Jangan berhenti bermain dengan api

Sambil senang lenang waktu petang, budak budak kampung dengan aktiviti mereka melastik burung, berkejar kejaran, panjat pokok...Aku pula dengan cara aku tersendiri makan donat dengan secawan air teh..hehe..mudahnya cara hidup orang kampung...tak perlu memikirkan perkara yang rumit!

Minggu depan aku perlu menyempurnakan kerja yang tertangguh...insyallah tahun depan sijil diploma dalam genggaman sebagai lesen untuk sambung study lagi!mudahnya hidup inikan, hanya ada perlu perancangan aje! Tapi menjadi ke semua yang telah dirancang? Bagaimana dengan perancangan Allah untuk hamba-Nya?

Ramai yang merancang nak jadi kaya, jadi profesional...tapi jangan lupa bahawa ada lagi yang sebaik baik perancang iaitu ALLAH, jangan sesekali lupa pada-Nya. Tapi tak bermakna kita harus berputus asa untuk terus merancang masa depan kita, ada perancangan , ada usaha, bila sudah adanya usaha, kita akan istiqamah untuk mencapainya, bila segala rancangan telah selesai tawakallah pada Allah moga mendapat keberkatan dari-Nya. Setelah berjaya jangan angkuh, share dengan orang sekeliling...

budak nie tunjuk chumil sat -.-"


Bagi yang kabur, mereka tidak nampak tujuan hidup. Bagi mereka keindahan itu adalah harta yang melimpah ruah, wanita wanita cantik berleher jinjang, minuman pahit yang lazat...Ada yang sudah terlalu lalai, ada yang sedar tapi masih ragu ragu tentang jalan yang harus dia pilih. Tapi bagi mereka yang fikirkan apa itu keindahan dari Allah, mereka adalah orang yang beruntung!

Tuhan ciptakan pelbagai jenis keindahan  adalah untuk kebaikan kita, 
Dia tidak mahu kita lalai dengan kehidupan, Dia mahu kita berfikir tentang kehidupan,
Dia juga mahu kita bersabar dengan kehidupan kita.

Kadang apa yang dihajati itu sukar diperolehi, tapi sebenarnya Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita hajati. Sengaja dia sembunyikan, untuk mengetahui sejaun mana kesabaran kita melalui kehidupan kita. Mulianya Ya Rabbi.

So, macam mana nak cari keindahan kehidupan yang sebenar? 
tadi tepuk dada tanya nafsu~
Macam mana nak tanya nafsu, bukanya boleh jawab pun..ngee~

Jangan berhenti bermain dengan api, di situ ada jawapannya...bukan suruh korang  celupcelup jari dengan api, bukan camtu!! nanti melecur, pueh eden nak menjawab..tapi teruskan kehidupan yang sedang kita lalui, api bagaikan dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Sebab manusia nie, selagi tak terhantuk kepala kat dinding, selagi tu la takkan sedar apa kelemahan diri dan ta boleh berfikir jalan mana yang harus dicari untuk mencapai keindahan Allah.

Kalau korang berani cenggini, aku ta kesah la
terorr la abg!!! nak sain *wink wink

Fikir-fikirkanlah, selamat beramal....if sesapa ada pendapat lain, jomm!! berdebat di gelanggang komen...hehex
nemonemonemonemonemo :))

p/s: tahun depan maybe akan mula bermastautin di Melaka...mood: blurr, pening-pening -.-"

8 sayang Ain Dzaya ♥:

cik heroin berkata...

btol tu:) setuju ^^

Mrs Hadi | Fafadot berkata...

yup btul tuuuuuuuuuuu

Zul De Alexis berkata...

best entri nie... like lah..:)

KhairyynaZulkifli berkata...

betoy! suka~ :)
suma kita leh merancang tapi dengn izin-NYA sahaja benda yang kita rancang menjadi dan ada keberkatan di situ. :)

aindzaya berkata...

terima kaseh =)

Adeq Aien berkata...

betul sgt2 :)

G3-lina berkata...

betul.. selagi kita tak main api.. selagi tu kita tak rasa panasnya.. mcm tu jugak dgn kehidupan.. selagi ta mencuba.. selagi tu kita tak tau apa keputusannya~

aindzaya berkata...

@G3-lina so terusla bermain dengan api =)