.::Aku ingin berubah::.

Baru sahaja aku berasa putus asa untuk menyertai contest daripada MO, maklumlah aku nie bukan pandai nak bercerita apa lagi nak reka cerita yang original..hehe..tapi selepas selepas penat berblogwalking aku tercampak kat 1 blog nie, sudah cukup buat aku terasa amat tersentuh. Aku tidak pasti entri ni berkenaan dengan tajuk @ tidak, tapi yang pasti aku ingin berubah.


~Setiap kali aku ingin berubah, hatiku terluka lagi~

Tiba-tiba hati kecil aku menangis lagi, entah kenapa apa sebabnya aku pun tak pasti. Tapi selepas membaca coretan terbaru linda baru aku mengerti segalanya. Mujur masih lagi ada sisa senyuman, kalau tidak tidur dengan air mata lagi lah jawabnya. Sayang, orangnya sempurna kecantikannya, kejadiannya tapi hatinya terluka. Terluka kerana cinta. Setiap patah perkataan di entrynya itu beritahu aku yang dia sedang menangis semasa menaip. 

Hmm...kadang aku tertanya apa sebenarnya kehidupan. Jika hati tetap terus terluka, di mana silapnya. Salah ibu mendidik @ salah pada diri sendiri yang tidak pandai mencoret kehidupan. Aku tidak tujukan pada sesiapa, kerana aku sendiri pun sedang mengalaminya, aku faham perasaan linda, aku faham tentang apa yang dia alami, kerana aku sedang alami. Apabila hati kita telah utuh untuk menyayangi seseorang untuk selamanya dan menyakini dialah milik kita, tiba-tiba si dia menarik diri, atas alasan yang tidak munasabah. Kenapa bila semuanya menjadi stabil dan tenang tiba-tiba datang pula masalah baru..hii... Bodohnya lelaki itu, tidak menghargai apa yang telah dia miliki bagai melepaskan sebutir mutiara di dalam lautan yang luas. 

Tetapi dalam hal ini, tiada siapa boleh dipersalahkan, setiap orang ada hati dan perasaan, dan juga mempunyai pendapat masing-masing. Bagi diri aku aku boleh terima pendapat dia, kerana aku tahu apa yang dia lakukan adalah yang terbaik untuk dirinya. Dan aku juga akan berusaha untuk lakukan yang terbaik untuk hidup aku. So, kami putus untuk mengambil haluan masing-masing, selagi hati tetap sayang, diri tetap cinta, janji tetap dikotakan, aku akan terus setia bersamanya. Tapi, suatu hari nanti andai dia bukan milikku aku redha dengan jalan hidupku, akan ku lepaskan hatinya, dirinya, cinta dan janji kami demi kebahagian masing-masing.

Jika keluarga menjadi penghalang perlu ke ikatan itu diputuskan? Pensyarah aku pernah berkongsi pengalamannya, ikatan yang utuh selama 4 tahun bercerai begitu sahaja ketika diambang perkahwinan hanya kerana salah paham antara dua belah keluarga. Rugikan, kalau tak lecturer yang comel tu mesti dah beranak pinak sekarang. Salah siapa di sini? Entahla, tak baik menunding jari pada orang lain, jika tidak tahu perkara sebenar. Tapi yang pasti lepas dia berkata begitu, aku terus berasa berdebar debar.

Memang sakit untuk melepaskannya, dan memang hatiku akan terluka lagi. Siapa mahu kan kehilangan orang yang tersayang, suka duka kami bersama, setiap detik dia ada untuk aku, dia sempurnakan hidupku.  Aku bagaikan budak kecil dihadapannya yang sentiasa merengek perhatian dan kasih sayang, dia pemberi semangat, senyuman, tawanya, karenahnya adalah sebahagian jiwaku. Tapi, aku lebih rela terluka sekarang daripada aku terluka 10 tahun lagi. 

Saban hari aku berdoa, ''andai dia jodohku ikatkan lah hati kami, semaikanlah kasih sayang antara kami dan setiakanlah hati kami. Tapi, jika dia bukan milikku, eratkan silaturahim antara kami sebagai saudara, jauhi kami dari permusuhan, berikanlah kami kebahagian".

Aku tidak tahu kenapa aku rasakan doa aku telah dimakbulkan, tapi aku tidak dapat terima semua ini. Hati aku masih kuat menyayanginya, aku perlukan dia seperti dulu, aku takut untuk terus berdoa sebegitu lagi.
Aku sentiasa berharap dan mendoakan bahawa dialah milikku. Memang susah untuk kita terima kenyataan hidup ini, tapi jika semua itu adalah benar aku perlu mengubah pendirianku. Dahulu aku pernah jatuh cinta, aku pernah disakiti, tapi aku tak minta untuk disakiti untuk kali kedua lagi.

Aku tertanya-tanya, salahkah tindak balas aku membalas cintanya? Segala dia inginkan aku berikan... hmm...aku berada di pertengahan jalan sekarang, jalan mana yang harus aku pilih kanankah, kirikah atau teruskan saja jalan yang sedang aku lalui ini. Aku tidak mahu kehilangan dia, tapi jika aku tetap meneruskan kehidupan ini adakah dia masih lagi milikku atau aku masih lagi di takuk yang lama. huhh!!!kehidupan!kehidupan!... umur masih muda, sudah berhadapan masalah sebegini.

Owhh, baru aku sedar inilah erti kehidupan sebenar, pasti ada masalah, masalah yang perlu dirungkaikan sehingga bertemu jawapan. Aku ingatkan cinta je rumit, rupanya kehidupan lagi rumit! Soalan aku tadi, jalan mana yang harus aku pilih? Aku akan teruskan kehidupan ini, dengan jalan yang sama kerana aku telah nampak apa yang ada di depan sana. Andai dia bukan milikku itu adalah takdirku. Ada gadis lain lagi yang mampu menjaganya lebih baik dari aku. Dan aku akan tetap dengan jalan hidupku kerana aku masih lagi ada Tuhan yang mempunyai cinta yang lebih Agung untuk aku miliki.



6 sayang Ain Dzaya ♥:

Unknown berkata...

Yup, okey juga cara ini

Biarkan masa tentukan tetapi tidak untuk segalanya

;)

cekodok berkata...

perghh.....citer dia tambah pulak ngan background music dia yg menggamit qalbu......mmg rasa nk nangis la...naseb baek gua cekodok so xda perasaan...x leh la nk nangis....haqhaqhaq

beluncas ^.^ berkata...

u must strong k dear , sekuat tiger ,, wee !!

aindzaya berkata...

azree; nmpaknye begitu la

cekodok : haha..lawakla..terlebih suda...ni baru sikit..ta buat nobel lg..eceh!!pewasannya!!!hhoho

beluncas : nyet nyet mcm beluncas!!yeaahh!!

doakan saya menang ea..huhu..

Muslimah Optimis berkata...

cinta itu lumrah.. kita dikahwinkan bukan kerana rasa cinta tapi kerana jodoh kita..sebab tu kadang2 kita tengok ada pasangan tu bercinta 5,6 tahun tapi akhirnya putus dan berkahwin dengan orang lain, dan ada jugak pasangan yang kenal 2,3 minggu je boleh decide nak kawen..sebab kita berkahwin dengan jodoh yang Allah dan tentukan untuk kita sejak di loh mahfuz lagi.. wallahualam

semoga bahagia bersama pasangan..

terima kasih ya sudi join.. sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..tq

fRaMe+LenSeS berkata...

Apa yang berlau ke atas kamu.turut pernah jadi pada Nadh. sampai ke hari ni Nadh masih teringat, tapi kuatkan diri menghadapinya, ketahuilah kamu, tiada yang mustahil dalam dunia ni..

ALLAH tak tetapkan kita dengan dia sekiranya dia bukan milik kita.
"mana nak datangnya redha jika semua nak ikut jalan kita cara kita kan? "

redhalah.. akan ada baut kamu nanti. yang lebih baik semestinya.. :)

ALLAH tak wat sesuatu tu sia-sia tau. :)

**mencoret dari hati yang turut pernah rasa n memahami. :) **