Kenapa takut dengan pelangi~

Assalamualaikum...
mouuningg bloggers ^^"
."Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, dan Dia turunkan petir dan hujan. Kita tertanya-tanya di manakah matahari. Rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi.".

Pernah dengar ayat di atas nie? tipulah kalau tak..hehe...cantikkan pelangi tu =)..sama seperti juga kehidupan kita penuh dengan warna warna yang kita cipta sendiri... kehidupan yang ada suka, gembira, sedih, marah menangis, cemburu yang menjadi rempah ratus dalam kehidupan. 

Sebenarnya apa yang berlaku dalam kehidupan kita nie bukanlah secara kebetulan tetapi kita sendiri yang sedaya usaha menciptanya tanpa kita sedari Allah telah sembunyikan cahaya (hikmah) yang mengajak kita berfikir. Tiada satu pun apa yang Allah ciptakan itu dengan sia sia. 


Allah hanya sembunyikan matahari iaitu hikmah. Kemudian Allah datangkan hujan dan petir yang membuatkan kita rasa keperitan, kesedihan dan kesakitan untuk meneruskan kehidupan. Tika ini hanya kesabaran, kecekalan dan ketabahan hanya diperlukan supaya kesakitan itu reda dengan sendiri. Saat ini lah doa orang orang yang dalam kesusahan mudah dimakbulkan Allah. Sayangnya Allah pada hamba-Nya. Tanpa kita sedari tiba tiba datang matahari disertakan dengan pelangi yang cuba menyinar kembali kehidupan.

Terlalu banyak rahsia Allah yang tak kita ketahui sedangkan ilmu yang kita peroleh dari Allah hanyalah setitik dari sebesar lautan yang terbentang luas... bila sudah memilikinya janganla riak dan takbur, kerana semua itu milik Allah yang hanya dipinjamkan untuk kita sementara sahaja..

Dia berikan kita agama supaya kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi....
Dia berikan kita pacaindera supaya kita berfikir dan mensyukuri nikmatnya...
Kita mahukan keampunan-Nya..
Kita mahukan kasih sayang dari-Nya..
kita mahukan redha-Nya..
Sudah tentu mahu di beri hadiah pelangi oleh-Nya!!

so, kenapa perlu merungut dengan kehidupan yang kita ada? Kehidupan nie adalah salah satu hadiah dari Allah, bersyukurlah dengan apa yang sedang kita miliki kini...pelangi itu umpama sebuah pengharapan yang tinggi yang disandarkan dengan kebahagian....


Pelangi yang diharapkan itu  juga adalah sebuah hadiah daripada Allah SWT atas kesabaran kita menempuh ujian-Nya . Adakah pelangi itu benar benar telah muncul dalam kehidupan kita..yang pasti, jangan berputus harap  untuk meminta kurniaan daripadaNya. Mulakan hidup dengan cahaya yang indah, Allah sentiasa bersama dengan kita!

p/s :: pergi tak bermakna tak sayang, kembalilah ke sini semula jika kamu benar perlukan..kerana di sini kuat mengatakan yang kamu masih perlukan diri nie...setiap detik hidupku aku masih lagi menunggumu..

14 sayang Ain Dzaya ♥:

Syahida berkata...

entri yang bagus ni. thanks, dapat juga sya merenung ke dalam diri sambil membaca entri ni. :D

aindzaya berkata...

@Sya Isya thankz sya, btw entri nie simple je, yang datang dari lubuk hati =)

Amni berkata...

sedihnya p/s tu.. huhu

Tanpa Nama berkata...

sangat takut dengan petir

priNceSs faNtagHiRo berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
shafmechy berkata...

nice entry...entry yang penuh makna..kadang-kadang bila kita ditimpa musibah, selalu kita mengeluh tanpa tgk hikmah disebaliknya..teringat entry lama sy..ni link dia..bleh la klu nak share, mmg perlu share pun =)
http://shafmechy.blogspot.com/2011/05/adilkah-tuhan.html

Ain Atika Zailani berkata...

pelangi cantik...kite kena bersyukur dengan semua yang Allah tentukan...sbb itu yang terbaik.=)

aindzaya berkata...

@cik ayinhehehe..mmg la da tajam2 camtu..spe ta takut!! hujan suke =)

aindzaya berkata...

@Jidah Jeju semoga matahari dan pelangi itu datang kembali =)

aindzaya berkata...

@shafmechy owh! tengs taw kasi share =)..bole la usha2..

aindzaya berkata...

@Ain Atika Zailani yup!!betull tu...

Tanpa Nama berkata...

pelangi itu indah~ :) hope dapat selalu mewarnai idop inI~

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

Nice N3..indah sungguh kata2 itu..
sentiasa bersyukur dgn apa yg ada..

Solihin Zubir berkata...

hidup ini membosankan kalau indah2 saja tnpa cabaran..
kalau kita tak pernah jatuh, kita xkan tahu cara nk bangun dan melonjak lebih tinggi..