali ganda  =.=" sebagai hadiah hari jadi ke-19 bulan depan.


Ain juga mula berjinak-jinak di dapur walaupun hanya mencuci sebutir pinggan di samping memdalami ilmu masak-memasak sebagai persediaan di alam rumah tangga kelak. Rupanya sungguh tidak rumit menjadi seorang isteri, phewww!! ternyata kerjaya menjadi seorang  isteri dan ibu kepada 4 orang anak yang tidak ketahuan hala karenahnya boleh mengelarkan ibu sebagai 'ibu mithali sedunia' . Mampukah ain untuk merangkul gelaran sedemikian?

Motif gambar supaya anak ain secomel ini kelak.. =.=''

Ain juga turut membuang masa bersama adik adik ain yang muntel, dengan mengisi perut mereka dengan buah betik yang dibeli ibu di pasar pagi tadi supaya semakin muntel. Kata orang khasiat buah betik nie banyak, oleh itu ain jugak takmo ketinggalan daripada menikmati khasiat buah betik. Agar nanti bila ain melabur saham hygenic lubang jamban tu tinggi. So, tak perlulah ain menghabiskan tenaga berjam-jam dalam jamban. tak senonoh sunggoh statment nie.





Ain pun tataw apa motif entri pagi ini, sungguh skema....ooowh!!mungkin penangan cuaca redup yang mampu bikin otak berfikiran lancar........papepun selamat berjumba jimbun rakyat jelata Kelantan, Kedah dan Terenggau.......errkk? betul ke?

5 sayang Ain Dzaya ♥:

..cik gugu.. berkata...

owhhh org klate rupanya~~~

Ezad Skytech berkata...

hee...sy esok baru start cuti...hee~
cuti ni memang masa untuk berehat2 kan...mengadap lappy tu memang kena la kan...heee~

Eera Shera berkata...

tganu pun sejuk skang ni..terasa seperti berada di alaska..haha

ain dzaya berkata...

@Ezad Skytech ezad mmg salu setia dgn lappy en..huhu

ain dzaya berkata...

@Eera Shera amboi! alaska...