Jangan Bersedih Lagi

Sunyi
Sepi
Aroma pagi mulai menyentuh diri
Hanya bunyi embun pagi menitik jatuh ke bumi
cengkerik sudah tidur kali
Kipas berbunyi
buku mini terbentang di atas meja
lantas meneliti isi kandungnya dengan penuh tanda tanya
otak bagaikan berpusing mencari jawapan penuh dengan minat
pena masih menari nari membantu aku mencari jawapan
'apakah yang ingin disampaikan si penulis ini?'

Malam malamku untuk merajut ilmu yang boleh dipetik
Menjauhi wanita lawa dan harumnya leher
Aku lalu lalang untuk menyelesaikan masalah sukar
Lebih menggoda dan manis dari mengepit betis yang panjang
Bunyi penaku yang menari nari di atas kertas kertas
Lebih manis dari belayan wanita dan kasih sayang
Bagiku lebih bagus mencampakan pasir ke atas kertas 
Daripada gadis gadis yang menabur dentum rebana

Wahai orang yang cuba mencampakan kedudukanku dengan angannya
Sungguh jauh jarak orang yang diam dan yang baik
Adakah aku tidak tidur selama dua purnama
dan engkau tidur lena
selepas itu engkau mahu menyamai darjatku?

Alangkah mulianya ilmu pengetahuan 
Alangkah gembiranya jiwa orang yang menguasainya
Alangkah segarnya dada orang yang penuh dengannya
dan alangkah lagaknya perasaan orang yang menguasainya!
Az Zamakhsyari
~ La Tahzan

Mengulanginya beberapa kali
Ku tepis rasa jemu yang cuba mencengkam hati
Owh...kini baru aku mengerti
Tidak puas hati lagi, lantas meraba keyboard lappy
....................................................
.........................................
Ting!ting!ting!
Jam di dinding berbunyi lantas memintas anganku









8 sayang Ain Dzaya ♥:

atieserina berkata...

nice.. :)

Kung Fu Panda 2

bunga berkata...

bunga beli part 1 baru..tu pun lum habis baca lagi..hhee

sue perbs.. berkata...

la tahzan - jangan bersedih... selalu nk bace tpi tk bace2 lgi

Amni berkata...

dah lama buku ni keluar... tapi saya baru nak carik... huhu....

ain dzaya berkata...

jgn risaw taw, buku nie ada dimana mana dan byk jenis...=)

miszlullaby berkata...

puitisnye...best ke buku ni, klo best blik msie nnti ML nk carik.

ain dzaya berkata...

mestila best , ty ML da blek ,msia dun forget eayh bli buku nie...=)

Tanpa Nama berkata...

mengapa tidak:)